Friday, 14 May 2010

sebuah persahabatan...

Februari 2009......

"Uish,penat sungguh hari ni."Azita mengesat peluh di dahi.Sementara itu Alma dan Tiz mengambil botol yang air mineral yang di bawa.Hari ini merupakan hari keempat mereka menjalani latihan rumah sukan.
"woi,lari tak serupa mana minum jer lebih." sergah Aiza.Alma tersedak.Sementara itu Azita dan Tiz ketawa.
"Kau ni,kalau tak buat kecoh tak boleh?"kata Alma sambil mengesat mulutnya.
"Dah jadi tabiat dia."sambung Tiz pula.Aiza mencebik.
"Hari ni latihan rumah.Esok ada kawat pula.Minggu depan dah sukan.Eh,dengar kata yang si Syerah nak buat straigt minggu depan.Kita tak payah naik latihan."kata Azita.Dia menujukan kata-kata itu kepada Alma dan Aiza.Azita,Alma,Aiza,Etul dan Una  merupakan ahli kepada pasukan kadet polis.Yang selebihnya boleh dikatakan semuanya menyertai pasukan pancaragam.
"Yang kami ni tak kira waktu.Straigt ada practise.Minggu depan sah petang dan malam straigt.Leader kami kan strict."Tiz meletakkan botol airnya.
"Alorh,sama je dengan sarjan kami tu.Tapi dia tak la setegas leader korang tuh."ujar Aiza.
"la,mestilah.Diorangkan ketua.Mesti nak yang terbaik.Kalau aku pun macam tu jugak.Eh,mana diorang yang lain nih?"soal Alma sambil memerhati sekeliling.Mencari kelibat rakan-rakan mereka yang lain.
"Entahnya,tak nampak batang hidung."Aiza mengambil botol air milik Alma.
"Woi,bukannya nak bawak air sendiri.Melantak air aku sampai abis pulak."giliran Aiza pula tersedak.
"Mangkuk ayun betul,kau Alma.Sabar-sabar la nak cakap.Bagi aku habis minum dulu."Alma ketawa.Azita dan Tiz yang menjadi pemerhati hanya tersenyum.
"Hah,rasakan.Tadi aku yang tersedak,sekarang giliran kau pulak."kata Alma sambil ketawa.Aiza mencubit paha Alma.
"Woi,apa nih.Sakit la."Alma tidak sempat menepis tangan Aiza yang begitu lincah itu.Aiza ketawa puas hati.
"Hah,rasakan."
Tiba-tiba Etul muncul dengan termengah-mengah.
"Oi,kau apa pasal pula ni?Dari tadi tak nampak,tiba-tiba jer muncul.Macam kena kejar hantu.Nah minum air dulu.Bawa bertenang."Azita menghulurkan botol air miliknya pantas disambut oleh Etul.Dia minum dengan rakusnya.
"Hantu kepala kau.Ada berita tergempar nih."ujar Etul selepas habis satu botol air Azita dikerjakannya.
"Apa dia?"tanya Tiz tidak sabar.
"Kita akan dapat warden baru."ujar Etul.Mereka memandang sesama sendiri.
"Apa warden baru?"kata mereka serentak.

