Nur Qarrah dan Zill berkenalan melalui chatbox di sebuah laman penulisan dan
berlanjutan hingga ke YM.Nur Qarrah rasa selesa apabila berborak dengan
Zill.Seperti rakan yang sudah lama kenal.Tapi bila diajak berjumpa dia sering
kali menolak kerana tidak mempercayai rakan alam maya.Iyalah,buatnya dia
diculik dan dijual ke Siam sana…tak ke naya.
Nur Qarrah mengerutkan dahinya.Aduh,macam mana ni???Mamat
ni ajak dia jumpa la pulak.Chat dah hampir setahun,jumpanya idok pun….Nak jumpa
ke tak???
Nur Qarrah mengeluh.Ni yang dia lemah ni.Merajuk la pulak
mamat ni.
“Come in.”terjengul wajah Sarah di muka pintu biliknya.
“Yes,may I help u??”tanpa dipelawa Sarah melangkah masuk
ke bilik Nur Qarrah.
“Kau ni tak habis-habis dengan YM.Sangkut ke dengan mamat
tu?”Tanya Sarah.Nur Qarrah membuat tidak tahu.
“Hish,cakap dengan dia macam cakap dengan dinding
la.”Sarah mula membebel.Nur Qarrah ketawa.
“Cakap la dengan dinding.Kang kalau dia menyahut lari tak
cukup tanah kau.”kata Nur Qarrah sambil ketawa.Sarah membuat muka cemberut.
“Ahad ni aku nak jumpa dia.Kau nak ikut?”Nur Qarrah
memandang wajah Sarah yang jelas kelihatan terkejut.
“What?Kau nak jumpa dia?Tak takut ke?Kang dia culik kau
bawak pergi Lombok tak ke pasal.Pastu masuk frontpage Metro,seorang gadis
bernama nur….”belum sempat Sarah menghabiskan kata-katanya
Sebiji bantal melayang tepat ke wajahnya.
“oii,apa ni”Sarah geram.
“Kau tu kalau membebel memang susah nak berhenti.Tu saja
cara nak hentikan bebelan kau tu.”kata Nur Qarrah sambil tersengih.Sarah
memberikan jelingan maut.
“Arg,malas aku.”Sarah mencebik.
“Ok…ok.Kau memangkan.”sekali lagi Nur Qarrah tersengih
riang.
Sarah memang tidak pernah
menghampakannya.Maklumlah,mereka sudah bersahabat semenjak dari sekolah
menengah lagi.Sampailah ke alam perkerjaaan mereka masih bersama.Tidak pernah
renggang.Kalau Sarah gembira,Nur Qarrah juga akan ikut gembira.Begitu juga
sebaliknya.Mereka sudah ibarat seperti adik beradik kembar yang berlainan ibu
dan bapa.
“Set.Hari Ahad depan pukul 2.30 petang ok.”kata Nur
Qarrah.
“Ala,hari tu aku ada date dengan Amrizal.”Nur Qarrah
memandang wajah Sarah sambil membuat muka comel.
“Yelah…yelah…Aku cancel date tu.”statement Sarah
membuatkan Nur Qarrah tersenyum lebar.
“Ni yang aku sayang kau ni.”kata Nur Qarrah sambil
memeluk Sarah.
“Eh,apahal ni.Dah la busuk.”Sarah menolak badan Nur
Qarrah .
“Memang la busuk,sebab tak mandi lagi.”kata Nur Qarrah
sambil ketawa.Sarah membuat muka tak puas hati.Habis badan dia yang berbau
wangi terpalit dengan kebusukkan Nur Qarrah.
***
“Eii,mananya mamat maya kau ni?”Tanya Sarah.Sudah 15
minit mereka menunggu.Tapi baying si Zill masih tidak kelihatan.Aik,macam la
tahu kan macam mana rupa si Zill tu.Baru pertama kali jumpa kot.
“Ala,sabar la.Kejap lagi datang la tu.”
“Kau ada ambil no fon dia tak?”tanya Sarah lagi.Nur Qarrah
hanya menggelangkan kepala.Sarah menepuk dahi.
“Adoi,kau ni.Dah tahu nak jumpa tu minta la no fon.”Nur
Qarrah membuat muka tidak bersalah.
“Alah,aku terlupa la.”tiba-tiba…
“Assalamualaikum.”satu suara memberi salam.Serentak
itu,kedua-dua mereka mengalih pandangan ke arah gerangan yang memberi salam.Kedua-duanya
nyata terkejut.
Mak ai,hendsome giler,Tapi mereka terkejut bukan
disebabkan ketampanan wajah pemuda itu,tetapi disebabkan…..
“Eh…”Sarah kelihatan lebih terkejut.Zill berdehem.
“Maaf saya tak cakap yang saya kurang upaya.”kata Zill
sambil menggerakkan kerusi rodanya ke hadapan.
“Errr..”Sarah memandang Nur Qarrah yang kelihatan
terkedu.
“Oiii”Sarah memanggil Nur Qarrah.
Nur Qarrah tersedar dari lamunan.
“Eh,,sorry…sorry..” Nur Qarrah senyum untuk menutup malu.
“Tak pe.Saya dah biasa macam ni.Siapa Miss Q ni?Dua-dua
pakai baju warna yang sama.”soal Zill dengan senyuman yang tidak pernah lekang
dari bibirnya.
“Ni la Miss Q.Nur Qarrah.”kata Sarah sambil menunjuk jari
telunjuknya ke arah Nur Qarrah.Zill memandang Nur Qarrah sambil
tersenyum.Cantik.
“Nur aku gerak dulu.Amrizal cakap dia datang sini la
pulak.”kata Sarah smabil mengambil begnya.Nur Qarrah terkejut. ‘ish,apahal lak
makcik ni?’
‘Kau apahal?Kata nak teman aku.’
‘tak jadi la.Lagipun mamat ni nampak tak bahaya.’
‘mana kau tahu?’Nur Qarrah mengangkat keningnya.
‘Dia pakai kerusi roda la.’balas Sarah dengan bahasa yang hanya mereka sahaja yang faham.
“Ehem..”Zill berdehem sekali lagi.
“Eh,gerak dulu la.Aku balik dengan Amrizal taw.”kata
Sarah sambil berlalu pergi.Ceit,tak boleh pakai punya kawan.Rupanya dia dah
panggil pakwe dia datang sini.’
Zill hanya tersenyum melihat wajah Nur Qarrah yang
kelihatan cuak tu.
“Awak tak payah la risau.Saya tak mampu nak culik
awak.”kata Zill.Nur Qarrah yang terpinga-pinga mengaru dahinya yang tak berasa
gatal.
“Nama saya Zill Qayyim.Nama penuh awak apa ya?”Tanya
Zill.
“Nur Qarrah.”
“Ermmm,,,unik nama.Saya tak sangka pulak yang Miss Q ni
cantik orangnya.”merah wajah Nur Qarrah apabila dipuji.Dia paling tidak boleh
dipuji.Wajahnya cepat saja memerah.
“Merahnya muka.Bertambah-tambah cantiknya.”sakat Zill
sambil ketawa.
“Erm,,awak datang dengan siapa?”Tanya Nur
Qarrah.Iyalah,dengan keadaan berkerusi roda begini tak akan dia datang seorang?
“Dengan kawan.tapi dia pergi jumpa kawan dia.”kata Zill
tenang.Mereka terdiam seketika.Baik Nur Qarrah mahupun Zill seperti terkelu
untuk berkata-kata.
“Ermm,awak tak kisah ke dengan keadaan saya
begini?Selalunya perempuan bila tahu saya berkerusi roda terus tak nak
jumpa.”kata Zill.Terselit nada sayu dalam kata-katanya.
“Alah,saya tak kisah pun.Awak manusia bukan alien.Cuma
awak orang istimewa.Manusia mana ada yang sempurna.”kata Nur Qarrah.
“Jadi awak tak kisah la berkawan dengan saya?”Tanya Zill
lagi.Nur Qarrah hanya menganggukkan kepala.Apa salahnya kan berkawan dengan
orang kurang upaya.
“Syukur.Ingatkan tadi awak nak tinggalkan jer saya dekat
sini.”Nur Qarrah ketawa.
“Saya tak adalah sekejam tu.”Zill tersenyum
senang.Akhirnya jumpa jugak dengan orang yang sudi berkawan dengannya yang
berkerusi roda.
***
Dari berchatting di YM beralih pulak ke telefon.Hampir
setiap malam Nur Qarrah dan Zill Qayyim bergayut.Naik sakit mata si Sarah
menengoknya.
“Kau dengan si Zill tu ada apa-apa ke?”soal Sarah suatu
malam.Nur Qarrah memandang Sarah dengan padangan yang pelik.
“Ada apa-apa???apa??”Tanya Nur Qarrah kembali.Tidak dapat
menangkap maksud Sarah.
“Yelah,tiap-tiap malam bergayut.Dah macam pasangan
bercinta dah aku tengok.”kata Sarah sambil mengambil keropok twisti dari tangan
Nur Qarrah.
“Eh,tak lah.Kita orang dah malas nak chat.Lenguh tangan
nak chat.Tu kata Zill.So,dia offer nak call aku.”Nur Qarrah merampas kembali
keropok twisti yang diambil Sarah.
“Kau tak kisah ke kawan dengan dia?”pertanyaan Sarah
sekali membuatkan Nur Qarrah memandangnya pelik.
“Tak faham la.Kau nak cakap apa sebenarnya ni?”Nur Qarrah
sudah mula tidak sedap hati.
“Eh,kau jangan salah faham.tak adalah kan.Aku rasa setiap
perempuan mesti nak lelaki yang sempurna dalam hidup dia kan.Si Zill tu kan
berkerusi roda…kurang upaya…”Nur Qarrah tiba-tiba ketawa.
“Kau kenapa Sarah?Demam eh??Ni apa pulak masuk bab hidup
ni?”Nur Qarrah memandang wajah sarah yang kelihatan serius.Pelik sedikit dengan
perangai kawan baiknya pada malam ini.
“Tak adalah kan.Aku tak nak lah kau bagi harapan dekat
dia.Aku rasa si Zill tu suka kan kau.”kata Sarah lagi.Nur Qarrah
terdiam.Iya,dia dapat rasakan apa yang dikatakan Sarah itu sedikit sebanyak
benar.
“Aku bukan nak kasi harapan dekat dia.Tapi entah….”
