*Wadhia membuka kaca matanya.Sakit matanya melihat kertas kerja di atas mejanya.Terdapat lebih kurang enam artikel yang perlu disemak sebelum dihantar kepada Encik Ismail.Kalau sedikit salahnya tak mengapalah jugak tapi…..“Ya Allah,banyaknya salah.Apa agaknya yang budak ni fikir sampai banyak macam salahnya.”Wadhia terasa mahu mengoyak kertas-kertas yang berada di atas mejanya.Tapi apakan daya.Dah memang kerjanya untuk menyemak semula artikel-artikel ini.Kalau tidak dia juga yang kena marah dengan Encik Ismail.Bukannya dia tidak tahu perangai Encik Ismail.Ketuanya itu amat memntingkan kesempurnaan.Pantang ada salah sedikit pasti diamuknya nanti.
Laptop dibuka.Setelah internet disambung menggunakan broadband dia membuka email.Takut juga jika ada artikel yang baru masuk.Namun tiada email dari pejabat untuknya.Namun email dari anacute@yahoo.com menarik perhatiannya.Wadhia lantas membuka email tersebut.
Salam……
Kak Dhia apa kabar?Dah lama kakak tak balik kampung.Mak pun Asyik tanya Ana bila akak nak balik.Kakak tahu Abg Man kat hujung kampung tu dah kahwin……hahaha…lawakkan…dulu kita suka sakat dia cakap tak ada sape nak dengan dia…akhirnya kahwin jugak dia…..lagi satu…sebenarnya mak memang nak sangat akak balik kampung hujung minggu ni.Mak cakap ada hal yang mak nak bincang dengan akak.Penting.Oklah akak.Mak dah panggil tu.Nak kena tolong mak.Akak take care taw….Salam satu Malaysia….
Wadhia ketawa sendirian setelah email dari adiknya itu dibaca.Ana…..Ana….Tak habis-habis dengan lawak antarabangsanya itu.Dah lebih kurang empat bulan dia tidak pulang ke kampungnya.Sampai Abang Man hujung kampung tu dah berkahwin pun dia tak tahu.Nasib baik ada si Ana penyampai berita.Kalau tidak memang tak diketahuinya la sampai bila-bila.Bukannya dia tidak mahu pulang.Cuma masa yang tidak mengizinkan.Maklumlah.Tugasnya sebagai ketua editor memang menghadkan masanya untuk pulang ke kampung.Namun begitu emak dan ayah di kampung masih tidak dilupakan.Duit tetap dihantar setiap bulan.Jika ada masa pasti ditelefon emaknya untuk melepaskan rindu.Arg,rindunya dekat kampung.Tiba-tiba lagu Leave berkumandang dari telefon bimbitnya.Nampaknya da panggilan masuk.Dia mencapai handphone yang diletak di atas katil.Mak….Panjang umur.
“Assalamualaikum mak.”salam diberi setelah punat hijau ditekan.
“Waalaikumussalam.Dhia sihat?Dah lama tak telefon mak.”kata emaknya.
“Sihat mak.Mak apa kabar?Ayah sihat?”
“Sihat Alhamdulillah.Dhia bila nak balik?Dah lama Dhia tak balik sini.”Wadhia mengeluh.
“Bukan Dhia tak nak balik mak.Cuma kerja Dhia tak mengizinkan Dhia balik lagi mak.”ujar Wadia.Memang kerjanya semakin bertambah dua tiga hari ini.
“Kerja tu kerja la jugak Dhia kesihatan kena jaga sama.”Wadhia hanya mengangguk meski pun tidak dapat dilihat emaknya.
“Iyalah mak.”
“Emak telefon ni pun nak suruh kamu balik minggu depan.Ada hal mak nak bincang dengan kamu.”kata-kata emaknya mengingatkan wadhia tentang email yang dihantar adiknya.
“Aa….Ana ada hantar email dekat Dhia.Cakap mak suruh balik.kenapa mak?Apa yang penting sangat tu?”tanya Wadhia.
“Mak tak boleh nak cerita dalam telefon Dhia.Benda ni memang penting sangat.Kena bincang dengan ayah sekali.”kata emaknya.Wadhia mengeluh sekali lagi.
“Bukan apa mak.Takut Dhia tak dapat balik.”Wadhia cuba member alas an.
“Jangan macam tu Dhia.Nanti ayah kamu marah pula.Bukan kamu tak tahu ayah kamu tu macam mana.”emaknya cuba memujuk.arg,kalau sudah naik nama ayahnya sudah susah untuk mengelak.
“InsyaAllah mak.Nanti Dhia cuba mintak cuti hujung minggu ni.Tapi Dhia tak janji.Takut tak dapat nanti susah pula.”
“Iyalah.Tak apalah kalau macam tu.Ayah kamu dah balik tu dari masjid tu.Mak nak kena hidangkan makanan dekat dia.Jangan lupa mintak cuti.Assalamualaikum.”
“InsyaAllah.Waalaikumussalam.”Wadhia menghempaskan diri ke atas tilam.Arg,penatnya.Kena minta cuti pula.Agak-agaknya Encik Ismail akan benarkan ataupun tidak.Arg,malasnya nak fikir.Dia pantas bangun dari baringannya apabila teringatkan kerja yang masih terbengkalai.
*“Eh,Dhia kau buat apa hujung minggu ni?”soal Siti tiba-tiba.Wadhia memandang Siti dengan pandangan pelik. “Aik,apasal kau tanya?”Siti hanya tersengih.
“Saja la.Kalau kau tak ada apa-apa program jom la kita keluar pergi mana.”ajak Siti.Wadhia mneggaru kepala yang tidak gatal. “Eh,tak boleh la.Aku kena balik kampung minggu.Mak aku suruh.”kata Wadhia sambil memandang wajah Siti.
“Erm,kalau macam tu tak apalah.Eh,tiba-tiba jer kena balik.Ada apa-apa ke?”tanya Siti sambil tersengih seperti kerang busuk.Sekali lagi wajah Siti dipandang pelik. “Apanya?Tak faham?”Wadhia mengerutkan dahi. “Eleh,kura-kura dalam perahu.Entah-entah balik nak kahwin.”kata Siti sambil ketawa.
“Eh.gila ke apa kau ni?Kena sampuk?Kahwin apanya.Mak aku rindu dengan aku.Sebab tu suruh aku baluk.”Wadhia mencubit Siti yang masih ketawa. “Adui,sakit la nenek.Manalah tahu.Kot-kot balik nak kahwin.”Siti meneruskan tawanya.
“Ya Allah gila la kau ni.Eh,dah la.Malas nak cakap dengan kau.Encik Ismail ada tak kat dalam bilik dia?”tanya Wadhia sambil memandang ke arah bilik Encik Ismail yang tertutup. “Ada rasanya.Tak silap aku dia baru balik dari Syarikat Intro.”