------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum.Tujuan roll-cal ini diadakan adalah untuk beberapa pemberitahuan.Seperti yang kamu semua sedia maklum,Cikgu Rosli telah ditukarkan ke sekolah baru.Manakala Puan Rosnah pula sudah bersara.Oleh yang demikian kamu semua akan mendapat warden baru."ujar Cikgu Kefli selaku ketua warden.Di belakangnya pula terdapat dua orang wanita.Seorang itu agak muda manakala yang seorang lagi itu nampak seperti pertengahan umur.
"Cikgu perkenalkan dua orang warden baru yang akan menggantikan Cikgu Rosli dan Puan Rosnah,iaitu Cikgu Izzati dan Cikgu Isma."Cikgu Kefli memperkenal warden baru kepada para asramawanis.
"Cikgu harap kamu semua dengar kata-kata cikgu Izzati dan juga cikgu Isma.Anggaplah mereka seperti ibu kamu sendiri."ujar cikgu Kefli lagi.
"Cikgu Kefli papa kami."laung seorang pelajar dan mendapat sorakan pelajar lain.Cikgu Kefli ketawa.
"Hah,iyalah tu.Tolong jaga tingkah laku kamu sebagai pelajar wanita ya.Tunjukkan sikit yang sekolah kita ni mempunyai murid yang semuanya bersopan santun.Maklumlah sekolah kita ni pelajarnya semua perempuan.Jadi Behave yourself like a girl.Ok girls?"
"Ok,sir."jawab semua pelajar.
"Baiklah.Semua pelajar boleh bersurai kecuali lembaga pengawas asrama.Sila masuk ke dalam pejabat asrama."Cikgu Kefli memberi arahan.Semua pelajar mula bersurai.
"Woi,ada apa ar?"soal Aiza.Yang lainnya hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.
Kebanyakan lembaga pengawas terdiri dari tingkatan 5.Mereka semu segera bergerak masuk ke dalam pejabat asrama.
"Cikgu nak kamu perkenalkan diri kamu pada warden baru.Etul..."Cikgu Kefli memandang Etul selaku ketua pengawas asrama.
"Nama ringkas boleh ya cikgu.Maklumlah nama kami semua panjang belaka."Etul meminta Izin.Cikgu Izzati dan Cikgu Isma menganggukkan kepala.
"Boleh.Cikgu tengok fail lembaga pengawas.Sekarang cikgu cuma nak kenal saja."ujar Cikgu Izzati.
Etul menganggukkan kepala.
"Saya Etul,selaku ketua asrama.Azita penolong saya.Yang lain semua ketua biro.Alma biro disiplin,Tiz biro rekreasi,Aiza biro akademik,Ji biro keceriaan,Afi biro dewan makan,Raz biro sukan,Amani biro rekreasi dan Fyza biro agama."Etul memperkenalkan seorang demi seorang.
"Baiklah nama cikgu Izzati binti Abd Hamid.Cikgu akan memegang biro disiplin dan akademik.Jadi kalau ada apa-apa sila datang jumpa cikgu.."Cikgu yang agak muda itu memperkenalkan diri.
"Cikgu pula Isma binti Ismail.Cikgu pegang biro sukan dan agama.Raz dan Fyza boleh jumpa cikgu nanti."Cikgu Isma pula memperkenalkan diri.Mereka menganggukkan kepala.
"Ada apa-apa masalah tak?"soal cikgu Kefli.Mereka semua menggelengkan kepala.
"Kalau macam tu kamu semua boleh bersurai."arah cikgu Kefli.
"Wah nampak macam baik-baik jer warden-warden baru kita tu."kata Aiza sewaktu dalam perjalanan balik ke dorm.Mereka yang lain hanya tersengih.
"Diorang baru lagi.Kita tengoklah nanti macam mana."ujar Etul.Memang benar kata-kata Ettul.Kebanyakan guru tidak tahan dengan pelajar asrama yang kadang-kadang nakal dan membawa banyak masalah.
"Aiza,kau jerit suruh diorang masuk tido.Aku tak larat nak jerit la."ujar etul.Memang sudah diketahui yang Aiza memang mempunyai suara yang lantang dan digelar loudspeaker.
"Serahkan saja pada gue."kata Aiza sambil tersengih.
"Woit,tunggu jap.Biar kita orang blah dulu.Kang tak pasal-pasal ada yang jadi badak pula."mereka yang lain hanya ketawa.Menjadi badak itu bermaksud menjadi pekaklah.Pekak badak.Aiza hanya mencebik.Yang lain-lain segera berlari sebelum loudspeaker berbunyi.
"Adik-adik....cepat masuk tido sebelum kami gi ronda."jerit Aiza.Beberapa pelajar yang masih berkeliaran segera pulang ke dorm masing-masing.Memang tabiat mereka akan berjalan-jalan di dorm orang lain sebelum tido.Entah apa yang dicari oleh mereka agaknya.

-------------------------------------------------------------------------------

Mac 2009.....