“Kau suka dekat dia ke?”soal Sarah.Kali ni lebih
serius.Nur Qarrah memandang Sarah yang bertanya kepadanya soalan yang lurus
tanpa bengkang-bengkok.
“Entah.Aku tak tahu.”hanya itu yang mampu dijawab Nur
Qarrah.
“Even dia berkerusi roda kau masih suka dia?”soal Sarah
lagi.
“Entah.Aku tak tahu la Sarah.Yang pasti aku selesa dengan
dia.Dia baik.Aku tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana lelaki.Walaupun dia
berkerusi roda,tapi aku tak rasa itu sebagai kekurangan.”Nur Qarrah mula
meluahkan perasaannya.Ya,hanya Sarahlah tempat dia meluahkan perasaan.
“Maksudnya kau sukakan dia la ni.”kata Sarah.
“Entah la Sarah.”Nur Qarrah mengeluh.
“Lah,kenapa pulak?”
“Entah-entah aku jer yang suka dia.Dia tak pun.”
“Eh,kau mana tahu kan hati dia”Nur Qarrah memandang wajah
Sarah.
“Sebab aku tak tahu hati dia macam mana la buatkan aku
rasa was-was.Entah-entah dia ada orang lain.Lagipun dia tak pernah confes
apa-apa pun sepanjang kami berkawan ni.”kat Nur Qarrah.Ya,Nur Qarrah tidak tahu
apakah apa yang dirasanya turut dirasai Zill Qayyim.Meski pun hubungan mereka
sudah menjangkau 2 tahun.
“Tapi kau pasti ke dengan perasaan kau?Kau tak kisah ke
dia OKU?Dengan kerusi rodanya tu.Kau yakin dia mampu bahagiakan kau?”soal Sarah
bertalu-talu.Dah macam Detective Conan pulak.Nur Qarrah mengeluh.
“Sarah,aku tak kisah pun pasal fizikal dia tu.Kalau orang
cakap dia tu tak sempurna,bagi aku tu semua bukan penghalang.Bagi aku dia tu
istimewa.Aku tahu mesti orang tertanya-tanya kenapa aku tetap pilih dia
walaupun dia kurang upaya.Bagi aku tu semua tak penting.Janji aku sayang
dia.”kata-kata Nur Qarrah membuatkan Sarah tersenyum.
“Aku salute kau Nur.Kalau orang lain aku rasa dah lama
ditinggalkan si Zill tu.Yelah,muka memang handsome,sayangnya berkerusi roda.Dah
la pakai kereta kancil jer.”kata Sarah.Nur Qarrah menjeling Sarah.
“oppps,I’m sorry.Maksud aku,kau memang pecinta yang setia
la…heheehe”
“Alah aku tak kisah la wei orang nak cakap apa pun.Dia
cacat ke,dia miskin ke,yang penting hati aku suka dekat dia.”kata Nur Qarrah
sambil tersenyum.Namun senyumannya mati tiba-tiba.
“Tapi aku tak pasti la sama ada dia suka aku atau tak.”
“Alah,kau jangan risau.Firasat aku 101% mengatakan dia
pun sukakan kau.”Sarah cuba menyakinkan Nur Qarrah.Tiba-tiba lagu we found love
oleh Rihanna berkumandang dari telefon Nur Qarrah.Wajah Sarah dipandang.
“ha,tu panjang umur.Pergi la angkat fon dari buah hati
kau tu.”kata sarah.Nur Qarrah hanya tersenyum sambil mengambil iphonenya lalu
berlari masuk ke dalam bilik.Nak bergayut mana boleh depan member beb.Tak
privacy la nanti.
“Ehem..ehem…”Nur Qarrah berdehem sebelum menekan skrin yang tertulis perkataan answer .
“Assalamualaikum.”salam diberi oleh pemanggil.
“Waalaikumussalam.”
“Ganggu ke?”
“Tak lah.”
“Saya rasa macam ada orang tu tengah rindu dengan saya
la.”Nur Qarrah tersenyum.Macam tahu-tahu jer si Zill ni.
“Sapelah orang tu kan?”
“Alah orang tu la.”
“Orang tu tak akan tak ada nama kot?”soal Nur
Qarrah.Zill tertawa.
“Miss Q ler.Miss Q rindu Zill_Qay kan?”soal Zill
lembut.Mula la merona merah wajah Nur Qarrah.
“Mana ada.”
“Eleh,tipu.Saya tahu.Mesti muka awak sekarang tengah
merahkan.Betul?”sakat Zill lagi.
“Pandai je awak teka kan.Ahli nujum ka apa?”balas Nur
Qarrah.
“A’a.Sebab saya nujum la saya tahu orang tu rindu dekat
saya.”
“Ada-ada je awak ni.Ni ada apa call saya memalam ni?”soal
Nur Qarrah dengan nada serius.Sengaja mahu menguji Zill.
“Alah,nak call pun kena bersebab ke?”soalan dijawab
dengan soalan.
“Itu bukan jawapan.Itu soalan.”
“Yelah.Sebenarnya saya call awak ni nak cakap sesuatu
dengan awak.”Zill pula bernada serius.Nur Qarrah cuak.
“Kenapa?”
“Ermmm….sebenarnya…”
“Sebenarnya???”
Sebenarnya….sebenarnya…”
“Sebenarnya apa?”sergah Nur Qarrah.Zill ketawa
lagi.Seronok dapat mengenakan Nur Qarrah.
“Eiii…apa ni.Nak cakap ke tak?”Nur Qarrah mula hilang
kesabaran.Kalau Zill ada dihadapannya sudah dibalingnya dengan iphonenya ni.
“Awak ni tak sabar kan.”kata Zill dengan sisa tawa yang
masih kedengaran.Apa yang lucu pun Nur Qarrah tidak tahu.
“Ok…back to the topik.Saya sebenarnya nak cakap sesuatu
dengan awak.”Zill kembali serius.dah berapa kali serius pun Nur Qarrah tidak
tahu.
“Tahu.Dari tadi nak cakap tapi cakapnya tidak juga.”kata
Nur Qarrah sebal.
“Saya suka awak.”sebaris ayat Zill membuatkan Nur Qarrah
terdiam.Ya Allah,inilah yang dia tunggu-tunggu selama ini.Ucapan pengakuan dari
Zill.
“Qarrah….awak dengar tak?”soal Zill lagi.Nur Qarrah masih
mendiamkan diri.Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Qarrah….Saya tahu saya tak layak dengan awak.Saya
cacat,tak sempurna macam orang.Saya miskin..Saya tahu awak berhak
untuk…..”belum sempat Zill menghabiskan ayatnya Nur Qarrah sudah mencelah.
“Qayyim…”Zill terdiam.
“Saya tahu,saya tak sesuai dengan awak.”sayu kedengaran
suara Zill.
“Qayyim saya tak cakap pun macam tu.”Nur Qarrah kembali
diam.Dia menarik nafas sebelum meneruskan ayatnya.
“Saya tak kisah pun semua tu.Awak kurang upaya ke,awak
miskin…saya tak peduli semua tu.Janji awak ikhlas.”ucap Nur Qarrah lembut.
“Awak tak kisah saya cacat?”
“Awak, tak semua manusia sempurna.”Ya,tak semua manusia sempurna.
“Awak tak takut nanti orang cakap pakwe awak
cacat,miskin….”
“Awak,saya dah cakap kan tadi yang saya tak kisah semua
tu.Saya terima awak seadanya.”ucap Nur Qarrah.
“Maksudnya awak sudi terima saya dalam hidup awak?Awak
sudi jadi soulmate saya?”soal Zill seperti tidak percaya.
“Iya.”hanya sepatah yang dijawab.
“Alhamdulillah.”Nur Qarrah tersenyum.
“Terima kasih Qarrah.Saya janji tak akan sia-sia kan
awak.”kata Zill bersungguh-sungguh.
“Jangan janji .Takut nanti awak mungkir janji.”Nur Qarrah
tidak mahu Zill berjanji apa-apa dengannya.Takut nanti tidak dapat dipenuhi,dia
juga yang merana.
“Yelah,sayang.Esok kita jumpa ok.”kata Zill riang.
“Aik,bercakap dalam fon ni pun tak puas lagi ke?”Tanya
Nur Qarrah selamba.Sengaja mahu menyakat Zill.
“Alah,sayang.Cakap dekat fon tak nampak muka.Jumpa boleh
tengok muka awak.”ucap Zill manja.Aiseh,parah ni.Baru konfes dah sayang-sayang.
“Yelah-yelah.Esok kita jumpa.”Nur Qarrah mengalah.Selagi
tak setuju selagi tu la dia memujuk.Bukannya dia tidak tahu dengan sifat si
Zill ni.Selagi tak dapat yang dia nak selagi tu la dia tak putus asa.
“Ok,esok kita jumpa taw.Dah pergi tido.Dah lewat
ni.Sebelum tido basuh kaki.Jangan lupa baca doa.”arah Zill.Nur Qarrah
tersenyum.Memang Zill selalu mengingatkannya tentang perkara ini.
“Iya.”
“Lagi satu,tido terus.Jangan nak pergi berdating dengan
si Sarah tu pulak.”sengaja Zill menekankan perkataan dating itu.Bukan Zill
tidak tahu yang Nur Qarrah kalau sudah bercerita dengan Sarah,jawabnya sampai
ke esok la tak tido.Nur Qarrah ketawa mendengar kata-kata Zill.
“Yelah…Dah nak tido.Jumpa esok.Assalamualaikum.”selepas
menamatkan panggilan Nur Qarrah tersenyum.Akhirnya….tiba-tiba dia teringatkan
sesuatu.
“SARAH………”
***
“Ish,sayang sungguh.Dua-dua macam pinang dibelah dua.Tapi
yang si lelaki cacat.Harap muka saja handsome.”kedengaran suara sumbang
bergosipdi belakang tempat Zill Qayyim.Nur
Qarrah menarik nafas panjang.Wajah Zill Qayyim dipandang.Lelaki itu hanya
menundukkan kepala.Mungkin malu apabila dikata begitu.Nur Qarrah lantas bangun
lalu menuju ke arah wanita wanita yang duduk di belakang Zill Qayyim..
“Kak,,,tak baik akak cakap macam tu.Walaupun pakwe saya
kurang upaya,tapi dia pernah pun ganggu orang.Terima kasih atas kata-kata akak
yang memberi semangat tu.”tercengang wanita itu seketika.