“Bagusla kalau macam tu.Aku pun nak minta cuti ni.”Wadhia bangun dari kerusi yang didudukinya.Dia terus bergerak ke Encik Ismail yang terletak di hujung pejabat. “Dhia,jangan lupa panggil aku bila nak kahwin”kata Siti sambil tergelak kecil.Wadhia tapak tangannya sambil tersengih.Talk to my hand.
Tok…tok…tok…Pintu bilik Encik Ismail diketuk. “Masuk.”Bismillah.Wadhia menarik nafas sebelum membuka pintu.Macam nak pergi interview jer.Encik Ismail yang tekun menghadap computer mengalih pandangannya. “Oh,Wadhia.Sila duduk.”
Wadhia hanya tersenyum sambil menarik kerusi di hadapan meja lalu duduk. “Ada apa yang saya boleh bantu?”soal Encik Ismail. “Saya nak minta cuti hari Khamis ini Encik Ismail.Saya kena pulang ke kampung.”kata Wadhia sambil menyerahkan boring cuti.
“Cuti?”Encik Ismail mengerutkan dahi.Dia kemudian memandang Wadhia .
“Artikel hari tu awak dah siap semak?lagipun dateline dah hamper.”soal Encik Ismail.
“Dah encik.Semua saya dah siapkan.Nanti saya serahkan kepada Siti dan dia akan menyerahkan semua artikel pada encik.”kata Wadhia sambil tersenyum.Haila,aku nak minta cuti dia tanya aku pasal artikel pula.
“Kalau macam tu baiklah.Cuti awak diluluskan.”Encik Ismail menandatangan borang cuti tersebut.Wadhia tersenyum lega.Nasib baik dapat.
“Jangan lupa artikel.”pesan Encik Ismail sambil menyerahkan boring tersebut kembali kepada Wadhia.
“Ya.Terima kasih Encik Ismail.Saya keluar dulu.”kata Wadhia sambil bangun dari kerusi yang didudukinya lalu keluar.Siti yang melihat memberi isyarat tangan bertanya.Wadhia hanya mengangkat borang tersebut sambil tersenyum.Dia kembali ke mejanya lalu menyambung kerja yang masih belum siap.
*“Dhia ayah dengan mak ada benda sikit nak cakap dengan kau.”kata ayahnya pada suatu malam yang hening.Wadhia hanya mengerutkan dahi.Ish,serius semcam jer muka orang tua ni. “Ada apa ayah,mak?Bunyi macam serius jer.”Wadhia memandang wajah emaknya yang duduk tidak jauh dari ayahnya.Encik Wafi menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kata. “Ayah dengan mak nak minta maaf dahulu kalau apa yang kami sampaikan ni akan lukakan hati kamu.”Encik Wafi memulakan bicara.Wadhia mengangkat kening tanda tidak faham.Puan Rosiah hanya mendiamkan diri.Membiarkan suaminya yang menyampaikan.
“Ayah jangan la wat saspen.”kata Wadhia sambil ketawa kecil.Cuba menenangkan hatinya.Macam ada something wrong jer ni.Encik Wafi memandang wajah Puan Rosiah yang hanya menganggukkan kepala. “Dhia umur kamu pun dah nak masuk 26 tahun.Lagipun kamu anak sulung dalam keluarga ni.”Wadhia hanya menganggukkan kepala kemudiannya menundukkan kepala. “Sebenarnya ada kawan ayah nak meminang kamu untuk anaknya.”Wadhia mengangkatkan kepalanya.Dia sangat terkejut dengan apa yang disamapaikan oleh bapanya. “Apa?Kawan ayah nak meminang Dhai untuk dirinya?”
“Bukan….untuk anak dia.”Puan Rosiah memperbetulkan.Wadhia menghembuskan nafas.Namun begitu dia kembali memandang wajah ayahnya. “Anak dia?”Wadhia meminta kepastian.Encik Wafi dan Puan Rosiah hanya menganggukkan kepala. “Tapi dia baru nak meminangkan?”tanya Wadhia.Namun begitu gelengan kedua ibu bapanya memusykilkannya. “Maafkan kami Wadhia.Kami dah terima pinangan tu?”sekali lagi kejutan diterimanya.Mak dan ayah dah terima pinangan tu?Arg,tidak.
“Mak…ayah..kenapa tak bincang dengan Dhia dulu.Benda ni bukan main-main mak…ayah….Ni semua masa depan Dhia.”kata Wadhia sambil memandang kedua wajah ayah dan emaknya bersilih ganti.
“Kami tak mampu nak tolak Dhia.Dato’ Johan dan isterinya beria-ria nak bermenantukan kamu.Lagipun dia nak membalas budi ayah yang dah tolong dia hari tu.”kata Encik Wafi.Dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa apabila Dato’ Johan begitu mengharap.Tidak sampai pula hatinya untuk menolak.Lagipun Dato’ Johan itu baik orangnya.
“Tapi mak….ayah….Dhia tak kenal siapa pun anak dia tu.Tak kan Dhia nak terus kahwin dengan dia?Dhia tak kenal hati budinya macam mana.Tak kan sewenang-wenangnya Dhia nak menyerahkan hidup Dhia.”Wadhia cuba member alas an.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya.
“Jangan buat macam ni Dhia.Kalau betul Dhia sayangkan mak dan ayah,tolonglah terima pinangan dengan rela.”kata emaknya sayu.Arg,ni yang yang susah ni.Bila mak dah buat ayat sedih.Apa lagi yang boleh aku katakana.Wadhia mengeluh.Dia kembali memandang wajah kedua emak dan ayah yang amat disayanginya.Siapalah dia mempertikaikan kasih sayang yang telah diberikan oleh kedua emak dan ayahnya.Dia tidak mampu untuk menolak permintaan mereka.
“Kalau dah macam tu kata mak dan ayah,apa lagi yang boleh Dhia katakana.”Ya Allah tabahkanlah hatiku.Rintih Wadhia dalam hati.Apa lagi yang boleh dia katakan.Semuanya telah ditentukan.
*Hari yang dinantikan pun tiba.Arg,kenapa hatiku terasa berat sekali hari ni?Wadhia kelihatan gelisah.Meskipun hanya beberapa minit sahaja lagi dia akan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan emak dan ayahnya
“Hai,bakal pengantin.Kenapa muka macam ayam berak kapur jer ni?”soal satu suara mematikan lamunannya.Wadhia mengangkat wajahnya.Dia kemudian tersenyum.Kelat. “Tak adalah.Ada-ada saja kau ni Siti.”Siti hanya ketawa kecil. “Jadi betulkan kata aku.Masa kau balik cuti tu kau nak kahwin.Memang tepat sekalikan ramalan akukan.”aku hanya mengeluh.Erm,betul sangat lah tu Cik Siti oii….Kena kahwin paksa.Eh,terpaksa ke aku?Entah la.