"Etul,tolong cikgu carikan pelajar-pelajar yang nak menyertai gerkorama.Cikgu nak sediakan senarai nama."ujar Cikgu Kefli sewaktu rehat.Nampaknya hari ni Cikgu datang awal.Sepatutnya dia akan datang waktu tengah hari memandangkan dia merupakan guru pada waktu sesi petang.Begitu juga Cikgu Izzati yang mengajar pada waktu petang.Cuma Cikgu Isma yang mengajar di sebelah pagi.SMK Tengku Tun merupakan sekolah yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan.Terletak di tengah bandar dan mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang kerana tidak mempunyai kelas yang cukup untuk menampung semua pelajar.Sesi petang merupakan sesi bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 manakala yang selebihnya pada waktu pagi.Sekolah ini mempunyai sebuah asrama yang menempatkan pelajar-pelajar yang jarak rumah mereka jauh dari sekolah.Itulah serba sedikit tentang sekolah ini.
"Etul......."sergahan cikgu Kefli menyedarkan etul dari lamunan.
"Kamu ni dok berangan apa?Dengar tak apa yang cikgu cakap ni?"soal Cikgu Kefli.Etul tersengih.Kantoi pula.
"Dengar cikgu."Cikgu Kefli menggelengkan kepala melihat telatah Etul yang sememangnya suka berangan ini.
"Lain kali masa cikgu cakap cuba bagi tumpuan sikit.Ini tidak berangan saja kerjanya.Ingatkan boya friend agaknya."usik cikgu Kefli.Etul ketawa.
"Boya friend tak da cikgu.Boyfriend ada la."balas Etul sambil ketawa.
"Oooo...pandai ya."
"Tak adalah cikgu ni.Lawak jer.Arg,cikgu nak bila senarai nama tu?"
"Senarai nama apa?"cikgu Kefli menengerutkan dahi.
"Eh,tadikan cikgu minta senarai nama pelajar yang nak sertai gerkorama."cikgu Kefli menepuk dahinya.
"A'a.Lupa pula.Maklumlah umur dah semakin meningkat la katakan."cikgu Kefli ketawa.
"Secepat yang mungkin la.Dua minggu akan datang pertandingan tu akan bermula dah.Cikgu nak kena buat surat kebenaran lagi."ujar cikgu Kefli.Etul hanya menganggukkan kepala.
"Ada apa-apa lagi cikgu?Kalau tak ada apa-apa saya masuk kelas dulu ya.Loceng dah bunyi tu."ujar Etul meminta diri setelah mendengar loceng berbunyi.
"Iyalah.Jangan lupa ya."pesan cikgu Kefli sekali lagi.Etul menganggukkan kepala lalu berlari anak mendaki anak tangga untuk ke kelasnya.Sebolehnya dia tidak mahu ketinggalan sewaktu guru mengajar nanti.