“Jom,kita ke tempat lain.”Nur Qarrah lantas menolak
kerusi roda Zill Qayyim.
“Saya minta maaf.Kalau bukan sebab saya macam ni,mesti
awak tak malu kan?”kata Zill Qayyim.wajahnya kelihatan mendung.
“Awak,biar la orang nak cakap apa pun.Yang penting saya sayang
awak.Ok.Dah senyum sikit.Dah tak handsome dah muka tu.”Nur Qarrah cuba
menceriakan Zill.
Zill Qayyim hanya mampu tersenyum.Namun hatinya tidak
tenang tatkala ini.Nur Qarrah terlalu baik buatnya.Terlalu.Dia amat sayangkan
Nur Qarrah.Tapi ada perkara yang Nur Qarrah tidak tahu……..
***
‘Yea…hari ni nak buat kejutan dekat Sarah.’Nur Qarrah
menyiapkan report yang perlu dihantar kepada bosnya.Jam sudah menunjukkan pukul
12.30 tengah hari.Memang time lunch sekarang ni.Niat Nur Qarrah hendak pergi ke
restoran yang berhampiran dengan pejabat Sarah.Dia pernah berjanji dengan Sarah
untuk belanja gadis itu.Tapi sampai ke hari ni dia belum berkesempatan untuk
belanja Sarah.Memandangkan hari ini dia kurang sibuk, boleh la dia ke pejabat
Sarah.Setelah menghantar report melalui email kepada bosnya,Nur Qarrah segera
mencapai beg lalu keluar dari pejabatnya.
Jarak antara pejabatnya dan Sarah tidak begitu.Hanya 15 minit sudah sampai.Setelah memakir kereta Nur Qarrah segera ke Restoran Sri
Manggis.Erm,nampaknya masih tak ramai orang.Senang la sikit nak cari tempat
duduk.Nur Qarrah segera duduk di bahagian yang agak tersorok.Di belakang
akuarium dan terdapat pula pokok buluh di situ.Memang tersorak betul meja
tu.Kalau orang tak datang dekat akuarium ni memang tak tahu la yang adanya
tempat lagi dekat belakang ni.Di belakang pokok buluh tu pulak ada satu lagi
tempat untuk 2 orang.Ooo…bahagian ni memang menempatkan meja untuk 2
orang.Perasan Nur Qarrah.Patutlah agak terselindung.
Setelah pesanan makanan di ambil dia mengambil iphonenya
untuk menelefon Sarah.’Dah habis kerja agaknya budak ni’.Tiba-tiba terdengar
kerusi di bahagian belakang pokok tersebut ditarik orang.Nampaknya ada orang
duduk di situ.Tanpa mempedulikan mereka Nur Qarrah mendail no Sarah.Tiba-tiba
kedengaran ringtone seperti ringtone fon
Sarah di bahagian meja di belakang pokok buluh itu.’Aik,kebetulan la
pulak.’fikir Nur Qarrah.
“Alamak,macam mana ni.Nur call saya ni?Entah-entah dia
nak datang pejabat.”soal satu suara dengan menggelabah.Nur Qarrah pelik.Macam
suara Sarah?Aik,dia datang dengan siapa?Selalunya kalau dia lunch dengan
Amrizal mereka akan makan di tempat lain.Tukar mood kot.Nur Qarrah bangun ingin
menyapa.
“Jawab la.Jangan bagi dia datang ofis kita.”kata satu
suara lagi.Aik,macam familiar je suara tu.Tu bukan suara Amrizal.Tapi macam
suara….Nur Qarrah cuba mengitip di sebalik pokok-pokok buluh itu.Zill
Qayyim.Apa diorang buat dekat sini?Nur Qarrah kembali duduk.Dia cuba
menenangkan dirinya.
Sekali lagi Nur Qarrah mendail no fon Sarah.
“Assalamualaikum.Kau dekat mana?Aku ingat nak belanja kau
hari ni.Aku datang ofis kau erk?”soal Nur Qarrah.Dia ingin melihat sejauh mana
rakan baiknya itu jujur terhadapnya.
“waalaikumussalam.Nur,hari ni tak boleh la.Aku ada
meeting dengan bos aku ni.Malam nilah kita keluar ok.”kata Sarah.Nur Qarrah
mengeluh.
“Ok.Assalamualaikum.”Nur Qarrah tidak meyangka Sarah
sanggup berbohong dengan.Tapi apa kaitannya pulak dengan Zill Qayyim.Tak
akanlah Sarah dengan Zill Qayyim……
“Macam mana ni bos?Saya dah tak sampai hati nak berbohong
dengan dia.Kalau dia tahu ni,mati saya.Mahu dibunuhnya saya nanti.”kata Sarah.
‘Bos’
“Nak buat macam mana.Kita dah terlanjur buat benda
ni.terpaksa juga diteruskan.”kata Zill Qayyim perlahan.
“Tapi bos tak patut bohong dia.Kalau nak uji keikhlasan
dia pun tak patut tipu dia sampai macam ni sekali.”omel Sarah.
“Alah,Sarah.Saya ingat nak memain jer.Mana tahu sangkut
betul.Saya ingat lepas dia tengok saya dia akan tinggalkan saya.Saya tak tahu
pulak macam ni jadinya.”Zill mengeluh.
“iyalah,kalau tak melibatkan saya tak apa.Ni melibatkan
saya.Aduh,macam mana sekarang ni?Macam mana nak cakap hal sebenar dengan
dia?Kalau ada orang lain yang cerita dekat dia,memang habis kita bos.”Zill
hanya ketawa melihat kekalutan Sarah.
“Bawak bertenang Sarah.InsyaAllah semua ni akan selesai
tak lama lagi.Lepas balik dari Sabah ni saya terangkan dekat dia.”kata Zill
tenang.Ya,dia akan berterus terang tentang keadaan sebenar kepada Nur
Qarrah.Cuma masanya masih belum sesuai.
Nur Qarrah yang sedang mendengar tergamam.Sandiwara apa
ni?Zill hanya mahu memainkannya?Siapa Zill Qayyim sebenarnya?Pelbagai soalan
bermain di minda Nur Qarrah.tidak sanggup mendengar lagi perbualan
mereka,lantas Nur qarrah bangun.Namun,tanpa disengajakan Nur Qarrah telah melanggar seorang
pelayan yang ingin menghantar makanan.
“Maaf cik,saya tak sengaja.”pelayan restoran itu meminta
maaf.
“Eh,tak apa.Salah saya.”kata Nur Qarrah.Tersedar
sesuatu,dia lantas menutup mulut.Ish,kantoi la pulak.
Sarah pula mengalihkan pandangan ke arah belakang apabila
terdengar suara seperti Nur Qarrah.Namun
pandangannya terbatas apabila tubuh wanita itu membelakangi mereka.
‘Arg,perasaan agaknya.’gumam Sarah.
Sementara itu,Nur Qarrah segera keluar dari restoran
itu.Berharap agar 2 manusia tidak sempat melihatnya.Hatinya tatkala ini seperti
mahu pecah.Dia perlu mencari ketenangan tatkala ini.
***
“Lambat balik hari ni.”soal Sarah setelah Nur Qarrah
pulang.Ketika itu jam hampir menunjukkan 9.00 malam.Nur Qarrah hanya mendiamkan
diri.
“Dah makan?”soal Sarah lagi.Namun begitu kebisuan Nur
Qarrah membuatkan dia pelik.
“Kenapa ni?”Sarah menghampiri Nur Qarrah.Dia merenung Nur
Qarrah yang hanya mendiamkan diri.Kelihatan mata Nur Qarrah yang bengkak.Sarah
terpana.Tidak pernah Nur Qarrah menangis hingga bengkak mata sampai begini
sekali.
“Nur,kenapa ni?What happen?Cuba cerita dengan aku?”soal
Sarah bertubi-tubi.Nur Qarrah memalingkan padangan.Tidak sanggup dia memandang
rakan baik yang dah dianggap saudara olehnya itu.
“Nur,cuba kau cerita.Kalau kau diam macam ni,macam mana
aku nak tahu apa masalah kau.Kau tak cerita ke dekat kawan kau ni?Selama ni kan
kita selalu tanggung masalah sama-sama.”kata Sarah panjang berjela.Dah macam
membebel pulak rasanya.
“Kawan?Kawan aku tak akan buat perkara yang aku tak
suka.tambah-tambah perkara yang paling aku benci sekali.”kata-kata Nur qarrah
membuatkan Sarah terpana.
“Kenapa ni Nur?Apa aku dah buat ni?”soal Sarah seperti
tidak mengetahui apa-apa.
“Dah la Sarah.Kau jangan nak berlakon lagi depan aku.Aku
tak sangka kau sanggup bohong dengan aku.Padahal kau tahu aku paling tak suka
orang bohong dengan aku.Dah tu,kau boleh pulak bersubahat dengan Zill.Aku tak
tahu apa rancangan korang.Tapi kalau korang nak mainkan perasaan aku.Korang memang
dah Berjaya.”kata Nur Qarrah sayu.Sarah kelihatan terkejut.
“Jadi dekat restoran tadi betullah kau?”soal Sarah.Nur
Qarrah hanya mampu mengganggukkan kepala.
“Nur aku boleh jelaskan semuanya.Apa yang kau dengar tu
semua aku boleh terangkan dekat kau.”namun begitu Nur Qarrah segera mengangkat
tangannya tanda tidak mahu Sarah meneruskan nya lagi.Hatinya terlalu sakit
untuk menerima segalanya.
“Dah la Sarah.Cukuplah aku ditipu korang selama 2 tahun
ni.2 tahun bukan satu tempoh yang pendek Sarah.Hati aku juga tak kuat nak
hadapi semuanya.Dan aku minta korang hentikan sandiwara ini.Aku letih
Sarah.Letih sangat.Dan tolong jangan ganggu aku lagi.Tolong cakap dengan Zill
yang aku tak mahu jumpa dan ada apa-apa kaitan lagi dengan dia.Dan kau tak
perlu minta maaf dengan aku sebab aku dah maafkan semuanya.Begitu juga dengan
Zill.”selepas habis berkata-keta Nur Qarrah segera masuk ke bilik.
Dia tidak mahu berlamaan di hadapan Sarah.Cukuplah
dirinya dibohongi.Entah nanti apa lagi yang nak dibohong Sarah.