“Hoi,kita dok bercakap dengan dia…..boleh dok mengelamun.Teringatkan cik abang ke?”sekali lagi suara Siti mencantas lamunan Wadhia. “Cik Siti oi…..untuk pengetahuan awak aku tak pernah jumpa pun lagi bakal husband aku tu.Semua ni pun parents aku yang uruskan.Aku dok melenggang jer.”Siti kelihatan tergamam dengan kata-kata Wadhia.
“Jadi kau kahwin ni pun atas pilihan keluarga la?”soal Siti meminta kepastian.wadhia hanya mampu menganggukkan kepala. “Iyala.Aku tak sampai hati nak tolak perminta mak dengan ayah.Apalah sangat pengorbanan aku berbanding dengan pengorbanan mereka.”suara Wadhia kedenganran sayu.Siti duduk di birai katil.
“Semua ni ada hikmahnya Dhia.Aku rasa pilihan mak dengan ayah kau mungkin yang terbaik.Lagipun pilihan ibu bapa ni selalunya lebih berkat.”Siti cuba memujuk Wadhia.Iyalah,siapalah yang mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali malah melihatnya pun tidak.
Wadhia hanya mengangguk lemah.IsyaAllah.Dia pun berharap perkahwinan ini diredhai.
“Pengantin perempuan diminta keluar.Sekejap lagi akad nikah akan berlangsung.”kata salah seorang wanita separuh umur yang tiba-tiba terjengul dari pintu bilik.Wadhia mengangguk.
“Jom kita keluar Dhia.Tenangkan diri.Tarik nafas….hembus……tarik....huh…..Lega sikitkan.”aku hanya mengikut apa yang disuruh.Ya sedikit lega rasanya.Genggaman Siti menanbahkan siti keyakinan dalam diri.Setelah memperbetulkan tudung dan selendang Wadhia memulakan langkah dengan lafas Bismillah.
Wadhia hanya menundukkan kepala lantas duduk di tempat yang disediakan. “Wah,hendsomenya bakal hubby kau.”bisik Siti tiba-tiba.Namun begitu Wadhia masih tidak mampu menganggkat wajahnya.Hatinya resah memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikulnya setelah berkahwin.
“Aku terima nikahnya Nur Wadhia binti Wafi dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.”dengan satu lafaz Nur Wadhia binti Wafi kini sah menjadi isteri kepada Kasyaf Irshad bin Dato’ Johan.Ya Allh….Tabahkanlah hatiku.Setitik air mata mengalir.Kini dia sah menjadi isteri orang.Lelaki yang tidak dikenalinya.
“Dhia,dia nak sarungkan cincin kat kau tu.”Wadhia tersentak.Dia hanya menganggukkan kepala.Disaat suaminya menyarungkan cincin hatinya tidak keruan.Setelah menyalami tangan suaminya dia mengangkat muka.Untuk melihat siapakah gerangan Kasyaf Irsyad yang telah menjadi suaminya.Wadhia kelihatan terpana.Mak ai….betul cakap Siti.Memang handsome.Kulit putih licin.Tak payah pakai pencuci.Dengan lesung pipit dikedua belah pipinya menambahkan kekacakkannya ketika senyum.Betul ke ni suami aku.Tiba-tiba terasa dahinya dikucup.Jantungnya seperti berhenti berdenyut.
“Hai,cik abang dah kat depan mata pun mengelamun lagi.”sergah Siti.Wadhia tersipu malu.Kasyaf hanya tersenyum simpul. “Baiklah lepas ni sesi bergambar pula.Pengantin diminta masuk ke dalam bilik untuk buat persediaan.Tangkapan gambar pengantin dahulu sebelum dengan yang lain.”arah seorang lelaki yang memengang sebuah kemera.Mungkin jurugambar yang telah diupah untuk mengambil gambar mereka.
“Jom.”Kasyaf menghulurkan tangan. “Amboi romantiknya cik abang.”usik Siti.Mereka yang berada di sekelilinh hanya tersenyum.Wadhia yang kelihatan malu-malu kucing hanya menyambut hulurun tersebut tanpa bantahan.Mereka berlalu ke bilik pengantin yang terhias indah.
“Maafkan saya.Perkahwinan kita ini hanya sekadar untuk menyedapkan hati kedua-dua ibu bapa kita.Tak lebih dari itu.Lagipun saya pasti Wadhia juga tentu mempunyai seseorang yang istimewa di hati.Begitu juga saya.Harap Wadhia faham.”kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Kasyaf menghancurkan hati Wadhia.Dia tidak menyangka akan menjadi seperti ini.Namun apa yang boleh dia lakukan.
Wadhia hanya menganggukkan kepala.”Betul.Saya pun sama seperti awak.”Wadhia hannya mampu mengiyakan percakapan Kasyaf yang tersenyum lega.
Semenjak itu,mereka hanya bertegur sapa hanya jika perlu.Jika di hadapan orang tua mereka akan berlakon sebaik mungkin agar rahsia di antara mereka tidak terbongkar.Umpama merekalah pasangan yang paling bahagia.
Wadhia merintih sendirian.Hatinya terseksa dengan tingkah laku suaminya yang seolah-olah menidakkan kewujudannya.Malahan semenjak mereka berpindah ke rumah sendiri jarang mereka dapat bersua muka.Tidur pun di bilik yang berlainan.Kasyaf pula tidak tentu waktu kerjanya.Kada-kadang hingga ke tengah malam baru nampak mukanya.Itupun terus masuk ke biliknya.
Sehinggalah suatu hari….
“Eh,Dhia tu bukan ke hubby kau?Apa dia buat dekat sini?Dengan pompuan pula tu.”soal Siti tiba-tiba sewaktu mereka mencari barang di Quensbay.Wadhia melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Siti.Benar.Kasyaf dengan seorang wanita.Cantik dan agak seksi. “Client dia or kawan dia kot.”kata Wadhia cuba mententeramkan hati.Mungkin inilah gadis yang dicintai suaminya.
“Kawan ke client apanya macam tu.Makan pun nak kena bersuap.”
“Entahla…”Wadhia hanya mampu mengeluh.
“What do you means by entahlah?Tu suami kau la.Bukannya adik atau abang kau.”kata Siti tegas.Ya dia suamiku.Tapi hanya di dalam kertas Siti.
“Dah la Siti.Jom kita pergi cari benda tu nanti lambat pula kita balik office.Tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Ismail.”Wadhia segera menarik tangan Siti agar beredar dari situ.Dia beras malu dengan Siti.Seumpama dia tidak pandai menjaga suaminya sendiri.
“Dhia kau kalau ada masalah citer la kat aku.Aku sebagai kawan kau sudi dengar segala masalah kau.”kata Siti perlahan.Wadhia hanya mengangguk lemah sambil tersenyum.
Di rumah…….
“Boleh saya cakap sikit dengan awak?”tanya Wadhia kepada Kasyaf yang ketika itu sedang menonton.Kasyaf hanya memandang Wadhia dengan pandangan kosong.