------------------------------------------------------------------------------
"Yang masuk bahas pergi dengan cikgu.Cepat sikit.Takut nanti kita terlewat untuk pendaftaran."ujar cikgu Isma.Etul dan empat orang pelajar tingkatan empat yang lain menyertai bahas mengikut cikgu Isma ke keretanya.Manakala yang lain segera menuju ke bas yang sudah sedia mengunggu mereka.
"Adui,penatnya.Last-last kalah jugak team sekolah kita."kata Azita yang mewakili pasukan bola jaring.Sudah la kena bermain pada waktu tengah hari.Dengan panas teriknya.
"Memang patut pun kita kalah kak Zita.Berlatih pun tak pernah tiba-tiba datang main.Mahunya tak kalah."ujar Zana yang juga merupakan pemain bola jaring yang merangkap adik kepada Zita.
"Abeh hitam muka den."kata Ieka.
"Hoi cik adik.Kamu tu bukan main pun.Berehat bawah pokok aje.Apa yang hitomnya?"sergah Azita.
"Alah kak Zita ni.Pokok tu bukan teduh sangat pun.Den dok bawak beg anda semua tengah paneh ni maunya tak hitom."seloroh Ieka.Azita tersengih mendengar kata-kata Ieka yang merupakan juniornya.
"Hah,iyalah tu."
"Woit."tiba-tiba Azita terasa bahunya ditampar.Azita menoleh.
"Hah,macam mana?"soalnya kepada Etul.Etul mengangkat ibu jarinya lalu di terbalikkan.
"Tak pe.Samalah kita."mereka ketawa.
"Bila kita nak balik ni?"soal Fyza yang muncul tiba-tiba lalu duduk di tepi Azita.
"Nak balik dah la ni.Tunggu cikgu"kata Etul.
"Tu cikgu Izzati."tunjuk Ieka.Etul segera berlari ke arah cikgu Izzati.
"Cikgu,bila kita nak balik ni?Semua dah habis dah."soal Etul.
"Nak balik dah la nih.Awak kumpulkan semua pelajar ya.Cikgu nak call uncle bas tu kejap."ujar cikgu Izzati.Etul hanya menganggukkan kepala.
"Eh,mana Ji ar?Dari tadi tak nampak-nampak?"soal Fyza.
"Woi,mana Ji Alma?"tanya Azita pula.
"Ish,korang ni.Macam la aku yang jaga dia.Mana la aku tahu.Tadi nampak dengan cikgu Isma."Alma memandang ke arah lain.Malas hendak ambil tahu.
"Eh,cikgu suruh kita semua berkumpul.Tolong cari yang mana tak da tu?Balik ikut macam yang datang tadi.Saper yang datang dengan bas balik naik bas.Yang datang dengan cikgu Isma balik dengan dia."ujar Etul sambil tersengih.
"Eleh tahu la kau tu datang dengan cikgu.Nak menyedap la tu."kata Aiza sambil mencebik.
"Cik kecik kau jangan la jeles ya."Fyza menyampuk.
"Huh,tak kuasa den nak jeles ngan korang."
"Aku nak cari cikgu Isma jap.Jom Alma."ajak Etul.Alma hanya mengikut.Setelah 10 minit mencari mereka terjumpa cikgu Isma di kafetaria.Bersamanya adalah Ji.Mereka terkejut.
"Cikgu,bila nak balik?"tanya Etul.Cikgu Isma memandangnya pelik.
"Kenapa?"
"Iyalah cikgu,kami kena balik dengan cikgu la."
"Ar....kereta saya nak bawa barang la.Kamu yang datang dengan saya balik naik bas la ye."kata cikgu Isma.Kelihatan wajah Etul berubah.Namun dia cepat-cepat tersenyum.Alma yang disebelah hanya mendiamkan diri.
"Erm,tak pe la cikgu.Kami pergi dulu."Etul meminta diri.Alma mengekorinya dari dalam.
"Mana boleh macam ni.Ikut macam mana datang la."ujar Etul dengan wajah yang masam.
"Biar la kat dia Tul."Alma cuba menenangkan Etul.Mereka segera bergerak ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul.
"Macam mana?"soal Fyza sambil tersenyum.
"Semua balik naik bas."kata Etul.Fyza kelihatan terkejut.
"Lah,apa pasal pula?Ikut datang tadi la."Fyza mengerutkan dahinya.Fyza memandang Alma apabila melihat Etul yang memasamkan muka.Alma hanya menjungkitkan bahunya.
"Tu bas kita.Semua gerak naik ke bas.Pastikan tak ada apa-apa yang tinggal."arah Etul.
"Eh,budak nasyid yang bawa alat musik tu jaga erk.Tadi panas sekarang dah hujan ni.Tutup conga dengan bongo tu dengan bip.takut nanti kembang."arah Azita.Sememangnya dia seorang ahli kumpulan nasyid sekolah yang bermain alat musik.Takut juga kalau-kalau alat itu rosak.Mereka yang lain hanya menganggukkan kepala.
"Jom."mereka semua segera bergerak.Takut-takut kalau hujan lebat.