“Nur….”Sarah hanya mampu memandang sayu.Arg,nampaknya
perkara yang paling dia takuti telah berlaku.Zill Qayyim…habislah kita.
***
Segalanya berlaku dengan begitu pantas.Kini tiada lagi
kemesraan antara Sarah dan juga Nur Qarrah.Mereka menjadi seperti dua saling
tidak kenal mengenali.Yelah,setiap kali balik kerja Nur Qarrah akan berkurung
di dalam bilik.Bukan Sarah tidak pernah cuba memujuk Nur Qarrah.Namun semuanya
tidak jalan.Zill Qayyim pula masih tidak mengetahui perkara sebenarnya.Dia
ketika ini berada di Sabah selama sebulan kerana hal kerja yang menuntutnya
berada di sana.Kawasan pedalaman membuatkan dia tidak dapat dihubungi dunia
luar.
Nur Qarrah berasa lega apabila tidak dihubungi lelaki
itu.Bukan dia tidak tahu di mana Zill Qayyim berada sekarang.Bagi Nur Qarrah
dia dan Zill Qayyim sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan.Bukan dia mahu
berdendam,tapi hati mana yang tidak sakit apabila kekasih sendiri bersekongkol
dengan sahabat baik.Bukan Sarah tidak pernah cuba berbaik dengannya, dia saja
yang cuba mengelak.Nur Qarrah mengeraskan hati.Dia tidak mahu disakiti
lagi.Entah apa benda lagi yang mereka sembunyikan darinya.
Sampai sekarang dia masih tidak tahu apakah hubungan di
antara Sarah dan Zill Qayyim.Sewaktu dia mengitip mereka dia ada mendengar Sarah
memanggil Zill Qayyim dengan panggilan bos.Tetapi setahunya, Zill Qayyim hanya
menjalan bisnes melalui internet.Setahunya Zill Qayyim berada di Sabah pun
kerana urusan perniagaan. Arg,untuk apa dia ambil tahu lagi.Dia sudah tidak
mempunyai apa-apa hubungan dengan mereka.
***
“Saya nak awak gantikan Hasnor ke majlis ni.”arahan dari
Encik Zul umpama menjatuhkan hukuman mandatori.’Arg,kenapa perlu aku?’Nur
Qarrah tersenyum pahit.
“Ini arahan dari pihak atasan.Disebabkan awak yang tahu
selok-belok tentang projek ni, so diorang nak awak yang pergi.”Nur Qarrah
tersentak.Macam tahu-tahu saja apa yang bermain di fikiran Nur Qarrah.
“Erm,kalau dah macam tu arahannya tak dapat la saya nak
menolaknya.”
“Bagus.Saya tahu awak tak akan mengecewakan saya.”Nur
Qarrah hanya mengangguk lemah.Apakan daya,dia hanya orang bawahan yang perlu
menurut arahan.
Sekembalinya dari bilik Encik Zul,Nur Qarrah hanya
mampu mengeluh.Bagaimana dia mahu pergi
ke majlis ni.Majlis anjuran Syarikat Mega Holding.Syarikat di mana Sarah
bekerja.Sudah tentu Sarah akan turut berada di sana.Arg,kacau betul.Esok pulak
tu.Adoi,parah macam ni.Lagi dia nak mengelak lagi terjumpa pulak.Dan esok genaplah
sebulan pemergian Zill Qayyim ke Sabah.Dia tidak tahu apa yang terjadi dengan lelaki
itu.Zill Qayyim memang tidak pernah menghubunginya.Maklumlah masuk ke kawasan
pedalaman yang tak ada coverage.Macam mana nak call kan.’Ish,kenapa masih nak
fikir pasal dia.’Nur Qarrah menyambung kembali kerja yang tertangguh.Tengoklah
esok apa nak jadi.
***
Nur Qarrah tiba awal 15 minit sebelum acara dimulakan.Dia
dan seorang lagi staf dari ofisnya ditugaskan untuk menghadiri majlis ini untuk
mengetahui perkembangan tentang projek usaha sama antara syarikatnya dan juga
Syarikta Mega Holding.Nur Qarrah mengetahui syarikatnya akan bekerjasama dengan
syarikat di mana Sarah berkerja melalui kad jemputan yang diberikan Encik Zul.
Nur Qarrah duduk di bahagian tepi dewan.Agak dekat dengan
meja VIP di mana menempatkan 10 orang satu meja.’Wah,grand betul majlis ni.Padahal
majlis nak menandatangi projek usaha sama saja.’omel Nur Qarrah.Dia memandang
sekeliling cuba juga mencari kelibat Sarah.Namun bayang pun tak nampak.Sengaja
dia tidak memberitahu Sarah yang dia akan hadir pada malam ni bagi mewakili
syarikatnya.Memang ada VIP dari syarikatnya turut hadir,namun dia terpaksa
menggantikan Encik Hasnor yang bercuti kerana ketua bagi departmentnya perlu hadir untuk mengetahui proses-proses yang akan berlaku sewaktu projek
akan dijalankan.
Tiba-tiba lampu dewan ditutup.Pengacara memulakan
majlis.Nampaknya VIP dah tiba.Tunggu nak masuk saja.Tiba-tiba mata Nur Qarrah
terarah pada seseorang yang amat dikenalinya.Zill Qayyim.
“Mengumumkan ketibaan CEO Syarikat Sakura Hoding Dato’
Megat Ismail bin Ibrahim diiringi CEO Mega Holding, Encik Zill Qayyim bin Dato’
Asri.”serentak itu irama gamelan berkumandang.Nur Qarrah tergamam.dia tidak
tahu apa yang harus dilakukannya.Zill Qayim merupakan pengarah syarikat itu dan
dia rupa-rupanya….tidak cacat.
Di belakang Zill Qayyim kelihatan Sarah yang begitu
anggun.Ok,sekarang Nur Qarrah sudah mengetahui perkara sebenar.Ini lah yang
disembunyikan mereka berdua sebenarnya.Nur Qarrah tidak keruan.Dia tidak
menyangka yang mereka sanggup mempermainkan perasaannya sampai sebegini
sekali.Apa salahnya kepada mereka.Rintihnya di dalam hati.Kalau boleh mahu saja
dia melarikan diri dari majlis ini.Namun nanti apa pulak kata CEO
syarikatnya.Nur Qarrah sedaya upaya menahan air matanya dari menitik.Arg,dugaan
apakah ini.Ketika ucapan disampaikan Zill Qayyim,Nur Qarrah sedaya upaya
menahan perasaannya.Dia tidakmahu dikatakan lemah oleh lelaki ini.Cukuplah
sekali dia dipermainkan.
“Pertama sekali,saya mengucup syukur ke hadrat Ilahi
kerana rancangan Syarikat Mega holding untuk bergabung dengan Syarikat Sakura
Holding berjalan dengan lancar.Saya berharap yang Syarikat kita dapat
bekerjasama dengan baik dan semoga……”tiba-tiba pandangan Zill Qayyim terarah di
satu sudut.Zill Qayyim terdiam sebentar.Nur Qarrah.wanita itu tidak
memandangnya.Wajahnya kelihatan tiada riak.Tiada perasaan.
“…..semuanya berjalan dengan lancar.”serentak itu dewan
gamat dengan tepukan.Selesai ucapan diberi, kini tiba acara menandatangi
perjanjian usahasama dia antara dua syarikat.Di kesempatan itu, Zill Qayyim
sempat berbisik kepada Sarah.
“Kenapa awak tak cakap yang Qarrah datang?”Sarah jelas
kelihatan terkejut.Dia sendiri tidak sedar kehadiran Nur Qarrah di majlis itu.
“Saya tak tahu dia nak datang bos.Nampaknya semuanya dah
terbongkar bos.”kata Sarah risau,tapi masih dapat dikawal.Sarah cuba memberikan
senyuman sambil mencari kelibat Nur Qarrah.
Nur Qarrah yang masih berada di meja tersebut hanya mampu
mendiamkan diri.Apa lagi yang mampu dia buat.Segalanya sudah terbongkar.Tak
mungkin dia akan memarahi mereka di hadapan khalayak ramai.Lagipun siapa dia
nak dibandingkan dengan Zill Qayyim yang merupakan seorang CEO itu.Arg,semua
itu hanya membuatkan dirinya rasa berserabut.Nur Qarrah berkali-kali
mengingatkan dirinya yang dia dan Zill Qayyim sudah tidak mempunyai apa-apa
hubungan.
Selepas jam 12 malam majlis mula melabuhkan tirai.Orang
ramai sudah mula beransur pulang.Nasib baik esok hari minggu.Kalau tak memang
ramai la yang terbabas masuk ofis esok.Nur Qarrah segera menyelinap
keluar.Kalau boleh dia tidak mahu bertembung dengan Sarah mahupun Zill
Qayyim.Dia benci melihat mereka.Ya,mereka yang telah menipunya hidup-hidup.
Patutlah selama ini Zill Qayyim asyik mengelak untuk
pergi ke tempat-tempat terbuka.Takut kantoi.’Aduh,Nur Qarrah kenapalah kau
bodoh sangat.2 tahun kot dia tipu kau.’Nur Qarrah hanya mampu mengeluh.Nak
menyesal benda dah jadi.Bukan dia yang
minta.Tiba-tiba iphonenya berbunyi.Tertera nama Zill Qayyim. ‘Arg,apa saja
lelaki nak lagi.’Nur Qarrah tidak menjawab.Setelah lebih kurang 4 kali berbunyi, tiba-tiba masuk pulak mesej
ke inbox.
Qarrah
tolong dengar dulu penjelasan saya-Zill Qayyim
Nur Qarrah hanya memandang sepi. ‘Arg, peduli apa aku.’Omel Nur
Qarrah.Dia mempercepatkan langkahnya.Namun,baju kurung moden yang dipakainya
membuatkan langkahnya semakin sukar.Dengan selendang yang dililit
bagai.Arg,serabut.Namun begitu dia sedaya upaya mempercepatkan langkahnya.Namun
begitu masih berhati-hati.Kang tersadung tak pasal.Dia juga yang malu.
“Nur…”panggil satu suara.Nur Qarrah kenal dengan suara
itu.Namun,dia buat tidak peduli.tak penting pun.sarah juga mempercepatkan
langkahnya.Ish,macam tak boleh jumpa dekat rumah.Ni semua bos dia punya
pasal.Siapa lagi kalau bukan si Zill Qayyim tu.