“Cakap apa?”
“Tak ada erti langsungkah perkahwinan ini pada awak?”
“Apa maksud awak ni?”soal Kasyaf terpinga-pinga.
“Kenapa awak terima perkahwinan ni kalau awak dah ada orang lain?”
“Kenapa awak tanya?”Kasyaf kembali menumpukan perhatian ke arah skrin.
“Saya nampak awak dengan dia petang tadi.Kenapa perlu awak korbankan diri awak kalau awak dah ada orang lain.Kasihan dia.Dia tahukah yang awak dah kahwin?”anggukkan Kasyaf membuatkan Wadhia terkedu.
“Habis tu kenapa dia masih keluar dengan awak?”soal Wadhia tidak puas hati.Dia tidak tahu kenapa dia begitu berani untuk bertanya kepada Kasyaf tentang wanita itu pada mala mini.Hatinya sakit.Dia tidak tahu kenapa.Yang pasti dia begitu terluka dengan perbuatan Kasyaf yang tidak menjaga perasaannya.Dia tidak kisah jikalau Kasyaf tidak mahu bertegur sapa dengannya tetapi dia tidak mahu Kasyaf berhubungan dengan orang lain sedangkan dia kini sudah beristeri.
Kasyaf hanya ketawa mendengar pertanyaan Wadhia.
“Kenapa?Awak marah?Atau awak cemburu sebenarnya?”kata-kata Kasyaf yang sinis itu menyentap hati Wadhia.
“Hei,bukankah awak juga sudah mempunyai orang lain.Kenapa perlu cemburu.Bukankah dari awal perkahwinan lagi kita sudah setujui tentang hal ini?Mengapa sekarang awak perlu ungkit?Ataupun awak sudah jatuh cinta dengan saya?”sambung Kasyaf dengan senyuman sinis.Wadhia terkedu.Jatuh cinta?
Wadhia menggelengkan kepala. “Bukan.Saya tak pernah jatuh cinta pada awak.Tolonglah jangan nak perasan.”nafi Wadhia.
“Saya cuma tidak mahu orang lain salah anggap dan cakap yang saya ni tak pandai jaga suami sedangkan saya memang umpama tak bersuami.”Wadhia terus berpaling untuk berlalu.Kasyaf hanya ketawa.
“Kalau macam tu saya jumpa dia di hotel terus la.Kan senang.Tak ada orang nampak.”kata Kasyaf sebelum meneruskan tawanya.
Wadhia yang baru hendak membuka langkah terhenti.
“Kalau rasa pahala tu dah cukup buatlah.”kata Wadhia sebelum mengorak langkah.Hatinya begitu sakit dengan kata-kata Kasyaf.Arg,peduli apa aku.
Sementara itu Kasyaf yang mendengar kata-kata Wadhia hanya tersenyum kecil.Selama ini tiada siapa yang berani menegurnya sebegitu kecuali papa dan mamanya.Hanya Wadhia yang berani membuka mulut menegurnya.
Bukan dia tidak tahu rancangan papa dan mamanya untuk mengahwinkan mereka berdua hanya kerana untuk memisahkan dia dan Julia.Mama dan papa tidak berkenan dengan pilihan hatinya.Malahan papanya mengugut untuk tidak memberikannya walau sesen pun kepadanya jika dia tidak berkahwin dengan Wadhia.Jadi perkahwinan ini hanyalah salah satu syarat untuk dia mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh papanya.
Telefon yang dipegangnya terjatuh.Wadhia terduduk.Kasyaf kemalangan.Air matanya bergenang.
“Hei,Dhia kenapa ni?”tanya Siti sewaktu melalui meja Wadhia tadi.
“Kasyaf Siti….Kasyaf…..”air matanya tidak mampu ditahan lagi.
“Kenapa dengan dia?”
“Dia kemalangan.”hanya itu jawapan yang mampu diberikan.
“Hah,kemalangan?”anggukkan Wadhia mengesahkannya lagi.
“Siti aku nak pergi ke hospiotal sekarang.Kau tolong cakap dekat Encik Ismail yang aku ambil emergency leave hari ni.”kata Wadhia tergesa-gesa.Selepas mengambil beg tangan dia pantas pergi.Dia harus segera pergi ke hospital.
Setelah sampai di hospital Wadhia segera ke wad kecemasan.
“Cik,ada tak pesakit bernama kasyaf Irshad yang baru dimasukkan ke sini?”tanya Wadhia kepada seorang jururawat di kaunter pertanyaan.
“Sebentar ya cik.”jururawat tersebut terus menyemak di komputer.
“Ada cik.Sebelum tu boleh saya tahu cik ni siapa?”
“Saya isteri dia.”jururawat itu kelihatan terkedu.Mungkin terkejut.
“Oh,maafkan saya puan.Sekarang ni Encik Kasyaf sedang berada di dalam bilik pemedahan.Dari tadi kami menunggu warisnya untuk menandatangani boring pemedahan kerana tanpa izin waris kami tak boleh melakukan pemedahan.Puan perlu tunggu sebentar sebab saya kena panggil doctor yang bertugas.”terang jururawat muda itu.Dia segera menelefon seseorang.Wadhia yang menunggu kelihatan resah.
Tiba-tiba datang seorang lelaki memakai kot putih menghampirinya.Doktor mungkin.
“Puan ni isteri kepada Encik Kasyaf ke?”soal lelaki itu.Wadhia hanya menganggukkan kepala.
“Saya Ikmal.Doktor yang bertugas.Puan perlu menandatangani borang ini kerana kami perlu melakukan pemedahan ke atas encik Kasyaf.”kata doktor tersebut.Wadhia hanya mampu mengangguk.Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.Setelah menandatangani borang tersebut dia terus bergerak menunggu di hadapan bilik pemedahan.Sebelum terlupa dia segera menelefon keluarga mertua dana keluarganya.
“Ya Allah selamatkanlah suamiku.”Wadhia hanya mampu berdoa
*“Makanlah sikit.Nanti tak ada tenaga.”kata Wadhia sambil menghulurkan sudu yang berisi bubur nasi.Tiga minggu sudah berlalu.Setelah seminggu koma Kasyaf mulai sedar.Namun begitu hingga hari ini dia masih tidak banyak bercakap.Hanya bila perlu sahaja baru suaranya akan berbunyi.Sepanjang berada di hospital tidak ada pula teman wanitanya dating melawat.
“Kasyaf.”Wadhia mengeluh.Susah betul nak jaga orang yang dah besar ni.Degil mengalahkan budak-budak.Baik bagi makan budak-budak lagi senang.Wadhia meletakkan kembali sudu di dalam mangkuk yang berisi bubur.
“Lepas ni awak kena ke bilik fisiosterapi.Awak kena berlatih berjalan.”kata Wadhia perlahan.Kasyaf masih membisu.Teringat kembali selepas dua hari dia mulai sedar.