--------------------------------------------------------------------------
"Eh,mana si Ji ni"soal Etul setelah mandi.Yang lain hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
"Dari tadi aku tak nampak dia.Masa kita balik tadi pun tak nampak dia."kata Afi.
Tiba-tiba seorang junior memberi salam.
"Ada apa Fit?"tanya Azita.
"Satu bongo tak da kak Zita.Tertinggal agaknya."ujar Fit takut-takut.
"Hah,tertinggal?"Etul menjerit.
"Mampus la kita nanti.Mesti cikgu Zul marah nanti."kata Azita pula.
"Cepat call cikgu Kefli."kata Afi.
Etul segera berlari ke public phone.Masalah betul.Yang tuan mainnya  tu bukannya nak jaga elok-elok.Ish,menyusahkan betul.
Sementara itu di dorm setia yang menempatkan semua pelajar tingkatan 5 sunyi sepi tidak seperti selalu.Mungkin kerana keletihan yang membuatkan kebanyakan mereka tidur awal.Kalau tidak....
"oi,mana si Ji ni?Dari tadi tak nampak-nampak.Dia pergi mana?"soal Aiza.Tinggal Azita,Alma dan Afi yang masih belum tidur.
"Entahnya.Dari tadi tak nampak batang hidungnya."katanya Afi pula.
Tiba-tiba Etul datang.
"Dia balik dengan cikgu Isma."kata Alma.
Mereka semua terkejut.Yang paling terkejutnya si Etul la.
"What?Biar betul.Tadi kita tanya dia kata nak bawa barang la.Tak guna betul."kata Etul geram.
"Sabar wei...Tadi Ji kata dia sakit kepala."ujar Azita pula.
"What ever."Aiza mencebik.
"Aku chow lu erk."Azita meminta diri sambil tersengih.Tahu sangat nak ke mana.Jumpa adik angkat dia la.
"Mu bila nak gerak plak?"soalan itu ditujukan kepada Etul.Dia pun tersengih-sengih sebelum berlalu.Tiz awal-awal lagi sudah tak nampak batang hidung.Memang begitulah lumrah pelajar asrama yang mempunyai adik angkat.Tak boleh berpisah.
"Assalamualikum."satu suara memberi salam.
"Waalaikumussalam."mereka menjawab serentak.Kelihatan Ji masuk ke dalam dorm sambil membawa bungkusan.
"Aih,dah pukul 10 baru nak nampak batang hidung.Pergi mana?"sindir Aiza.Ji hanya tersengih-sengih.
"Ni,cikgu Isma bagi nasi goreng dengan tomyam.Korang makanlah.Nasib baik ramai dah tido.Ada pun 3 bungkus je.Share la ye.Aku nak pergi mandi jap."Ji menghulurkan bungkusan makanan sebelum berlalu pergi.Mereka memandang sesama sendiri.Makanan....
Dengan pantasnya mereka membuka polystrine yang mengandungi nasi goreng itu.
"Apalagi,jom la melantak.Rezeki nih."kata Afi sambil menggosokkan kedua belah tangannya tanda tidak sabar.Mereka dengan lahapnya melantak nasi goreng itu tanpa meninggalkan walau sebutir nasi.Lapar la katakan.

----------------------------------------------------------------------------
April 2009.......

