BAB 1
“Bank darah kita tak ada bekalan darah jenis AB doktor.”kata seorang jururawat “Alamak!Macam mana ni?Keadaan pesakit ni kritikal.Dia kehilangan banyak darah.”kata doktor itu lagi.Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.dia memalingkan mukanya ke belakang.Kelihatan seorang gadis tersenyum. “Kenapa ni Iqbal?Resah semacam je.”tanya gadis itu.Tertera nama Rasya di tanda nama.
“Mau tidaknya.Patient aku sorang in critical condition.Dia banyak kehilangan darah.Bank darah pulak dah kehabisan darah jenis dia.Pening aku dibuatnya.Kalau tak diselamatkan segera kau faham je la.”kata Iqbal sambil mengurut dahinya.Tidak tahu apa yang harus dibuat.”Kau jangan gelabah.Aku tahu nyawa pesakit tu memang penting.kau tenang dulu.Pesakit kau memerlukan darah jenis apa?”Rasya bertanya kepada Iqbal. “AB.”Rasya tersenyum. “Macam nilah Iqbal.Darah aku pun jenis AB juga.Aku derma darah aku dan kau boleh la gunakan untuk selamatkan nyawa persakit kau.”Rasya memberi cadangan.Nasib baik darah aku AB juga.Iqbal terkejut.Namun ada kesangsian di wajahnya. “Kau ni biar betul Rasya?”tanya Iqbal tidak percaya.Rasya tersenyum. “Yela.Apa salahnya.Lagipun dah lama aku tak derma darah.”muka Iqbal berubah ceria. “Thanks Rasya.Kaulah kawan aku yang paling mulia.” “Oklah.Aku ke bilik derma darah dulu ok.”kata Rasya sambil meninggalkan Iqbal.Iqbal terus ke bilik pembedahan.Dia harus segera bersiap sedia untuk melakukan pembedahan ke atas pesakitnya.
“Hai,baru balik ke?”Rasya yang baru sampai terus duduk di sebelah Zurin.Zurin meletakkan majalah yang dibaca di atas meja.Dilihat muka Rasya yang sedikit pucat itu “Woi,kau sakit ke?Demam?Pucat ye aku tengok muka tu.”Zurin meletakkan tangannya di dahi Rasya.Rasya segera mengelak.Ada-ada je minah ni.Risau tak bertempat.Tapi Rasya bersyukur kerana dikurniakan rakan yang prihatin..Rasya hanya mampu tersenyum.Badannya terasa letih.Maklumlah baru lepas menderma darah.Di tambah pula dengan kerja yang banyak.Arg,letihnya. “Eh.orang tanya dia boleh dok tersengih-sengih.Ada ke patut.Ni yang geram ni.Kang aku tak tanya dah kang baru tau.Nak kata kena loteri..mustahil.Tak la nak main benda haram tu kot.Lagipun…”Rasya mengangkat tanda menyuruh Zurin berhenti. “Eh,sudah!Nenek ni kalau dah mula membebel bukannya tau nak berhenti..”Zurin menarik muka masam.Aku yang punya caring dekat dia dikatakan nenek.Tak patut betul.Zurin menyambung bebelannya di dalam hati. “Ala jangan la buat muka macam tu.Comel sangat aku tengok.”kata Rasya menahan tawanya.Geli hati melihat muka Zurin yang masam seperti cuka. “Eh,aku ingatkan dah bisu tadi!Tahu pula dia menjawab ye.Boleh kata kat kita ni nenek pula tu.Soalan kita yang tadi tu bukannya nak dijawab.Tak pelah.Tak ambik tau dah lepas ni.”Zurin mengambil bantal berbentuk segiempat di sebelahnya.Dia memeluk bantal itu rapat ke dada. “Ala bucuk-bucuk.Sampai hati ye kau tak nak ambil tahu dah pasal aku.Nanti kalau aku mati karang sapa pulak nak teman kau.Sorang-sorang la kau kat rumah kau.Nanti kau mesti sunyi.”kata Rasya sambil membuat mimik muka sedih.Kena ayat sikit budak ni.Baru dia cair. “Eii,buat ayat pasrah pulak dia.Boleh jalan la kau.”Zurin pantas mencapai remote control di atas meja lalu menukar siaran tv.Rasya tersenyum.Rakannya yang seorang ni memang kuat merajuk. “Tak pelah.Siapalah aku.Siapalah nak kawan dengan aku.Tapikan ada seorang tu je yang sanggup kawan dengan aku.Tapi sekarang ni dia pun tak sudi kawan lagi dengan aku.Wuu..sedihnya…”
“Eh..sudah.Jangan dok buat muka macam tu la.Buruk benor aku tengok.”kata Zurin.Rasya tergelak. “Aku tahu kaulah kawan aku yang paling baik sekali.Penyayang,baik hati…”belum sempat menghabiskan ayat Zurin telah memotong percakapannya. “Ei,aku tak ada duit kecik la nak kasi kau.Kalau bab membodek kau la juara.Eh,soalan aku tu dari tak jawab-jawab pun.”Zurin memandang Rasya meminta penjelasan. “Opps..lupa pulak.Petang tadi aku derma darah.Ada patient tu hilang banyak darah.Darah jenis dia pula tak da.Kebetulan darah dia sama jenis dengan darah aku.So,aku pun dermalah darah aku.Lagipun dah lama dah aku tak derma darah.Tu yang letih sikit hari ni.Dengan patient banyak.”Rasya mencapai gelas air di hadapannya. “Dah tu asal muka kau tu nampak pucat sangat.Tak kan pihak hospital tak kasi roti ke apa ke?Sekurang-kurangnya sekotak air.”Rasya meletak kembali gelas selepas menghabiskan air di dalam gelas sambil menggelengkan kepala. “Hah,biar betul.Tak kan tak bagi kot?”Zurin terkejut.Macam mana pihak hospital tak menyediakan roti atau air kepada penderma darah.Kedekut betul. “Bukan la.Aku yang tak nak.Kau tahu la kan.Aku bukan jenis yang suka makan roti-roti ni.”Rasya mengeliat sepuas-puasnya untuk meregangkan urat-uratnya kembali.Arg,baru rasa puas.Dia mengambil remote lalu menukar siaran.Namun tiada rancangan yang menarik minatnya.Dia sendiri tiada mood keran terlalu letih. “Oh,patut la muka kau pucat semacam je.”kata Zurin. “Oklah aku nak mandi kejap dan solat Isyak.Lepas tu aku nak tidur.”kata Rasya lalu bergerak ke biliknya.Tiba-tiba dia berhenti dan berpaling ke arah Zurin. “Zurin.Thanks.”kata Rasya sambil. “Kenapa?”tanya Zurin pelik. “Thanks for the water.I like it.”Rasya lantas masuk ke dalam biliknya.Zurin pantas mengambil gelasnya.Kosong.Kurang asam kau Rasya.Habis air aku dibedalnya.Zurin tersenyum sendirian.
Seorang gadis kelihatan teresak menangis.Di kerusi pula kelihatan Tan Sri Zubir dengan wajah yang muram.Sekejap dia bangun dan berjalan mundar-mandir di hadapan pintu bilik pembedahan.Sekejap pula dia kembali duduk.Hatinya tidak tenteram.Baru sekejap tadi dia menerima panggilan telefon yang mengatakan anak lelakinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan berada dalam keadaan kritikal.Dia segera ke hospital.Namun begitu anaknya telah dimasuk ke dalam bilik pembedahan tanpa sempat menunggu kedatangannya kerana keadaan pesakit yang agak tenat.Tiba-tiba seorang gadis muda menerpa ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa. “Papa,macam mana dengan keadaan abang?”tanya gadis itu.Tan Sri Zubir hanya menggelengkan kepala.Gadis itu terpandangkan gadis yang sedang menangis di sudut hujung.Dia lantas menerpa ke arah gadis itu. “Ni semua sebab kau.Kalau kau tak keluar dengan jantan lain abang aku tak kan jadi macam.Ni semua salah kau.”kata gadis itu kasar sambil menolak tubuh gadis itu.Terduduk gadis itu. “Zafira behave yourself.Ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa.” “Tapi papa…”tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka.Keluar seorang lelaki berpakaian khas serba hijau sambil membuka penutup mulutnya.Mereka segera mendapatkan lelaki tersebut. “Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?”tanya Tan Sri Zubir.Dia kelihatan cemas. “Alhamdulillah.Kami berjaya menyelamatkan anak Tan Sri.Keadaannya sudah stabil sekarang.Cuma dia mungkin akan koma buat sementara waktu.Lagipun dia banyak kehilangan darah.Tapi syukur lah kerana ada yang sudi menderma darah kepadanya di saat-saat genting tadi keran pihak hospital tidak mempunyai bekalan darah jenis darahnya.”kata Iqbal.Tan Sri Zubir mengucap syukur yang tidak terhingga.Anaknya terselamat daripada maut. “Doktor kalau boleh saya mahu tahu siapakah yang telah mendermakan darahnya kepada anak saya itu.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya.”Tan Sri Zubir bertanya kepada Iqbal tentang penderma darah.Namun Iqbal hanya mampu menggelengkan kepala. “Maafkan saya Tan Sri.Saya telah diamanahkan untuk merahsiakan identiti penderma tersebut.Apa yang saya boleh beritahu namanya Ariana.Hanya itu.Maafkan saya.” “Oh,kalau begitu tak mengapalah.Cuma tolong sampaikan ucapan jutaan terima kasih saya kepadanya sekiranya doktor ada berjumpa dengannya.Saya amat menghargai pertolongannya itu.”kata Tan Sri Zubir kepada Iqbal.Iqbal hanya menganggukkan kepala. “Baiklah.Sekarang Tan Sri bolehlah pulang dahulu.Sudah lama Tan Sri menunggu di sini.Lagipun pesakit masih tidak boleh dilawati sekarang.Perlu tunggu untuk dipindahkan ke unit rawatan rapi dahulu.”Tan Sri Zubir hanya mengangguk. “Kalau macam tu saya pulang dahulu.Terima kasih banyak-banyak doktor.?’Tan Sri Zubir berjabat tangan dengan Iqbal. “Sama-sama”Tan Sri Zubir memandang Zafira yang hanya mendiamkan diri. “Mari kita pulang Zafira.Dan kamu pun Nadyne pulanglah dahulu.”kata Tan Sri Zubir.
Sebulan kemudian…
Iqbal membuka pintu yang tertulis VIP.Bilik yang hanya boleh menempatkan seorang pesakit ini mempunyai air-cond dan juga sebuah bilik air.Sesuai benar dikenali dengan bilik VIP dengan segala kemudahan yang ada.Hanya yang yang benar-benar mampu sahaja boleh menduduki bilik ini.
“Assalamualaikum.How are you today?”tanya Iqbal sambil mencatat sesuatu di atas fail yang terletak di hujung katil.Zarief meletakkan majalah yang dibacanya di atas di sebelah katilnya. “Waalaikumussalam.Sihat.Cuma sengal-sengal sikit.Yelah dekat sebulan duduk dekat hospital ni.Rindu nak kerja.”Iqbal tersenyum mendengar kata-kata Zarief.Businessman la katakan.Sibuk memanjang. “Aku tahulah kau tu businessman pun.Tak reti nak duduk diam.Buzy je.Tu yang sampai boleh accident tu.Nasib baik Allah tu masih sayangkan kau.Kalau tak aku tak tahu la”Zarief diam.Dia teringat kembali pada malam kejadian.
“Nadyne.Apa semua ni?”Nadyne kelihatan terkejut.Wajahnyanya kelihatan pucat.Dia tidak menyangka rahsianya akan terbongkar malam ini.Dia pantas melepaskan pautan tangannya daripada Edry. “Eh.you siapa?”tanya Edry.Zarief bengang. “Aku teman lelaki dia.Dan kau pula siapa?”tanya Zarief.Wajahnya kelihatan tegang.Dia tidak sangka akan bertemu Nadyne di sini.Tujuannya ke Restoran Buluh Hijau adalah untuk bertemu dengan clientnya.Pada mulanya dia hanya menyangka pelanduk dua serupa.Namun setelah diperhatikan dia yakin yang itu ialah Nadyne.Pada mulanya Zarief menyangka Nadyne berjumpa dengan rakannya.Namun sangkaannya meleset.Nadyne berjalan berpautan tangan dengan lelaki itu membuat hatinya panas.Patutlah selama ini dia mendengar khabar-khabar angin mengatakan Nadyne sering keluar dengan seorang lelaki.Namun dia hanya membiarkan khabar angin itu begitu saja kerana menganggap mereka hanya menyebarkan fitnah kerana cemburu dengan kebahagiaannya.
“Apa?Teman lelaki?”Edry memandang Nadyne meminta penjelasan.Nadyne kaku tanpa suara. “Sekarangnya semuanya sudah terbukti.Aku ingatkan khabar angin tu hanya fitnah rupa-rupanya betul.Selama ini aku pekakkan telinga kerana terlampau sayangkan kau.Tapi ini yang aku dapat.Sudah la mulai hari ini kau jangan tunjuk lagi muka kau depan aku.”Zarief lantas beredar dari situ.Hatinya pedih.Kekasih yang amat disayanginya telah berlaku curang di depan mata.Dia memandu dalam keadaan emosi yang tidak menentu.Dia memandu selaju yang mungkin.Namun setibanya di satu selekoh…Bumm.Kereta yang dipandunya telah melanggar sebuah lori.Tiba-tiba pandangannya kelam.Dia tidak ingat apa yang terjadi selepas itu.
“Woi,berangan apa?Kita dok cakap dengan dia boleh dia berangan.”Zarief tersentak.Dia memandang Iqbal. “Bukan sebab keje la.Malam tu aku memandu tanpa sedar.Aku frust sangat-sangat.Aku kecewa dengan apa yang Nadyne dah buat.Sanggup dia curang dengan aku sedangkan aku sangat mencintai dia.Aku kecewa Bal.Kecewa.”wajahnya muram.Ah,mana mungkin dapat memaafkan Nadyne.Kebenaran telah jelas di depan mata. “Kau ni..Tak dapat nak kawal perasaan langsung.”kata-kata Iqbal menyentuh hatinya.Iqbal tidak tahu rasanya bila dicurangi seseorang yang kita sayang dan cinta.Peritnya perasaan tu hanya Allah saja yang tahu.Tapi terdapat suatu perkara yang memusyilkan Zarief.Macam mana pula tiba-tiba boleh terdapat lori di simpang itu.Sepanjang dia melalui jalan itu tidak pernah ada lori yang melalui jalan itu.Walaupun dia kecewa namun tidaklah sampai mahu membunuh diri. “Tapikan Bal aku frust pun tak lah sampai nak bunuh diri.Tapikan malam tu……”Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar.Muncul seorang gadis memakai skirt separas lutut dan juga blouse tanpa lengan.Cantik.Dengan rambut separas bahu disepit kemas.Nampak begitu feminim. “Aku keluar dulu.”Iqbal lantas meminta diri.Dia tahu wanita yang datang itu ialah teman wanita Zarief.Mungkin sekarang bekas teman wanita.Jadi sebelum drama bermula lebih baik dia pergi.Zarief hanya mengangguk lemah.Nadyne sempat memberikan senyuman kepada Iqbal. “Sayang,you dah sihat?”tanya Nadyne manja.Dia lantas melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan katil. “You nak apa lagi Nadyne?Hubungan kita dah berakhir.It’s over.”Zarief memalingkan mukanya.Dia tidak sanggup memandang muka Nadyne.Mereka diam seketika.Hanya kedengaran esakan kecil.Aku tak kan terpedaya dengan tangisan kau.Sayang I tak da apa-apa hubungan Edry.We’re just a friend.Not more than that.I hanya sayangkan you.Believe me sayang.” “Kawan you kata.Kawan jenis apa sampai berpeluk-pelukan depan khalayak ramai.Makan bersuap.Itukah yang di panggil kawan.Sedangkan I sendiri tak pernah sentuh you tapi lelaki tu?Sudah la Nadyne.You ingat I budak kecil ke?”suara Zarief agak lantang.Dia tidak mahu lagi berlembut dengan gadis ini.Dia harus diberi pengajaran. “Sayang please.I sayangkan you.Jangan buat I macam ni.”Nadyne memegang tangan Zarief.Dia berharap zarief dapat memaafkannya.Dia berasa amat kesal kerana telah menduakan Zarief.Tidak dapat dinafikan yang dia kadang kala berasa bosan berada di samping Zarief.Zarief sentiasa sibuk dengan kerja.Namun begitu Zarief adalah sumber kewangannya.Kalau nek mengharapkan gajinya sebagai model berapalah sangat.Zarief hanya mendiamkan diri.Dia menarik tangannya daripada genggaman Nadyne. “I sunyi Zarief.I sunyi .You tak pernah meluangkan masa bersama I”Nadyne cuba membuat alasan.Dia berharap yang Zarief dapat menerima alasannya ini. “Arg,itu semua alasan.Dah la Nadyne.You jangan nak buat alasan lagi.Tak cukupkah hujung minggu masa I bersama you.Setiap malam I call.Tapi kadang-kadang you yang buat alasan tak nak cakapdengan I.Sekarang you kata I tak da masa untuk you.You pun tahu yang I sibuk.Lagipun you bukannya budak kecil yang perlukan perhatian setiap masa.Walaupun beribu alasan yang you bagi I tetap tak dapat nak terima you kembali.”Zarief berasa kecewa dengan alasan yang diberikan Nadyne.Arg,dasar perempuan. “Please sayang.Lepas ni I janji yang I tak kan buat lagi.Please forgive me sayang”Nadyne marayu.Sayang untuk melepaskan orang sekaya Zarief.Baginya duit adalah segala-galanya.Namun begitu Zarief hanya menggelengkan kepala. “Sudahlah Nadyne.Hubungan kita dah berakhir.I harap kita tak akan berjumpa lagi lepas ni.You boleh pergi dari sini.I harap you jumpa dengan orang yang betul-betul membahagiakan you.Yang dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada you.”suara Zarief mendatar.Nadyne lantas bangun sambil mengesat air matanya.Dia tersenyum sinis.Hatinya geram.Jaga kau Zarief.Aku tak akan lepaskan kau.Nadyne lantas mengorak langkah.sebelum meninggalkan Zarief dia memalingkan mukanya ke arah Zarief. “I pergi dulu.Tapi you ingat Zarief.You tak kan terlepas daripada genggaman I.You ingat tu.”
“Eh,you boleh tak jangan ganggu I.I tak suka.Tolong la jangan call I lagi.Dan satu lagi tolong stop hantar bunga ya.”Rasya memutuskan talian.Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.Tak reti bahasa kot mamat ni.Tanpa melihat pemanggilnya Rasya terus mengangkat. “Apahal lagi?”tanya Rasya dengan nada yang agak tinggi. “Woi,ni akulah.”Rasya terkejut.Dia melihat ke skrin telefon bimbitnya.Tertera nama Zurin.Rasya menepuk dahinya.Alamak!Silap orang la pulak. “Zurin..sorry…sorry…Aku ingatkan mamat mental tu tadi.”kata Rasya sambil tergelak.Yelah marah dekat orang lain Zurin pulak yang jadi mangsa. “Mamat mental mana pulak ni?”tanya Zurin pelik.Tak pasal-pasal dia pulak yang disembur Rasya. “Zairy la.Asyik dok call je.Dah tu tiap-tiap hantar bunga.Sampai penuh bilik aku dengan bunga.Orang ingat aku ni jual bunga pulak kat hospital ni.”biliknya sudah penuh dengan bunga-bungaan.Hendak dibuang rasa sayang pulak. “Asal kau call aku?”Rasya berasa pelik menerima pangilan dari Zurin.Selalunya Zurin jarang menelefonnya pada waktu-waktu begini. “Opps..lupa pulak.Aku nak bagi tahu kau yang aku outstation seminggu ni.Aku nak pergi Pahang.” “Wah…wah.Makan angin la kau.”kata Rasya.Nampaknya Seminggu la dia keseorangan. “Ar..lagi satu aku pinjam dulu ye kereta kau.Tak sempat la nak gi tukar dekta hospital.”Rasya teringat kereta yang dipandu oleh Zurin.Saja tukar angin.Sekali sekala perlulah guna prodak buatan Malaysia pulak. “Oh,pasal ni la yang kau nak bagi tau aku tu?”Zurin hanya ketawa.Langkah kanan la dia kerana dapat menaiki Toyota Camri milik Rasya. “Hish,mana ada.Kau ni.Kalau kau tak kasi tak pelah.Aku balik rumah dulu.Lepas tu aku pergi naik teksi jelah.Kereta kancil aku kan buruk.”kata Zurin dengan nada merajuk.Dia buat dah. “Eh,tak pelah.Aku tak kisah pun.Kau ni..suka sangat cakap bukan-bukan.”ujar Rasya. “Tak delah.Saje je.Aku Tahu yang Rasya Ariana is the best friend in the world.”kata Zurin.Rasya hanya ketawa. “Yelah tu” “Betullah.Eh,I’ve to go now.See you next week.assalamualaikum.”Zurin menamatkan panggilan.Tiba-tiba pintunya diketuk dari luar. “Masuk.”terjengul wajah Iqbal sambil tersenyum. “Eh,kau Iqbal.Aku ingat siapa tadi.Duduklah.”Rasya tersenyum.Sudah beberapa hari dia tidak berjumpa dengan Iqbal.Masing-masing sibuklah katakan. “So,how are you?”tanya Rasya. “Ok je.Eh,kau ingat tak patient aku yang kehilangan banyak darah tu?”Rasya mengerutkan dahinya.Cuba mengingati pesakit yang dikatakan Iqbal.Kemudian dia mengangguk. “Dia dah sembuh.”kata Iqbal sambil tersenyum. “Oh,baguslah kalau macam tu.Eh,aku dengar yang patient kau tu loaded.”kata Rasya sambil tersengih.Iqbal mengangkat keningnya. ‘Eh,mana kau tahu ni?”tanya Iqbal hairan.Mana Rasya tahu sedangkan bukan dia yang merawat Zarief. “Aku tahukah.Kau tahu tak kecoh dekat luar pasal pesakit kau yang millionaire tu.Kononnya kacak,smart macam-macam lah.Ramai dok tergila-gilakan dia.Eh,betul ke?”wah,begitu cepat berita tersebar.Habis la kau Zarief.Popular mengalahkan artis. “Betul la kot.Woi,kau tahu tak dia baru putus dengan awek dia.Cun giler awek dia.tapi sayangnya awek dia tu curang dengan dia.Tu yang dia frust sampai boleh accident.”Iqbal bercerita dengan penuh semangat.Rasya menggelengkan kepala.Ada juga orang macam tu dalam dunia ni.Kecewa sampai tak dapat nak kawal diri. “Jadi aku aku ada chance la ye?”tanya Rasya sambil tersengih. “Eh,kau nak juga.Ada-ada.Kalau kau nak aku boleh tolong arrangekan untuk kau.Lagipun dia tu kawan lama aku.”kata Iqbal serius.Rasya hanya ketawa.Dia mengangkat tangannya. “Eh,aku melawak je.Kau ni.Jangan la ambil serius sangat.”kata Rasya.Kacau juga kalau Iqbal serius dengan kata-katanya.Bukan dia tidak tahu yang Iqbal suka bertindak melulu. “Apasalahnya.Kau cantik dia pulak handsome.Sama padan la tu.” “Yelah tu.Jangan mengarut erk.Lagipun aku tak pandang la Hendsome ni.”Rasya hanya ketawa.Apalah sangat dia berbanding jutawan muda itu.Lagipun dia bukanlah jenis yang memandang rupa dan harta.Cukuplah sekadar sedap mata memandang dan tidak lupa pada Allah. “Eh,esok kan weekand.Jom,main tennis.Dah lama tak main.”cadang Iqnal kepada Rasya.Dahulu jika hujung minggu mereka selalu keluar bermain tennis.Namun kesibukan masing-masing membataskan masa mereka untuk melakukan aktiviti riadah. “Ok juga.Dah lama aku tak beradu tenaga dengan kau.”Iqbal mengangguk. “Kali ni siap kau.Aku belasah kau cukup-cukup.”kata iqbal sambil menggenggam tangannya.Rasya tersenyum sinis. “Eh,kau mampu ke tewaskan aku?”tanya Rasya sinis. “Tunggu jelah.”Iqbal tidak memandang rendah akan kemampuan Rasya.Dia akui Rasya sememangnya jaguh tennis semenjak dari universiti dahulu.Champions of Tennis University Championship.Rakannya ini memang handal dalam sukan tennis. “Ok.Esok erk.Set.”