“Saya nak ke tandas.”kata Kasyaf.Sewaktu itu Wadhia sedang membaca majalah.Dia segera menutup majalah.
“Mari saya tolong.”Wadhia mencapai tangan Kasyaf.Namun ditolak.Wadhia tersentak.
“Saya boleh pergi sendiri.”Kasyaf cuba bergerak sendiri.Namun…..
“Kenapa kaki saya tak boleh bergerak?”Kasyaf memandang Wadhia meminta penjelasan.Dia cuba turun dari katil.Namun dia terjatuh.
“Kasyaf.”Wadhia mendapatkan Kasyaf yang terjelopak di atas lantai.
“Kenapa…Kenapa kaki saya tak boleh bergerak…kenapa?”jerit Kasyaf.Wadhia yang melihat tidak dapat menahan sedih di hati.
“Kasyaf…banyakkan bersabar.Awak cuma lumpuh sementara.”kata Wadhia.Kasyaf yang mendengar tersentak.
“Lumpuh?”wajahnya kelihatan begitu terkejut.
“Tak mungkin…..tak mungkin…….”Kasyaf menjerit sekuat hati.Wadhia yang melihat berasa sebak.Apakan daya.Benda dah nak jadi.
“Kasyaf awak kena banyakkan bersabar.Semua yang terjadi ni ada hikmahnya.”Wadhia cuba memujuk.Kasyaf menggelengkan kepala.Dia tidak dapat menerima hakikat tersebut.
“Saya nak minum.”suara Kasyaf mematikan lamunannya.Wadhia menuang air ke dalam cawan lalu menghulurkan kepada Kasyaf.
“Lepas ni kita pergi ke bilik fisioterapi ya.Awak kena berlatih berjalan.”kata Wadhia.Kasyaf hanya mendiamkan diri.Tiba-tiba pintu bilik dibuka.Kelihatan seorang wanita masuk.Agak cantik dan seksi.Wadhia seperti pernah melihat wanita itu.Dia kemudian memandang Kasyaf yang kelihatan terkejut.
“Anita.”Kasyaf memanggil wanita tersebut.Dia kemudian tersenyum.
Wadhia kemudian teringatkan peristiwa di Queensbay.Wanita itulah yang dilihat bersama-sama Kasyaf.
“Saya keluar dulu.”kata Wadhia mengundur diri.Dia tidak mahu melihat kemesraan mereka.Hatinya pedih.Wadhia segera keluar dari bilik itu.
“Hai,sayang.How are you?”soal Anita dengan manja.Kasyaf tersenyum.
“OK jer.Mana you pergi?Tak datang lawat I pun.Dah nak dekat sebulan baru nak datang ziarah I.”Anita hanya ketawa kecil.
“Ala,jangan la marah sayang.I kerja la.Macam la you tak tahu yang kerja I sebagai model ni perlu pergi merata-rata.I tak sempat la sayang.”kata Anita memujuk.Kasyaf yang tadinya kelihatan masam kini tersenyum.
“Yang tadi tu wife you ke?Cantik juga ye.”
“Tapi cantik lagi you.”Anita tersipu malu dipuji oleh Kasyaf.
“You bila boleh keluar dari sini?”soal Anita.Kasyaf terdiam.
“Tak tahu la Anita.”Kasyaf memandang ke arah lain.
“Before I masuk tadi I ada dengar yang you ken ke bilik fisioterapi.Kenapa?”Anita memandang Kasyaf meminta jawapan.
“I……sebenarnya….”mulut Kasyaf begitu berat untuk mengungkapkannya.
“Kenapa sayang?Just tell me.”pujuk Anita.
Kasyaf menari nafas.
“I sebenarnya dah lumpuh Anita.Sekarang ni I kena buat rawatan fisioterapi kalau I nak berjalan kembali.Tapi itu pun lima puluh peratus sahaja.”kata Kasyaf.Anita yang mendengar begitu terkejut.
“What you lumpuh?”Kasyaf hanya menganggukkan kepala mengiyakan.
“Tapi you tetap akan bersama I kan sayang.”Kasyaf memandang Anita meminta kepastian.Anita kelihatan serba salah.
“Sayang,I have to go.I ada kerja.Lain kali I datang tengok you lagi ok.”Anita segera meminta diri.Kasyaf kecewa.
Wadhia yang berada di luar hanya memandang Anita yang keluar dengan tergesa-gesa.Nampak sangat materialistik.Waktu senang dan sihat semuanya indah belaka.Dah jadi macam ni baru nak lepas tangan.Wadhia segera masuk ke dalam bilik.Kasyaf kelihatan sedih dan kecewa.
“Dah la.Jom kita pergi sekarang.”kata Wadhia.Namun begitu masih tidak ada tanda-tanda yang Kasyaf mahu bergerak.Wadhia mengeluh.Merajuk dengan kekasih dia buat perangai tak nak pergi buat rawatan pula.
“Kasyaf.Tolonglah.Kalau betul awak nak dengan dia awak kenalah pergi buat rawatan.Biar cepat sembuh.Nanti cepat la awak boleh keluar dengan dia.”Kasyaf memandang Wadhia.Dia tidak menyangka yang Wadhia akan berkata begitu.
Astarfirullahalazim…..aku ke yang kata tadi?Wadhia tidak menyangka yang dia boleh bercakap begitu.
“Boleh kita pergi sekarang?”Wadhia menghulurkan tangannya.Kasyaf yang melihat kesungguhan Wadhia hanya menurut.Ya dia perlu sembuh secepat yang mungkin agar dia boleh bersama Anita semula.
*Semenjak keluar dari hospital hubungan antara Wadhia dan Kasyaf semakin baik.Mereka kelihatan semakin mesra.
“Dhia,hari ni saya nak buat kejutan dengan Anita.”kata Kasyaf riang.Wadhia tersentak.Nampaknya kegembiraan mereka yang lalu akan berakhir.
Wadhia cuba tersenyum.
“Erm,baguslah.Awak nak pergi jumpa dia ke?”tanya Wadhia.Kasyaf menggelengkan kepala.Wadhia mengerutkan dahi.
“Saya perlukan pertolongan awak.Saya nak buat kejutan yang gempak sekali kat dia.”
“Apa yang boleh saya tolong.”amboi,nak suprisekan makwe dia aku pulak yang nak kena tolong.Wadhia mengutuk di dalam hati.Hish,tak baik mengutuk suami sendiri.
“Awak kena la tolong saya.Saya nak awak tolong tolakkan kerusi roda.Buat macam yang saya ni still tak boleh berjalan.Boleh?”tanya Kasyaf.Wadhia mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu dagunya.Seolah-olah berfikir.
“Please……”Kasyaf membuat muka kasihan sambil memegang tangan Wadhia.Arg,ni yang cair ni.Wadhia kemudian menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Yeah…..”Kasyaf bersorak.