"Kamu semua kena menang game ni.Faham?"soal cikgu Magen selaku penasihat kelab bola tampar.Mereka semua menganggukkan kepala.Begitu juga Azita,Tiz dan Ji.Hanya mereka pelajar form 5 yang menyertai kelab ini.Kebanyakan pelajar yang lain menyertai kelab yang lain.Kononnya tak pandai mainlah.Kelab bola jaringlah yang majoritinya disertai oleh pelajar.Maklumlah pelajar perempuanlah katakan.Bagi pelajar yang kurang active dalam bidang sukan pula akan menyertai kelab pantaque.Alah kalau setakat golek bola standard 1 pun boleh.Iya tak.Jangan marah ye budak pantaque....
Game pertama bermula.Nampaknya nasib menyebelahi pasukan SMK Tengku Tun.Mereka memenanggi perlawanan ini straigt set.Aik,macam men badminton plak.Hehehe..
Bukan main gembira Azita dan Tiz.Misi mereka adalah untuk menang dalam semua game untuk tahun ini.Tahun lepas mereka telah memenangi semua game namun pasukan mereka telah disingkirkan dari pertandingan kerana telah memasukkan pemain di bawah 15.Memang frust giler.Ni semua cikgu Magen punya pasal.Aih,tak baik salahkan orang lain.Iya tak?
Nak buat macam mana.Tak ada rezeki.Mereka pulang dengan kekecewaan.Namun begitu tahun ini mereka datang kembali membawa satu harapan.Mereka ingin memenangi kembali pertandingan ini.
"Lepas ni game yang kedua.Kita kan menentang SMK Gurun.Macam yang korang tahu sekolah tu memang kuat so main betul-betul.Ok."pesan Tiz selaku kapten pasukan.Yang lainnya hanya menganggukkan kepala tanda faham.Semangat mereka berkobar-kobar untuk main.
"Alamak court depan khemah plak."Azita mengeluh.
"Alah,apa salahnya jadi tontonan.Famous sikit."kata Tiz sambil ketawa.
"Famous kepala kau.Tangan aku ni menggeletar dah nih.Kang bola tu tak lepas net sudah."Azita memandang sekeliling.Khemah itu memang menjadi tumpuan.Tambahan pula di situ adalah tempat urus setia.
"Woi,sawa bersabar.Kau jangan.Rugi kang.Baca doa bebanyak.Kau jangan lupa target kita."Tiz menggosak belakang badan Azita agar dapat menghilangkan rasa gemuruhnya.Azita menarik nafas.
"Huh,ok dah.Hei,apa pasal la aku hari ni.Gabra lain macam.Mana si Ji?Oi,Ji kau buat apa tu?"jerit Azita.Ji memandang mereka berdua sambil tersenyum.
"Cikgu Izzati mana ar?Gi makan kot."Tiz menggaru kepala.Dia tanya dia jawab.Apa deh.
"Woi,kamu tunggu apa lagi tu.Game dah nak mula nih."jerit cikgu Magen.Tiz,Azita dan Ji segera berlari ke arah pasukan mereka yang sudah siap sedia untuk bertempur.
Namun begitu pasukan dari SMK Gurun amat sukar ditumpaskan.Mereka kalah walaupun sudah mencuba sedaya upaya.
"Wua.....aku sedih.Kita kalah."Azita menggelengkan kepala.
"Sabar-sabar.Tak da rezeki kita."
"Lepas ni ada 1 game lagi dengan KJ.Yang ni kena main betul-betul.Kalau kalah kita kena balik terus."ujar Azita.Ji pula asyik memandang kiri dan kanan seolah-olah mencari seseorang.
"Kau cari sape Ji?"soal Azita.Rimas dia tengok si Ji asyik memandang sana sini.Macam kucing hilang anak.
Ji hanya menggelengkan kepala.