BAB 2
Bumm…Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman.Rasya melihat ke belakang kereta.Dia telah terlanggar sebuah kereta.Rasya menepuk dahinya lalu keluar dari kereta.Aduh!Habislah kereta kau Zurin.Dah kereta yang dilanggarnya itu agak mewah.Toyota Harrier berwarna hitam.Tiba-tiba keluar seorang pemuda dari kereta itu dengan muka yang agak serius.Fuhhh.Handsome jugak.Tapi serius sangat. “Hei,macam mana awak dapat memandu ni.Tak nampak kereta kat belakang.”soal pemuda itu dengan nada yang tinggi.Mungkin bengang kerana keretanya yang kemik agak teruk tu. “Maaf…maaf..saya tak sengaja.”tergagap-gagap Rasya meminta maaf.Alamak!MAcam mana pula boleh tergagap-gagap depan mamat handsome ni. “Eh,awak ingat dengan kata-kata awak tu boleh baiki kerosakan kereta saya ni.Awak tahu tak kereta saya ni mahal.”kata pemuda itu lagi.Amboi,bongkaknya.Dia ingat dia saja yang ada kereta mahal.Aku pun ada la.Baru handak menunjukkan keretanya Rasya teringat sesuatu.Dia telah menukar keretanya dengan Zurin.Dan sekarang dia sedang menggunakan kereta Zurin.Kereta Kancil. “Apa dah bisu ke awak ni.Saya tahu awak tak mampu nak bayar kan?”tanya pemuda itu dengan sinis.Eh,mamat ni.Sombong tak bertempat.Dia ingat aku tak mampu. “Maaflah encik.Bukan saya tak mempu.Setakat kemik macam ni apalah sangat.”giliran Rasya pula menunjukkan belang.Berubah muka pemuda itu.Cis,kurang ajar perempuan ni. “Ni bukan salah saya saje.Yang awak memandu makcam rebut tu kenapa.Tak reti nak tengok kiri kanan dulu.Memandu ikut suka hati.Malaysia ni ada undang-undang tahu.”kata Rasya geram.Pemuda itu berubah menjadi bengis. “Eh,awak jangan kurang ajar sangat ye.Awak tak nak bayar cakap sajelah.Orang perempuan memang macam tu.Kalau nak mengelak tu macam-macam alasan.Kereta macam ni punya besar pun tak nampak.Agaknya awak ni lesen kedai kopi agaknya.Nak tunjuk lagak pulak dekat sini.Ingat ni jalan bapak awak.Perempan tak sedar diri.Ada hati nak….”pang…Satu tamparan hinggap di muka pemuda itu.Nah,rasakan.Rasya lantas mengambil dompetnya dan mengeluarkan beberapa not lima puluh.Lantas dia melemparkan kearah pemuda itu. “Nah,ambil duit yang awak nak sangat ni.Saya nak nasihatkan awak tolong cermin muka awak tu sebelum nak menghina orang lain.”lantas Rasya masuk semula ke keretanya lalu beredar.Dia malu menjadi tontonan ramai.Dia juga terasa terhina dengan kata-kata pemuda itu.Pemuda itu mengusap pipinya yang kemerahan itu.Hatinya mendongkol.Dia lantas beredar.
“Woi,apa pasal lambat sangat?”tanya Iqbal.Rasya lantas meletakkan beg raket di atas kerusi yang telah disediakan di tepi gelanggang. “Accident.” “Hah,accident?Eh teruk ke?Ada yang mati?”sol Iqbal lagi.Hish mamat ni. “Kau ni.sampai ke situ pulak.Kalau ada yang mati tu akulah.”kata Rasya.Iqbal kelihatan bingung dengan kata-kata Rasya. “Dah kalau tak ada sesiapa yang mati asal kau datang lambat? Siapa yang accident ni?”soal Iqbal sambil memandang Rasya. “Akulah.Terlanggar dengan mamat mental mana entah.Mentang-mentang aku guna kancil hari ni dia boleh la buli sesuka hati.Mentang-mentang kereta dia besar.”muka Rasya merah padam menahan marah.Iqbal hanya mendengar luahan Rasya.Sepanjang dia berkawan dengan Rasya,inilah kali pertama dia melihat Rasya begitu marah.Selama ini jika dia marah dia hanya diam sahaja. “Sudahlah tu.Tak da gunanya kau luah kemarahan kau dekat sini.Mamat tu bukan ada nak dengar.Yang dengarnya aku.Sudah-sudah aku yang mental dengar kau berceramah dekat sini.”kata Iqbal sambil membuat lawak.Rasya tersenyum.Dia menarik nafas perlahan-lahan untuk meredakan kemarahannya. “Betul jugak.Kecian pulak dekat kau.Eh,kau dah warming up ke?”tanya Rasya kepada Iqbal. “Dah lama dah sampai dah sejuk balik pun.”kata Iqbal dengan nada gurauan.Rasya hanya ketawa. “Kale macam tu let’s play.”kata Rasya sambil mengambil raketnya. “Eh,kau tu tak warming up lagi dah nak main.Kang kejang pulak nanti macam mana?”tanya Iqbal dengan dahi yang berkerut. “Tak payah.Aku dah warming up tadi.” “bila?”tanya Iqbal hairan.Dari tadi dia tidak nampak Rasya melakukan pergerakan memanaskan badan. “Masa gaduh dengan mamat mental tu.”Rasya tersenyum.Lantas mereka memulakan permainan.Hampir sejam mereka bermain.Namun begitu terpaksa berhenti apabila Iqbal kelihatan tercungap-cungap mambidas kembali bola Rasya.Iqbal menganggkat tangan tanda mengaku kalah.Rasya hanya ketawa.Nampaknya kemenangan miliknya lagi.Mereka kembali semula ke kerusi di tepi gelanggang tadi. “Hah,amacam?Mau lawan lagi?”tanya Rasya sambil tersengih.Iqbal menggelengkan kepala sambil mengelap peluh dengan tuala yang dibawanya. “Tak nak ar.Penat dah.Aku mengaku kalah.”Rasya hanya ketawa.Rasya mengambil botol air di dalam beg lalu membuka dan meminumnya.Tiba-tiba talefon bimbit Iqbal berbunyi.Iqbal lantas menjawab panggilan itu “Wa’alaikumussalam.Kau..nape?Aku main tennis tadi.”Rasya hanya membiarkan Iqbal berbual dengan rakannya. “Aku dengan member la.Tak kan nak main sorang-orang.Apa?Kau nak berlanja?Boleh…..Ok.Assalamualaikum.”Iqbal memandang Rasya.Rasya mengangkat keningnya. “Kawan aku ajak kita lunch dengan dia.Lagipun dah masuk waktu lunch ni.”kata Iqbal sambil melihat jam tangannya. “Eh,tak kan dia ajak aku sekali kot.”Rasya memasukkan raketnya ke dalam beg.Iqbal mengangguk. “Lagipun dekat restoran tu je.”kata Iqbal sambil menunjukkan ke arah restoran yang dimaksudkan.Rasya memandang ke arah yang di tunjukkan Iqbal.Agak dekat.Kalau jalan kaki sepuluh minit sudah sampai.Namun restoran itu agak mewah. “Hish…tak kan kawan kau nak belanja kat restoran mewah tu kot?Sekali dengan aku?”tanya Rasya tidak percaya.Seumur hidupnya tidak pernah dia menjejakkan kaki ke restoran semewah itu.Walaupun dia mampu,namun begitu dia tidak akan membazirkan duit hanya semata-mata mahu makan di restoran semahal itu.Iqbal hanya mengangguk. “Kawan kau ni mesti loaded.”kata Rasya.Sekali lagi Iqbal mengangguk. “Jomlah.Lagipun nilah kawan aku yang kau derma darah dulu tu.Eh,sebelum tu aku nak tanya kau.Mana kereta kau?”tanya Iqbal.Setahu dia,Rasya memakai Toyota Camri tiba-tiba hari ni boleh bertukar pula. “Aku tukar dengan Zurin.Dia out station seminggu.”Iqbal mengangguk lagi.Lantas mereka beredar ke kereta masing-masing untuk meletakkan beg masing.Setelah itu mereka bergerak ke restoran yang dimaksudkan.Tidak sampai sepuluh minit mereka sudah sampai.Tiba-tiba Rasya ternampak sebuah Toyota Harrier berwarna hitam di tempat parking.Eh,macam kereta tadi.Arg,kereta orang lain kot.Macam la dia sorang yang mampu pakai kereta tu.Rasya hanya menggomel di dalam hati.Dia teringat peristiwa pagi tadi. “Eh,aku nak ke ladies kejap.Nak tukar baju.Busuk.”kata Rasya kepada Iqbal.Iqbal hanya menganggukkan kepala.Iqbal ni mengangguk je kerjanya.Iqbal bergerak ke ruang dalam restoran itu.Wah,langkah kaki kanan la dia hari ni dapat makan di tempat yang mewah macam ni.Restoran yang mempunyai aircond dan dihiasi dengan tanaman hijau ini amat menyejukkan mata memandang.Rasa nyaman.Iqbal mencari Zarief.Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki di meja hujung.Dia lantas bergerak ke meja tersebut. “Helo,my friend”tegur Iqbal sambil tersengih.Zarief terkejut. “Eh,kau ni.Tak reti-reti nak bagi salam?”tanya Zarief.Dia mengurut dadanya.Iqbal hanya ketawa.Dia lantas duduk di hadapan Zarief.Wah,begaya sungguh mamat ni.Perempuan mana la tak terpaut.Mukanya ala-ala pelakon korea.Dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi.Aku yang lelaki ni pun boleh cair. “Woi,kau tengok apa?”sergah Zarief.Iqbal hanya ketawa sambil menggelengkan kepala. “Kata kau bawa kawan?Mana dia?”tanya Zarief hairan.Tadi katanya berdua tapi datangnya sorang. “Dia pergi ladies kejap.”kata Iqbal.Zarief mengerutkan wajahnya.Ladies? “Kawan kau tu perempuan ke?”soal Zarief seperti orang bodoh.Iqbak ketawa terbahak-bahak.Zarief….Zarief. “Kau ni mengigau ke Zarief?Mestilah perempuan.Tak kan lelaki nak masuk ladies kot.”Iqbal menyambung ketawanya.Zarief hanya mencebirkan mulutnya.Tak kan mamat ni bawa girlfriend dia kot.Sejak bila dia ada makwe ni?Zarief melihat Iqbal dengan pandangan pelik.Iqbal berhenti ketawa. “Apa?”tanya Iqbal apabila dilihat begitu. “Girlfriend kau ke?”tanya Zarief.Iqbal menggelengkan kepala. “Taklah.Kawan la.Single lagi.Kalau kau nak aku boleh uruskan untuk kau.”Iqbal cuba mencucuk jarum.Mana tahukan terbuka hati Zarief untuk menerima Rasya. “Huh,sudah-sudah lah tu.Perempuan ni memang menyusahkan.Pagi tadi pun aku dah jumpa perempuan gila.Ada ke patut dia tampar aku.”kata Zarief bengang.Seumur hidupnya belum pernah dia ditampar oleh mana-mana gadis.Berani sungguh gadis itu.Namun salahnya juga kerana telah menghina gadis tersebut.Iqbal terkejut. “Apasal dia tampar kau?”soal Iqbal.Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut. “Yelah salah aku juga.Aku ada terhina perempuan.Kau tahulah kan aku kan baru lepas putus.”kata Zarief mendatar. “Macam mana kau boleh jumpa perempuan itu?”Iqbal pelik.Macam mana pula Zarief boleh berjumpa dengan gadis seperti itu. “Aku kemalangan tadi.Kemik juga lah depan kereta aku tu.”Iqbal hanya menggelengkan kepala.Tiba-tiba dia teringat Rasya.Rasya juga kemalangan pagi tadi.Kemudian dia ternampak Rasya tercari-cari.Iqbal lantas melambaikan tangannya. Rasya melangkah dengan senyuman.Namun begitu apabila langkahnya sudah menghampiri meja dia berhenti.Rasya kelihatan terkejut.Begitu juga dengan Zarief. “Awak.”mereka berdua berkata hampir serentak sambil menunjukkan jari ke arah masing-masing.Iqbal juga terkejut.Namun begitu dia tiba-tiba tersenyum.Barulah dia faham. “Jadi korang tentu dah kenal.Tapi mesti tak sepenuhnyakan.Mari aku kenalkan.Rasya ni Zarief dan ni Rasya.Sekarang dah kenalkan.Jadi inilah mamat mental dengan perempuan gila ya.”kata Iqbal sambil ketawa.Mereka memandang Iqbal dengan renungan yang tajam.Iqbal lantas menutup mulutnya. “Mamat mental?” “Perempuan gila?”Iqbal hanya menahan ketawa.Takut dimarahi mereka.Nampaknya ada jodoh mereka ni. “Eh,duduklah Rasya.”Rasya hanya menggelengkan kepala. “Tak apalah Iqbal.Aku balik dulu.Aku lebih rela mati kebulur dari makan duit mamat mental tak sedar diri ni.”Zarief bengang. “Kalau saya tahu yang awak lah perempuan gila tu tak ingin saya ajak awak. Eh,Iqbal aku tak tahu pun yang sekarang kau berkawan dengan perempuan gila?Dah la tak sedar diri.”kata Zarief sambil tersenyum sinis.Muka Rasya merah padam menahan marah. “Awak…” “Apa?”Iqbal lantas membuka mulut. “Eh,sudah la tu.Korang ni bergaduh macam budak kecil la.”kata Iqbal.Dia harus menghentikan peperangan mulut ini sebelum perang besar melanda. “Tak apalah Iqbal.Aku balik dulu.Dan awak terima kasih banyak-banyak.Saya pun tak ingin nak terhutang budi dengan orang yang tak tahu mengenang budi macam awak ni.”kata Rasya lantas beredar dari situ.Lagi lama dia berada di situ lagi terbakar hatinya.Zarief tersentak “Rasya…Rasya..”Iqbal cuba menahan Rasya namun Rasya terus pergi dari situ. “Engkau ni Zarief.Tak berlapik langsung nak bercakap.”kata Iqbal.Kesal dengan sikap Zarief. “Dia pun apa kurang.”kata Zarief masih mahu membela dirinya.Iqbal hanya menggelengkan kepala.Semenjak putus cinta ni Zarief semakin berubah.Hatinya keras untuk menerima perempuan.Nak bercakap dengan perempuan pun kasar je. “Sudah lah.Eh,order la cepat.Aku dah lapar ni.”Zarief melambaikan tangannya mamanggil pelayan.
BAB 3
“Hai Rasya….Kau sihat aku rindu sangat dekat kau.”Zurin memeluk Rasya gembira.Rasya juga begitu.Gembira bukan kepalang apabila melihat Zurin sudah berada di rumah.Tidaklah dia bosan sangat. “So,macam mana trip kau ke Pahang?”tanya Rasya.Zurin hanya tersenyum. “Best…best sangat la.Kami habis meeting hari yang Jumaat tu.Hari sabtu tu kita orang ronda-ronda ar…apalagi.”jawab Zurin riang. “So,apa yang ole-ole yang kau beli untuk aku?”tanya Rasya tidak sabar.Zurin mengerutkan dahinya.Kemudian dia tersenyum.Kemudian dia mengeluarkan satu beg.Rasya menyambut huluran Zurin.Dia lantas mengeluarkan bungkusan di dalam beg itu.Ringan saja.Dia melihat Zurin yang hanya tersenyum. “Bukalah.Kata Zurin. “Kau ni kalau ye pun tak payah la sampai pun tak payah la berbungkus.Buat susah je.”kata Rasya.Namun begitu Zurin hanya tersenyum.Bantal berbentuk strawbery.Rasya hanya ketawa. “Thanks Zurin.”Rasya memeluk bantal itu.Tiba-tiba Rasya teringat sesuatu. “Zurin…Ada benda yang aku nak bagi tahu kau ni.”suara Rasya agak sedih.Zurin mengerutkan dahinya sekali lagi. “Apa?” “Aku kan…..”tiba-tiba Zurin bangun.Rasya terkejut. “Hah apa kau dah buat ni?”soal Zurin.Matanya tajam merenung Rasya.Rasya kelihatan serba salah. “Ke…ke..”Rasya tergagap-gagap. “Ke apa?”sergah Zurin. “Kereta kau.”kata Rasya mengejut.Terkejut akibat disergah Zurin.Zurin terkejut.Dia lantas keluar ke garaj kereta. “Ya Allah.Kereta aku.”Zurin menjerit.Rasya pantas bergerak keluar melihat Zurin. “Zurin aku minta maaf.Aku tak sengaja.”Zurin kelihatan sedang membelek keretanya.Arg,Zurin pasti marah. “Kau marah ke?”tanya Rasya.Zurin tidak menjawab.Masih juga membelek keretanya.Marah benar agaknya. “Macam nilah.Kau guna kereta aku sampai aku baiki kereta kau nanti.”Zurin lantas mengangkat kepala. “Apa?Guna kereta kau.Ok”aik.Relak saja muka.Macam tak marah pun. “Kau marah ke?”tanya Rasya.takut juga dia kalau Zurin marah.Nanti tak dibaginya pinjam benda lain.Arg,sudah. “Taklah.Buat apa nak marah.lagipun kereta ni pun dah buruk.Aku tak dengar kau tanya apa tadi.Last-last dengar kau suruh guna kereta kau dulu.Aku pun setuju jela.Aku kalau guna kereta ni pun tak pe.Tapi dah kau suruh pakai kereta kau aku lagi ok.”kata Zurin sambil ketawa lalu masuk ke dalm rumah.Cis,dia kenakan aku rupanya.Tak guna.Rasya turut ikut masuk ke dalam rumah.Dia lantas duduk di tepi Zurin. “Macam mana boleh kemik kereta aku tu.Kau langgar apa?”tanya Zurin.Rasya mengeluh.Dia teringat kembali kemalangan yang berlaku.Geram betul dia apabila terbayangkan wajah Zarief.Lelaki sombong tak sedar diri. “Aku kemalangan dengan mamat mental mana entah.Dah sombong.Bongkak.Nasib baik handsome je.”kata Rasya geram.Hatinya pedih mengingatkan kembali kata-kata Zarief.Arg,hanya muka saja yang kacak tapi hati busuk. “Lah,dah tu kau tak minta ganti rugi.?”Rasya hanya menggelengkan kepala. “Bukan aku tak minta..Tapi biarlah.Salah aku juga.Macam mana entah aku boleh tak perasan kereta dia dekat belakang.”kata Rasya.Zurin hanya menggelengkan kepala. “Tak apalah.Nak buat macam mana.Benda dah nak jadi.”Rasya hanya menganggukan kepala. “Eh,malam ni kita makan dekat luar.Sebagai ganti kereta kau yang rosak tu.” “Ok saja.”
Rasya menghempaskan badannya di atas katil.Hatinya mendongkol geram.Macam mana la boleh terserempak dengan mamat bongkak tu.Geramnya aku.Rasya teringat kembali peristiwa tadi.Hatinya sakit.Lelaki ini tidak habis-habis menyakitkan hatinya. Sedang dia dan Zurin menunggu pesanan tiba-tiba muncul Iqbal bersama Zarief di restoran itu. “Hai,boleh kami join sekali.Belum sempat Rasya membuka mulut Zurin sudah menjawab. “Eh,Encik Zarief.Silakan.Lagipun we all berdua saja.”kata Zurin ramah. “So,how are you cik Rasya?”tanya Zarief.Zurin terkejut.Oh,nampaknya mereka dah kenal.Rasya hanya mengangguk. “Eh,tak sangka kawan you ni bisu ye.”kata Zarief sambil memandang Zurin.Zurin mengetip paha Rasya. “Aduh.”Rasya melihat Zurin namun begitu Zurin hanya tersenyum.Suka sangat lah tu bila ada mamat handsame. “Sihat.Sihat sangat-sangat.Yelah.Kalau tak sihat pun bukannya ada kaitan dengan awak Encik Zarief.”kata Rasya sambil menjeling tajam.Muka Zarief berubah.Namun begitu Zarief cepat-cepat mamandang ke arah lain.Amboi,tajamnya jelingan dia.Tapi cantik juga gadis ni.Baju blous berwarna pink dipadankan dengan jeans putih berserta tudung berwarna putih berbunga merah jambu menyerlahkan lagi penampilan gadis ini. “Oi,apa yang kau tenung tu?”Zarief terkejut.Dia melihat Iqbal tersengih.Begitu juga Zurin.Hanya Rasya yang kelihatan masam.Zarief hanya menggelengkan kepala. “Macam mana you all kenal ye?”tanya Zurin.Dia memandang Rasya.Namun begitu Rasya memandang ke arah lain.Kemudian Zurin memandang Zarief.Namun begitu mereka berdua hanya diam membisu.Eh,apasal dua orang Ni?Zurin kemudian memandang Iqbal.Iqbal hanya menjungkit bahu. “Eh,Zurin awak dah tahu ke yang Rasya ni kemalangan?”tanya Iqbal. “Rasya kata orangnya sombong,bongkak tapi handsome.”kata Zurin.Iqbal ketawa.Rasya memandang Zurin.Mukanya merona merah.Zarief hanya tersenyum. “Yela habis kemik kereta..” “Arg,Zurin balik nanti kita singgah One Mall ye.Aku ada barang nak beli”Rasya pantas memintas kata-kata Zurin.Dia tidak mahu Zarief tahu yang kereta itu bukan keretanya.Zurin hanya menganggukkan kepala. “You kerja apa Cik Rasya?”tanya Zarief. “Dia kerja dok…” “Sapu sampah.”kata Rasya tiba-tiba.Zurin dan Iqbal memandang Rasya.Rasya hanya tersengih. “Oh,tukang sapu sampah pun mampu ye pakai kancil.Office I pun tak ada tukang sapu sampah.Kalau you nak you boleh kerja dekat situ.”Rasya hanya ketawa yang dibuat-buat. “Tak pelah.I suka kerja di tempat sekarang sekarang.”kata Rasya. “Iqbal aku tak sangka yang kau boleh kawan dengan budak sapu sampah.”kata Zarief sambil memandang Iqbal.Iqbal hanya ketawa.Nampaknya Rasya tidak mahu identitinya diketahui Zarief. “Biasalah.Aku kan peramah.”kata Iqbal sambil memandang Rasya.Rasya membuat muka ke arah.Jangan beritahu dia..Yelah.Aku tahu.Mereka bermain bahasa isyarat mengunakan mata. “Oh ya bercerita berkenaan accident ni kan hari tu I pun accident juga.Dengan perempuan.Garang bukan main.Siap kata I sombong dengan berlagak pulak tu.”kata Zarief.Berubah riak muka Rasya.Tak guna. ‘Orang sekarang ni bukan boleh di bawa berbincang Encik Zarief.Kan Rasya.”kata Zurin. “Ye.Langgar sikit dah melenting.Dah tu besar-besarkan pulak tu hal tu.Memang tak beradab betul.”kata Rasya geram.Sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada Zarief.Zarief memandangnya bengang.Rasya hanya tersenyum sinis. “Yelah.Ada orang tu sanggup tampar orang semata-mata nak menegakkan benang yang basah.Dah salah tapi tak nak mengaku.”balas Zarief.Rasya bengang. “Memang padan pun.Dah la bahasa yang digunakan tersangatlah elok.Memang patut pun ditampar.Kalau di ikutkan patut saja dicili mulut itu.”luah Rasya geram.Zurin dan Iqbal terkejut mendengar kata-kata Rasya.Namun begitu Zarief hanya ketawa mendengar kata-kata Rasya. “Eh,sudah lah.Asyik dengar korang berbalah je bila kita nak makan.”Iqbal dan Zurin yang hanya mendengar dari tadi mencelah.Rasya memasamkan muka.Zarief hanya tersenyum.Baginya gadis ini luar biasa.Berani meluahkan pendapatnya.