“Nur tunggu dulu.”Sarah sempat menangkap pergelangan tangan Nur
Qarrah.Ish kalau lelaki yang kejar tu nampak juga la normalnya.Tapi ni
perempuan kejar perempuan.Kang tak pasal ada juga yang fikir lain ni.
“Nur kau kena dengar dulu penjelasan Zill.Please,tolong jangan lari
lagi.”rayu Sarah.Namun,tidak diendahkan Nur Qarrah.
“Sarah kan aku dah cakap antara kami berdua dah tak ada apa-apa
hubungan.Dan tolong cakap dengan bos kau yang sangat-sangat istimewa tu yang
aku tak nak diganggu.Tolong jangan kacau aku lagi.”Nur Qarrah segera merentap
tangan apabila ternampak kelibat Zill Qayyim yang seperti tercari-cari
seseorang.Mencari Sarah mungkin.Ataupun dirinya.Nur Qarrah segera mendapatkan
keretanya.’Hish,tak boleh jadi ni.Kalau aku jumpa dia nanti tak pasal-pasal jer
aku cair dengan pujuk rayu dia.’Nur Qarrah menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia
menghidupkan enjin kereta lalu segera keluar dari perkarangan dewan.
Zill Qayyim yang baru sahaja ternampak Sarah segera
menghampirinya. “Mana dia?”Tanya Zill Qayyim sambil memandang sekeliling.Namun
gelengan Sarah membuatkannya mengeluh.Sarah telah menceritakan apa yang
terjadi.Namun tiada apa yang boleh dilakukannya.Lagipun dia pula baru pulang
dari Sabah dan tidak sempat lagi mahu bertemu dengan Nur Qarrah.Kalau pun iya
dia hendak berjumpa dengan Nur Qarrah,sudikah wanita itu berjumpa dengannya.
***
Hampir setiap malam iphone Nur Qarrah berbunyi.Naik bingit
telinga mendengar.Akhirnya dia menutup terus
iphonenya itu.Baru Nur Qarrah
berasa puasa hati.Tak cukup dengan itu si Sarah juga turut berkompromi
menganggunya.Hampir setiap malam ada saja yang nak mengetuk pintu
biliknya.Tension betul.
Tok….tok…tok….
Tengok,baru cakap dah bunyi.
“Nur…tolong la bukak pintu ni.Tolong la dengar penjelasan
aku.Kalau kau tak nak aku jelaskan tolonglah dengar penjelasan dari Zill.Ada
banyak perkara yang dia nak cakap dengan kau.”kata Sarah separuh merayu.Itulah ayat
yang sering diungkap setiap malam.Namun begitu Nur Qarrah tetap mendiamkan
dirinya.Kalau boleh dia memang mahu mengelak untuk bertembung dengan Sarah di
waktu pagi.Lalu dia akan keluar seawal 6 pagi pagi dan balik sebelum pukul
6.Memandangkan ofis Sarah jauh sikit, jadi dia yang akan sampai dulu.
“Nur……”Nur Qarrah masih tidak menyahut. ‘Ish,hati batu betul la
kau ni Nur Qarrah.’
“Nur kalau kau tak jumpa secara berdepan pun dengan Zill, tolong
la jawab call dia.”kata Sarah lagi.
‘Kalau jumpa pun aku tak nak, nak jawab telefon sama la.’gumam Nur
Qarrah.
“Nur…please.Jangan buat kita orang macam ni.Kau tak kesiankan aku
ker?Kau tak kesiankan Zill?Dia dah sasau aku tengok.Dah berapa hari dia tak
masuk ofis.Semua orang risau.Kau tak risau ke pasal dia?Entah apa dah jadi
dengan dia.”Sarah mencuba serangan phycology.Nur Qarrah hanya mampu
mengeluh.Dia lantas bangun lalu membuka pintu.Sarah tersenyum lega.Akhirnya Nur
Qarrah mahu bertentang mata dengannya.
“Kau nak apa lagi ni Sarah?”soal Nur Qarrah bersahaja.
“Nur,dengar la penjelasan dari kami dulu.Kau dah salah faham.”kata
Sarah bersungguh-sungguh.
“Kan aku dah cakap Sarah.Aku tak nak dengar apa-apa pun.Semua dah
terjawab.Aku dah tahu segalanya.Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi.Dan tolong
la cakap dengan bos kesayangan kau tu jangan ganggu aku lagi.”kata Nur Qarrah
tegas.Susah betul nak fahamkan orang yang tak faham bahasa ni.
“Macam mana aku nak cakap dengan dia sedangkan dia tak masuk
ofis.dah berapa hari dia tak masuk ofis.Kerja banyak yang tertangguh.Saper pun
tak tahu dekat mana dia sekarang ni.Aku pun dia tak contact.Dengan kau saja
yang dia contact.Please answer his call Nur.Selagi kau tak jumpa dia,selagi tu
dia tak masuk ofis Nur.Dia nak datang sini tapi aku tak bagi sebab aku tahu
yang kau tak mungkin akan jumpa dia.Jadi tak ada maknanya dia datang
sini.”panjang lebar penjelasan dari Sarah.Namun begitu Nur Qarrah hanya membuat
muka blurr.
“Habis tu kau nak aku buat apa.”Tanya Nur Qarrah seperti orang
bodoh.
“At least answer his call kalau kau tak nak jumpa dia
sekalipun.Zill tak pernah tak masuk ofis kalau tak urusan yang mustahak.Entah
apa jadi dengan dia sekarang.”kata Sarah risau.
“Dah kalau kau risau sangat,kau saja la yang pergi cari dia.Dah
aku nak tido.”Nur Qarrah segera menutup pintu namun sempat ditahan oleh Sarah.
“Nur,Zill hanya cintakan kau sorang.Hanya kau.”Sarah
perlahan-lahan melepaskan genggamannya dari pintu.Nur Qarrah mendengus geram.Semua
ni menyerabutkan kepalanya.Nur Qarrah menghempaskan badannya ke atas
katil.Batal berbentuk love diambil lalu dipeluk.Arg,perlu ke aku jumpa
dia?Perlu ke dengar penjelasan dia.Nur Qarrah mengeluh.Dia lantas mengambil
iphonenya lalu dihidupkan.Terdapat 30 misscall dan 10 mesej. ‘Tak penat ke
tangan pakcik ni?’Lantas dibuka mesej lalu dibaca satu persatu.
Syg tlg la angkt phone.U need 2 hear my xplaination – Zill
Qayyim
Awk jgn buat sy
mcm ni.Plez pick up the phone – Zill Qayyim
Syg I luv u so
much.Plez answer me…L - Zill Qayyim
Nur Qarrah…I miss
u so much.plez don’t do this 2 me – Zill Qayyim
Cinta tidak boleh dipaksa dan
cinta bukan datang dengan
sekelip mata. Cinta bagaikan
bintang di langit sana. Terlalu
banyak yang bercahaya indah
tetapi cuma satu yang akan
jadi igauan pemujanya.
-Zill Qayyim
Tergelak-gelak Nur Qarrah membacanya.Apa punya jiwang la mamat
sorang ni.Hish habis cair hati ni.Macam coklat Cadbury masuk oven dah
rasanya.Ni la susah ni bila dapat pakwe pandai memujuk.Aik,dah declare pakwe
balik???Nur Qarrah hanya mampu
tersenyum.Tiba-tiba
iphonenya berbunyi.Nur Qarrah tahu siapa gerangan
pemanggilnya. ‘Nak angkat ke tak?’Tanpa disedari tangannya lebih dahulu menekan
skrin yang tertulis answer. ‘Oh my Allah what did I do?’
“Assalamualaikum”kedengaran suara Zill.Nur Qarrah hanya mendiamkan
diri.Setelah lebih sebulan dia tidak mendengar suara ini.
“Dosa kalau tak jawab.”kata Zill.Nur Qarrah hanya tersenyum.Sempat
lagi nak nyakat.
“Waalaikumussalam warahmatullahibarakatuh.”jawab Nur Qarrah dengan
geram.
“Ganggu ke?”soal Zill lemah.
“Ganggu sangat-sangat”balas Nur Qarrah bersahaja.Sengaja mahu
menyakiti hati Zill Qayyim.
“Maaf.”
“Nak apa ni?”Nur Qarrah cuba menahan perasaan hatinya.Dia tidak
mahu begitu cepat cair dengan pujukan Zill Qayyim.
“I miss u so much sayang.So much.”kata Zill Qayyim sayu.Nur Qarrah
hanya mampu mendengar.Kalau Zill Qayyim tahu yang dia turut menahan
perasaan.Walaupun dia marahkan lelaki itu, tetapi untuk melupakannya begitu
susah.
“Please talk to me.Don’t do this to me.I need u syg.I love u.Saya
boleh terangkan perkara sebenar.Tapi awak jangan sepi macam ni.Awak menyeksa
saya dengan kebisuan awak.”Zill berhenti seketika.Nafasnya kedengaran berat.Dia
kemudian terbatuk seketika.
“Where are you now?”Tanya Nur Qarrah.Semarah-marah dia masih ada
belas kasihan dalam dirinya.
“Rumah.”
“Sarah kata you dah berapa hari tak masuk ofis.Why?”soal Nur Qarra
lagi.
“I got high fever.Tak larat nak pergi ofis.”kata Zill lagi.
“Dah pergi klinik belum?”Nur Qarrah mulai risau.Bukan boleh dibuat
main-main dengan demam ni.Tambah-tambah demam panas.
“Tak larat nak drive.”
“Asal you tak call Sarah, suruh dia bawak?”soal Nur Qarrah.
“Buat apa nak call dia.I don’t need her….i need you.”suara Zill
kedengaran lemah.Nur Qarrah mengeluh.
“Encik Zill Qayyim please take care yourself.Dah pergi makan ubat
then tido.Esok kalau tak baik jugak call me.Kita pergi klinik.”arah Nur
Qarrah.Sepanjang perkenalan mereka tak pernah Zill Qayyim demam sampai begini
teruk.
“Sayang,saya nak dengar suara awak lagi.”Zill Qayyim mula
merengek.Ish,kang ada juga yang kena cepuk ni.
“Encik Zill Qayyim.Jangan nak mengada-ngada ok.Tolong dengar cakap
saya.Kalau tak esok awak pergi sendiri klinik.”ugut Nur Qarrah.