--------------------------------------------------------------------------------
"Sedih giler aku.Dah la tahun last kita main.Sakit hati giler.Ji bola pun dia bagi keluar.Geram aku."Azita meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Nak buat macam mana wei.Dah tak da rezeki kita.Tapi aku pun geram juga.Bola tu dah elok-elok dia dia bagi keluar.Pastu boleh dok sengih-sengih pulak tu."Tiz juga meluahkan rasa tidak puas hatinya.Azita ketawa.
"Apa pasal kau gelak?"soal Tiz hairan.Tiba-tiba je minah ni gelak.Kena sampuk agaknya.
"Ingat aku sorang je yang tak puas hati."Azita menyambung ketawanya.
"Banyakla kau.Aku pun manusia juga.Ni mana dia pergi ni?Batang hidung tak nampak.Asyik-asyik hilang jer."hairan juga dia kerana setiap petang mesti si Ji akan hilang.
"Aku rasa dia pergi jumpa cikgu Isma."Azita cuba membuat telahan.
"Buat apanya?"Tiz mengerutkan dahi.
Tiba-tiba Aiza dan Alma menyertai mereka.
"Macam mana?"soal Alma.Azita mengangkat ibu jarinya lalu diterbalikkan.
"Tak apa.Tak da rezeki la tu.Kompang da lagi nih.Yang tu kita kena rampas balik kejuaraan kita."ujar Alma bersemangat.Mereka hanya menganggukkan kepala.
"Oi,nak tanya.Mana si Ji ni?Dari kami balik tadi aku tak nampak dia."Aiza dan  Alma berpandangan sesama sendiri.
"Korang tak tahu ke?"Tiz dan Azita mengerutkan dahi.
"Tahu apa pulak ni?Jangan la dok buat saspen."kata Azita.Hatinya berdebar-debar.
"Pasal Ji."
"Iyalah pasal Ji kenapa?"kata Azita tidak sabar.
"Dia pergi jumpa cikgu Isma."
"Ceh,wat terkejut aku."Azita mengurut dadanya.
"Eh,kau dah tahu ke?"soal Aiza.
"Aku ada dengar khabar angin je la.Tapi diorang tu ada apa-apa ke?"Azita memandang Aiza dan Alma.
"What do you mean by that?Diorang tu ada apa-apa ke?"Tiz memandang Azita meminta penjelasan.Azita hanya ketawa.
"Tak de la.Aku tengok semenjak balik dari gerkorama lagi.Cikgu Isma tu aku tengok baik semacam jer.Bagi kita macam-macam.Eh,hari tu masa gerko dengar kata si Etul mengamuk.Apa pasal?Aku tak sempat nak dengar hari tu."
"Alma sila cerita kat cik Azita ni."Aiza memandang Alma.
"Eh,aku pula."Aiza membulatkan matanya.
"Oklah.Etul bengang la kan dia pergi situ dengan cikgu Isma tiba-tiba balik dengan bas.Sebenarnya yang membuatkan dia bengang bukan sebab tu tapi kan cikgu Isma kata dia nak bawa balik barang kereta dia tak muat.Tiba-tiba si Ji balik dengan dia.Tu yang dia hangin tu"jelas Alma panjang lebar.Azita terlopong mendengar cerita Alma.
"Oh,jadi betul la ye yang si Ji tu balik dengan cikgu."soal Azita.
"Kau ni....malam tu kan dia bagi kita nasi goreng."Azita menepuk dahi.
"Aku lupa la."Azita tersengih.
"Kau ni kepala betul la."
"Lepas ni nak practese kompang pula erk.Kali ni kena bagi yang koww punya dekat teknik."ujar Alma.Tahun lepas mereka telah tewas kepada pasukan kompang dari Sekolah Teknik.Memang frust sebab tak dapat nak mempertahankan kejuaraan mereka.Bukan tumpas sebenarnya.Tapi disqualify lebih senang.Sebab mengeluarkan suara.Tak aci betul sebab pihak pengurusan tak memberi taklimat sebelum pertandingan di jalankan.
"Kau ni tak habis-habis dengan kompang."Tiz hanya menggelengkan kepala.
"Besalah.Semangat kompang."laung Alma.Mereka semua ketawa.

-----------------------------------------------------------------------------------
Mei 2009......

"Mana Ji?"tanya cikgu Zul yang merupakan jurulatih kompang merangkap guru muzik.Kalau bukan guru muzik yang mengajar siapa lagi.Iya tak?
"Dia demam cikgu.Tak datang-datang lagi."ujar Etul.Cikgu Zul mengeluh.
"Macam mana nih?dah banyak hari dia tak datang practise.Minggu depan dah nak bertanding.Kalau macam ni baik ambil orang lain."ujar cikgu Zul.Hah,dah datang angin dia.
"Sabar cikgu.Orang tu tak sihat tu."
"Iyalah demam tak kanlah sampai seminggu.Nanti tak sempat pula dia nak belajar formasi."kata cikgu Zul dengan nada agak tinggi.Marah la tu.
"Semua boleh bersurai.Esok practise macam biasa."cikgu Zul memberi arahan.
"Aik,awal lagi cikgu."kata Azita.Masil awal untuk berhenti.Selalu pukul 6 petang baru mereka akan berhenti berlatih.Sekarang jam baru menunjukkan 5 petang.Masih ada sejam.
"Cikgu ada kelas.Kalau kamu nak practise pun tak apa.Kamu bincang la macam mana nak buat."ujar cikgu Zul sebelum berlalu.

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com