Bunyi ketukan pintu mencantas lamunannya.Pintu bilik dibuka.Tiba-tiba terjengul wajah Zurin. “Kau tak tidur lagi?”tanya Zurin sambil duduk di birai katil.Rasya hanya menggelengkan kepala. “Eh,Encik Zarief tu handsome kan.Untung sape yang dapat dia.Dah la kaya.”tapi tak da adab.kata-kata itu hanya lahir di hati Rasya. “Macam mana kau kenal dia Rasya?”tanya Zurin.Pelik juga.Sedangkan Zarief itu merupakan bekerja pejabat dan Rasya pula berkerja di hospital.Macam mana pula boleh berjumpa. “Entahlah Zurin.Aku pun dah tak ingat.Macam mana aku boleh jumpa dia ye?”Rasya berpura-pura tidak ingat. “Eh yang kau pula macam mana boleh kenal dengan dia?”tanya Rasya. “Oh,syarikat aku pernah bekerjasama dengan syarikat dia.Dia tu milionair Malaysia tau.Ramai perempuan tergila-gilakan dia.Hari tu dengar kata dia dengan sorang model tu.Nama apa ya?Na…Nadyne.Lepas dia accident tu terus tak dengar cerita diorang.Dah putus agaknya.”cerita Zurin.Ye.Dah putus.Kalau kau nak tahu dia accident tu sebab frust ngan makwe dia la. “Eh,aku tengok kau ni dari tadi masam je.Nape?”tanya Zurin.Hairan juga dia melihat wajah Rasya yang kelihatan masam itu.Rasya hanya menggelengkan kepala.Hatinya berasa sakit mengingatkan lelaki itu. “Hish kau ni.Eh,Rasya aku tengok Zarief tu macam berminat je dengan kau.Aku tengok dia renung kau semacam je tadi.”kata Zurin.Dari cara Zarief merenung Rasya dia dapat merasakan ada sesuatu telah terjadi dengan mereka yang tidak diketahui olehnya.Masakan mereka kenal begitu saja.Tapi mungkin dikenalkan oleh Iqbal.Zurin teringatkan kawan Rasya yang agak kacak itu.Rasya terkejut.Zurin ni kena sampuk agaknya.Kata si mamat mental tu suka dekat aku.Dah la mulut tak ada insurans. “Kau ni gila agaknya.Manalah mamat kaya macam dia tu nak dekat aku yang tak ada apa-apa ni.”Rasya memeluk bantalnya.Namun tidak dapat dinafikan yang hatinya sedikit tertawan dengan rupa Zarief yang kacak itu.Arg,setakat rupa saja yang ada tap hati budi tak ada tak da makna juga.Selain Iqbal dia tidak mempunyai kawan lelaki lain yang rapat dengannya.Kecuali Hairy yang tidak pernah jemu menghubunginya.Hairy juga tidak kurang kacaknya dan juga kaya.Namun begitu Rasya sedikit rimas dengan sikap Hairy yang terlalu ingin tahu dan terlampau ambil berat itu. “Yelah.Mana tahu.Aku cakap je.Lagipun dia tu susah tau nak lekat dengan perempuan.Kalau dia suka dekat kau beruntung la kau.”Zurin hanya tersenyum.Arg,kalau setakat kekayaan tidak membawa makna kepadanya.Dia bukan mencari lelaki untuk duit tapi untuk dia berkongsi segala suka dan dukanya. “Eh,sudah la Zurin.Jangan berangan la.Eh,lagi satu aku nak ingatkan kau jangan kau bocorkan rahsia pasal kerja aku tu tau.”Rasya mengingat Zurin.Dia sudat terlanjur berbohong jadi dia perlu meneruskannya. “Tapi kenapa?”Zurin kehairanan.Masakan kerjanya sebagai doktor ditukat dengan tukang sapu sampah.Jauh berbeza.Rasya hanya menggelengkan kepala. “Sudah..sudah.Aku nak tidur ni.Gud nite.”Rasya lantas mengambil bantal dan menutup mukanya.Zurin hanya menggelengkan kepala.
“Hai cik adik.Sorang je.Kalau sorang abang boleh temankan.”kata seorang lelaki yang tidak dikenalinya.Terdapat dua orang lagi rakannya yang sedang bertenggek di tepi divider jalan.Dia terpaksa mengunakan jalan ini untuk keluar ke simpang untuk mendapatkan teksi memandangkan kereta Zurin telah dihantar ke bengkel dan keretanya digunakan Zurin.Rasya mempercepatkan langkah.Takut juga diapa-apakan nanti.Namun begitu tiba-tiba beg tangannya ditarik. “Eh,apa ni.”Rasya cuba menarik menarik kembali beg tangannya.Namun begitu apakah kudratnya untuk melawan tenaga seorang lelaki.Rakan lelaki itu hanya ketawa.Rasya berasa takut.Ish,kenapalah hidup aku ni tak habis-habis diganggu lelaki-lelaki mental.Rasya pantas merentap beg tangannya dan terus berlari.Lelaki-lelaki itu mengejarnya.Tiba-tiba Rasya terjatuh. “Aduh!”lelaki-lelaki itu ketawa. “Hai cik adik.Tulah lari lagi.Kan dah jatuh.”lelaki itu cuba memegang tangan Rasya.Namun ditepis.Rasya cuba untuk bangun namun lututnya terasa sakit.Ya Allah bantulah aku.Tiba-tiba sebuah kereta berhenti.Seorang lelaki menghampirinya.Ya Allah bala apa pula ni. “Sayang,kenapa ni.”tanya Zarief dengan muka yang agak risau.Sayang?Uweekk.Zarief lantas membantu Rasya bangun.Dia kemudian mengucup dahi Rasya.Rasya terkejut.Begitu juga dengan lelaki-lelaki tadi.Cis,sempat dia ambil kesempatan.Zarief memandang lelaki-lelaki tadi. “Maaf.Dia ni isteri saya.Dia marah dengan saya tu dia lari rumah tu.”Zarief tersenyum sinis. “Oh.minta maaf la encik.Kami ingat anak dara lagi.”kata salah seorang dari mereka.Zarief hanya tersenyum.Zarief lantas memaut pinggang Rasya.Rasya tergamam.Dia cuba menolak namun pautan dan memandangkan mereka masih lagi dalam lakonan Rasya terpaksa membiarkan. “Lain kali jangan biarkan dia jalan sorang.”kata mereka sebelum beredar.Zarief lantas membawa Rasya ke keretanya. “Masuk” “Eh,awak sape nak paksa saya.”kata Rasya geram.Dah la ambil kesempatan. “Awak nak masuk atau nak saya tinggalkan dengan mereka.”Zarief berbisik sambil menoleh ke arah lelaki-lelaki yang berada tidak jauh dari mereka.Rasya lantas masuk.Zarief kemudian mula memandu keretanya.Wah,first time ni dapat naik Harrier.Bertuah badan.Tapi malangnya dengan mamat tak siuman ni.Bisik Rasya dalam hati. “Mana kereta awak?”tanya zarief lembut.Eh,lembut pula mamat ni.Namun begitu Rasya hanya mendiamkan diri.Eh,minah ni.Bisu pula dia.Zarief lantas memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.Rasya terdorong ke depan. “Eh,awak ni bunuh orang ke apa?kalau nak mati pun mati lah sorang-sorang.”jerit Rasya.Zarief hanya ketawa.Zarief merenungnya menggoda.Eh.apa pasal pulak mamat ni.Rasya memeluk erat beg tangannya.Dia melihat jalan raya yang lengang.Macam mana aku nak minta tolong ni.Zarief mula menghampirinya. “Eh,awak nak buat apa ni?”Rasya ketakutan.Wajahnya pucat.Badannya mula menggigil. “Sayang,awak kan isteri saya.So,seorang isteri kenalah melayan seorang suami.”Zarief memegang tangan Rasya namun begitu ditepis Rasya sekuat hati.Kalau boleh dia hendak menjerit sekuat hati.Namun siapa yang akan mendengar jeritannya.Muka Zarief semakin menghampiri.Rasya menutup mata.Tiba-tiba kedengaran suara ketawa.Rasya lantas membuka matanya.Kelihatan Zarief sedang ketawa.Tak guna.Dia kenakan aku lagi. “Apalah awak ni.Ingat saya ni jahat sangat nak rosakkan anak dara orang.”kata Zarief sambil mengesat air matanya yang keluar akibat ketawanya terlampau.Muka Rasya masam.Zarief mula menggerakkan kereta.Tiba-tiba telefon bimbit Rasya berbunyi. “Assalamualaikum.Ya saya.Apa?”Rasya kelihatan terkejut.Matanya mula bergenang.Dia kemudian menangis teresak-esak.Zarief kaget. “Eh,kenapa ni?”Rasya terus menangis. “Eh,awak jangan la macam ni.Cuba cerita dekat saya.Nanti orang ingat saya buat apa-apa dekat awak.”kata Zarief. “turunkan saya dekat hentian Pudu.”kata Rasya.Zarief terpinga-pinga.Eh,dia nak pergi mana ni. “Awak nak pergi mana ni.”soal Zarief lagi. “Saya kena balik Kedah.Ayah saya sakit.Lagipun kereta saya hantar ke bengkel.”Zarief hanya mengangguk.Dia kemudian berhenti di hentian pudu.Rasya lantas keluar.Zarief hanya memandang.Dia kemudian pergi.Rasya segera ke kaunter tiket. “Tumpang tanya.Tiket ke Kedah ada?”tanya Rasya kepada gadis yang menjaga kaunter. “Bila akak nak?” “Kalau boleh malam ni juga?”kata Rasya.Dia perlu segera sampai ke rumahnya di Kedah. “Maaf kak.Tiket untuk malam ni dah habis.Lagipun bas baru saja bertolak.”kata gadis itu sopan.Rasya mengeluh. “Terima kasih.”Rasya duduk di bangku di ruang menunggu.Dia kemudian cuba untuk menelefon Zurin.Namun begitu Kreditnya telah tamat tempoh.Itulah guna tambah nilai lagi.Kalau guna linekan senang.Terngiang-ngiang suara Zurin.Apa yang harus dibuatnya sekarang?Sedang dia mengelamun tiba-tiba lengannya ditarik.Rasya terkejut.Zarief.Apa yang dia buat di sini. “Masuk”arah Zarief.Rasya lantas menurut.Malas hendak bertengkar. “Kita nak pergi mana ni?”tanya Rasya cemas.Namun Zarief hanya mendiamkan diri.Dia kemudian membelok masuk ke lebuh raya menuju ke utara.Eh,mana pula dia nak bawa aku ni. “Kita nak ke mana?”tanya Rasya sekali lagi.Takut juga dia di culik kemudian dijual ke Negara jiran.Maklumlah sekarang ramai anak gadis yang menjadi mangsa. “Duduk diam-diam boleh?Awak ingat saya nak culik awak?Buat apa?Nak jual pun tak laku.”kata Zarief sambil tersenyum.Dia cuba menghiburkan hati Rasya.Dia tahu Rasya dalam kesedihan.Entah kenapa terdetik hatinya untuk berpatah balik melihat Rasya.Yelah,malam-malam ni mana ada tiket ekspress.Dia pun tidak tahu kenapa dia boleh menarik Rasya dan terus memasuki lebuh raya.Rasya hanya memasamkan muka.Dia tenggelam dengan dunianya sendiri.Teringat ayahnya hatinya dipagut pilu.Zarief hanya membiarkan Rasya tenggelam dengan dunianya.Dia memandu dengan tenang.
BAB 4
“Cantik rumah awak.”Rasya tersedar dari lamunan.Dia melihat Zarief yang berkain pelikat dan tshirt.Dia tersenyum.Dia tidak menyangka yang orang sekaya Zarief ini tahu juga memakai seperti itu. “Kenapa awak senyum?”Rasya tercengang.Rasya menggelengkan kepala. “Kenapa?Terkejut ke tengok saya pakai macam ni?Apa awak ingat orang Bandar tak tahu pakai kain ye?”soal Zarief.Rasya hanya ketawa. “Yelah.Tambahan pula Encik Zarief ni kan orang kaya.Saya ingatkan hanya tahu pakai seluar slack dengan kot je.”tiba giliran Zarief pula ketawa. “Tak lah.Hei,saya dekat rumah pun pakai la.”kata Zarief.Rasya memandang dengan wajah yang tidak percaya. “Kenapa?Tak percaya?”Rasya mengangguk. “Ok.Nanti datang la rumah saya.”Rasya tersenyum. “Bilalah agaknya saya dapat ke rumah Encik Zarief.Mesti besarkan.Entah-entah rumah Encik Zarief macam hotel.Ntah-ntah hotel.”mereka ketawa. “Tak adalah.Macam rumah biasa juga.Tapi tak lah sebesar istana.”kata Zarief. “Encik Zarief saya ucapkan terima kasih sebab sanggup bersusah payah hantar saya.”Rasya bersyukur kerana Zarief sanggup menghantarnya sampai ke rumah.Kalau tidak tak tahulah apa yang hendak dilakukan.Sudah lah kreditnya telefon bimbitnya telah tamat tempoh.Zarief jugalah yang meminjamkan telefon bimbitnya untuk menelefon Zurin dan Iqbal agar memberitahu pihak hospital tentang cuti kecemasannya itu. “Tak apa .Lagipun saya pun dah lama tak makan angin.”Zarief menampar nyamuk di lengannya. “Maaflah Encik Zarief.Rumah saya ni memang banyak nyamuk sikit.Maklumlah kawasan kampung.Hutan pula tu.” Rasya kelihatan serba salah.Sebolehnya dia mahu Zarief tinggal saja di hotel dekat Bandar.Namun ibunya telah mempelawa Zarief untuk menginap di rumahnya. “Tak apa.Biasalah.Lagipun saya dah lama tak kena gigit dengan nyamuk.”Rasya hanya ketawa. “Kalau Encik Zarief nak pulang Kl dahulu tak apalah.Nanti saya boleh naik bas.”takut juga Rasya jika Zarief terpaksa cuti lama-lama. “Awak tak suka ke saya duduk dekat sini.”Rasya kelihatan serba salah. “Eh,bukan macam tu.Saya takut Encik Zarief banyak kerja.Nanti tertangguh pula.Disebabkan saya Encik Zarief kena cuti lama-lama.”kata Rasya.Dia tidak mahu Zarief salah sangka. “Tak pe.Lagipun sayakan bos.Saya boleh masuk anytime yang saya suka.Lagipun ada orang tolong uruskan office semasa ketiadaan saya.”kata Zarief tenang.Rasya hanya mengangguk .“Kak,mak suruh masuk.Tak elok anak dara dok kat luar.”kata adiknya Rashidi.Rasya hanya menganggukkan kepala. “Jomlah Encik Zarief.Dah lewat ni.”mereka lantas bangun dari pangkin di bawah pokok jambu itu. “Awak.Saya nak minta sesuatu boleh?”kata Zarief sambil merenung Rasya.Rasya mengangguk. “Apa dia Encik Zarief?” “Boleh jangan panggil saya Encik tak.Panggil je Zarief.”Rasya mengangguk. “Baiklah Encik…Eh silap pula.Zarief”Rasya tersenyum.Mereka lantas masuk ke dalam rumah memandangkan hari sudah lewat.
“Ayah ada rasa sihat sikit?”tanya Rasya sambil menyalam tangan ayahnya.Pak Mail hanya mengangguk. “Ayah ni orang bawak kawan mai.Nama dia Zarief.”Rasya memperkenalkan Zarief kepada ayahnya. “Bila hang balik mai sini.Kalau tak susah sangat nak balik.”kata Pak Mail.Selalunya anaknya itu akan pulang pada hari cuti tertentu saja.Terkejut juga dia melihat Rasya ada bersama isterinya. “Ayah ni.Tak kan la ayah sakit orang tak balik kot.”kata Rasya.Pak Mail melihat Zarief pula. “Ni boyfriend hang ka?”Rasya tersenyum.Merona merah mukanya.Malu apabila ayahnya bertanya begitu di depan Zarief.Rasya pantas menggelengkan kepala. “Tak lah.Ayah ni.Pandai pula serkap jarang.Tadikan dah bagi tau.Kawan.”kata Rasya. “Yalah.Betul la ayah kata.Boyfriend tu bukan kawan?Kawan lelaki.Tak kan kawan hang ni pompuan kot.”tanya ayahnya sambil mengerutkan dahinya.Rasya memasamkan muka. “Ayah ni.Buat loyar buruk pula.”Zarief hanya ketawa begitu juga Pak Mail.Dia senang melihat kemesraan anak-beranak ini.Dia tidak pernah bercakap dengan ayahnya seperti itu.Asyik-asyik hal kerja.Dia dan adiknya tidak pernah mesra dengan ayah mereka seperti itu.Lagipun adiknya pula tinggal berjauhan dengan mereka.Namun begitu,ini tidak menjarakkan hubungan mereka berdua.Dia sering berbalas email dengan adiknya. “Zarief ni keja apa?”tanya Pak Mail. “Kerja biasa aja pak cik.Berniaga.” “Hah,bagus la tu.Berniaga tu kan pekerjaan Rasulullah dulu.Kebanyakan rezeki ini datang dari hasil perniagaan.”kata Pak Mail.Zarief tersenyum. “Lagipun orang muda sekarang ni bukannya suka sangat dalam bidang-bidang macam ni.”sambung Pak Mail. “Alhamdulillah pak cik.Rezeki saya dalam bidang ni.”kata Zarief. “Dah lama ka Zarief dalam bidang ni?Zarief berniaga apa?”tanya Pak Mail. “Eh,ayah ni.sejak bila berminat dengan dunia perniagaan ni?”soal Rasya dengan dahi berkerut. “La biaq la ayah nak tau.Apa salahnya.Betul tak Zarief?”kata Pak Mail sambil memandang ke arah Zarief.Zarief hanya mengangguk. “Tak pa Rasya.Saya baru enam tahun pak cik.Bisnes keluarga.Buka hotel.Saya uruskan hotel di KL.Adik saya uruskan yang dekat Penang.Lagipun saya dua beradik je dengan adik saya.Ayah saya pula dah tua.Jadi biarlah dia berehat dan kami adik-beradik pula yang uruskan.”terang Zarief.Rasya dapat tahu serba sedikit mengenai Zarief.Rupa-rupanya ibu Zarief sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Waktu itu Zarief hanya berusia sepuluh tahun manakala adiknya empat tahun. “Macam mana boleh kenal dengan si Rasya ni?”tanya Mak Edah yang dari tadi hanya mendengar.Zarief dan Rasya saling berpandangan.Kemudian mereka ketawa.Pak Mail dan Mak Edah terpinga-pinga.Apa yang lucu. “Kemalangan.”kata mereka serentak. “Kemalangan?” “Ya.Kami kemalangan.Rasya terlanggar kereta Encik Zarief.”kata Rasya.Bila teringat kembali peristiwa itu tidak manyangka yang mereka akan berbaik. “Teruk dak?”tanya Pak Mail. “Tak daklah.Kemalangan biasa ja.Rasya tak sedar kereta Encik Zarief ada dekat belakang.Sedar-sedar ja bunyi.Nak buat macam mana.”kata Rasya.Pak Mail hanya menggelengkan kepala. “Hang ni Rasya.Loqlak.Bawa kereta tu bukan reti nak tengok depan belakang.”kata Mak Edah pula. “Tak apalah mak cik.Tak teruk pun.Sikit je.”Zarief hanya tersenyum. “Hang jangan dok bagi muka sangat kat dia Zarief.Dia ni suka buat keja melulu.Tu jadi lagu tu.”sampuk Pak Mail pula.Zarieh hanya ketawa.Rasya pula hanya memasamkan muka
“Bawak elok-elok kereta tu Zarief.Mak cik ucapkan terima kasih sebab sudi bawak Rasya ni balik.”Zarief hanya mengangguk. “Tak apa mak cik.Lagipun saya pun dah lama tak makan angin.”kata Zarief sambil tersenyum. “Mana pula si Rasya ni.Tadi katanya nak ambil buah mempelam.”Mak Edah menoleh ke dalam rumah.Tiba-tiba Rasya muncul sambil membawa dua beg plastik hitam. “Ish,hang nak buat apa buah pelam banyak-banyak ni?”tanya Mak Edah.Rasya tersenyum. “La..Nak makan la makan.Tak kan nak buat baja kot.”Zarief hanya ketawa.Mak Edah hanya menggelengkan kepala. “Satgi bagi sikit dekat Zarief.Kot dia nak rasa pelam kampung.”