“Alah sayang ni.Nak manja sikit pun tak boleh.”Zill Qayyim mula
membuat suara merajuknya.ish,susah betul la mamat ni.
“Makan ubat then tido.Assalamualaikum.”Nur Qarrah segera
meletakkan
iphonenya .Makin dilayan makin menjadi.Last-last satu penjelasan pun
tak ada.
***
“Sarah, nanti tolong mesej alamat bos kau.”kata Nur Qarrah pagi
itu.Sarah memandang wajah Nur Qarah.
“Kenapa?”soal Sarah.
“Bos kesayangan kau demam.Sebab tu dia tak masuk ofis.”kata Nur
Qarrah bersahaja.Tiba-tiba Sarah tersenyum.
“Kau dah baik dengan dia kan???Kan??”
“No komen.”Nur Qarrah masih cuba menahan senyuman.
“Alah dengan aku pun kau nak sembunyi.”cebik Sarah.
“Dengan kau lagi aku nak sembunyi.”balas Nur Qarrah.
“Nur aku minta maaf atas segala apa yang telah terjadi.Aku tak
tahu pulak benda ni boleh jadi sampai macam ni sekali.Aku tak ada niat pun nak
rahsiakan perkara ni dari kau.Aku buat semua ni bersebab.Aku pun terkejut bila pertama kali kau jumpa dia tu.Aku tak sangka pulak Zill tu orang yang sama dengan bos aku.”kata Sarah sayu.
“Dah la Sarah.Lupakan lah apa yang telah terjadi.Aku pun minta
maaf apa yang aku dah buat dekat kau.Masa tu aku tak dapat kawal perasaan
aku.”Nur Qarrah turut meminta maaf.
“ok,sekarang kita dah baik balik kan.”Nur Qarrah tersenyum sambil menganggukan kepala.
***
“Wah,besar giler rumah pakcik ni.”Nur Qarrah terpegun dengan
pemandangan di hadapannya.Sebuah rumah banglo 3 tingkat dengan laman yang
begitu luas.Huh,memang layak la pakcik tu duduk sini.Dia kan CEO.Ni macam mana
nak jumpa dia ni???Nur Qarrah lantas mengambil iphonenya.Nama Zill Qayyim
dicari.
“Assalamualaikum.Dah sihat ke belum?”soal Nur Qarrah.
“Kepala berdenyut lagi ni.Awak dekat mana?”giliran Zill Qayyim
pula bertanya.
“Dekat depan rumah awak.”kata Nur Qarrah selamba.
“Hah….”Zill Qayyim terkejut.
“Wait a minute.saya turun sekarang.”kata Zill Qayyim lagi.Nur
Qarrah hanya tersenyum .
Tiba-tiba pintu pagar terbuka.Wah,gate letrik.Kau ada???Kemudian
kelihatan Zill Qayyim dengan tracksuit hitam dan sweater biru.Kacak
sangat.Hish,cair….cair….Nur Qarrah mengalihkan pandangannya.Malu mahu
bertentang mata dengan Zill Qayyim.
“I thought u main-main semalam.”kata Zill Qayyim lembut.What???dia
ingat aku main-main.
“Kalau dah sihat tak apalah.I nak balik.”kata Nur Qarrah lantas
membuka pintu kereta.Namun segera ditahan Zill Qayyim.
“Alah sayang ni.Orang usik sikit pun nak merajuk.”kata Zill
Qayyim.
“Dah la tak ada masa nak melawak dengan awak.”kata Nur Qarrah
dengan muka masam.Zill Qayyim ketawa.
“Ok…ok…I’m sorry ok.Comel la sayang ni bila buat muka macam
tu.”Zill Qayyim cuba menyakat Nur Qarrah.Serta merta merona merah wajah Nur
Qarrah.
“Arg,nak balik la.”Nur Qarrah cuba menarik pintu keretanya.Tapi
tak tertarik rasanya dengan kekuatan Zill Qayyim.Ish,sakit pun kuat lagi ke???
“Semalam cakap nak bawak pergi klinik.”soal Zill Qayyim.
“Tak jadi.Macam dah sihat jer.”kata Nur Qarrah sambil memandang
wajah Zill Qayyim yang sedikit pucat tu.
“Kepala sakit lagi ni.Badan pun panas lagi.Tak percaya cuba pegang
lengan ni.”rengek Zill Qayyim.Ish,ngada betul mamat ni.
“Suruh driver you la bawak pergi.”Nur Qarrah cuba mengelak.
“Yelah,orang tu bukan ambil berat pasal kita pun.”kata Zill Qayyim
dengan nada jauh hati.Ish,ni yang lemah ni.
“Saya ni masih dalam mood marah lagi ni.Tapi disebabkan awak demam
saya hold dulu marah saya tu.Lepas awak baik nanti kita gaduh ok.”kata Nur Qarrah
tiba-tiba.Zill Qayyim tersentak.Dia ingat Nur Qarrah sudah lupa tentang hal
itu.
“I’m sorry.”ucap Zill Qayyim dengan wajah yang kelihatan keruh.
‘ish kau ni Qarrah…tak baik taw buat orang sakit macam ni.’
“Ok…ok…sekarang ni jom gi klinik.”kata Nur Qarrah lembut.Orang
cakap orang demam ni cepat sensitive.
“Erm…tak apalah.Saya makan ubat nanti baik la demam ni.”kata Zill
Qayyim perlahan.Alamak,dia merajuk la pulak.
“Ok…ok…I’m sorry.Dah jom.Saya bawak pergi klinik ya.”pujuk Nur
Qarrah.Namun Zill Qayyim hanya membisu.
“Awak…..”Nur Qarrah menarik-narik sweater yang dipakai Zill
Qayyim.’Aish,aku pulak yang nak kena pujuk dia.Terbalik sudah.’
“Betul tak nak pergi
ni?”soal Nur Qarrah sekali lagi.Zill Qayyim masih diam membisu.
“Kalau tak pergi sudah.Saya balik dulu.”kata Nur Qarrah.Cuba untuk
melihat reaksi.
“Erm…”hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Zill Qayyim. ‘ish,susah
betul nak deal dengan orang sakit ni.Last-last habis semua marah aku hilang.’
“Sayangku Zill Qayyim,jom kita pergi klinik.Saya dah janji dengan
Sarah yang awak akan masuk ofis secepat yang mungkin.Kalau awak tak sihat lagi,
macam mana nak masuk ofis nanti.Apa saya nak jawab dengan Sarah.”pujuk Nur Qarrah.Terpaksa merendahkan ego.See….perempuan
jugak yang mengalah sedangkan lelaki yang salah.
Tiba-tiba Zill Qayyim tersenyum.
“Cer ulang perkataan yang first tu.”kata Zill Qayyim sambil
tersenyum nakal.Nur Qarrah mengerutkan dahi.
“Perkataan apa?”Tanya Nur Qarrah seperti orang bodoh.
“Alah….yang awak panggil saya tu…apa tu…sa….ya…..”
“Eii…nak pergi ke tak nak pergi ni?Cepat decide.Petang ni I nak
kena masuk ofis.”Nur Qarrah cuba mengubah topik.Sudah malas mahu melayan
kerenah Zill Qayyim. ‘kali ni kalau dia tak nak pergi memang aku nak balik
betul-betul.’omel Nur Qarrah.
“Yelah…tunggu jap nak tukar baju.”kata Zill Qayyim sambil masuk ke
dalam.Nur Qarrah menghembus nafas lega.
***
“Jangan lupa makan sebelum makan ubat.”pesan Nur Qarrah sesudahnya
pergi ke klinik.Kini mereka berada di halaman rumah Zill Qayyim.Nur Qarrah
begitu terpesona dengan landskap rumah itu.Rumah orang kaya la katakan.Terdapat
air terjun buatan yang mengalir terus ke kolam di mana dia atas kolam itu terletaknya
wakaf yang mereka sedang duduki sekarang.Terdapat juga batu loncatan terapung menggunakan 'pebble wash' dan dikelilingi oleh
pokok hijau membuat sesiapa yang duduk di situ berasa nyaman. ‘Arg,buat apa la
aku dok menilai rumah orang ni.’
“Duduk sorang ke?”Tanya
Nur Qarrah kepada Zill Qayyim yang diam membisu.Zill Qayyim hanya menganggukkan
kepala. Ibu dan bapanya di rumah lain.Zill Qayyim ingin berdikari.‘Wah,rumah
besar..tapi duduknya sorang.’Nur Qarrah juga diam. ‘Haish,nak cakap apa ni?’
“Saya balik dulu.”kata
Nur Qarrah lantas bangun dari wakaf.Makin lama dia berhadapan dengan Zill
Qayyim makin sesak dadanya.
“Qarrah, nanti dulu.You
need to hear my explaination first.”kata Zill Qayyim.
“Nantilah.Tunggu awak
sihat kita cakap lain.”sebolehnya Nur Qarrah mahu mengelak untuk berbincang
mengenai perkara yang berlaku dalam waktu terdekat ini.
“No…saya rasa tak
senang hati bila awak pergi tanpa tahu kebenaran terlebih.Please, duduk dulu.”kata
Zill Qayyim separuh merayu.Nur Qarrah kembali duduk.Tak akan nak menghampakan
orang sakit.Iya tak?
“Firstly, saya minta
maaf sebab dah banyak bohong dengan awak.Saya buat semua tu bersebab.”kata Zill
Qayyim perlahan.Tiba-tiba Nur Qarrah berasa bengang.Bersebab?
“Yelah,sebab nak
mainkan perasaan saya kan.Saya dah dengar perbualan awak dengan Sarah dekat
restoran hari tu.”Nur Qarrah sedaya upaya menahan perasaan geram di
hatinya.Kalau tak mengenangkan si Zill Qayyim ni sakit memang dah lama makan
pelempang agaknya mamat ni.
“Bukan macam tu.I
really love you.Saya memang nak beritahu awak perkara sebenar.Tapi masa tu saya
kena pergi Sabah.Awak pun tahu kan.Sebelum saya terangkan segalanya dekat
awak,nampaknya awak terlebih dahulu mengetahuinya.”