“Macam budak-budak.”
“Sayang awak.”Kasyaf memberikan ciuman sebelum berlari keluar rumah.Tidak tahu ke mana perginya.Wadhia pula kelihatan tergaman dengan tindakan Kasyaf yang spontan itu.
Seperti yang dijanjikan mereka pergi ke Tasik Cenderawasih pada petang itu.
“Dah ready ke?”tanya Wadhia kepada Kasyaf yang asyik tersenyum.Tak sabar agaknya nak berjumpa dengan kekasih hatinya.Kasyaf menganggukkan kepala.
“Lepas sampai dekat situ awak tinggalkan kami ok.”kata kasyaf.Wadhia hanya mengangguk.Hatinya begitu sedih.Entah mengapa dia boleh bersetuju dengan rancangan Kasyaf.Padahal perkara itu bakal melukakan hatinya.
Wadhia mula menolak kerusi roda yang diduduki Kasyaf.Setelah lima minit bergerak kelihatan Anita sedang duduk di atas kerusi di bawah sepohon pokok yang agak rendang.Wadhia menolak Kasyaf ke arah wanita tersebut.Anita yang menyedari kehadiran mereka memberikan senyuman.Namun nampak agak tidak ikhlas.seperti senyuman plastik.
“Oklah.I’ll see you at home.”Wadhia meninggalkan Kasyaf dan Anita.Air matanya bergenang.Bagaimana dia sanggup untuk melihat suaminya sendiri pergi dengan wanita lain di hadapannya.Arg,untuk apa ditangasi orang yang tidak pernah suka pada dirinya.Mungkin semua ini ketentuan dari Allah.Sebagai hamba-Nya Wadhia hanya mapu redha.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Wadhia mengambil telefon bimbit dari tangan.
“Assalamualaikum.Siti kau boleh ambil aku dekat Tasik Cenderawasih tak?”
Sementara itu Anita memandang Kasyaf yang masih berkerusi roda.
“Ada apa you nak jumpa I ni?I banyak kerja la.”kata Anita dingin.
“Sayang I rindu sangat nak jumpa dengan you.You tak rindukan I ke?”Kasyaf cuba mencapai tangan Anita namun begitu Anita mengelak dari dipegang Kasyaf.Kasyaf terkesima.
“Cepatlah cakap apa yang you mahu.”
“Sebenarnya I ada kejutan buat you.”kata Kasyaf.Dia mengeluarkan sebuah kotak dari kocek seluarnya.Dia membuka kotak tersebut lalu terserlah sebentuk cincin bertahtakan berlian.Anita yang melihat kelihatan terkejut.
“Apa semua ni Kasyaf?”Anita masih terpinga-pinga.
“Sayang I nak melamar you jadi isteri I.Isteri I yang sah.”Kasyaf mencapai tangan Anita.Dia cuba menyarungkan cincin tersebut.Namun ditepisnya Anita.Cincin tersebut jatuh dari pegangan Kasyaf.
Kasyaf terkejut dengan tindakan Anita.
“Kenapa Anita?”
“Kasyaf,I tak mungkin menjadi isteri you.”Anita menyilangkan tangannya.
“kenapa Anita?Sebab I dah ada isteri?I boleh ceraikan dia Anita.I boleh ceraikan dia.”kata Kasyaf bersungguh-sungguh.Anita hanya menggelengkan kepala.Dia hanya tersenyum sinis.
“Bukan sebab you dah beristeri.”
“Habis tu?”Kasyaf cuba bangun dari kerusi roda yang didudukinya.Inilah masanya untuk membuat kejutan.
“Jangan.”namun Anita menegah Kasyaf dari bangun.
“Kasyaf I tak nak you jatuh nanti.I tak sanggup nak angkat you.Nanti apa pula orang lain kata bila I angkat you.Cukuplah sampai di sini Kasyaf.I tak sanggup nak teruskan lagi perhubungan kita ni.I tak kisah bila you dah beristeri.Tapi sekarang ni keadaan dah berubah.You lumpuh Kasyaf.Lumpuh.Walaupun you still tak beristeri I tak mungkin bersama.Takkanlah model macam I ni nakl kahwin dengan orang lumpuh.Nanti apa pula kata orang”kata Anita dengan bongkak.Kasyaf terduduk mendengar kata-kata Anita.
“Anita.Don’t you love me dear.You sayangkan I macam mana I sayangkan you kan?”Kasyaf meminta kepastian.Anita hanya ketawa.
“I tak sangka you ni bodoh Kasyaf.Siapalah yang nakkan you yang lumpuh ni?Aa…..mungkin ada.Wife you tu.Hanya perempuan tu je kot yang sudi teman you.Kalau I la dah lama I blah.”kata Anita.Kasyaf berasa tertipu.Dia berasa terhina.Meskipun dia tidak lumpuh namun begitu dia berasa kecewa mengetahui yang Anita tidak mencintai dirinya sebagai mana dia mencintai Anita.
“You jangan nak hina dia.”Kasyaf membela Wadhia.Biarlah dirinya yang dihina namun begitu dia tidak mahu isterinya dihina juga.
“Kenapa?You dah mula jatuh cinta dengan dia?Habis tu kenapa you masih nak lamar I?”soal Anita.
“Sebab I cintakan you.Tapi I tak sangka begini jadinya.I tak sangka cinta you tu rupanya palsu.Perempuan materialistik.”Kasyaf tidak mampu menahan perasaan marahnya.
“Biarlah you nak kata apa pun.I dah tak kisah.Lagipun sekarang ni I dah jumpa pengganti you.Yang jauh lebih kaya jauh lebih kacak dan jauh lebih sihat.”kata Anita sebelum berlalu pergi.Kasyaf memandang Anita dengan perasaan marah yang mebuak-buak.Air matanya bergenang.Dia menyesal.Dia terlalu mengharap.Namun begitu dia teringatkan seseorang.Dia perlu segera pulang.
“Kau kenapa Dhia?”tanya Siti.Wadhia memandang Siti dengan kerutan di dahi.
“Kenapa?”
“Macam tak sihat jer kau ni?Pucat semacam aku tengok.”kata Siti.Memang benar wajah Wadhia kelihatan agak pucat.
Wadhia hanya ketawa.
“Mana ada apa-apa.Eh,lepas ni kau teman aku pergi MPH erk.Aku nak tengok novel terbaru.Boleh juga aku beli.”Wadhia kelihatan riang.Namun begitu Siti dapat mengesan sesuatu dari riak wajah Wadhia.
“Kau jangan la nak tipu aku Dhia.Ni kau balik malam-malam ni hubby kau tak marah ke?”Wadhia yang baru handak menyuapkan makanan ke dalam mulut berhenti.Dia memandang Siti.
“Erm,dia keluar.Dia tak kisah.Lagipun ada orang dah teman dia.”kata Wadhia.Air matanya bergenang.Kenapa Siti perlu bertanya soal itu.