“eleh,orang Bandar mana makan mak pela-pelam ni.Depa makan strawberry.”kata Rasya sambil menjeling Zarief.Zarief menjegilkan mata. “Eh,sape kata.” “Yelah tu.Reti ke tak nak makan buah-buah masam macam ni.Entah-entah nak kupas pun tak tahu.”kata Rasya sambil ketawa. “Ok.We’ll see it.”kata Zarief. “Ish,sudah-sudah la tu.Bila nak bertolaknya kale asyik gaduh ja.”bebel Mak Edah. “Eh,mak ni macam tak sabar je kita nak balik.”Rasya memuncungkan mulutnya. “Ke situ pula budak ni.Mak kesian dekat Zarief ni.Satgi sampai lewatkan penat.Tak sempat nak berehat.” “Yelah-yelah.Jomlah.Nak balik dah.Nanti kirim salam dekat ayah.”Rasya menyalami emaknya. “Shidi,hang belajaq elok-elok.Jaga mak ayah.”Rashidi hanya mengangguk.Adik hanya yang bakal menduduki peperiksaan STPM itu menganggukkan kepala. “Shidi abang balik dulu.” “Senang-senang datang la lagi abang.Boleh Shidi bawak abang ronda-ronda tempat lain pulak.Macam semalam.”mereka hanya ketawa. “Hah,adalah tu.”Rasya mencelah.Mereka hanya tersenyum.Zariez menyelitkan beberapa not lima puluh ke dalam poket baju Rashidi. “Eh,apa ni abang.Banyak sangat ni.”Rashidi cuba menolak.Tidak pernah diberi wang sebanyak itu. “Alah,buat belanja.”kata Zarief sambil tersenyum. “Kami balik dulu mak cik.Nanti kirim salam dekat pak cik ya.”Zarief lantas masuk ke dalam kereta.Begitu juga Rasya. “Kami balik dulu.Assalamualaikum.”Zarief membunyikan hon. “Wah,mak beruntung la dapat menantu kaya?”kata Rashidi.Mak Edah hanya terseyum.Baginya jadoh pertemuan di tangan Tuhan.Kalau sudah jodoh Rasya dengan Zarief dia amatlah bersyukur.Baginya Zarief adalah seorang pemuda yang baik dan bertanggung jawab. “Mak dok berangan dapat menantu kaya ka mak?”tanya Rashidi sambil ketawa. “EH,hang memandai ja.Berapa yang abang Zarief bagi dekat hang?”tanya Mak Edah. “Dua ratus.” “Amboi banyaknya!”Rashidi hanya tersenyum.Dia akan membelenjaankan wang ini untuk baran keperluan sekolahnya. “Orang duit banyak mak.Setakat dua ratus ni apalah sangat bagi dia.Lainlah macam kita.Sepuluh ringgit pun kira bayak dah.” “Hah,tau pun.Dah tu jimat-jimat la sikit nak guna duit tu.”pesan Mak Edah. “Jomlah kita pi tengok ayah hang.Bukan boleh tinggal lama-lama orang tua tu.”sambung Mak Edah lagi. “Amboi,mak.Rindu kat ayah la tu.”Rashidi melarikan diri sambil ketawa apabila Mak Edah hendak mencubitnya.Mak Edah hanya tersenyum.Tentulah rindu.
Zarief menghempaskan badannya ke katil.Arg,leganya.Betapa penatnya dia hari ini.Pagi tadi dia terpaksa ke Subang Jaya untuk berjumpa dengan client.Di sebelah petang pula perlu ke Klang untuk menyelesaikan masaalah berkaitan pembinaan hotel baru di situ.Sudahnya kena pula balik ke officenya kerana ada mesyuarat.Letih sungguh dia hari ini.Namun begitu sesibuk mana pun dia tidak pernah lupa tugasnya sebagai hamba Allah.Baginya kunci kejayaan seseorang itu bergantung kepada kekuatan iman seseorang.Lagipun Allah jugalah yang memberi rezeki kepada hambanya.Jadi dia patut bersyukur dengan kejayaannya hari ini.Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.Hilang sebentar rasa penatnya.Semenjak pulang dari Kedah mereka tidak pernah berjumpa.Dia menyedari yang dia tiba-tiba menjadi rindu kepada gadis itu.Entah kenap semenjak dua menjak ini fikirannya sentiasa teringatkan Rasya.Arg,tak mungkin.Semuanya hanya mainan perasaan saja.Lantaklah.Zarief lantas mengambil tuala lalu berlalu ke bilik mandi.Dia perlu mandi dan solat Isyak.
“Zurin,esok kau free tak?”soal Rasya.Zurin hanya menganggukkan kepala. “Iqbal ajak kita pergi main tennis.” “Apa?Main tennis?Ish,aku mana reti main tennis.Nak angkat raket tennis tu pun aku tak larat.”kata Zurin.Rasya mengerutkan muka. “Alah,nanti aku ajar la.Ok”kata Rasya memujuk. “Tengoklah dulu.”jawab Zurin acuh tidak acuh. “Ala jangan la macam ni.Please…” “Eh macam mana dengan ayah kau.”Zurin cuba mengubah topik. “Eh,jangan nak ubah topik ok.” “Malaslah.”Zurin cuba mengelak. “Bukan apa.Sebenarnya si Iqbal tu yang beri-ria ajak kau.”Rasya tersenyum simpul. “Kesian pula dekat dia nanti.”Zurin mengeluh. “Yelah….yelah.So,how’s your dad?”tanya Zurin. “Ok je.Terkejut juga bila adik aku call hari tu.Tiba-tiba je kata ayah aku masuk hospital.Nak pengsan rasanya.Tak pernah ayah aku masuk hospital seumur hidup dia tiba-tiba je.”Rasya menceritakan perasaannya.Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya perasaan dia ketika itu. “Ayah kau sakit apa.Tiba-tiba masuk hospital?”soal Zurin. “Ayah akukan ada darah tinggi.Entah macam mana dia boleh pengsan masa dia menoreh pagi tu.”emaknya memberitahu yang ayahnya jatuh ketika sedang menoreh.Nasib baik ada orang yang terjumpa ayahnya.Kalau tidak tidak tahulah apa yan akan terjadi. “Satu lagi benda yang aku musyikil.Kau pakai telefon sape hari tu?”tanya Zurin.Dia hairan juga apabila nombor yang tidak dikenali menelefonnya. “Za..”tiba-tiba Rasya berhenti.Ish,kalau bagitahu Zurin nanti mesti dia tahu yang aku balik kampung dengan Zarief. “Hah,Zarief la tu.Betul tak.”Soal Zurin sambil tersengih-sengih.Rasya membuat muka seposen. “Eh,yang kau buat muka seposen ni apesal.Cakap la betul ke tak?”soal Zurin ingin tahu..Dia tidak berpuas hati selagi Rasya tidak menjawab soalannya. “Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni apesal pulak?” “Lah aku tanya kau….kau tanya aku balik.”Zurin mengeluh. “Ye.Aku balik dengan dia.”Zurin terkejut. “Macam mana kau boleh balik dengan dia pula?Lagipun kau bukannya kenal sangat dengan dia?Melainkan…”Zurin tidak menghabiskan kata-katanya.Rasya memandang Zurin pelik. “Melainkan apa?”soal Rasya. “Melainkan kau ada hubungan dengan dia.”sergah Zurin. “Ish,kau ni.Ke situ pula.Tak lah.Malam tu dia selamatkan aku.Dia nak tolong hantar aku balik.Kan masa tu kereta kau aku hantar ke bengkel.Lagipun malam tu tiket bas pula dah habis.Nak call kau kredit aku tamat tempoh.”Rasya menceritakan apa yang berlaku pada malam itu.Zurin yang mendengar hanya menganggukkan kepala. “Habis tu dia tidur kat rumah kau la ye?”Rasya hanya mnenganggukkan kepala. “Mak aku la beria-ria ajak dia tidur dekat rumah.Kalau ikutkan hati aku suruh je dia tidur dekat hotel.Dia kan kaya.Tak kan tak mampu kot.” “Mak kau nak kenal bakal menantu dia la tu.”Zurin hanya ketawa.Rasya menjegilkan matanya.Bila diingatkan kembali dia hanya mampu tersenyum.Ish,tak kan la orang kaya macam Zarief tu suka dekat aku. “Eh,aku ada bawa balik mempelam.Ada dalam peti sejuk.”Rasya teringatkan mempelam yang dibawa dari kampung. “Yeke.Wah,sedapnya.”Zurin lantas bangun ke dapur.Apa lagi kalau bukan hendak mengambil buah itu.Rasya tahu yang Zurin memang suka buah mempelam.Rasya teringatkan pesan emaknya yang menyuruhnya memberikan buah mempelam kepada Zarief.Ish,dia tak nak kot.Lantaklah.Dia tak ingat kot.
BAB 5
Eh,macam kenal je Toyota Harrier ni.Rasya membelek Toyota Harrier berwarna hitam yang berada di parking luar gelanggang tennis.Tak kan la dia ada sekali kot. “Hoi,kau tengok apa?”tanya Zurin sambil memerhati di sekeliling.Rasya terkejut.Kus semangat. “Kau ni.Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung.Kalau tak dah arwah dah.”Rasya memarahi Zurin yang hanya tersengih.Mereka lantas ke gelanggang.Dilihat Iqbal sudah berada di situ.Namun begitu terdapat seorang lagi di sampingnya.Alamak!Jumpa dia lagi. “Assalamualaikum.”Zurin memberi salam.Iqbal dan Zarief menjawab serentak.Zarief kelihatan terkejut.Begitu juga Rasya.Eh,apa pula yang dia buat dekat sini.Zurin dan Iqbal hanya tersenyum. “Eh,aku ingat kita berdua je.Kau tak bagitau aku pun yang Rasya dan Zurin datang sekali.”Zarief memandang Iqbal.Namun begitu dia hanya tersengih seperti kerang busuk. “Eh,lupa pula.Kita tak bawa air la.Aku nak pergi beli air dulu.”kata Iqbal yang tersengih-sengih. “Habis tu aku nak main dengan sape?”tanya Zarief. “Kau mainlah dengan Rasya dulu.Jom Zurin temankan saya.”Zurin hanya mengangguk.Rasya mengerutkan dahinya.Pelik.Ni mesti ada yang tidak kena ni.Dia memandang Zarief yang hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu. “Kalau macam tu tak pelah.Awak sudikan main dengan saya.”Rasya hanya menganggukkan kepala.Zurin dan Iqbal lantas beredar.Rasya mula memanaskan badan.Mereka mula bermain.Zarief kelihatan tercungap-cungap mengejar bola Rasya yang agak laju itu. “Wah,boleh tahan juga mamat ni.Dia boleh lagi pukul bola aku yang kencang tu.Kalau macam ni kena buat pukulan ribut ni.Rasya lantas menghayunkan raketnya ke arah bola yang datang secepat mungkin agar bola itu semakin laju.Dengan pukulan itu bola itu melantun kencang ke arah Zarief.Zarief yang terkejut tidak sempat berbuat apa-apa apabila bola kencang yang dipukul Rasya datang tepat ke arahnya dan terkena dahinya. “Aduh!”Zarief terduduk.Rasya tergamam.Alamak!Dia lantas berlari ke arah Zarief. “Sorry…sorry.Awak tak apa-apa?”Rasya mengelabah.Zarief menggelengkan kepala.Rasya lantas memegang dahi Zarief yang merah dan kelihatan agak benjol itu. “Jom,duduk di kerusi tu dulu.”Zarief hanya menganggukkan kepala.Dia terasa kepalanya pusing.Kuat juga bola yang dipukul Rasya tadi. “Awak tunggu kejap.”Rasya lantas berlari.Ke mana entah.Zarief hanya menahan sakit di kepalanya.Beberapa minit kemudian Rasya pulang membawa sebungkus ais.Dia lantas mengambil sapu tangannya dan membalut bungkusan itu lantas mendemah dahi Zarief agar bengkaknya cepat surut. “Sorry ya Zarief.Saya tak sengaja.”kata Rasya agak kesal.Dia tidak menyangka yang bola yang dipukulnya tadi akan terkena Zarief.Zarief hanya tersenyum. “Tak apa.Sikit aja.”kata Zarief.Rasya mengambil plaster di dalam beg yang dibawanya lalu ditampalnya dahi Zarief.Zarief merenung muka Rasya yang agak risau.Mereka berlaga mata.Mereka bertatapan seketika.Rasya terpana.Zarief terpegun. “Eh,apasal ni.”teguran Iqbal mengembalikan mereka ke alam nyata.Zurin juga kelihatan terkejut. “Tak apa-apalah.”Zarief menjawab. “Oi,benjol dahi kau tu.Kau buat apa kat dia Rasya?”Rasya kelihatan serba salah. “Aku…” “Aku tak sempat nak mengelak bola.Tu yang terkena dahi tu.”Rasya terkejut dengan jawapan Zarief.Padahal aku yang beria-ria pukul bola tu. “Ye ke ni.Kau nak pergi klinik ke?Kot la tulang tengkorak kau retak ke?”soal Iqbal serius. “Ish,kau ni.Sikit jer ni.Nothings la.”Zarief menolak.Dia malas untuk berjumpa doktor cukuplah sebulan dahulu dimana waktu dia kemalangan dahulu.Mereka hanya mengangguk. “Nampaknya kau boleh tengok ajalah.Tak boleh main.Zurin jom.”Iqbal mengajak Zurin bermain.Rasya memandang Zurin namun Zurin hanya membuat muka selamba.Dia meletakkan plastik air di atas bangku. “Pinjam raket kau ya.”Rasya memandang Zurin pelik.Eh,tau main ke?Zurin mengenyitkan mata.Ala,hantam jelah.Mereka memulakan permainan.Zarief dan Rasya hanya menjadi pemerhati.Sesekali mereka ketawa melihat Zurin yang terkial-kial memukul bola.
“Hai,sayang.You sibuk ke?”Rasya yang sedang makan itu hamper tersedak..Hairy kelihatan tersenyum.Senyuman menggada.Ingat aku boleh tergoda ke. “Boleh I duduk?” “Duduklah.Kerusi tu bukan hak milik I.Hak awam.”Hairy hanya ketawa. “Garangnya.Nape ni sayang.Seminggu you tak jumpa I dah garang macam ni.You makan apa? Tebuan ye?”Rasya memandang Hairy meluat.Suka hati aku la nak makan apa pun. “You nak apa ni?”selalunya Hairy lebih suka menalefonnya.Entah macam mana hari ni boleh terserempak pula.Memang nasibnya agak malang hari ini. “I nak makan dengan member I.Kalau you nak join kitaorang pun boleh.Lagi I suka.Lagipun you duduk sorang-sorang ni takut ada orang ngorat you.You kan teman wanita I”kata Hairy sambil tersenyum.Ish,bila masa pula aku jadi makwe kau.Perasan sungguh. “Eh,bila masa pula I jadi makwe you ni.Perasaan”Rasya sungguh meluat dengan kata-kata Hairy.Kalau boleh dia hendak pergi saja dari situ.Hairy hanya ketawa mendengar kata-kata Rasya.Dia semakin suka dengannya.Rasya umpama jinak-jinak burung merpati. “You pula buat apa dekat sini?” “I tunggu boyfriend I la.”kata Rasya sambil tersenyum sinis.Hairy kelihatan terkejut. “Wah,sejak bila you ada boyfriend pula ni?Setahu I you ni kan tak suka lelaki.” “Eh,I perempuan.Tentulah I suka lelaki tapi bukan lelaki macam you.”muka Hairy kelihatan keruh. “Ok.I nak tengok orang yang macam mana yang you suka.Apa lebihnya dia berbandingnya I.Itupun kalau boyfriend you tu betul-betul wujud.”Hairy tersenyum sinis.Rasya kelihatan terkejut.Alamak!Apa aku nak buat ni.Dah terkantoi pula.Rasya kelihatan menggelabah.Ya Allah selamatkanlah aku.Tiba-tiba Rasya ternampak seseorang.Dia menuju kelihatan seperti menuju ke arah mereka.Sebaik sahaja lelaki itu sampai di meja mereka Rasya lantas bangun dan memaut tangan lelaki itu. “Hai,sayang.Nape you lambat?”Rasya berkata manja.Zarief kelihatan terkejut.Rasya membuat isyarat mata.Tolong!!!Zarief masih tidak faham. “Oh,jadi inilah boyfriend you.”Hairy bangun.Zarief memandang Hairy.Dia kelihatan terkejut. “Hairy.”Hairy juga kelihatan terkejut. “Oh,kau rupanya boyfriend Rasya.”Hairy kelihatan bengang.Nampaknya permusuhan mereka akan semakin panjang.Rasya pula kelihatan terkejut. “Eh,you all dah kenal ke?”belum sempat dikenalkan dah kenal. “Yup.We all memang dah kenal dan sangatlah kenal.Betul tak Zarief.”kata Hairy sinis. “Ye.Dah lama tak jumpa.Kau buat apa kat sini?”soal Zarief. “Saja.Keluar makan jumpa Rasya.Tak sangka jumpa kau dan lebih tak sangka kau rupanya boyfriend Rasya.Patutlah dia matian tolak aku.”Zarief memandang Rasya yang masih memaut lengannya.Rasya menarik tangannya perlahan.Malu.Nampaknya pembohongannya tidak menjadi. “Erm,memang dia kekasih aku.”kata Zarief sambil memaut mesra bahu Rasya.Rasya pula kelihatan terkejut. “Tak sangka cepat kau cari pengganti.”kata Hairy sinis.Rasya kelihatan tertanya-tanya.Pengganti? “Walaupun kami baru kenal tapi kami memang serasi.Tak macam tu sayang.”kata Zarief lembut sambil memandang Rasya dengan senyuman yang paling manis.Rasya terpaku.Alamak.Handsome giler.Boleh jatuh cinta aku dibuatnya.Rasya hanya membalas dengan senyuman. “Kalau macam tu aku tak nak ganggu kauorang.Have a nice day.”kata Hairy lantas beredar. “Hai,awak buat apa dekat sini?”tanya Zarief. “Saya makan lah.Buat apa lagi.Terima kasih kerana dah selamatkan saya sekali lagi.Saya minta maaf kerana paksa awak jadi pelakon pula hari ni.”kata Rasya.Zarief hanya tersenyum. “Macam mana lakonan saya?Ok tak?Boleh dapat award tak?”Rasya hanya ketawa. “Boleh.Er,awak…tangan awak.”Zarief memandang Rasya tidak faham.Rasya menunjukkan tangannya yang masih di atas bahunya.Zarief lantas menjatuhkan tangannya.Mukanya kelihatan merah. “Sorry.Tak sedar.”Rasya hanya tersenyum.Geli hati melihat wajah Zarief yang kemerahan menahan malu. “Awak nak jumpa someone ke?Saya minta maaf sebab susahkan awak.”Rasya agak terkilan kerana terpaksa menyusahkan Zarief sekali lagi.Namun Zarief hanya tersenyum.Rasya terpesona melihat senyuman Zarief.Lelaki ini tidak pernah lokek dengan senyuman.Zarief hanya menggelengkan kepala. “Tak apa.Lagipun kita kan kawan.Saya tak kisah.”Rasya hanya tersenyum. “Saya pergi dulu ye.Nanti kita jumpa lagi.”Zarief sempat mengeyitkan matanya kepada Rasya yang kelihatan tergamam.Rasya melihat Zarief melambai ke arah seorang wanita.Mereka kelihatan begitu mesra.Makwe dia agaknya.Arg,apa aku kisah.Lantak dia lah.
“Cis,tak guna kau Zarief.Kenapa kau juga yang jadi batu penghalang aku.Projek Astana Idaman pun kau kebas.Sampaikan Rasya pun kau nak kebas.Aku ingatkan dah mampus hari tu.Rupa-rupanya hidup lagi.Macam mana diorang buat kerja.”Hairy lantas mengambil talefon bimbitnya.Dia mendail nombor seseorang. “Helo.Hei,macam mana kau orang buat kerja.Kenapa dia masih hidup lagi.Upah aku dah bagi tapi kerja tak selesai.Macam mana ni?”Hairy meninggikan suaranya. “Apa kau kata.Nasib dia baik?Kau orang tu yang buat kerja main-main.Aku ada tugas baru untuk kau orang.Nanti aku call lain beritahu bila.”Hairy menghempaskan selfonnya.Dia betul-betul marah apabila Zarief masih kelihatan di atas muka bumi ini.Dendamnya terhadap lelaki itu tidak akan pernah padam.Syarikat Zarief telah mengalahkan syarikatnya dengan berjaya memiliki tender di Kedah.Dia amat terkilan kerana dia amat memerlukan tender itu untuk memajukan syarikatnya.Dendamnya bertambah apabila Zarief sekali berjaya mendapatkan Projek Astana Idaman yang bernilai jutaan ringgit itu.Namun begitu apa yang paling memanaskan hatinya apabila wanita idamannya merupakan kekasih Zarief.Dia terasa dirinya kalah.Ag,kau tunggu Zarief.Kau akan dapat balasannya.Hairy menggenggam penumbuknya.Dia pasti akan melakukan sesuatu untuk mendapatkan Rasya.
Tuk….tuk.. “Masuk”Zarief membuka pintu setelah mendengar suara dari dari dalam.Kelihatan Iqbal sedang sibuk menyemak fail-fail pesakitnya. “Sibuk ke?”tanya Zarief.Dia tidak mahu menganggu jika Iqbal tiada masa.Iqbal mendongakkan kepala apabila terdengar suara Zarief. “Eh,kau.Aku ingat siapa tadi.Duduklah.”Iqbal kembali memandang fail di hadapannya.Zarief melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Iqbal. “Kau sibuk ke?Kalau sibuk malas nak kacau.”soal Zarief lagi.Iqbal hanya menggelengkan kepala. “Ada apa kau datang ni?Kalau tak nak nampak muka kat hospital ni pun susah.”kata Iqbal sambil ketawa.Faham sangat dengan perangai Zarief.Jika tidak sakit tidak pernah dia mahu menjejakkan kaki ke hospital.Itu pun kalau sakitnya betul-betul teruk.Kalau tidak jangan harap.Zarief menarik muka masam.Tapi ada betulnya juga kata-kata Iqbal itu.Kalau tidak sakit tidak akan dijejakkan kakinya ke hospital.Tapi hari ini tujuannya berjumpa dengan Iqbal kerana hatinya tidak tenteram.Selagi dia tidak meluahkannya selagi itu hatinya tidak lega.Fikirannya runsing semenjak dua menjak ini. “Kau ni…Aku jumpa kau ni sebab nak melapangkan fikiran aku.”Zarief seolah-olah berkecil hati dengan kata-kata Iqbal.Mana tidaknya hanya Iqballah tempat dia meluahkan segalanya.Dia tidak mempunyai rakan karib selain Iqbal.Namun Iqbal seolah endah tidak endah dengan kehadirannya.Iqbal memandang muka Zarief yang kelihatan keruh itu.Nampaknya Zarief mempunyai masalah. “Oklah.Sekarang cuba cerita apa masalah kau.Apa penyakit yang tengah melanda kau…Meh nak tolong rawat.”Iqbal menutup fail di hadapannya dan memandang Zarief dengan wajah yang serius. “Ish,kau ni.Serius la sikit.”suara Zarief mendatar. “Aku serius la ni.Sekarang cerita la apa masalah kau.Mana tahu aku boleh tolong.”Zarief mengeluh.Bagaimana harus dia memulakannya.Fikirannya tidak waras lagi sekarang. “Aku….aku…sebenarnya aku….” “Aku apa?’sergah Iqbal. “Aku jatuh cinta.”kata Zarief terkejut dengan sergahan Iqbal.Ish,dia ni..Nasib baik tak ada sakit jantung.Namun hatinya lega setelah meluahkan apa yang terbuku di hati.Iqbal merenung pelik muka Zarief. “What?”Zarief tidak selesa dipandang begitu.Seolah-olah dia telah melakukan kesalahan.Iqbal kemudian ketawa. “Aku dah tahu penyakit kau.Tapi aku tak ada ubatnya.”kata Iqbal.Zarief kelihatan terpinga-pinga mendengar kata-kata Iqbal.Eh,jatuh cinta ni pun penyakit ke?Ada ke ubatnya? “Penyakit?Aku tak sakit la.”kata Zarief.Tahulah doktor pun.Ada ke penyakit jatuh cinta.Zarief pelik dengan kata-kata Iqbal. “Penyakit kau tu namanya angau.”Iqbal hanya memandang Zarief yang kelihatan terkedu itu. “Hah??Angau?”Iqbal hanya mangangguk. “Ada ubat tak?”soal Zarief seperti orang bodoh.Iqbal hanya ketawa.Geli hati dengan sikap Zarief.tidak di nafikan yang rakannya ini berjaya dalam semua perkara.Namun dalam percintaan dia gagal.Iqbal mengangguk sebelum meneruskan kata. “Ada.Kau kenalah beritahu dekat perempuan tu yang kau sukakan dia.”kata Iqbal lagi.Seolah-olah dialah doktor percintaan.Hah,lantaklah.Menolong orang sakit juga namanya.Sakit angau. “Tapi..”Zarief kelihatan gelisah. “Kenapa?” “Aku tak tahu sama ada dia sukakan aku atau tidak.”Iqbal hanya menganggukkan kepala. “Oh,tak apa.Kau cuba dulu.Eh,tak kanla orang macam kau ni ada orang nak tolak?Prince charming Malaysia.Kaya,segak…”tidak dinafikan kata-kata Iqbal itu ada benarnya.Ramai gadis yang tergila-gilakanya Cuma dia saja yang tidak mahu.Namun baginya gadis ini lain daripada gadis-gadis yang pernah ditemuinya.Padanya gadis-gadis yang mendekatinya hanya kerana harta tetapi tidak gadis ini. “Eh,sebelum tu boleh aku tahu siapa gadis bertuah yang berjaya memikat hati kau tu?”Iqbal ingin tahu siapakah gadis yang telah berjaya menawan hati rakannya ini. “Ra…” “Rasya”Iqbal memintas sebelum sempat Zarief menghabiskannya.Zarief mengangguk lemah.Iqbal kelihatan terkejut. “Wau,aku tak sangka…”Iqbal benar-benar terkejut.Memang tepat sekali pilihan Zarief.Baginya Rasya adalah gadis yang sesuai dengan Zarief.Patutlah Zarief kelihatan angau semacam.Tidak dinafikan yang Rasya memang sukar dimiliki.seperti jinak-jinak burung merpati.Mudah untuk didekati namun sukar untuk memiliki.Iqbal memandang wajah Zarief yang keruh. “Sekarang ni jom kita pergi minum dulu.Kasi lega sikit hati tu.Tapi dekat kafe sini jelah ye.Sebab kejap lagi aku kena lawat pesakit.”Zarief hanya menurut.Hatinya parah dengan penangan cinta ini.Rasa terseksa.