“Saya buat macam ni
sebab nak cari wanita yang betul-betul ikhlas nak kan saya.Semua perempuan yang
saya jumpa hanya mahukan harta.Ya, memang saya boleh bagi semua tu.Tapi apa
yang saya nak hanya cinta.Kasih sayang yang ikhlas dari seorang wanita.Bukan
kasih sayang palsu semata-mata kerana harta.Sebab tu saya berlakon jadi cacat
untuk mencari wanita yang boleh terima saya seadanya.Semua wanita yang saya
jumpa tinggalkan saya bila tahu saya berkerusi roda.Tapi bila saya jumpa awak,
saya tak sangka yang awak akan menerima saya sebagaimana saya waktu tu.saya
ingat awak akan tinggalkan saya sama macam perempuan lain.Awak lain Qarrah.Awak
betul-betul istimewa.”panjang lebar penjelasan Zill Qayyim.
“Kalau awak nak menguji
pun,tak perlu la sampai macam tu sekali.2 tahun awak menipu saya.Dah la
bersekongkol dengan Sarah pulak tu.Sakit hati saya ni Allah saja yang
tahu.Siapa nak bertanggungjawab dengan luka yang awak dah buat ni?Sarah pun
tahu saya paling tak suka orang menipu saya,tapi dia still buat benda yang saya
memang tak suka.Awak tak tahu bagaimana rasanya bila orang yang kita sayang
bohong dengan kita.Dah tu bukan 1 perkara yang awak sembunyi, banyak.Dah
la.Saya malas nak cakap banyak.”kata Nur Qarrah.
“Qarrah…pasal Sarah
tu,dia tak bersalah pun dalam hal ni.Saya yang paksa dia untuk rahsiakan
perkara ini dari awak.Dia satiausaha saya.Jadi dia tahu apa yang berlaku.Dia
hanya nak tolong saya.Saya minta awak jangan salahkan.Saya pun baru tahu yang
awak kawan Sarah masa hari kita jumpa tu.Dia dah melarang saya berkali-kali
dari meneruskan perkara ini.Tapi saya yang degil.”Zill Qayyim masih cuba
mempertahankan Sarah.
“Nanti la saya fikir.
Saya nak balik.Awak pergi la berehat.”kata Nur Qarrah
“Nur Qarrah awak tak
sudi maafkan saya?”soal Zill Qayyim dengan pandangan sayu.Nur Qarrah hanya
mendiamkan diri.Dia lantas bangun untuk berlalu pergi.Baru beberapa langkah
kedengaran bunyi sesuatu jatuh.Nur Qarrah memandang ke belakang.Ya
Allah,Zill.Nur Qarrah segera mendapatkan Zill Qayyim yang jatuh pengsan di
hadapan wakaf.Nasib baik sempat jatuh atas tanah.Kalau jatuh dalam kolam tu tak
ke naya.
“Qayyim,bangun.Aduh,awak
kenapa ni.”Nur Qarrah menghampiri Zill Qayyim.Dia memangku kepala Zill
Qayyim.Ya Allah,panasnya.Berdarah la pulak kepala dia.Kena batu
agaknya.Aduh,apa nak buat ni?
***
Zill Qayyim membuka
matanya.Ish,kat mana ni?Dia memandang sekeliling.Macam dekat bilik dia.Macam
mana pulak dia boleh naik sampai ke bilik ni?Seingatnya tadi dia bersama Nur
Qarrah di wakaf.Oooo…terlupa pulak yang dia pengsan tadi.Tapi siapa pula yang
mengangkat dia tadi?Zill Qayyim melihat jam di dinding.Baru pukul 9 malam.
Dia lantas bangun dari
katil untuk turun ke bawah.Tiba-tiba perutnya terasa lapar.Seharian dia tak
makan mahunya tak lapar.Zill Qayyim turun ke dapur.Kelihatan Mak Jah pembantu
rumahnya dan Pak Karim(driver) di meja
makan.
“Eh,Zill.Nak makan ke?”Tanya
Mak Jah.Mak Jah dan Pak Karim ni suami isteri.Jadi untuk memudahkan kerja
mereka turut tinggal di rumah Zill Qayyim.
“Boleh jugak.”kata Zill
Qayyim perlahan.
“Zill dah rasa sihat
sikit?”soal Pak Karim pula.Zill qayyim hanya menganggukkan kepala.Meskipun
kepalanya masih terasa sakit.
“Nasib baik ada Cik Nur
tadi.Kalau tak tak tahu la apa jadi dengan Zill.”kata Mak Jah yang sedang
menyiapkan makanan untuk Zill Qayyim.Nur???Nur Qarrah???
“Mana dia Mak Jah?”
“Dah balik dah.Sampai
ke malam dia jaga Zill.Tu ke buah hati Zill yang buat Zill demam ni?”soal Mak
Jah sambil tersenyum simpul.Zill Qayyim hanya tersengih.
“Baik budaknya.Lemah
lembut.Sopan santun.”puji Mak Jah.
“Ni bubur dia yang
masakkan.Nah,makan la.Dia pesan suruh Zill makan ubat.”sambung Mak Jah
lagi.Semantara itu Pak Karim hanya tersenyum melihat wajah Zill yang kembali
ceria.Seminggu ini Zill Qayyim kelihatan tak bermaya saja.Sampai
demam-demam.Tangannya pula tak lepas dari membelek iphonenya.Berkurung dalam
bilik.Makan tak menentu.Kadang-kadang tu melepak dekat wakaf tu semalaman.Alih-alih
tertido dekat situ.Mana tak demam.
“Dia masak?Biar betul
ni?”Zill Qayyim seperti tidak percaya.
“Betul la Zill.”kata
Pak Karim pula.
“Siapa yang angkat Zill
Pak Karim?”soal Zill Qayyim.Musykil betul dia.Tetiba boleh ada dekat dalam
bilik.
“Pak Karim dengan Nur
la.Kelam kabut dia.Dah la dahi kamu berdarah pula tu.Macam mana la boleh
pengsan dekat situ.Nasib baik ada Nur.Dia yang ubatkan luka Zill tu.”jelas Pak
Karim sambil menunjukkan dahi Zill Qayyim yang berplaster.
“Entahnya Zill ni.Nasib
baik tak teruk lukanya.Macam nak menangis dah Mak Jah tengok si Nur.Kalau tak
mengenangkan kita orang ada, agaknya memang dah tersedu dia dekat situ.”giliran
Mak Jah pula bercerita.
“Sayang betul Nur tu dekat
Zill.Sedetik pun dia tak tinggalkan Zill.Kecuali nak solat.Duduk jer tepi
Zill.Demah kepala Zill.Ubatkan luka Zill.Sebelum balik tadi pun sempat jer dia
masakkan bubur untuk Zill.”ujar Mak Jah.Dah macam mempromote Nur Qarrah
pulak.Zill Qayyim hanya tersenyum.Dia tahu yang Nur Qarrah sayangkan dia.Dia
pun sama.
***
“Sarah,come to my
room.”arah Zill Qayyim sewaktu melalui meja Sarah.
Sarah yang ketika itu
sedang menaip sesuatu segera mencapai organizernya lalu bergerak menuju ke
bilik bosnya.
Tok…tok…tok…
“Masuk”setelah arahan
diberi Sarah memulas tombol pintu.Dia segera menghampiri meja Zill Qayyim.
“Apa schedule saya hari
ni?”Tanya Zill Qayyim tenang sambil menyemak fail-fail yang memerlukan pengesahannya.
“Pukul 10 nanti bos ada
mesyuarat dengan Tan Sri Khalid dari BSC Holding.Petang pula bos kena melawat
site di Shah Alam.Itu saja untuk hari ni.”kata Sarah setelah menyemak jadual
Zill Qayyim.
“Ok.Ermm…saya nak tanya
ni.Asal saya call Qarrah tak dapat?Dia marah lagi ke?”soal Zill Qayyim sambil
memandang wajah Sarah.
“Ooo…iphone dia
rosak.Masuk air.Sebab tu dia tak jawab call bos.”beritahu Sarah.
“Alah,boleh jer pinjam
phone awak kan.”kata Zill Qayyim.
“Dia sibuk sikit.Hari
ni dia nak ke Korea…..”
“What???Korea???Berapa
lama???”soal Zill Qayyim tiba-tiba.Terkejut Sarah dibuatnya.
“Erm…tak tahu.Mungkin
seminggu..atau 2 minggu mungkin.”
“Hah,2 minggu.Bila
flight dia?”
“Pukul 10”
“Asal dia tak cakap
dengan saya.Hish,dia ni.Kalau marah pun jangan la lari sampai ke Korea
nun.Sarah,awak batalkan semua appointment saya hari ni.Minta tangguh hari
lain.Kata saya ada emergency.”Zill Qayyim berlari keluar meninggalkan Sarah
yang kelihatan terpinga-pinga.Aik,apa yang terjadi ni???
Sementara itu di KLIA Nur Qarrah duduk di bangku yang
di sediakan. ‘Yea,hari ni I nak pergi Korea.’sorak Nur Qarrah dalam hati.Memang
sudah lama dia mengidam untuk ke Korea.Akhirnya tercapai jugak hasratnya.Ni
semua penangan daram Korea.Kalau tak, tak ada maknanya dia beria-ria nak ke
sini.Dah la di sponsor.Arg, tak sabar rasanya nak menjejak kaki ke Korea.
Nur Qarrah melihat
jam.Masih ada 15 minit sebelum penerbangan.Apa nak buat?Nak dengar mp3 pun tak
boleh.iphonenya rosak.Macam mana ntah boleh jatuh dalam kolam dekat depan ofis
tu.Hish,geram betul.Dah la mahal.Tu la cuai lagi kan.Erm,tengok sekeliling
ajelah.Tiba-tiba dari jauh, matanya menangkap susuk tubuh seseorang tengah
berlari.Ish,nak buat drama ke apa ni?nak kejar flight ke nak kejar awek?
Nur Qarrah buat tidak
tahu.Tiada kaitan dengan dia.Dia membelek passport yang berada di tangannya.Wah,muka
sebal jer.Macam hapa lagi.Nur Qarrah ketawa kecil.Dia kemudian memandang
sekeliling.Tak pasal kang ada yang cakap dia gila.Yelah,gelak sorang-sorang.
“Nur Qarrah binti
Qairudin.”tiba-tiba terdengar namanya disebut.Nama penuh pulak tu.Nur Qarrah
mengangkat kepala.Zill Qayyim.
“Eh,awak buat apa dekat
sini?”soal Nur Qarrah.Pelik melihat Zill Qayyim yang kelihatan tercungap-cungap
itu.