“Eh,kau kenapa sebenarnya dengan dia?Jangan kau cakap yang dia keluar dengan perempuan tu?”soal Siti.Namun begitu Wadhia hanya mendiamkan diri.
“Just forget about him.Aku dah malas nak fikir.”Wadhia berpaling ke arah lain lalu mengesat air matanya yang akan mengalir pada bila-bila masa sahaja.
“Dhia kau menagis?Shhh…I’m sorry ok.Aku minta maaf kalau aku buat kau sedih.”Siti kelihatan serba salah.Wadhia hanya menggelengkan kepala.
“Kau tak salah Siti.Mungkin aku terlalu berharap.”ucap Wadhia dengan suara tertahan-tahan.Hatinya sebak mengenangkan Kasyaf yang pergi bersama perempuan lain.Terasa dirinya umpama tiada makna.
“Dhia kalau kau nak bercerita aku ada telinga untuk mendengar.Kalau kau nak menagis aku ada bahu untuk kau sandar.Luahkanlah supaya kau rasa lebih tenang.”pujuk Siti.Makin berjatuhan air matanya.Dia hanya mempunyai Siti untuk meluahkan perasaan.Dia tiada tempat mengadu.Tidak mungkin dia akan bercerita kepada keluarga di kampung.Dia tidak mahu membuat mereka susah hati.
“Siti dah lama aku pendam semua ini.Aku dah tak tahan Siti.”Wadhia memulakan cerita.Dia rasa dia tidak mampu lagi menanggung segalanya seorang diri.Dia terasa sengsara.
“Thanks Siti.Hantar aku dan teman aku hari ni.”ucap Wadhia setelah kereta Siti berhenti di hadapan rumahnya.
“No hal lah.Nama pun kawan.Lain kali jangan pendam Dhia.Kalau ada apa-apa problem just call me ok.IsyaAllah aku ada untuk kau.Tapi kalau call pagi-pagi buta tu tak jamin la yer aku nak bangun.”sempat Siti membuat lawak.Wadhia hanya ketawa.
“Thank you so much.”Wadhia memeluk Siti.
“Take care ok.Dah jangan nangis-nangis.Nanti tak lawa.”kata Siti lagi.Sekali lagi Wadhia ketawa.
Bye dear.drive carefully.”pesan Wadhia sebelum menutup pintu.
“I will.”
Wadhia melambaikan tangan kepada Siti.Dia mumbuka pintu pagar kecil.Lagipun dia tidak membawa remote pagar.
Aik,ada pula kereta dia.Ingatkan nak balik lambat sebab keluar dengan makwe dia.Wadhia melangkah masuk.
“Assalamualaikum.”Wadhia memberi salam.Namun begitu tiada siapa yang menjawab.Rumah pun gelap jer.
Wadhia mendaki tangga ke tingkat atas.Dia mahu ke biliknya.Namun begitu sewaktu melintasi bilik Kasyaf kelihatan lampu terpasang dari dalam.Mungkin dia dalam bilik.Bergayut dengan kekasih hati agaknya.Arg,aku peduli apa.Bisik hati kecil Wadhia.
Dah pukul 9.30 malam.Dia membuka tudung.Terasa melekit badannya.Dia mahu mandi.Wadhia mencapai tuala yang tersangkut di penyidai.
Kasyaf keluar dari biliknya.Dia melihat bilik Wadhia yang kelihatan bercahaya dari ruang di bawah pintu.Dia dah balik.Desis hatinya.Kasyaf terus pulang ke rumah setelah bertemu dengan Anita.Kalau boleh dia nak segera berjumpa dengan Wadhia.Hanya wanita itu yang ingin di temuinya.Namun begitu rumah kelihatan sunyi sewaktu dia melangkah masuk.Dia sendiri tidak tahu bagaimana Wadhia pulang sedangkan mereka pergi bersama-sama menaiki keretanya.Kasyaf menuruni tangga lalu melangkah ke arah dapur.
Wadhia yang sudah selesai mandi segera menyudahkan solat Isyak yang masih tertangguh.Dia tidak mahu dirinya terlalai sebelum menyelesaikan perkara wajib.Prinsipnya satu.Bekerja-bekerja juga tapi tugasnya terhadap yang Satu tidak dilupakan.Sesudah bersolat dia turun ke bawah.Hendak membuat minuman sebelum memulakan kerjanya yang terbengkalai.Wadhia membuka lampu dapur.
“Allahu Akbar.”takbir Wadhia.Dia begitu terkejut melihat sekujur tubuh sedang duduk di atas kerusi meja makan.Kasyaf.
“Astarfirullahalazim.Kasyaf.Buat apa ni dalam gelap.”tanya Wadhia.Dia melihat wajah Kasyaf yang kelihatan pucat.Namun begitu kasyaf masih tidak membuka mulut.Dia hanya mendiamkan diri.
“Kenapa ni?Awak sihat tak?”soal Wadhia lagi.Namun begitu Kasyaf tetap tidak bersuara.
“Awak nak air ke?Biar saya buatkan.”Wadhia membuatkan secawan air milo untuk Kasyaf.
“Nah,minumlah.Awak letih kot.Kalau tak ada apa-apa saya naik dulu ya.Kalau nak apa-apa panggil la.”terbantut rasanya dia hendak membancuh air untuk dirinya sendiri.Wadhia ingin berlalu namun Kasyaf sempat memegang tangannya.Wadhia terkejut.
“Boleh awak duduk dulu?”kata Kasyaf sambil memandang wajahnya.Wadhia yang kelihatan terpinga-pinga hanya menurut.Dia duduk di hadapan Kasyaf.
“Kenapa?”Kasyaf merenung Wadhia.Mata Wadhia kelihatan sedikit bengkak.
“Awak pergi mana tadi?”soalan pertama yang keluar dari mulut Kasyaf.Wadhia tersentak.Aik,sejak bila pula dia ambil tahu mana aku pergi.
“Erm,saya keluar dengan kawan.”jawab Wadhia sedikit gagap.Mahu tak gagap.Bertanya dengan wajah seriusnya pula tu.Mahu tak kecut.
“Lelaki?”
“Hah?”
“Saya tanya lelaki ke?”keras kedengaran suara Kasyaf.
“Eh,….a..a.. taklah…perempun la.Siti.Awak kenalkan kawan saya si Siti tu.”gagap lagi.Wadhia jadi tidak keruan apabila ditenung sebegitu rupa.
“Kenapa?Eh,macam mana tadi jadi tak surprise?”tanya Wadhia kepada Kasyaf.Namun begitu Kasyaf hanya merenungnya tajam.Adui,apahal la dia tenung aku macam tu?Nasib baik nampak handsome juga.Kata Wadhia di dalam hati.Kasyaf tidak memberikan jawapan.
Setelah lima minit mendiamkan diri Wadhia bersuara.