“Baiklah.Esok mak cik dak boleh keluar.Cuma mak cik jangan lakukan kerja-kerja berat.Satu lagi makcik kenalah jaga pemakanan mak cik sebab ia boleh memudaratkan luka mak cik.”kata Rasya sambil tersenyum. “Terima kasih doktor.”Rasya hanya menganggukkan kepala. “Saya pergi dulu.Kalau sakit mak cik datang balik cepat-cepat datang hospital ya.”pesan Rasya.Wanita itu hanya menganggukkan kepala.Rasya lantas beredar.Dia tiba-tiba teringatkan seseorang.Rindunya memuncak.Apalah yang dia sedang dia buat sekarang.Kalau boleh mahu saja dia berjumpa dengan Zarief sekarang juga.Sudah seminggu mereka tidak berjumpa.Mereka sering juga keluar bersama.Namun disebabkan masing-masing sibuk bekerja membataskan masa untuk mereka berjumpa.Rasya menuju ke kafe untuk membasahkan tekaknya.Sudahlah pagi tadi terbangun lewat.Sudahnya dia tidak bersarapan.Samapailah ke petang dia tidak sempat menjamah apa-apa lagi makanan kerana sibuk.Sewaktu melangkah masuk ke dalam kafe Rasya tersentak.Begitu juga Zarief dan Iqbal.Apa yang Rasya buat dekat sini?Zarief tertanya-tanya.Dia memandang Rasya yang memakai jubah putih seperti yang dipakai Iqbal.Setahunya hanya doktor sahaja yang akan memakai baju itu.Rasya mendekati mereka.Dia kelihatan risau.Mana tidaknya.Tembelangnya sudah pecah.Nampaknya hari ini merupakan hari yang malang baginya.Dia masih tidak memberitahu Zarief yang dia merupakan seorang doktor. “Apa yang awak buat di sini?”soal Zarief.Rasya kelihatan serba salah.Dia memandang Iqbal.Namun begitu Iqbal hanya menjungkit bahu.Pandai buat pandai tanggung la. “Saya…”Zarief lantas bangun. “Saya dah faham.”Zarief lantas beredar. “Macam mana ni Iqbal?”Rasya gelabah.Tidak menyangka yang perkara ini akan di ketahui oleh Zarief. “Apa lagi.Kejar la.”kata Iqbal.Rasya lantas berlari anak mengejar Iqbal.Sepatutnya hero mengejar heroin.Ini terbalik pula.Rasya lantas menarik tangan Zarief ketika Zarief membuka pintu kereta. “Please Zarief.You need to listen first.”Zarief menarik tangannya.Rasya terkedu. “Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi Rasya.Saya tak sangka yang selama ini saya telah tertipu.”Zarief kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasya. “Zarief,saya tak sengaja ok.Awak pun ingat macam mana kita berjumpa mula-mula dulu.Saya terlupa nak beritahu perkara yang sebenar.Bukan niat saya nak berbohong dengan awak.Lagipun perkara ini tak pentingkan.”kata Rasya.Yelah,apa yang pentingnya.Siapa dia kepada Zarief?Kawan?Kekasih?Kenapa Zarief begitu sensitif.Rasya pelik. “Tak penting?”Zarief mengajuk pertanyaan Rasya. “Yelah.Hanya sebab saya seoran doktor.Pada saya ialah taklah penting untuk awak ketahui.Lagipun siapalah saya pada awak untuk mengetahui segalanya.”luah Rasya.Zarief kelihatan terkedu.Siapa Rasya padanya? “Baiklah Cik Rasya.Segalanya telah terjawab.Barulah saya tahu yang saya bertepuk sebelah tangan.Maafkan saya sebab menganggu awak selama ini.”Zarief ingin membuka pintu kereta namun begitu dihalang sekali lagi oleh Rasya.Dia terkejut mendengar pengakuan Zarief. “Apa yang awak cakap ni Zarief?Kenapa awak jadi begini?Bertepuk sebelah tangan?Apa maksud awak?”soal Rasya bertalu. “Saya cintakan awak Rasya.”Zarief berterus terang.Rasya kelihatan sangat terkejut.Zarief menyintainya.Wah,aku bermimpi ke ni? “Tapi saya sedar yang awak tidak mencintai saya.Saya sedar siapa saya.”kata-kata Zarief menyedarkan Rasya.Dia ketawa kecil.Zarief kelihatan muram.Mungkin Rasya perasaannya hanya mainan. “Sudah Cik Rasya.Kalau awak tak suka saya pun janganlah menghina saya.Tepilah.Saya nak balik.”Zarief lantas menolak lembut Rasya.Namun begitu Rasya lantas mencapai tangan Zarief.Menggenggamnya erat.Dia memandang muka Zarief yang muram.Rasya tersenyum. “Saya tak menghina la.Saya Cuma tak sangka.Tak sangka yang seorang jutawan boleh jatuh cinta dengan saya.Dan yang paling tak sangka saya ingatkan yang saya ni syok sendiri.”Zarief terkejut mendengar kata-kata Rasya.Dia merenung Rasya. “Jadi awak pun cintakan sayalah?”soal Zarief ingin tahu.Rasya hanya mengangguk malu.Dia menundukkan wajahnya.Zarief menggenggam erat tangan Rasya.Dia lega setelah mengetahui yang cintanya terbalas. “Rasya,saya cintakan awak.Sangat-sangalah cinta.”Zarief mengucup lembut tangan Rasya. “Ish,nanti orang nampaklah.”Zarief tersenyum. “Biarlah.Biar semua orang tahu yang Cik Rasya adalah kekasih Zarief Iskandar.”Rasya tersenyum. “dah la tu.Awak tak kerja ke?Tiba-tiba je datang sini.”Rasya agak pelik melihat Zarief berada di hospital sedangkan itu waktu bekerja. “Saya kan bos.Lagipun saya sakit.”Rasya kelihatan terkejut. “Sakit?Sakit apa?Teruk ke?”soal Rasya risau.Zarief hanya ketawa. “Sakit angau.”Rasya membulatkan matanya. “Angau kat awaklah Cik Rasya.”Rasya lantas mencubit lengan Zarief. “Aduh,sakitlah sayang. “Rasakan.”kata Rasya geram.Zarief hanya tersenyum.Hatinya senang. “Tapi sekarang dah tak sakit.Sebab dah dapat ubatnya.”Zarief merenung Rasya dengan penuh kasih sayang.Begitu juga Rasya.
Hari-hari yang dilalu terasa indah.Zarief dan Rasya kelihatan gembira sekali.Seolah-olah dunia ini milik mereka.Seperti biasa setiap hari minggu mereka akan keluar bersama.Sama ada pergi bermain tennis ataupun hanya bersiar-siar.Selalunya mereka akan bermain tennis namun hari ini mereka memilih untuk bersiar-siar di KLCC.Setelah puas bersiar-siar mereka singgah di sebuah restoran untuk mangisi perut.Mereka kelihatan amat gembira sekali.Namun begitu ada yang sedang mencemburui kegembiraan mereka. “Tak guna.”Hairy mendengus geram. “Hai,Hairy.You buat apa dekat sini?”soal seorang gadis.Hairy melihat gerangan punya suara.Dia terkejut.Apa pula yang perempuan ni mahu. “You Nadyne.Apa you nak?”kata Hairy keras.Dia malas mahu melayan perempuan gedik seperti Nadyne.Yang hanya mahu menggoda lelaki-lelaki kaya.Bukan dia tidak tahu bahawa Nadyne adalah bekas kekasih Zarief.Nadyne tersenyum. “Alah you ni.Jangan la garang sangat.You marah dekat siapa.”dia lantas duduk bertentangan Hairy.Nadyne cuba mencari apa yang membuatkan Hairy kelihatan begitu marah.Tiba-tiba pandangannya terhenti ke arah satu pasangan.Mukanya berubah.Zarief.Siapa pula perempuan tu.Mereka kelihatan begitu mesra. “You terkejut bukan.Bekas kekasih you dah dapat pengganti you”kata Hairy sinis. “You pun macam marah je.Perempuan tu kekasih you ke?Patutlah you marah sangat.Dia couple dengan musuh you.”balas Nadyne kembali. “I suka dia tapi Zarief terlebih dahulu mandapatkannya.”Hairy betul-betul kecewa dan amat marah sekali. “Nampaknya pasangan kita dah ada orang lain.”kata Nadyne dengan nada cemburu.Tak guna kau Zarief.Begitu cepat kau mendapat pengganti aku. “I tetap akan dapatkan dia kembali.”kata Hairy dengan geram.Nadyne memandang wajah Hairy tidak percaya. “Eh,you ni betul ke?Atau sekadar berkata di mulut sahaja.”tanya Nadyne ingin tahu.Adakah Hairy benar-benar nekad? “You tengok muka I ni main-main ke?”Nadyne ketawa.Hanya kerana seorang perempuan Hairy sanggup bermusuhan.Wah,wanita ini benar-benar hebat sampaikan dua orang lelaki berebutkannya.Tiba-tiba Nadyne terfikirkan sesuatu. “Apa kata kita bekerjasama.I tolong you dapatkan perempuan itu dan you tolong I dapatkan Zarief.Macam mana?”Nadyne memberi cadangan.Hairy mengerutkan dahinya.Bekerjasama dengan Nadyne?Hairy lantas menggelengkan kepala. “Terima kasih jelah.”Hairy menolak cadangan Nadyne.Dia lebih suka membuat kerja bersendirian.Nadyne hanya tersenyum sinis. “Taka pa.Sekarang you tolak cadangan I.Tapi suatu hari nanti you akan berterima kasih dengan I.I pergi dulu.”Nadyne lantas beredar.Hairy hanya mencebir.Lantaklah kau Nadyne.Kau dengan rancangan kau dan aku….Tunggu lah kau Zarief.Aku akan musnahkan kau.Saat itu tiada lagi kegembiraan dalam hidup kau.Dia memerhatikan pasangan bahagia itu.
Eh,benda apa pula ni?Rasya ingin mengambil kunci rumah yang terjatuh.Cari punya cari jumpa benda lain pula.Dia mengambil benda itu.Lipstik berwarna merah terang.Wah,sejak bila pula dia pandai pakai lipstik ni.Rasya menunjukkan lipstik itu kepada Zarief.Namun Zarief hanya memandang bersahaja. “Hai,sejak bila pandai pakai benda ni pula?”soal Rasya sinis.Zarief mengerutkan dahinya. “Eh,bukan awak punya ke?”kata Zarief hairan. “Hello….Saya tak pakai je berwarna terang-terang ni.Warna menonjol yang menarik minat kaum adam seperti awak ni.”Rasya lantas membuang lipstick itu keluar dari kereta. “Klien saya punya la tu.Hari tu kami keluar pergi tengok tapak.Berempat ya…”Zarief menjelaskan kepada Rasya.Namun begitu Rasya hanya buat tidak tahu sahaja. “Sayang…saya tak ada orang lain la.Awak je dalam hati saya.”Zarief cuba memujuk Rasya.Dia tahu Rasya berkecil hati dengannya.Hari itu Rasya telah terjumpa maskara hari ini pula lipstik.Sudah tentu dia salah sangka. “Saya tak kisah.Cuma kalau awak dah ada orang yang lain beritahu la saya.Senang saya terima nanti kalau awak nak minta putus.”suara Rasya mendatar.Hatinya sedih.Zarief terkejut.Dia mencapai tangan Rasya dan menggengamnya erat. “Awak,percayalah saya.Tak ada orang lain selain awak dalam hati saya.Awak saja yang saya sayang.Please believe me sayang.”Zarief mengucup tangan Rasya.Rasya menarik tangannya.Zarief terkedu.Rasya mengeluarkan talefon bimbitnya.Kemudian dia menunjukkan mesej yang diterimanya.Gambar Zarief bersama seorang gadis.Seingatnya gadis itu adalah model terkenal yang dulu merupakan kekasih Zarief.Zarief terkejut.Dia tidak tahu siapa yang menghantar gambarnya berjumpa Nadyne kepada Rasya.Tak guna.Nampaknya ada yang ingin mengenakannya. “Rasya..saya tak ada apa-apa dengan dia..Dia tu..” “Bekas kekasih awak.Saya tahu.Awak tak perlu jelaskan apa-apa sekarang.”Rasya menahan sebak.Beberapa hari hari ini dia ada menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya yang mengugut akan memisahkan dia dan Zarief.Namun tidak diceritakan kepada sesiapa.Ketakutan mencengkam dirinya.Terdapat juga mesej akan mencederakan Zarief seandainya dia tidak berpisah dengan Zarief.Siapakah yang begitu dengki terhadap kebahagiaannya.Seingatnya dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun. “Sayang kenapa ni?Sumpah saya tak ada hubungan dengan dia.Ada orang cemburukan kebahagian kita.Memang saya ada berjumpa dengan dia.Itupun secara tidak sengaja.”Zarief melihat wajah Rasya yang kelihatan keruh.Seperti ada sesuatu yang disembunyikan Rasya.Sesuatu yang membebankan.Tapi apa?Zarief tertanya-tanya. “Tak apalah.Saya percayakan awak.Mungkin saya ni banyak sangat berfikir.Lagipun saya penat semenjak dua menjak ni.”Rasya mengeluh.Zarief kembali tenang.Namun begitu perasaannya melonjak-lonjak ingin tahu apa yang disembunyikan Rasya. “Rasya.”Rasya memandanya Zarief. “Awak ada sembunyikan sesuatu dari saya ke?”soal Zarief ingin tahu.Rasya terkejut.Dia lantas menggelengkan kepala dan memalingkan muka ke arah lain.Dia tidak mahu Zarief mengetahui pembohongannya. “Betul ke ni?”Zarief masih tidak puas hati. “Iya.Tak da apa-apa.”Zarief mengeluh.Begitu sukar untuk menyelami hati gadis ini. “Awak,kalau awak ada masalah cerita dekat saya.”Rasya hanya menggelengkan kepala. “Baiklah.Kita dah sampai.”Zarief memberhentikan kereta di hadapan rumah sewa Rasya.Zarief menarik tangan Rasya sebelum sempat dia turun dari kereta. “Sayang,saya nak awak tahu yang cinta saya hanya untuk awak.”dia menggengam erat tangan Rasya.Rasya hanya menganggukkan kepala. “Saya masuk dulu.Awak tu bawa kereta elok-elok.”Zarief melepaskan Rasya dengan berat hati.Dia berasa tidak sedap hati.Seperti sesuatu akan berlaku.Arg,mungkin perasaannya.
“I nak you putuskan hubungan you dengan dia atau I akan apa-apakan dia nanti.I akan buat dia jatuh muflis.”Rasya kelihatan terkejut.Rupa-rupanya Hairy yang sering kali menghantar mesej ugutan itu.Dia tidak menyangka yang Hairy sekejam itu. “Kenapa Hairy?Kenapa kau buat macam ni?Apa salah aku?”soal Rasya.Dia tidak percaya yang Hairy sanggup bertindak begini. “Salah kau adalah menolak cinta aku.Dan kesalahan yang paling besar kau menerima Zarief musuh aku.Kau tahu tak betapa bencinya aku pada dia.Dari dulu dia sering merampas semua projek dari aku.Dia juga telah merampas kau dari aku.Aku benci dia.Aku benci.”Hairy menjerit geram.Nampaknya Hairy sudah gila.Dia segera ke Tasik Gemenchih setelah menerima mesej dari nombor yang tidak dikenalinya yang juga merupakan penghantar mesej ugutan kepadanya selama ini.Dia tidak sama sekali tidak menyangka yang orang itu adalah Hairy.Dia tahu sama sekali yang Hairy selama ini berdendam dengan Zarief.Selama ini dia terfikir-fikir siapakah yang ingin memutuskan hubungannya dengan Zarief memandangkan dia tiada musuh.Tidak terlintas di fikirannya yang orang itu adalah Hairy. “Apa yang kau nak sebenarnya?”Rasya tidak keruan. “Aku nak kau berpisah dengan dia ataupun aku akan jatuhkan dia.”Rasya terkejut.Bagaimana dia mampu berpisah dengan Zarief.Lelaki yang amat dicintainya. “Tak mungkin.Aku tak akan berpisah dengan dia.”Rasya cuba mempertahankan hubungannya.Hairy hanya ketawa. “Baiklah kalau itu yang keputusan kau.Nampaknya terpaksalah Zarief menunggu kejatuhannya.”Hairy lantas ketawa.Rasya tersentak.Sanggupkah dia melihat Zarief kehilangan segalanya hanya kerana dirinya.Arg,tidak.Dia tidak mahu perkara itu berlaku. “Baiklah.Kalau itu kemahuan kau.Tapi pastikan kau tidak apa-apakan dia.”Rasya membuat keputusan.Hairy berjaya menjerat Rasya.Hah…hah..hah..Padan muka kau Zarief.Rasakan.Rasya lantas beredar.Hairy mengambil telefon bimbitnya.Lantas dia mendail nombor seseorang. “Helo.Tugas aku sudah selesai.Sekarang giliran kau pula.”Hairy ketawa.Pada masa yang sama Nadyne juga turut ketawa. “Bagus.Aku akan pastikan yang rancangan kita berjaya.”dia lantas meletakkan telefon bimbitnya.Padan muka kau Zarief.Tak lama lagi kau bakal jadi milik aku.Dan Rasya….Gadis malang yang kasihan.Perempuan tak sedar diri.Dia geram mengenang kembali perbualannya dengan Zarief ketika mereka bertemu
secara tidak sengaja hari itu.
“Hai,sayang.Dah lama kita tak jumpa.I rindu sangat dengan you.”kata Nadyne dengan manja.Zarief kelihatan tidak senang dengan kemunculan wanita ini.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Nadyne.Selepas sembuh dari kemalangan itu dia terus memutuskan hubungan mereka.“Nampaknya you dah ada teman wanita baru.”kata Nadyne. “You peduli apa?Lagipun kita dah tak ada apa-apa hubungan.Suka hati I la nak ada teman wanita pun.”Zarief membalas dengan nada yang bongkak. “You jangan lupa kata-kata I hari tu.I tak lepaskan you.Ingat tu.Lagipun you ingat perempuan tu baik sangat?Huh,depan you boleh la dia berlagak baik tapi belakang you?”Nadyne cuba mengapi-apikan Zarief. “Hei,you jangan nak burukkan Rasya.Dia bukan macam you.Perempuan murahan.”Zarief cuba mengawal perasaan amarahnya.Berubah air muka Nadyne.Dia berasa terhina dengan kata-kata Zarief. Dia cuba mengawal perasaannya. “You jangan cuba hina I.Oh,jadi nama perempuan tu Rasya.Baiklah you tunggu.I akan buktikan kepada you.”Nadyne lantas beredar.Semakin lama dia di situ semakin dia berasa terhina.Begitu kecil pandangan Zarief terhadap dirinya.Mulai daripada saat itulah perasaan dendamnya terhadap Rasya memuncak.Begitu muliakah gadis itu sampai Zarief
begitu tergila-gilakanya.
Nadyne ketawa.Rasakan Zarief.Kau akan terima balasannya.Kau akan menjadi milik aku tidak lama lagi.Nadyne sudah mempunyai rancangannya sendiri.Hanya tunggu untuk dilaksanakan sahaja.
BAB 6
Zarief memandu laju Toyota Harriernya.Dia tidak menyangka yang Rasya sanggup berbuat begini kepadanya.Sudah beberapa kali dia menerima panggilan daripada Nadyne yang mengatakan Rasya keluar bersama Hairy musuh dalam perniagaannya.Namun begitu dia cuba untuk tidak mempercayainya.Pada hari ini sekali lagi dia menerima panggilan daripada Nadyne dan menyuruhnya pergi sendiri untuk melihat kebenaran.Sangkanya mereka hanya kawan namun nampaknya ia bukan seperti itu.