“Buat apa awak tanya.Kejar
awak la.”kata Zill Qayyim sebelum menarik nafas panjang.Yelah,sudahlah dia
membawa kereta seperti orang gila.Sampai saja di pintu KLIA dia terus berlari
mencari Nur Qarrah.
“Lorh,kejar saya buat
apa?”Tanya Nur Qarrah seperti orang bodoh.Tak memahami apa yang diperkatakan
Zill Qayyim.
“Yelah,awak tu.Merajuk
sampai nak membawa diri ke Korea pulak.Dah la nak pergi 2 minggu.Lama taw
tak.Kalau marah dengan saya pun janganlah sampai ke Korea nun.Awak ni,sampai
hati buat saya macam ni.Kan saya dah terangkan segalanya dekat awak.Kenapa awak
masih tak nak percaya dengan saya.”bebel Zill Qayyim.Nur Qarrah yang
mendengarnya tercengang.
“Dari siapa awak dengar
ni?”
“Dari Sarah la.”kata
Zill Qayyim tidak puas hati.Tiba-tiba Nur Qarrah tergelak.Sampai berair mata
dibuatnya.
“Eh,apahal pulak ni.”
“Adoi la awak ni.Saper
la suruh awak percaya cakap si Sarah tu.Apa yang dia cakap dengan awak?”soal
Nur Qarrah dengan ketawa masih bersisa.
“Dia cakap awak nak
pergi Korea 2 minggu.”
“Dia tak cakap ke sebab
apa?”soal Nur Qarrah lagi.Gelengan Zill Qayyim membuatkan dia kembali ketawa.
“Ish,apa ni.Tak faham
betul.”kata Zill Qayyim.
“Saya pergi Korea sebab
ada kerja.Syarikat suruh pergi sana tengok persidangan yang diadakan di sana.Rasanya
syarikat awak pun hantar wakil jugak kan?”terang Nur Qarrah.Zill Qayyim menepuk
dahinya.Macam mana dia boleh terlupa tentang hal ni.
“So,awak pergi Korea
sebab urusan kerja la ye?”Tanya Zill Qayyim.Dijawab dengan anggukan oleh Nur
Qarrah.Ish,nak kena Sarah ni.Tapi memang salah dia juga la tak tanya betul-betul.
“Ermmm,maknanya awak
tak marah saya la kan?”Nur Qarrah hanya menggelengkan kepala tanda tidak.
“Jadi awak dah maafkan
saya?”Nur Qarrah mengganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Yea….”
“Tapi 2 minggu tu lama
sangat.”kata Zill Qayyim manja.
“Eleh,2 minggu je pun.”Nur
Qarrah mencebik.
“Nak ikut.”rengek Zill
Qayyim dengan muka comel.
“Eh,tak payah nak
mengada ya.Kerja awak dekat ofis tu berlambak lagi yang siap.Ada hati nak ikut.”marah
Nur Qarrah.
“Alah,nanti rindu
la.Dah la iphone awak rosak.Tak leh la nak call.”rengek Zill Qayyim
lagi.Mengalahkan kanak-kanak sudah.
“Eiii,YM sudah.”kata Nur
Qarrah.Malas mahu melayan Zill Qayyim.
“Awak,lepas awak balik
kita kahwin ye.”kata-kata Zill Qayyim membuatkan Nur Qarrah terkejut. ‘Ish,dia
tengah propose aku ke ni?’
“Awak….”tiba-tiba
panggilan untuk penerbangan ke Korea kedengaran.
“A…a…Saya pergi dulu
la.”kata Nur Qarrah kelam kabut.Baru beberapa tapak melangkah Nur Qarrah
berpaling ke belakang memandang wajah Zill Qayyim yang kelihatan mendung itu.
“Awak…”Nur Qarrah
memanggil Zill Qayyim yang memandang lantai.Macam kanak-kanak rebena tak dapat
gula-gula dah muka dia.Zill Qayyim memandang wajah Nur Qarrah.
“Pergi la jumpa my
father kalau awak serius.”sejurus itu Nur Qarrah melangkah melangkah pergi
dengan senyuman yang tak lekang di bibir.Sementara itu, Zill Qayyim pula
tercengang.Tiba-tiba dia tersenyum.
“Yes….”
***
“Aku terima nikahnya
Nur Qarrah binti Qairudin dengan mas kahwin 101 ringgit tunai.”dengan sekali
lafaz Nur Qarrah kini sudah bergelar isteri kepada Zill Qayyim.Wah,bahagianya
hidup.Sarah adalah orang yang paling bahagia tatkala itu.Yelah,akhirnya kahwin
jugak kawan baiknya itu.Setelah pelbagai dugaan diharungi.Dia pula hanya
menunggu masa untuk menukar status.
“Tahniah Nur.”ucap
Sarah sambil mengucup pipi Nur Qarrah.
“Thanks Sarah.Kau bila
lagi?”soal Nur Qarrah.Namun begitu Sarah hanya tersengih.
“Wei,apasal hari tu kau
tak cakap yang aku pergi korea sebab kerja?”soal Nur Qarrah.Namun begitu Sarah
hanya tergelak-gelak.Dia memandang bosnya yang rancak berbual dengan tunangnya.
“Laki kau tu kelam
kabut sangat.Belum sempat aku habiskan ayat dia dah blah.Sayang sangat dekat
kau.Takut kau tu lari lagi.”kata Sarah sambil tersenyum lucu.Mengingatkan kekalutan
Zill Qayyim pada hari membuatkan dia tidak dapat menghalang diri dri tersenyum.
“Terkejut beruk
aku.Tetiba jer muncul dekat KLIA tu.”Sarah ketawa lagi.Tiba-tiba kedengaran microphone
diketuk.
“Assalamualaikum w.b.t.Berkesempatan
ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini
bagi meraikan perkahwinan di antara Zill Qayyim dan Nur Qarrah.Jadi untuk
menghiburkan anda dijemput pengantin lelaki untuk menyampaikan sebuah lagu.”tiba-tiba
jer si Amrizal ni membuat ucapan.Si Sarah pula menjegilkan mata.Zill Qayyim
yang segak dengan pakaian pengantin naik ke pentas yang disediakan.Nur Qarrah
pula terpinga-pinga. ‘Apa pulak la yang dia nak buat ni.’
“Assalamualaikum.Saya
ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir pada majlis
perkahwinan saya pada hari.Hari ni saya nak nyanyi sebuah lagu untuk isteri
saya yang tercinta.Wahai isteriku Nur Qarrah yang amat saya cintai….terimalah sedetik
lebih.”serentak dengan itu tepukan gemuruh diberikan.
Setiap nafas yang
dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai
angan
Dalam tidur dan
khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan
cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku
bernyawa
Kasihku ku amat
mencintai kamu
Kerana kau beri erti
hidup
Ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan
dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya
kamu
Biarlah kehilangan
semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Sekali lagi tepukan
gemuruh diberikan sebaik sahaja Zill Qayyim habis medendangkan lagu sedetik
lebih oleh Anuar Zain itu.Nur Qarrah tersenyum malu.Zill Qayyim suka melakukan
sesuatu di luar jangkaan.
“Untung la dapat
husband romantik.”usik Sarah.Nur Qarrah hanya tersenyum.Zill Qayyim menghampiri
Nur Qarrah dan Sarah.
“Macam
mana?Terharu tak?”Tanya Zill Qayyim.Namun begitu Nur Qarrah hanya mencebik.Zill
Qayyim mencubit pipi Nur Qarrah yang jelas kelihatan merah.Malu la tu.
“Eii…sakit la.”kata
Nur Qarrah manja.Zill Qayyim hanya ketawa lalu memeluk bahu Nur Qarrah.
“Bos,jaga
baik-baik kawan saya.Kalau jadi apa-apa dekat dia siap bos.”Sarah memberi
amaran kepada Zill Qayyim yang hanya tersenyum ceria.
“Eii….saya mesti
jaga elok-eloklah kawan baik awak merangkap buah hati saya ni.”kata Zill Qayyim
tegas.
“Awak tu,bilanya
nak langsung majlis.”
“Ish,bos dengan
bini bos ni sama jer.Tak ada soalan lain nak Tanya.”kata Sarah dengan wajah
masam.Nur Qarrah dan Zill Qayyim ketawa.
“Tu cik abang
awak datang.”Amrizal menghampiri mereka yang rancak berbual.
“Berbual apa ni?”Tanya
Amrizal.
“Ni si Sarah ni,Tanya
bila lagi majlis dia nak berlangsung.”kata Zill Qayyim mengenakan Sarah.
“Eh,apa bos
ni.Bila masa pulak saya Tanya macam tu.nur tengok la husband kau ni.Dia kenakan
aku.”kata Sarah dengan wajahnya merona merah.Nur Qarrah mencubit pinggang Zill
Qayyim.
Zill Qayyim
mengaduh sambil ketawa.
“Alah,bila-bila
jer boleh langsung.Tunggu tuan badan bagi green light jer.”kata Amrizal
selamba.
“Hah,nampaknya
dah boleh langsung ni.”sakat Zill Qayyim lagi.
“Eiii,,,tak nak la
duduk sini.”Sarah lantas bangun.Mereka ketawa melihat telatah sarah.
“Apalagi.Pergi la
pujuk.Buah hati awak merajuk tu.”kata Nur Qarrah kepada Amrizal.
Dia kemudian
bangun dengan senyuman lalu menuju ke arah Sarah.
“Sayang,kita nak
honeymoon dekat mana?”Tanya Zill Qayyim.
“Korea jom.”kata
Nur Qarrah ceria.
“Eiii…korea
lagi.Tak puas lagi ke pergi korea hari tu?”
“alorh,hari tu
pergi sorang.Tak nak pergi pun tak apa.”kata Nur Qarrah.
“alolo…merajuk la
pulak sayang abang ni.Yelah…kita pergi korea ok.”kata Zill Qayyim sambil
memeluk pinggang Nur Qarrah.
“Eii,,orang
tengok la.”Nur Qarrah cuba menolak tangan Zill Qayyim yang berpaut erat di
pinggangnya itu.
“Biar ler.Dah sah
pun.”kata Zill Qayyim selamba.Nur Qarrah hanya mampu tersenyum.Dia berharap
hubungan mereka akan kekal hingga ke syurga.Ya,cinta mereka itu gila……
~ mas ~