“Erm,kalau tak ada apa-apa saya naik dululah ye.Lahipun masih ada kerja yang tak siap.”dia ingin berlalu pergi namun begitu sekali tangannya ditarik.Kali ini dia terduduk di atas riba Kasyaf.Wadhia terkedu dengan tindakan spontan Kasyaf.
“Eh,kenapa ni.”Wadhia cuba bangun namun begitu Kasyaf memeluknya erat.
“Maafkan saya.”Wadhia terkesima mendengar apa yang diucapkan Kasyaf.
“Kenapa pula nak minta maaf.Awak tak buat salah apa pun dengan saya.”kata Wadhia.
“Maafkan saya kerana dah abaikan awak selama ni.Saya buta.Tak tahu menilai yang mana kaca yang mana permata.Maafkan saya kerana selama tak pernah nampak awak.Yang saya tahu cuma Anita.Saya tak pernah nampak kebaikan awak.Sekarang ni baru saya sedar yang awak lebih dekat dengan saya.”kata Kasyaf.Wadhia sekali terkejut apabila terdengar esakan kecil.Kasyaf menangis di bahunya.
Wadhia memalingkan muka menghadap Kasyaf.Dia mengangkat wajah Kasyaf yang basah dengan air mata.
“No.Saya tak marah pun.Just kecewa kot.”kata Wadhia sambil mengesat air mata Kasyaf.
“Dah la.Jangan nangis.Buruk taw.Nanti tak handsome?”Wadhia cuba berjenaka.Kasyaf ketawa kecil.
“Betul awak tak marahkan saya?”tanya Kasyaf meminta kepastian.Wadhia hanya menganggukkan kepala.
“Tapi awak janji yang awak tak akan buat lagi ok.”Kasyaf mengangkat tangan seolah-oleh bersumpah.
“Promise.”kemudian mereka ketawa bersama.Ya Tuhan.Inilah hikmah di sebaliknya.Syukur kepada-Mu kerana telah mengembalikan dia kepadaku.Ucap Wadhia dalam hati.
“Kasyaf.”satu suara menyapa gegendang telinga Kasyaf.Suara yang amat dikenalinya.Kasyaf berpaling ke belakang.Anita.
“What a surprise.You dah boleh jalan sekarang?”soal Anita ceria.
“Kalau iya pun aku boleh kenapa?”kasar kedengaran suara Kasyaf.Dia tidak mahu berlembut lagi dengan Anita.
“Hai,sekarang ni you dah semakin kasar yer.”kata Anita sinis.
“Kau nak apa ni?”
“Sayang you dah lupakan I ke?You dah tak rindukan I ke?”tanya Anita manja.Meluat Kasyaf melihat sikap kepura-puraan Anita itu.Dia sudah muak.
“Abang saya…..oh,you got a friend here.Saya ganggu ke.I’ll make a move first.”kata Wadhia yang muncul setelah membuat bayaran baju.Dia dan Kasyaf sengaja keluar membeli belah pada hari minggu ini memandangkan mereka tidak pernah keluar bersama.
“No.You will stay here.”kata Kasyaf sambil menarik tangan Wadhia.
“So,you ni la wife Kasyaf ye.Not bad la.”kata Anita sinis.Wadhia hanya tersenyum kelat.
“Biar tak cantik asal hati tak busuk.Yelah.Aku kenalkan ni wife aku yang sanggup jaga aku ketika aku sakit dan juga ketika aku tak sakit.Wife yang mencintai aku seperti mana aku mencintai dia.”kata Kasyaf keras.Anita kelihatan tergamam.Wadhia pula terkejut mendengar kata-kata Kasyaf.
“Dah la sayang.Jom kita keluar cepat dari sini.Muak abang tengok muka perempuan materialistik ni.”kata Kasyaf lalu menarik tangan Wadhia keluar dari situ.Mereka meninggalkan Anita yang kelihatan merah mukanya kerana menahan malu.
“Abang,you shouldn’t do that.”kata Wadhia setelah mereka agak jauh dari kedai tadi.Kasyaf memandang Wadhia.
“Do what sayang?I didn’t do anything.”kata Kasyaf selamba.Wadhia mengeluh.
“Mesti dia sakit hati.”kata Wadhia perlahan.
“Sayang,biar la dekat dia.Memang itu yang patut dia terima.Macam mana abang sakit hati macam tu abang nak dia sakit hati.”kata Kasyaf geram.
“Tapi…..”
“Dah la tu…Tak kan nak abang pergi dekat dia lagi?Sayang rela ke abang pergi dekat dia macam dulu?”soal Kasyaf.Wadhia hanya mendiamkan diri.Kasyaf memberhentikan langkah.Begitu juga dengan Wadhia.
“Ok,you yang nak abang buat macam ni kan.”Kasyaf menarik tangannya lalu berpatah balik ke kedai tadi.Wadhia tidak sempat berkata apa-apa.Air matanya mula bergenang.Kenapa perlu jadi begini di saat bahagia telah dikecapi.Dengan langkah longlai Wadhia duduk di atas kerusi berhampiran.Dia mengesat air matanya.Tidak menyangka yang Kasyaf sanggup meninggalkannya.Setelah sepuluh minit berlalu tiba-tiba sekuntum bunga dihulurkan kepadanya.
“For you miss.”Wadhia segera mengangkat wajahnya.
“Abang.”
“I’m sorry.”ucap Kasyaf.Wadhia menggelengkan kepala.
“No.Semua tu salah Dhia.Saya tak patut suruh abang buat macam tu.”air matanya mengalir.
“Hei,jangan la menangis.Nanti orang ingat abang buat something wrong kat sayang.”Kasyaf mengesat air mata Wadhia yang tersenyum kecil.
“Jangan tinggalkan Dhia macam tadi lagi.”kata Wadhia.Kasyaf hanya menganggukkan kepala.
“Abang janji sayang.”kata Kasyaf sambil mengucup tangan Wadhia.
“Sayang…abang ada sesuatu nak cakap.”wajah Kasyaf kelihatan serius.Wadhia kelihatan cemas.Apa pula ni.
“Abang sebenarnya….”Kasyaf yang tidak meneruskan kata-katanya membuat Wadhia bertambah cemas.
“Kenapa abang?”soal Wadhia dengan tergesa-gesa.
“Abang lapar.”kata Kasyaf sambil ketawa.
“Hah?”Wadhia menjerit kecil.Dia menampar bahu Kasyaf.
“Jom kita pergi makan.”ajak Kasyaf.
“Ingatkan apa tadi.”Wadhia menghembuskan nafas lega.Kasyaf memaut bahu Wadhia.Mereka berlalu pergi dengan gembira.Kini hanya ada dua orang wanita yang bertakhta di hati Kasyaf.Ibunya dan juga Wadhia.Hanya mereka……
~Tamat~
1 sayang aku...:
yg terbaru......harap2 yg membaca enjoy wlaupun x best mna......=)
Post a Comment