“Rasya.Awak buat apa dekat sini.”Rasya terkejut.Dia memandang Hairy.Hairy mengangkat keningnya. “Saya makan lah.”Rasya cuba menjawab setenang yang mungkin.Zarief melihat Rasya yang hanya selamba. “Tapi kenapa dengan dia?”Rasya buat tidak tahu. “Kenapa Rasya?Jadi betullah kata-kata Nadyne yang awak ada orang lain?Kenapa Rasya?Kenapa awak buat saya macam ni?Apa tujuan awak?”Zarief sebak.Dia tidak menyangka gadis yang dicintainya mempermainkan perasaannya.Rasya cuba menahan perasaanya. “Tiada apa-apa.Saja je.Saya memang tak cintakan awak.Maafkan saya.”Rasya menundukkan wajahnya.Dia tidak mampu memandang wajah Zarief. “Saya tak percaya.Ni mesti kau yang hasut dia kan Hairy.”Zarief mencekak kolar baju Hairy.Rasya terkejut.Dia pantas meleraikan mereka. “Bukan.Bukan sebab dia.Saya yang tak cintakan awak.”Zarief tergamam. “Saya tak percaya.Rasya pandang saya.Cakap yang semua ni tak betul.It’s just a joke right?Please Rasya.Don’t do this to me.I love you.”Zarief cuba mengawal perasaannya.Dia tidak percaya yang Rasya akan mengucapkan begini.Tak mungkin.Rasya cuba mencari kekuatan dalam dirinya.Dia manarik nafas kemudian memandang Zarief. “Zarief,maafkan saya kerana selama ni telah perbodohkan awak.Saya tak pernah pun cintakan awak selama ni.Saya hanya hendak menumpang kesenangan awak.Maklumlah awakkan jutawan.Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan jutawan.Lagipun saya dah ada orang lain.”Rasya mengucapkannya dengan terpaksa.Zarief tergamam.Hatinya pedih.Dia tidak menyangka sama sekali gadis yang beperwatakan lembut ini hanya mempermainkan perasaannya. “Aku tak sangka.Rupa-rupannya kau pun sama dengan gadis-gadis lain yang matrealistik.Hanya mahukan harta.Aku benci kau.”Zarief lantas berlalu pergi.Dia tidak mahu ladi menjadi bahan mainan mereka.Dia sudah serik.
“Aku benci kau Rasya.Aku benci kau”Zarief menjerit sekuat hati.Setitis air mata mengalir.Dia tidak pernah sekecewa begini.Baginya Rasya tidak seperti gadis-gadis lain.Namun sangkaannya meleset. “Arg,perempuan semuanya sama.”Kepercayaannya terhadap wanita telah terhakis.Kini dia tidak mungkin percaya akan wanita lagi.Mereka semua hanya akan memusnahkan hidupnya.Baginya cinta adalah pemusnah kehidupan.
Kini semua berlalu sepi.Tiada lagi kegembiraan kini.Semuanya musnah dalam sekelip mata.Rasya merasakan yang kehidupan ini tidak bermakna lagi.Iqbal pula dingin semenjak mengetahui apa yang telah terjadi.Begitu juga Zurin.Dari mana dia mengetahui apa yng terjadi dia tidak tahu.Mungkin Iqbal telah menceritakan apa yang terjadi.Biarlah mereka terus menyalahkannya.Dia tidak kisah asalkan zarief tidak di apa-apakan.Biarlah dirinya menderitakan.Asalkan orang yang disaynginya tidak menderita sepertinya.Dia mahu mereka bahagia.Rasya pulang seperti biasa pada hari itu.Ketika dia sampai di rumah kelihatan Zurin sedang menonton.Kini dia jarang bertegur sapa dengan Zurin.Mungkin kerana Zurin menganggap dia gadis yang kejam.Melihat Zurin yang endah tak endah itu dia segera masuk ke dalam bilik dan terus mandi.Zurin yang melihat hanya mengeluh.Dia dapat melihat kemuramam di wajah Rasya.Dia juga nampak badan Rasya sedikit susut.Dia tidak tahu mengapa Rasya sanggup bertindak begini.Pada mulanya dia tidak percaya apa yang diceritakan oleh Iqbal.Namun setelah Rasya sendiri mengaku yang dia dan Zarief sudah berpisah dia mula mempercayainya.Zurin masuk ke bilik Rasya.Dia perasan yang Rasya cuba untuk memulihkan hubungan dingin mereka.Namun dia mengeraskan hatinya. “Aku tak sangka kawan aku seorang matrealistik dan kejam.Aku tak sangka.”hanya itu yang mampu diucapkan.Pernah juga dia terfikir yang mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Rasya.Dia nampak penderitaan yang ditanggung oleh Rasya.Mana mungkin jika dia buat itu kerana suka dia juga akan tanggung penderitaannya.Arg,mungkin dia sudah menyesalinya.Zurin duduk di atas katil Rasya menunggunya sudah mandi.Mereka perlu berbicara.Tiba-tiba dia terpegang sebuah buku berwarna hitam di atas katil.Dia mengambilnya.sebuah diari.
Hati Zurin melonjak-lonjak ingin mengetahui isi kandungannya.Arg,dia tak masuk lagi.Pantas Zurin menyelak helaian demi helaian.Kemudian dia berhenti di suatu muka surat.
20 Mei 2009
Aku tidak menduga Hairy sekejam itu.Rupa-rupanya selama ini dia yang mengugut untuk memisahkan aku dan Zarief.Ya Allah apa yang perlu aku lakukan.Berikanlah aku petunjuk-Mu Ya Allah.
Ya Allah.Apa yang berlaku ni.Zurin menyelak helaian seterusnya.
11 Jun 2009
Maafkan saya Zarief.Saya terpaksa melakukannya.Saya terpaksa mengucapkannya.Dia akan mengapa-apakan awak sekiranya kita tidak berpisah.Saya tidak mahu awak kehilangan semuanya kerana saya.Saya mahu awak bahagia meskipun saya terpaksa menanggung segalanya.Maafkan saya.Saya terlalu cintakan awak..terlalu cinta.Saya tak nak kehilangan awak.namun apa yang boleh saya lakukan untuk mempertahankan hubungan ini.Saya tak mampu Zarief.Saya tak mampu.Maafkan saya.Apa yang di ucapkan saya itu hanya dusta belaka.Biarlah awak membenci saya Zarief.Namun cinta saya untuk awak tak pernah pudar.
26 Jun 2009
Semuanya kini telah hancur.Hidupku kini terasa sepi.Semuanya seolah-olah menyalahkan aku atas semua yang berlaku.Salahkah aku melakukan semuanya untuk melindungi orang yang aku sayang?Salahkah aku?Mungkin kerana tindakan aku yang kejam itu membuatkan mereka terus meminggirkan aku..Iqbal tidak bertegur sapa denganku lagi.Yang palng menyedihkan rakanku sendiri dingin denganku.Apa yang harus aku lakukan.Ya Allah aku tiada lagi tempat untuk meluahkan segalanya.Hanya kepada-Mu aku berserah…Zarief saya rindukan awak.Terlampau rindu.
Tiba-tiba pintu dibuka.Rasya terkejut melihat Zurin.Dan bertambah terkejut melihat diarinya di tangan Zurin. “Kenapa Rasya?Kenapa kau pendam segalanya?Kenapa kau tak ceritakan kepada aku?”Zurin menyeka air mata.Dia tidak sedar yang rakannya telah menanggung segala penderitaan.Dan dia pula telah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.Ya Allah betapa berdosanya aku pada Rasya. “Tak ada apa yang nak di terangkan Zurin.Semuanya telah berlalu.”Rasya hanya mampu menahan sebak di dada.Dia tidak mampu berbuat apa-apa. “Maafkan aku Rasya aku tak patut buat kau macam ni.Aku sepatutnya memahami perasaan.Aku sepatutnya sedar kau turut menderita akibat perpisahan ini.Tapi aku terlalu buta Rasya.Aku hanya menilai sebelah pihak.Maafkan aku kawan.”Zurin sudah teresak-esak.Dia meluru mendapatkan Rasya.Mereka berpelukan.Dia bersyukur kerana Allah telah menunjukkan kebenarannya kepada Zurin. “Aku tak marahkan kau Zurin.Aku faham.”Rasya cuba menenangkan Zurin yang menangis teresak-esak. “Kau sepatutnya berkongsi dengan aku.Akukan kawan kau kenapa kau tak ceritakan apa yang terjadi.”Rasya hanya menggelengkan kepala. “Aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku.Biarlah aku yang selesaikan sendiri.Lagipun sekarang semuanya telah berlalu.”mereka duduk di atas katil. “Kau patut beritahu Zarief tentang hal yang sebenarnya.Dia dah salah faham.Nasib baik aku terbaca diari kau ni.Kalau tak sampai ke mati la kau rahsiakan perkara ini dari kami ya?”Rasya hanya tersenyum. “Aku minta tolong kau jangan ceritakan perkara ini kepada sesiapa pun.Aku tak mahu mengeruhkan keadaan.Lagipun sekrang semuanya baik aja.”Zurin hanya mendiamkan diri.Dia harus menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Iqbal.Lagipun hanya dia dan Iqbal sahaja kawan yang rapat dengan Rasya. “Please Zurin.Tolong rahsiakannya.”Zurin memandang Rasya.Wajahnya sangat mengharap.Zurin akhirnya mengangguk. “Tapi dengan satu satu syarat.”kata Zurin. “Apa dia?” “Mulai saat ini kau kena ceritakan semua masalah kau.Aku tak kau tanggung sorang diri macam ni.Aku tak nak tengok kawan aku menderita sorang-sorang macam ni.”arah Zurin.Rasya ketawa. “Yes,madam.”mereka ketawa.Pada malam itu,Rasya telah menceritakan semua yang telah terjadi darilah perkenalannya dengan Zarief.Terbongkorlah segala rahsia yang disimpan selama ini.
“Aku minta maaf Rasya.Tak sepatutnya aku bertindak macam tu pada kau.”Rasya kelihatan terkejut.Ni mesti Zurin yang beritahu Iqbal. “Zurin dah ceritakan pada kau?”Iqbal hanya mengganggukkan kepala. “Dia tak nak aku salah faham tentang kau.Kenapa kau tak beritahu perkara yang sebenarnya kepada aku.Aku boleh tolong terangkan pada Zarief.Kita boleh selesaikan masalah ini bersama.”kata Iqbal dengan nada kesal.Rasya mengeluh.Mereka tidak faham. “Bukan aku tak nak cerita.Aku takut nanti dia apa-apakan Zarief.Aku tak nak sebab aku nanti jadi apa-apa dekat Zarief.Aku sayangkan dia.” “Aku tahu.Tapi kau tak patut tanggung sorang diri.Kita kena beritahu Zarief.Kau dah banyak berkorban untuk dia.Kau berhak untuk mendapat kebahagiaan.Hairy betul-betul dah melampau.”wajah Iqbal kelihatan tegang.Dia marah dengan sikap Hairy yang mementingkan diri.Sanggup dia memusnahkan kebahagiaan dua orang yang saling mencintai. “Sudahlah Iqbal.Benda dah berlalu.Lagipun sekarang Zarief sendiri cakap yang dia bencikan aku.Biarlah.”Rasya hanya mampu tersenyum kelat.Iqbal memandang wajah Rasya.Gadis ini memang seorang yang tabah.Dia sanggup mengorbankan kebahagiaannya untuk kebahagiaan orang lain.Tidak dinafika yangZarief mungkin benci kepada Rasya.Namun bagi Iqbal Rasya cinta di hati Zarief tetap ada meskipun di mulutnya mengatakan benci.Dia lebih mengenali rakannya itu.Dia juga tahu betapa deritanya Zarief selama berpisah dengan Rasya.Tetapi dia tidak tahu yang Rasya lebih menderita. “Kalau dah itu kemahuan kau apa lagi yang aku boleh buat.Nanti kalau kau ada masalah apa-apa beritahu aku.Mana tahu aku boleh tolong kau.”Rasya hanya menganggukkan kepala. “Terima kasih.” “Sebagai tanda meminta maaf malam ni aku belanja makan.Amacam?”Rasya hanya ketawa. “Ok.Aku tahu kau ni sebenarnya nak jumpa Zurinkan.”Rasy cuba mengusik Iqbal.Bukannya dia tidak tahu yang mereka ada hubungan.Entah bila mereka mulakannya.Iqbal tersipu.Namun ada yang lebih penting dari itu.
“Hei,tiba-tiba je kau nak belanja makan ni apesal?”soal Zarief pelik.Tidak pernah-pernah Iqbal mahu belanjanya makan.Kalau dipelawanya barulah dia hendak keluar.Kalau tidak jangan harap.Takut duit melayang.Iqbal mencebir.Banyak cakap pula dia. “Alah apa salahnya.Bukan selalu pun.Kau ni, dah aku belanja kau bising pula.”Zarief ketawa mendengar omelan Iqbal.Kadang kala rakannya ini seperti perempuan.Suka berleter. “Bukan apa,aku terkejut saja.”Zarief memandang sekeliling.Tiba-tiba memorinya mengimbau kembali kenangan dulu.Di sinilah dia menyelamatkn Rasya dari Hairy.Dia dan Rasya berlakon sebagai kekasih.Hairan juga ya kenapa waktu itu dia menolak Hairy kemudian menerimanya.Arg,kenapa perlu aku fikirkan pasal dia lagi.semua itu hanya lakonan.Sedangkan aku telah diperbodohkan olehnya.Jujurnya dia memang tidak dapat melupakan Rasya.Biarpun dia telah cuba membuang wajah itu dari kotak fikirannya. “Hoi berangan apa?”serahan Iqbal mematikan segala lamunan.Zarief hanya tersenyum.Tiba-tiba senyuman itu mati.Rasya.Arg,kenapa pula dia datang sini?Langkah Rasya terhenti.Pandangannya jatuh ke wajah Zarief.Mereka terpaku seketika.Sentuhan Zurin di bahunya menyedarkan Rasya kembali.Mereka menuju ke meja yang diduduki oleh Zarief dan Iqbal.Zarief memandangnya tajam.Rasya menguatkan dirinya.Dia tidak tahu Zarief turut bersama pada malam ini.Apa pula rancangan Iqbal dan Zurin.Sudahlah dia membenci aku.Bagaimana aku boleh bersemuka dengannya lagi.Zarief melihat susuk tubuh Rasya yang sedikit susut itu.Kenapa?Adakah dia sakit?Arg,peduli apa aku.Dia sudah tidak ada kaitan denganku lagi. “Apa ni Iqbal?Aku ingat malam ni kita bertiga saja yang berjumpa.Aku,kau dan Zurin.Kenapa ada yang tak diundang di sini?”soal Zarief sinis.Dia seolah-olah tidak berpuas hati.Rasya tersentak.Nampaknya Zarief betul-betul membencinya.Zurin duduk berhadapan Iqbal dan Rasya duduk di sebelahnya.Dia hanya menundukkan wajahnya. “Zarief kau kena dengar penjelasan dari Rasya dulu.Semua yang terjadi itu salah faham.We all tinggalkan korang dulu.Berbincanglah.Itu saja jalan penyelesaiannya.”ujar Iqbal.Zurin turut bersetuju dengan kata-kata Iqbal.Lantas mereka bangun meninggalkan Rasya dan Zarief.Mereka mendiamkan diri seketika.Masing-masing kelu untuk berbicara. “Apa lagi yang awak nak?Tak cukup lagi ke apa yang awak dah lakukan?”Zarief memulakan bicara. “Zarief saya minta maaf.Bukan niat saya.Sebenarnya…” “Apa?Apa niat awak yang sebenarnya?Mengikis harta saya?Memperbodohkan saya?Itu ke niat awak?”Zarief cuba mengawal perasaannya.Dia tidak mahu terlalu beremosi.Rasya menggelengkan kepala. “Awak tak faham Zarief.Saya terpaksa lakukannya.Saya terpaksa.”Rasya tidak mampu meneruskan kata-katanya.Air mata mula bergenang.Jika dia memberitahu perkara sebenar adakah Zarief mahu mempercayainya?Ataupun dia hanya akan mengatakan itu hanya cerita yang direka-reka untuk meminta simpati agar dapat kembali padanya? “Saya cintakan awak Zarief.Saya cintakan awak.”Rasya meluahkan perasaan yang dipendamnya.Air matanya mula merembes keluar.Zarief hanya ketawa. “Begitu mudah awak menuturkan kata cinta dan semudah itu juga awak menidakkannya.Bukankah awak sendiri yang cakap love is nonsense.Kenapa pula hari ini lain pula pemikiran awak?Hei,apa awak ingat saya ni budak-budak kecil yan awak boleh gula-gulakan?Awak ingat saya bodoh,tak ada akal untuk berfikir?Awak memang pelakon yang hebat.Permainan awak dah tamat Cik Rasya.Cinta awak tu hanya kepada harta.Perempuan materialistik.Awak tak ada harga diri ke?Dasar perempuan murahan.”Rasya terpana.Begitu juga Zarief.Dia tidak tahu bagaimana dia boleh menuturkan kata-kata sebegitu. “Cukup Zarief.Kalau awak tidak mahu mempercayai saya sekalipun janganlah sampai menghina saya.Saya bukan semurah yang awak sangka.”luah Rasya dengan penuh kesal.Tidak menyangka yang Zarief sanggup berkata begitu padanya.Zarief tersenyum sinis. “Ada apa dengan harga diri awak?Saya tidak sagka yang awak masih punya harga diri.”Rasya berdiri tiba-tiba.Dia tidak sanggup mendengar kata-kata hinaan dari Zarief.Hatinya hancur berkecai.Begitu benci Zarief padanya sampai sanggup menhina dirinya. “Terima kasih atas segala penghinaan awak itu.”Rasya mengesat air matanya dan terus pergi.Hatinya terluka.Iqbal dan Zurin kembali beberapa minit kemudian. “Mana Rasya?soal Zurin.Zarief hanya menjungkitkan bahu. “Apa yang kau dah buat Zarief?Apa yang kau dah cakap pada dia?”soal Iqbal bertalu-talu.Ni mesti ada kata-kata Zarief yan mengguris hati Rasya.Bukan dia tidak kenal Zarief.Kalau tidak masakan Rasya pulang begitu saja. “Mana ada.Aku cakap apa yang patut je.Realiti.”kata Zarief selamba.Tiada riak bersalah di mukanya. “Hei, kau tahu tak….” “Iqbal.”Zurin memintas kata-kata Iqbal.Zurin menggelengkan kepala.Dia tidak mahu memungkiri janjinya kepada Rasya. :hish,geram aku dengan kau ni.Sekurang-kurangnya dengar la dulu apa yang dia nak cakap.”kata Iqbal geram dengan sikap Zarief yang keras hati. “Kenapa pula aku nak dengar cakap dia?Hati aku sakit setelah apa yang dia dah buat pada aku kau tahu tak.”luah Zarief tidak puas hati apabila Iqbal cuba membela Rasya.Padahal dia yang menjadi mengsa dalam hal ini.
Zurin hanya mendiamkan diri.dia tidak mahu masuk campur.Dia cuba mneghubungi Rasya namun tidak dapat.Mungkin Rasya telah menutup talefon bimbitnya.Bagaimana agaknya Rasya pulang.Mungkin menaiki teksi memandangkan mereka datang dengan keretanya.Agaknya Rasya terlalu kecewa dengan sikap Zarief yang tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.Iqbal hanya mampu menggelengkan kepala.Kesal dengan sikap Zarief yang terburu. “Aku bukan apa.Aku tak nak suatu hari nanti kau menyesal dengan apa yang kau dah buat ni.”.Zarief tersentak.Apa maksud Iqbal.
“Cis,tak guna.Nampaknya mereka masih tak putuskan hubungan.Jaga korang.Aku akn buat sesuati agar korang berdua menyesal.”Hairy menggenggam penumbuknya.Dia ternampak Zarief dan Rasya di sebuah restoran semalam.Hatinya kembali hangat.Dia ingat rancangannya sudah berjaya.Nampaknya dia perlu mengambil tindakan lain.Hairy pantas menalefon seseorang. “Hello.Aku nak kau culik Zarief Iskandar.”Hairy memberi arahan. “Bawa dia e gudang lama.Bila kerja kau dah selesai aku bayar.Pastikan kali ni kau berjaya.”Hairy memutuskan talian.Hatinya puas.Selepas ini tamatlah riwayat kau Zarief Iskandar.Dia perlu berjumpa dengan seseorang lagi.Tiba-tiba talefon bimbitnya berbunyi.Tepat pada waktunya. “Hello Nadyne.”
BAB 7
Tit…tit..tit…..
Zarief Iskandar telah diculik.Sekarang dia berada di Gudang Lama Klang.
Rasya terkejut.Siapa pula yang menghantar mesej ini?Dia tidak mengenali nonbor tersebut.Rasya segera mendapatkan Iqbal. “Siapa pula yang culik Zarief ni?Eh,kau tak tahu ke ni nombor siapa?”Rasya hanya menggelengkan kepala.Dia kelihatan gelisah sekali. “Macam mana ni Iqbal?”Rasya sudah tidak mampu berfikir.Ingatannya hanya pada Zarief.Ya Allah selamatkanlah Zarief. “Macam ni lah.Apa kata kita laporkan perkara ni pada polis.Mana tahu pemilik nombor ni sengaja nak permainkan kau ke.”Iqbal memberi cadangan.Rasya menggelangkan kepala. “Aku tak boleh tunggu lagi.Lagipun kalau mesej tu betul macam mana?Nyawa Zarief dalam bahaya.Aku tak boleh pertaruhkan nyawanya semata-mata mahu mendapatkan kepastian betul atau tidak mesej tu.Aku nak pergi gudang tu sekarang juga.”giliran Iqbal pula menggelengkan kepala. “Tapi kau akan membahayakan nyawa kau.Macam mana kalau betul mesej itu palsu dan orang tu hanya nak perangkap kau.Nanti tak pasal-pasal nyawa kau pula yang melayang.”kata Iqbal. “Aku tak kira.Sekarang kau pergi laporkan pada polis.Aku nak pergi selamatkan dia dulu.Apa pun yang terjadi kau mesti sampai dekat gudang tu secepat yang mungkin.”kata Rasya lantas berlari pergi.Dia nekad.Tiada apa yang mampu menghalang dirinya.Dia tetap mahu menyelamatkan Zarief.Iqbal hanya mampu melihat.Tidak sempat menghalang Rasya yang kepala batu itu.Dia juga harus bertindak segera.Dia takut dia tidak sempat menyelamatkan mereka.
Zarief terkulai di kerusi.Dengan tangan dan kakinya diikat kejap.Dia tidak mampu melakukan apa-apa.Apa yang dia ingat sewaktu dia ingin pulang dari Kelab Cinta Sayang berjumpa pelanggannya,tiba-tiba mulutnya ditekup dengan sapu tangan..Dia tidak ingat apa-apa lagi.Apabila terjaga dia telah berada di satu tempat yang tidak pernah dilihatnya.Terdapat banyak kotak-kotak tertulis Prime tersusun di sekelilingnya.Mungkin gudang lama kerana tempat itu nampak usang.Tiba-tiba muncul seseorang di sebalik pintu berhampiran kotak-kotak itu.Hairy.Rupa-rupanya dialah dalang di sebalik semua ini.Hairy tidak habis-habis mahu memusnahkannya.Hairy tersenyum. “Apa yang kau mahu dari aku hah?”soal Zarief garang.Namun begitu Hairy hanya ketawa. “Aku mahukan segalanya daripada kau.Selama ini kau dapat segalanya.Apa yang kau mahu semuanya pasti akan menjadi milik aku.Tapi aku?”Hairy mematahkan jari-jemarinya. “Itu semuakan rezeki daripada Allah.Apa yang kau nak pertikaikan?Siapa yang berusaha dialah yang dapat.”balas Zarief.Dia tidak menyangka Hairy sanggup bertindak sejauh ini. “Arg,aku juga dah berusaha tapi kenapa Tuhan selalu saja menyebelahi kau.Aku juga patut dapat sedikit kebahagiaan.Tuhan tak adil.”Hairy menghamburkan segalanya.Zarief terkesima.Begitu jahil Hairy sampai sanggup menyalahkan Tuhan.Ya Allah,bukakanlah pintu hati Hairy agar dia sedar akan kesilapannya.
“Kau tak boleh cakap macam tu Hairy.Allah dah berikan yang terbaik untuk setiap hambanya.Kau patut bersyukur dengan apa yang kau….” “Hei,kau jangan nak berceramah agama dengan aku.Benci aku kepada kau bertambah apabila kau dapat memikat Rasya sedangkan aku yang terlebih dahulu mencintainya.Tapi kenapa kau yang harus bersamanya?Kenapa?”Zarief terkejut mendengar kata-kata Hairy.Rupanya kerana Rasya.Hanya kerana seorang perempuan Hairy sanggup bertindak begini.Zarief ketawa.Hairy mengerutkan dahinya tanda peli. “Kenapa kau ketawa?” “Aku hairan.Kau sanggup bertindak begini hanya kerana seorang perempuan.Tapi yang aku hairan bukankah hari tu Rasya mengakui mencintai kau?Jadi kenapa kau masih mahu menculik aku?”Dulu terang-terangan Rasya mengakui mencintainya.Apa lagi yang Hairy masih tidak puas hati? “Dia tidak dapat melupakan kau.Hanya satu cara untuk dia melupakan kau.Kau harus hilang dari muka bumi.Selamanya.”Hairy ketawa.Zarief terpana.Hairy memetik jarinya.Muncul tiga orang lelaki berbadan sasa di sebalik kota-kotk terbiar itu. “Habiskan.”Hairy memberi arahan sambil tersenyum sinis.Lelaki itu mula membuka ikatannya.Zarief hairan.Mereka tersenyum sinis.Tiba-tiba dia terasa dirinya ditendang dari belakang.Zarief tersungkur.Mereka mula membelasahnya.Zarief tidak mampu berbuat apa-apa.
Pada masa yang sama Rasya sampai di gudang tersebut.Rasya pantas bergerak masuk ke dalam gudang berkenaan.Dia mencari di manakah Zarief berada.Dia kemudian ke sebalik kotak apabila terdengar suara orang ketawa. “Apa yang kita nak buat Roy?”tanya salah seorang daripada lelaki iotu.Ketika itu Zarief sudah hampir separuh mati dibelasah mereka.Kelihatan darah penuh di bajunya.Dia juga nampak hampir pengsan. “Bunuh saja.”kata lelaki yang bernama Roy itu.Mereka ketawa.Salah seorang dari mereka mengambil sebatang kayu.Dia mula menghayunkan kayu itu.Pada saat dia ingin memukul Rasya dengan segera berlari keluar. “Tidak.”Rasya meluru ke arah Zarief.Bukkk…kayu itu tepat mengenai bahu kanan Rasya.Rasya jatuh terkulai.Zarief yang separuh sedar itu hanya sempat mendengar jeritan seorang wanita sebelum pengsan tidak sedarkan diri.Mereka terkejut.Tidak menyangka ada orang lain di situ.
Tiba-tiba kedengaran sairen polis. “Lari….lari…”mereka lari bertempiaran.Kini tinggal Rasya yang jatuh di atas Zarief.Masing-masing tidak sedarkan diri.
Dua bulan kemudian….
“Aduh.”Rasya mengaduh kesakitan.Dia terduduk sambil memegang bahunya.Iqbal dan Zurin segera menghampirinya. “Kenapa Rasya?Kau ok ke tak?”tanya Zurin bimbang.Rasya tersenyum. “Aku ok.Cuma bahu aku ni rasa sakit sikit dua tiga hari ni.”Rasya bangun sambil dibantu oleh Zurin. “Aku rasa kau patut jumpa pakar ortopedik la.”kata Iqbal. “sikit je ni.Tak ada apa-apalah.”kata Rasya.Pada mulanya sakit itu tidak seteruk ini.Namun ia semakin menjadi-jadi tambahan apabila di bermain tennis. “Kau jangan ambil ringan Rasya.”kata Zurin.Rasya menggangukkan kepala.Tiba-tiba pandangannya terarah kepada satu pasangan.Macam kenal lelaki tu.Tiba-tiba Rasya membulatkan matanya.Zarief.Ap yang dia buat di sini?Siapa pula wanita yang bersama dengannya itu.Iqbal dan Zurin melihat ke yang dilihat Rasya.Mereka juga jelas sekali terkejut.Zarief kemudian menuju ke arah mereka diikuti wanita tersebut. “Hai,korang dtang main tennis juga ya?”soal Zarief gembira.Seolah-olah tidak perasan akan kehadiran Rasya.Gadis itu tersenyum manis.Ayu.Namun tidak dapat dinafikan yang Rasya lebih kelihatan cantik dan menawan. “Kenalkan ini Ariana.Jururawat yang menjaga aku masa aku masuk hospital dulu.”Zarief memandang Ariana yang tersipu malu. “Can you all please excuse us.”kata Iqbal tiba-tiba. “Kalau macam tu kami tunggu di kafe sajalah.Marilah ikut kami Ariana.”Zurin mempelawa Ariana.Dia hanya mengganggukan kepala.Rasya mengemaskan barangnya.Bahunya masih sakit.Dia memandang Zarief sekilas lalu.Namun wajah Zarief selamba seolah-olah tiada perasaan. “Jom duduk dekat bangku tu.”ajak Iqbal.Zarief hanya menurutinya. “Siapa Ariana tu?Aku macam pernah nampak tapi aku tak ingat di mana.”tanya Iqbal.Zarief tersenyum. “Sudah tentu kau pernah melihat dia.Lagipun dia kan jururawat yang bekerja di hospital yang sama dengan kau.”Iqbal masih lagi kelihatan bingung. “Habis tu kenapa dia boleh keluar dengan kau pula?’tidak mungkin Zarief akan jatuh cinta secepat itu. “Sebab nama dia Ariana.”kata Zarief.Iqbal mengerutkan dahinya. “Sebab nama dia Ariana?Aku tak faham.Apa kaitannya dengan kau?”Iqbal masih tidak mengerti. “Hari tu ayah aku ada cakap yang ada orang telah mendermakan darahnya pada aku masa aku kemalangan dulu.Dia cakap nama wanita tu Ariana.See.Aku dah jumpa orang yang aku cari.”kata Zarief gembira.Iqbal ternganga.Biar betul.Tak kan si Ariana tu mengaku mendermakan darah untuk Zarief?”Mana kau tahu yang dia yang mendermakan darah untuk kau?”soal Iqbal ingin tahu. “Dari segi layanan dia yang lembut.Dia tak sama macam orang lain.Bila aku tahu yang nama dia Ariana aku tahu yang itu dia.”Zarief kelihatan bersemangat. “Ada kau tanya dia betul atau tidak dia yang mendermakan darahnya untuk kau malam tu?”Iqbal masih tidak berpuas hati.Zarief mengganggukkan kepalanya. “Dia kata betul.Memang dia yang dermakan darah dia untuk aku malam tu.”Iqbal terkejut.Tidak menyangka yang gadis itu sanggup berbohong. “Bal,kau tahu tak siap yang selamatkan aku masa dekat gudang tu?”tanya Zarief tiba-tiba.Iqbal memandang Zarief.Haruskah aku memberitahunya perkara yang sebenar?Iqbal lalu mengelengkan kepala. “Masa aku sampai tu tinggal kau je.Superwoman kot yang selamatkan kau tu.”Zarief ketawa.Iqbal masih sempat membuat jenaka.Mana mungkin ada super hero pada zaman sekarang. “Kau ni.Ada pula superwoman.Mengarut.”kata Zarief sambil menyambung ketawanya. “Kau suka dekat Ariana tu ke Zarief.”Zarief berhenti ketawa.Dia melihat wajah Iqbal yang kembali serius. “Entahlah.Susah aku nak cakap.Lagipun aku kan baru saja kenal dengan dia.”Zarief memandang ke hadapan.Dia tidak mahu yakin dalam hubungan yang tidak pasti.Iqbal mengeluh. “Aku bukan apa Zarief.Selaku kawan aku tak nak kau buat keputusan yang silap.Aku tak nak nanti kau menyesal dengan keputusan kau.Tapi kalau dia dapat membahagiakan kau,aku doakan kau bahagia.”begitu panjang sekali kata-kata Iqbal.Zarief memandangkan dengan penuh tanda-tanya.Apa maksud Iqbal?
BAB 8
“Aku ingat nak sambung study la Zurin.”kata Rasya suatu hari.Zurin kelihatan terkejut. “Kenapa sekarang?Sebab Zarief ke?”soal Zurin.Dia tahu yang hati Rasya telah terluka denga tindakan Zarief.Mana mungkin secepat itu dia mencari pengganti.Hanya kerana namanya Ariana,Zarief telah jatuh cinta.Rasya tersenyum kelat. “Entahlah Zurin.Aku rasa tiada apa yang tinggal untuk aku di sini.Aku nak mencari sesuatu dalam hidup aku.Sesuatu yang lain.Lagipun keluarga aku sudah membenarkan aku pergi.”kata Rasya gembira.Dia cuba menyembunyikan hatinya.
Tidak dinafikan Zarief adalah salah satu sebab mengapa dia pergi.Dia mahu melupakan segala kenangan yang ada bersama lelaki itu.Lagipun lelaki itu sudah menjumpai orang yang sesuai dengan dirinya. “Kau nak sambung belajar dekat mana?”Rasya mengerutkan dahinya. “Aku rasa dekat Australia.”Zurin terkejut sekali lagi.Pelbagai kejutan yang di beri oleh Rasya kepadanya. “Jauhnya.Kau nak pergi jauh sangat kenapa?Dekat Malaysia ni tak ada ke universiti yang offer course kau?Kau nak tinggalkan aku ke?”Zurin bernada sedih.Mungkin hati Rasya akan lembut dengan pujukannya.Rasya hanya ketawa.Faham benar dia dengan perangai Zurin yang kuat merajuk itu. “Hei,nak jadi isteri orang pun masih nak merajuk lagi?Nanti Iqbal lari bila kau merajuk.Sebab takut tengok muka kau.Zurin…Zurin…Iqbalkan ada?Nanti kau tetap kena berpisah dengan aku juga kan”
“Tapi kenapa kau nak pergi jauh sangat?Sebab Zarief ke?”soal Zurin ingin tahu.Begitu parah luka di hati Rasya sehingga ingin membawa diri ke negeri orang.Senyuman Rasya mati.Dia mengeluh. “Aku perlukan masa Zurin.Aku perlu lupakan dia.Lagipun dia sudah berjumpa dengan orang lebih layak bersama dia.Hati aku dah tawar Zurin.Mungkin kebahagiaan aku bukan bersama dia.”bagi Rasya hubungan mereka tidak akan ke mana-mana.Lagipun mereka sudah tiada hubungan.Apa lagi yang boleh dia lakukan.Dia sudah cukup terhina dengan kata-kata Zarief. “Aku rasa kau patut berterus terang dengan dia Rasya.Kau kena ceritakan semuanya.Ariana tu tak patut gunakan namanya sekadar nak dapatkan Zarief.Tu namanya menipu.Dia cuma nakkan harta Zarief.”Zurin meluahkan rasa tidak puas hatinya.Baginya tidak patut jururawat bernama Ariana itu berbohong kepada Zarief.Hanya kerana namanya sama dengan Rasya dia tidak patut ambil kesempatan. “Tak mengapalah Zurin.Asalkan dia bahagia,aku pun tumpang bahagia.Lagipun itu adalah pilihan dia.”Rasya hanya mampu tersenyum.Dia juga berasa terkilan mengapa gadis itu sanggup berbohong.Kalau dia betul-betul cintakan Zarief dia tidak akan berbohong.Arg,aku juga telah berbohong padanya.Namun,kerana hendak menyelamatkan nyawa Zarieflah dia terpaksa berbohong. “Aku peliklah dengan kau ni.Kenapalah kau beria-ria sangat berkorban untuk dia sedang dia sedikit pun tak ingatkan kau.”Zurin berasa pelik dengan sikap rakannya itu.Rasya hanya mendiamkan diri.Walaupun hatinya terluka dengan sikap Zarief namun begitu cintanya terhadap Zarief masaih utuh.
“Assalamualaikun.”sapa Iqbal sambil tersenyum. “Amboi,tak boleh berpisah merpati dua sejoli ni.Macam belangkas.”usik Rasya membuatkan mereka tersipu.Tidak menyangka jodoh mereka di hadapannya.Namun yang apa dia geram, mereka pandai menyimpan rahsia. “Rasya nak sambng belajar dekat Australia,wak.Dia nak tinggalkan kita.”kata Zurin dengan wajah yang masam.Rasya hanya ketawa manakala Iqbal kelihatan terkejut. “Biar betul kau.Jauh tu.”Iqbal cuba mendapatkan jawapan yang pasti dari Rasya.Rasya
hanya menganggukkan kepala. “Study sambil makan angin.Boleh juga aku tenang-tenangkan fikiran di sana.Eh,nanti korang pergilah honeymoon dekat sana.Boleh melawat aku.”kata Rasya diam.Namun di dalam hatinya hanya Allah sajalah yang tahu. “Macamlah dekat di sini tak boleh makan angin.Hah,buka je mulut nanti angim masuk lah.Habis cerita.”Zurin sempat membuat jenaka walaupun wajahnya kelihatan masam.Rasya dan Iqbal ketawa. “Angin dekat sini tak sedaplah.”kata Rasya. “Sudahlah tu.Mungkin lebih baik dia ke sana.Nanti kita pergilah melawat dia.”Iqbal cuba memujuk Zurin.Hati Zurin sedikit terpujuk. “Nanti kau tak sempatlah nak datang kenduri kami.”
“Nampaknya macam tulah.Tapi aku janji bila korang ke sana aku akan kasi hadiah dekat korang.”Rasya membuat perjanjian. “Promise ok?”kata Zurin.Rasya mengangguk. “Kau tak nak beritahu Zarief ke?”tanya Iqbal.Rasya hanya mendiamkan diri.Dia kemudian tersenyum. “Macam biasalah.Raahsiakan.”Iqbal memandang wajah Zurin.Ya,mereka harus melakukan sesuatu.
“Ariana,kenapa awak sanggup berbohong dengan Zarief?”soal Iqbal kepada Ariana ketika terserempak di hospital. “Apa yang doktor cakapkan ni?Saya tak faham.”Ariana kelihatan selamba.Dia pura-pura tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Iqbal.
“Tak faham atau pura-pura tak faham?”tanya Iqbal sinis. “Doktor cakap apa ni?Kalau pasal Zarief tu,dia yang tergila-gilakan saya.Orang kaya dah sukakan kita,tak kan saya nak menolak pula.Orang kata musuh jangan dicari,rezeki jangan ditolak.”Ariana tersenyum sinis.Bongkaknya perempuan ni.Sah,perempuan meterialistik.Kurang ajar ye kau.Omel Iqbal dalam hati. “Awak jangan ingat awak tu teman wanita Zarief saya takut dengan awak.Awak tak layak bersama dia.Awak bukan Ariana yang dia cari.Saya yang merawat dia malam tu.Saya tahu darah siapa yang didermakan kepada dia.Saya tahu apa yang awak cakap pada dia.I want to remind you.You should make a decision or you will regret later.I know better than you.”Iqbal tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.Wajah Ariana kelihatan pucat.Takut temberangnya pecah.
“Apa yang kau dah cakap pada Ariana,Iqbal?”hambur Zarief yang tiba-tiba masuk tanpa salam.Wajahnya kelihatan tegang. “Hei,salam pun tak bagi.Tiba-tiba datang marah-marah ni apasal?”soal Iqbal. “Apa yang kau dah cakap dengan Ariana.Dia tiba-tiba minta putus dengan aku.”Zarief mendengus geram.Tiba-tiba saja Ariana menangis dan meminta putus darinya. “Apa kaitannya dengan aku?”Iqbal seolah-olah tidak puas hati. “Kau jangan pura-pura tak tahu.Dia kata kau datang marah-marah dia.Kenapa?Apa masalah kau?”Iqbal ketawa.Dia tidak sangka yang Ariana begitu berani mengadu kepada Zarief. “Zarief…Zarief…Sebab perempuan tu cakap macam tu kau terus datang serang aku.Kau lebih percayakan..lebih pentingkan dia daripada kawan yang kau dah lama kenal?Aku tak sangka kau boleh berubah sampai macam ni sekali.Kalaulah Rasya dia tak akan memburukkan orang lain.”ujar Iqbal kesal.Kesal dengan sikap Zarief yang sudah berubah.Benar kata Rasya,dia sudah berubah. “Yang kau nak kaitkan perempuan tu kenapa?Aku tak kira sekarang kau kena minta maaf dari dia.”kata Zarief geram.Iqbal bengang.Dia harus menceritakan segala-galanya hari ini juga.Ya,tidak hari lain. “Kau nampaknya dah buta Zarief.Buta kerana perempuan materialistik macam dia.”hambur Iqbal geram. “Iqbal.Jaga sikit mulut kau.Dia bukan macam tu.Dia tak seperti kawan kau yang gila harta dan tak sedar diri tu.”jerit Zarief geram.Iqbal berang.Tidak sangka yang Zarief sanggup melontarkan kata-kata hinaan kepada Rasya. “Kau ni memang dasar tak kenang budi.Mata kau tu dah dibutakan.Tak tahu nak beza yang mana kaca yang mana permata.Kenapalah kau tak nak selidik dulu tentang orang menderma darah pada kau malam tu.Aku dah nasihatkan kau supaya selidik betul-betul.Kau boleh tanya aku sebab malam tu aku yang bertugas.Aku ingat dengan merahsiakannya segalanya akan berjalan dengan lancar.Aku tak sangka yang kau boleh berubah sampai macam ni sekali.Aku memang kesal.Betul-betul kesal.”Iqbal menggelengkan kepala tanda kekesalannya.Zarief tersentak. “Apa yang kau cakapkan ni Iqbal?Rahsia apa?”Zarief terpinga-pinga.Rahsia?Rahsia apa? “Kau dah lupakah aku doktor yang merawat kau dulu?”Iqbal merenung Zarief yang hanya mengganggukkan kepala.Sudah tentu dia ingat yang Iqbal yang bertugas merawatnya pada malam itu. “Disebabkan aku yang merawat kau jadi aku lebih mengetahui apa yang terjadi pada masa itu.Memang betul apa yang ayah kau cakap.Penderma itu bernama Ariana.Tetapi bukan Ariana tu yang kau cari.”Iqbal memulakan cerita.Zarief terkejut. “Habis siapa?Jadi kau kenal orang tu?”Iqbal hanya mengganggukkan kepala.Maafkan aku Rasya.Aku terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Zarief. “Malam tu,bank darah sudah kehabisan darah jenis AB iaitu jenis darah kau.Pada masa yang sama kau pula kehilangan darah.Kalau hendak ambil dari hospital lain memang dah tak sempat.Mujurlah ada seorang wanita yang sanggup menderma darahnya kepada kau.Kebetulan juga darahnya sama jenis dengan darah kau.”Iqbal berhenti seketika. “Kau memang bernasib baik malam itu.Kalau bukan kerana dia,aku tak tahu sama ada kau masih bernafas atau tidak pada hari ini.Aku diminta merahsiakan identiti penderma tersebut.Lagipun katanya dia melakukan itu kerana dia ikhlas nak menolong kau.”Zarief tersentak. “Habis,kalau dia bukan Ariana tu Ariana mana lagi yang sanggup buat macam tu?”Zarief tetap dengan pendiriannya.Dia tidak percaya yang ada Ariana lain yang sudi melakukan perkara tersebut terhadapnya.Iqbal menggelengkan kepala. “Kenapalah fikiran kau ni sempit sangat Zarief?Tak semestinya nama dia Ariana dia tu yang menderma untuk kau.”
“Habis tu siapa?”soal Zarief.Kesabarannya semakin berkurangan. “Aku harap kau tak terkejut.Orang yang selama ini kau hina,yang kau kata materealistik,murahan itulah yang telah menderma darahnya kepada kau.”Zarief terpana.Mustahil. “Kau tentu tak percayakan.”Zarief kelihatan menggelengkan kepala. “Tak mungkin,Iqbal.Tak mungkin.Aku tak percaya.Lagipun nama dia Rasya.Bukan Ariana.Kau jangan nak perbodohkan aku.”Iqbal tersenyum sinis.Tentu sukar untuk Zarief menerima kenyataan ini. “Memang betul nama dia Rasya.Dr.Rasya Ariana binti Ismail.Orang yang telah menyelamatkan kau malam tu.”Zarief terduduk mendengar kata-kata Iqbal. “Tak mungkin.Tak mungkin dia…”tuturnya lemah. “Aku rasa kau perlu tahu segala-galanya malam ini.Segala pengorbanan yang telah Rasya lakukan untuk kau.Pernah tak kau selidik kenapa tiba-tiba dia mahu putus dengan kau?Dia mengaku sukakan Hairy sedangkan selama ini dia cukup bencikan Hairy.Mungkin kau tertanya-tanya mana aku tahu semua ini.Zurinlah yang telah menceritakan segalanya kepada aku.Dia pun dapat tahu dengan secara tak sengaja membaca diari Rasya.Dia nak selamatkan kau dan business kau.Hairy telah mengugut untuk menjatuhkan kau andai kau dan dia tidak berpisah.”Iqbal berhenti seketika.Zarief kelihatan begitu terkejut.Rasya diugut?Mengapa dia tidak pernah tahu.Iqbal menyambung semula ceritanya. “Kenapa dia tak beritahu kau?Kenapa dia tak beritahu aku mahupun Zurin?Dia tak mahu kita berasa terbeban.Tambah lagi kau.Dia sayangkan kau.Cintakan kau sangat-sangat.Dia cuba nak nak jelaskan malam tu.Tapi apa yang dia dapat?Hinaan.”Zarief meraup mukanya dengan penuh kekesalan.Iqbal bangun dari kerusinya lalu ke mampir ke tingkap yang terbuka.Dia membuang pandangan ke luar.“Aku jumpa Hairy masa penangkapan dia hari tu.Aku tanya kenapa dia culik kau?Sebab malam tu dia nampak kau dan Rasya.Dia tak nampak aku dan Zurin.Dia ingat kau dan Rasya masih berhubung lagi.Jadi dia bertindak dengan menculik kau.Hari tu kau tanya aku siapa yang telah menyelamatkan daripada dipukul hari tu.Kau nak tahu siapa?”Zarief memandang Iqbal meminta jawapan.Dia juga tertanya-tanya siapakah yang telah menyelamatkan kau malam itu. “Rasya.Dia sanggup dirinya dipukul kerana sayangkan kau.Akibat dari dari pukulan tu dia mendapat kecederaan kekal.Dia tak boleh lagi bermain tennis.Sebab apa?Sebab kau Zarief.Tapi kau tak pun fikir tentang ni kan Zarief?”Iqbal menghamburkan segalanya.Zarief hanya mandiamkan diri.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Dia tidak menyangka wanita yang dihina selama inilah yang telah menyelamatkannya.Maafkan saya Rasya.Saya telah bertindak kejam dengan awak.Zarief tidak menyangka yang Rasya lebih menderita.
“Iqbal,mana dia sekarang?Aku perlu berjumpa dengannya.Aku nak tebus balik semua kesilapan aku.”tanya Zarief.Dia tidak nampak Rasya bersama-sama Iqbal mahupun Zurin sejak kebelakangan ini. Iqbal tersenyum sinis. “Untuk apa lagi kau berjumpa dengan dia?Kau nak sakitkan hati dia lagi?Kau nak tambahkan penderitaan dia?Sudahlah Zarief.Lepaskanlah dia.”Iqbal kembali duduk ke kerusinya.Zarief terkesima mendengar kata-kata Iqbal. “Iqbal,tolonglah beritahu aku.Aku nak betulkan segalanya.Aku nak minta maaf dari dia.”hampir menitik air matanya. “Kau dah terlambat Zarief.Rasya dah pergi jauh.Dia pergi membawa hati yang terluka.”Iqbal tidak mahu lagi Zarief menyakiti hati Rasya.Lagipun dia dan Zurin sudah berjanji akan merahsiakannya.
Zarief kesal dengan apa yang berlaku.Dia tidak tahu lagi apa yang harus dilakukan.Semuanya sudah terlambat.Kalaulah dia menyiasat terlebih dahulu semua perkara ini tidak akan terjadi.Dan Rasya juga tidak akan pergi darinya. “Kau susah hati kenapa?Kaukan dah ada Ariana.Buah hati kesayangan kau.”kata Iqbal sambil ketawa.Seolah-olah mengejek Zarief.Zarief hanya mampu mendiamkan diri.Dia berasa amat kesal dengan apa yang telah dilakukannya.Dia ingat dia dapat menyakitkan hati Rasya.Namun dia telah melakukan perkara yang lebih teruk terhadap gadis itu.Sayang,ke mana awak pergi?
BAB 9
Rasya menarik nafas panjang sebelum menghembus.Dia berasa tenang.Sudah sebulan dia berada di sini.Di Australia.Ya,tempat untuk dia mengubat hatinya yang terluka.Sekarang dia berasa lebih tenang berbanding dulu.Dia memandang Tasik Duquense.Matanya terarah kepada beberapa ekor itik angsa berwarna putih sedang berenag-renang di dalam tasik itu.Dia tersenyum.Dia berasa nyaman berada di situ sambil memerhatikan pergunungan Alps yang indah.Tambahan pula waktu itu adalah musim sejuk.Permandangan pergunungan yang dilitupi salji itu amat mempersonakan.Dia memeluk tubuhnya.Walaupun dia telah memakai baju sejuk yang agak tebal namun suhu
yang agak sejuk masih belum mampu memanaskan tubuhnya.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara. “Ariana.”dia terpana.Tidak pernah ada orang memanggil namanya yang kedua.Rasya hanya membiarkan.Mungkin orang lain yang sama nama dengannya. “Rasya Ariana.”Rasya tersentak.Ada orang memanggil nama penuhnya.Dia menoleh ke arah suara itu.Tangannya menggil melihat wajah itu.Hampir-hampir dia jatuh di situ.Nasib baik dia sempat menyambar sebatang pokok yang agak rendang.Rasya tidak menunggu lama.Dengan segala kudrat yang ada dia melangkah pergi.Dia tidak mahu berdepan dengan lelaki itu.Lelaki yang telah membuat dirinya merana. “Rasya,tunggu.”Zarief cuba mengejar Rasya yang agak jauh di hadapan.Dia tidak mahu kehilangan Rasya lagi.Apabila sudah hampir dia lantas memaut tangan Rasya. “Please,Rasya.Jangan lari dari saya.”Rasya cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Zarief.Namun kekuatannya tidak setanding Zarief. “Lepaskan saya Zarief.Please..”Rasya merayu.Luka di hatinya kembali berdarah apabila memandang wajah Zarief.Untuk apalagi lelaki ini datang mencarinya? “Saya akan lepaskan.Janji awak tidak lari dari saya.”Rasya hanya mengangguk lemah.Apa lagi yang boleh dia lakukan.Perlahan-lahan Zarief melepaskan tangan Rasya. “Ada apa awak cari saya?Siapa yang beritahu awak yang beritahu awak saya berada di sini?”soal Rasya.Terkejut kerana Zarief dapat menjejakinya sampai ke sini. “Zurin dan Iqbal yang beritahu saya awak berada di sini.Tapi tolong jangan salahkan mereka.Saya yang memaksa mereka beritahu awak berada di mana.”Zarief menjelaskan perkara sebenar.Kalau diikutkan memang Zurin dan Iqbal tidak mahu memberitahunya.Hampir setiap hari dia merayu kepada Iqbal.Akhirnya Iqbal terpaksa juga memberitahu.Itupun dengan persetujuan Zurin. “Rasya saya minta maaf.Saya tahu saya dah banyak lukakan hati awak.Kenapa awak tak beritahu saya tentang perkara yang sebenar?Kenapa awak sembunyikan semuanya?”soal Zarief bertalu-talu.Dia kesal dengan apa yang telah Rasya lakukan. “Jadi,semua ini adalah salah saya?Bukankah hari itu saya dah cuba jelaskan pada awak.Tapi ada awak dengar?Apa yang saya dapat?Hinaan.Untuk apa lagi awak ke mari?Untuk hina saya lagi?Tak puas ke awak sakitkan hati saya?”Rasya menghamburkan segalanya..Dia tidak dapat menahan perasaannya. “Jangan cakap macam tu sayang.Saya minta maaf.Saya tahu saya yang salah.Saya tak dapat kewal perasaan saya.Saya terlalu cintakan awak.Tapi bila awak mengaku yang awak cintakan Hairy hati saya hancur.”Zarief cuba mendekati Rasya.Namun begitu,semakin dia dekat semakin jauh Rasya berganjak.Dia mengambil keputusan mendiamkan diri. “Kisah kita dah tamat Zarief.Awak tak sepatutnya berada di sini.”Rasya memandang Zarief yang kelihatan muram.Aku tak terdaya Zarief.Hatiku terluka dengan perbuatanmu. “Betul awak nak membuang saya dari hidup awak?Saya tahu awak masih cintakan saya.”Zarief masih tidak putus asa.Rasya hanya mendiamkan diri.Bukan saya yang membuang awak tapi awak yang telah membuan saya. “Tempat awak bukan di sini.Pulanglah.”Rasya menghela nafasnya.Dia terpaksa menuturkannya.
Zarief mengeluh. “Baiklah Rasya.Kalau itu keputusan awan apalagi yang boleh saya buat.Tapi percayalah.Saya akan tunggu awak.Ambillah masa untuk berfikir.Berapa lama pun saya akan tetap menunggu awak.”ucap Zarief sebelum pergi.
Rasya terkedu.
Dua tahun kemudian….
“Ala bucuk-bucuk…meh nak sayang cikit.”Rasya mengucup lembut pipi Arabella.Anak kecil itu mengeliat kecil.Dia ketawa apabila di agah Rasya.Rasya turut ketawa.Gembira melihat gelagat bayi kecil itu.Sudah dua minggu dia pulang dari Australia.Perasannya kini tenang.Tidak lagi seperti dulu. “Amboi,bila dah dapat Bella habis dia lupakan kita ya.”kata Zurin yang kelihatan gembira dengan kehadiran Rasya. “Eleh,jangan la nak jelous.Biar la aku pula nak bermanja dengan dia.Kasi change la.”Rasya ketawa.Tidak habis-habis dengan perangai manja dia itu.Sampai dah dapat anak pun masih begitu.
“Yela tu.Macam mana dua tahun ni?Ada apa-apa perubahan?”Rasya memandang Zurin dengan pandangan yang pelik.Perubahan? “Perubahan apa?”Zurin hanya ketawa.Rasya tidak mengerti. “Mana tahu.Duduk Australiakan dua tahun.Kot la sangkut dengan mana-mana mat saleh ke.”Rasya tersenyum kelat.Mana mungkin hatinya akan berubah secepat itu.Baginya masa dua tahun itu masih tidak mencukupi untuk dia melupakan Zarief.Semenjak pertemuan mereka di Australia,mereka tidak pernah lagi bersemuka.
Tiba-tiba Iqbal datang dengan wajah yang agak cemas. “Eh,abang ni kenapa?Macam kena kejar dengan hantu.”Rasya ketawa mendengar kata-kata Zurin.Dia tidak menyangka yang jodoh mereka di depannya.Akhirnya mereka mendirikan rumah tangga.Namun begitu dia berasa terkilan kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka.Rasya berasa gembira kerana Zurin telah mendapat pasangan yang sesuai dengan dirinya.Kebahagiaan mereka turut disinari dengan kehadiran puteri sulung mereka.Puteri Nor Arabella.
“Hari ini Zarief akan ditemuramah dalam rancangan Usahawan Gemilang.Diakan usahawan berjaya.”Iqbal kelihatan bersungguh-sungguh.Maklumlah merekakan rakan baik.Rasya kelihatan tenang walaupun hatinya sedikit terusik mendengar kata- kata itu.Mereka ke ruang tamu untuk menonton rancangan itu yang sudah separuh masa bersiaran. “Sudah lama En.Zarief berkecimpung dalam bidang perniagaan.Namun begitu sehingga kini En.Zarief masih hidup membujang.Tidak ada perancangankah untuk En.Zarief menamatkan zaman bujang En.Zarief?Sudah semestinya gadis-gadis di luar sedang ternanti-nantikan En.Zarief mengeluarkan borang?”soal Anne Ngasri sebagai host bagi rancangan itu.Zarief hanya ketawa. “Tidak dinafikan memang ada niat di hati tu nak berkahwin.Lagipun saya memang sudah mempunyai calon yang sesuai.Hanya,menunggu masa saja.”kata-kata itu membuat Rasya terpana.Dia sudah mempunyai calon isteri? “Hah,dia dah ada calon isteri?Dia tak pernah beritahu pun?”Iqbal juga kelihatan terkejut.Begitu juga Zurin. “Wah,nampaknya gadis-gadis di luar sana tentu kecewa.Bolehkah En.Zarief beritahu para penonton siapakah gadis bertuah itu?”
“Orangnya sederhana saja.Hanya gadis biasa.Namanya…Ariana”Zarief tersenyum manis.Senyuman yang bisa mencairkan hati gadis-gadis.Dia nampak begitu tampan sekali.Rasya jelas sekali terkejut.Tidak mungkin gadis itu dirinya.Lagipun mereka tidak pernah berhubung. “Ariana?Siapa tu bang?”tanya Zurin ingin tahu.Iqbal menggarukan kepalanya.Dia berfikir sejenak. “Hah,abang tahu siapa.Ni mesti Ariana budak nurse tu.”Zurin mengerutkan dahinya. “Nurse?”
“La,yang kita jumpa dekat court tennis tu.Ingat tak?”Iqbal cuba mengingat Zurin.Begitu juga Rasya. “Oh,ya..ya..Ingat dah.Ariana yang cute manis tu kan.”Iqbal mengangguk.Rasya hanya mendiamkan diri.Dia tenggelam dalam dunianya sendiri.Oh,Ariana tu rupanya.Patutlah muka dia gembira sangat.Tapi dulu dia cakap dia sanggup tunggu aku.Huh,dasar lelaki.Hati Rasya hiba.Dia bakal kehilangan orang yang dicintainya. “Rasya are you ok?”pertanyaan Zurin mencantas segala lamunannya.Dia hanya tersenyum. “Betul ke kau tak apa-apa?”soal Zurin.Dia merenung lama wajah Rasya.Rasya hanya menggelengkan kepala. “Betul aku tak apa-apa.”Rasya mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia tidak mahu Zurin membaca isi hatinya. “Rasya,aku kenal kau buka sekejap.Bukan setahun dua.Dah lapan tahun.Kau sedihkan bila Zarief nak kahwin?”Zurin cuba mengorek isi hatinya.Rasya menggelengkan kepalanya berulang kali.Tidak mungkin dia akan menyatakan isi hatinya. “Rasya,kau janganlah pendam lagi perasaan kau.Aku tahu kau masih mencintai dia bukan?Berterus-teranglah dengan kami.Nanti aku boleh cakap dengan dia.”sampuk Iqbal.Air matanya bergenang.Mana munkin dia akan menghancurkan kebahagian orang lain. “Jangan.Biarlah dia bahagia.Aku tidak mahu memusnahkan kebahagiaan dia.”ujar Rasya. “Jadi kau masih mencintai dia?”soal Zurin inginkan kepastian.Rasya termenung sejenak.Masih cintakah aku kepadanya?Ya,sedangkan cintanya telah beralih kepada orang lain.
Rasya hanya mampu mengangguk.Air mata yang ditahan berderaian. “Ya.Aku masih mencintai dia.Dulu dia bagi aku harapan dan kini dia juga yang memusnahkannya.”Rasya tidak mampu lagi menahan perasaannya.Dia masih ingat janji Zarief yang akan menunggunya sampai bila-bila.Zurin mengusap lembut belakang Rasya yang menangis teresak-esak. “Kau mahu aku cakap dengan dia?”Iqbal menawarkan bantuan.Namun begitu Rasya menolaknya. “Seperti yang aku katakan,tidak mungkin aku akan memusnahkan kebahagiaan dia.Mungkin dia dah temui orang yang betul-betul sesuai dengan dirinya.Aku tidak mahu menjadi batu penghalang antara mereka.Tidak mungkin.Lagipun aku pulang hanya untuk sementara.”kata Rasya sambil mengesat air matanya.Iqbal dan Zurin terkejut. “Apa maksud kau sementara?”soal Zurin kurang mengerti.Rasya tersenyum. “Aku akan kembali ke Australia.Aku akan meneruskan kehidupan di sana.Lagipun aku dah dapat offer untuk berkhidmat di hospital di sana.”Iqbal dan Zurin sambil berpandangan.Nampaknya Rasya akan pergi sekali lagi membawa hatinya yang lara.”Bila kau nak bertolak.”
“Hari Ahad ni mungkin.”sekali kejutan diberikan kepada Iqbal dan Zurin. “Cepatnya.Baru balik dua minggu kau dah nak pergi balik.”Rasya hanya tersenyum.Ya,kale boleh dia memang mahu pergi secepat yang mungkin. “Kau tak mahu jumpa dia?Mungkin buat kali yang terakhir?”Rasya hanya menggelengkan kepala. “Biarlah dia tidak tahu akan kepulangan aku.Macam biasa.Rahsiakan.Kali ni kale mungkir janji siap.”kata Rasya dengan wajah yang serius.Mereka hanya ketawa.
EPILOG
“Flight kau pukul berapa?”
“11 pagi.Ada sejam lagi ni.Kalau korang nak balik dulu,just go.Lagipun hari nikan korang ada majlis kesyukuran.”Zurin dan Iqbal hanya mengangguk. “Hey,guys.Thanks a lot because you all dah banyak tolong aku.Koranglah kawan aku dunia akhirat.”bergenang air mata Zurin mendengarnya.Selama ini dialah tempat Rasya meluahkan segalanya.Kini,dia akan pergi buat kali kedua. “Hey,jangan la menangis buruk tau.”Rasya mengesat air mata Zurin.Dia juga berasa sedih untuk meniggalkan mereka. “Bal,please take care of my friend.Kalau jadi apa-apa siapa kau.”Rasya memberi amaran kepada Iqbal.Dia tidak mahu Zurin disakiti.Sebagaimana dirinya disakiti.Biarlah dia saja yang merasai betapa peritnya perasaan apabila hati dilukai.Iqbal hanya ketawa.Dia tahu betapa akrabnya dua sahabat itu. “Oklah.Kalau macam tu we all gerak dulu.Lagipun nanti nak kena ambil Bella pula.”kata Iqbal.Zurin hanya menganggukkan kepala.Mereka harus ke nursery terlebih dahulu untuk mengambil Arabella yang ditinggalkan kepada pengasuh. “Rasya take care of yourself.Kalau kau ada masalah nak ceritakan pada aku,you know where I’m.Aku sentiasa ada untuk kau.”kata Zurin sambil memeluk erat Rasya.Dia mengesat air matanya. “Ok.”hanya itu yang mampu diucapkan Rasya. “Kale kau perlukan pertolongan or anything just call ok.”kata Iqbal pula.Rasya hanya menganggukkan kepala.Dia terharu dengan keperihatinan dua sahabatnya ini.Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik mereka berdua. “Kale macam tu we all pergi dulu.”Rasya melepaskan pelukan.Dia hanya menghantar mereka dengan pandangan sayu.Dia kemudian duduk di tempat menunggu.Masih ada 45 minit.
“Ariana.”dia mendengar seseorang memanggil namanya.Arg,Ariana lain agaknya. “Rasya Ariana.”dia memandang ke belakang.Zarief.Dai bangun dari tempat duduknya. “Hai,saya Iskandar.”Rasya terkejut. “Iskandar?”
“Zarief Iskandar.”Zarief memperkenalkan dirinya.Amboi,dua tahun tak jumpa dia ingat aku dah lupakan dia?Zarief kelihatan begitu kacak sekali dengan jeans dan tshirt hitam berkolar biru tua.
Rasya cuba menenangkan dirinya.Entah mengapa kali ini hatinya berdebar-debar ketika berhadapan dengan Zarief.Mungkin kerana mereka telah lama tidak bertemu.Semenjak peristiwa dua tahun lalu,mereka tidak pernah berhubung.Malahan,Zurin serta Iqbal juga tidakmenyampaikan apa-apa khabar angin mengenai lelaki itu. “Apa yang saya dapat bantu?”soal Rasya cuba berlagak tenang.Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu.Dia seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada melihat wajah Zarief. “Saya datang sini sebab nak menghalang awak pergi.”ujar Zarief.Rasya jelas sekali terkejut.Nak halang aku? “Kenapa pula awak nak halang saya?”Rasya kelihatan terpinga-pinga.Dia tidak faham kenapa Zarief mahu menghalangnya pergi. “Sebab awak dah buat salah pada saya.”Zarief kelihatan serius.
Salah?Salah apa pula yang aku dah buat ni?Rasya kelihatan menggelabah.Tambahan pula kelihatan dua anggota polis di situ. “Salah apa pula ni?Setahu saya tak pernah pula saya lakukan kesalahan pada awak.Besar sangat ke salah saya sampai awak sanggup kejar saya sampai sini?”suara Rasya mendatar.Takut juga dia jika dia disaman.Disaman tu tak apalah lagi buat disuruhnya aku tidur dalam lokap tak ke pasal.
“Sudah tentu kesalahan awak sangat besar.Kalau tak saya tak la kejar awak sampai ke sini.”
“Cakaplah apa kesalahan saya.Lagipun kejap lagi saya dah naik flight.”Rasya buat-buat melihat jam tangannya.Lagipun masih ada setengah jam lagi sebenarnya.Cuma dia tidak mahu lelaki itu berada di situ lama-lama.
“Kesalahan awak ialah awak telah mencuri sesuatu yang bukan milik awak tetapi kepunyaan saya.Benda yang tersangatlah penting kepada saya.”ujar Zarief sambil merenung tajam Rasya. “Curi?Saya tak faham apa yang awak maksudkan.”Rasya mengerutkan dahinya tidak faham.Seingatnya dia tidak pernah pula mengambil apa-apa barang milik Zarief.
”Ya,awak telah mencuri segalanya milik saya.Hati,jantung,jiwa,jasad dan yang paling penting cinta saya.”kata Zarief perlahan.Rasya ternganga.Dia jelas sekali terkejut.Ya,Allah betul ke apa yang aku dengar ini?Rasya seolah-olah diawangan.Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Ya,Cik Rasya Ariana.Awak telah mencuri hati saya.Dari dulu awak curi dan awak tak pulangkan kepada saya.Saya terseksa tanapa hati saya.Sekarang saya nak tangkap awak.Awak akan dihukum.”Zarief kelihatan serius kembali.
”Di hukum?Apa maksud awak?”Rasya kelihatan bingung.Zarief tiba-tiba ketawa.Lucu melihat wajah yang Rasya yang kelihatan terpinga-pinga itu.
“Yela.Awak akan dihukum.Awak kena kahwin dengan saya.”Zarief menghampiri Rasya lalu memegang tangannya. “Eh,apa ni?Apa yang awak cakap ni?Bukankah awak akan berkahwin?”Rasya masih bingung.Dia masih tidak faham apa yang sedang berlaku. “Memanglah.”Zarief tersenyum manis.Kemarahan Rasya memuncak tiba-tiba.Dia merentap tangannya. “En.Zarief Iskandar awak ingat wanita ini barang mainan awak?Setelah awak beri harapan awak juga yang memusnahkannya.Lelaki jenis apa awak ni?”Rasya meluahkan segala kemarahannya.Dia tidak menyangka yang perangai Zarief telah berubah sama sekali.
Giliran Zarief pula yang terkejut. “Awak cakap apa ni?”soal Zarief. “Yela,awak kan nak kahwin dengan Ariana.Budak nurse tu.Tiba-tiba hari ni awak datang melamar saya pula.Hancur hati dia nanti.Saya tak nak dia jadi macam saya.”Rasya menutup mulutnya tiba-tiba.Dia sudah terlepas cakap.Zarief mula mengerti. “Jadi hati awak hancur kerana saya nak kahwin dengan orang lain la ye?”Zarief mula tersenyum nakal.
Dah gaharu cendana pula.Suka sangat la tu orang merana sebab dia.Rasya buat tidak mengerti.Zarief yang tersenyum mula menghampiri Rasya.Dia kemudian mencapai tangan Rasya lalu menggengamnya erat.Rasya tergamam. “Apa yang awak buat ni?”Rasya cuba menarik tangannya. “Cik Rasya.Bukankah Cik Rasya juga adalah Cik Ariana.”ujar Zarief.Rasya memandang wajah Zarief.Dia cuba mencari maksud di sebalik kata-kata itu. “Tapi hari tu awak cakap yang awak nak kahwin dengan Ariana.”
“Yela.Awaklah tu Cik Ariana oi.Zurin dan Iqbal tak beritahu awak ke?” Betulkah apa yang didengarinya? Rasya terasa ingin pengsan.
“Tapi hari tu Iqbal dan Zurin…”tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.Tadi Zarief cakap dia ada beritahu dengan Zurin dan Iqbal.Tapi mereka seolah-olah tak tahu pula.Cis,tak guna punya kawan.Mereka dah rancang dari awal rupanya.Berkesan sungguh lakonan mereka.
Zarief mengeluarkan sesuatu dari koceknya.Kotak sebesar tapak tangan.Patutlah kembung semacam je poket dia. “Cik Rasya Ariana,sudikah awak menjadi permaisuri hati saya buat selama-lamanya?”Zarief membuka kotak tersebut. Kelihatan seekor anak patung beruang memegang bantal kecil berbentuk hati yang tertulis I love you.
“Eh,mana ada orang melamar guna bear.”Rasya terasa ingin ketawa.Namun begitu suatu kejutan telah diberikan kepada Rasya.Zarief lantas mengeluarkan sesuatu disebalik bantal kecil berbentuk hati itu.Sebentuk cincin belah rotan. “So,do you want to marry me?”sekali lagi Zarief melamarnya.Rasya kelihatan tergamam.Dia lantas menganggukkan kepala.Zarief tersenyum riang.Dia kemudian menyarungkan cincin itu di jari manis Rasya. “Minggu depan saya hantar rombongan ke rumah awak.Bulan depan kita kahwin.”kata Zarief dengan gembira.Rasya kelihatan tersipu.
”I love you.”
“Me too.”mereka saling bertatapan.Meluahkan rasa rindu yang telah lama terpendam.
Di sebalik suatu tiang kelihatan Iqbal dan Zurin yang tersenyum riang. “Yes.”nampaknya rancangan mereka berjaya.
Tamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 sayang aku...:
menarik
Post a Comment