huish cepat sungguh buat entry baru...hehehe...tu la..aku ni sekali dah menaip...keja nak menaip je memanjang...ok..kali ni nak buat review pasal novel...tajuknya lafazkan kalimah cintamu....novel ni ditulis oleh Siti Rosmizah dan penerbitnya pulak SR Publication....
Sinopsis belakang buku:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
kebanyakkan novel selalunya akan buat citer pasal kawen paksa...sama juga macam citer ni..Tengku Aqilah terpaksa kawen dengan Tengku Rayyan Ameer yang juga merupakan sepupu dia.Tengku Aqilah macam anak terbuang sebab bapak dia Tengku Hisham benci giler dengan Tengku Aqilah ni sebab Tengku Hisham ni x dapat terima kematian isteri dia.Isteri dia mati sebab kanser payudara dan masa tu dia tengah mengandungkan si Tengku Aqilah ni la.So, Tengku Hisham anggap si Tengku Aqilah ni lah penyebab isteri dia mati.Memang ego betul la si Tengku Hisham ni..dah tu boleh pulak dia sayang anak sulung dia yang juga kakak si Tengku Aqilah ni iaitu tengku Natasha ni melampau2...sampaikan PMR ngan SPM lingkup pun sayang lagi..kononnya x leh nak fokus sebab mak dia meninggal...pirahh...boleh jalan da...tak kan bertahun hang nak bersedih kot...life must go on ok.......kalau aku la...mesti mak aku dah ligan ngan penyapu..huhuhu..ok...cool2...novel ja
Berbalik pada Tengku Aqilah ni, dia berjaya la sambung dia punya study sampai ke oversea...tapi bila balik Malaysia...tetiba ja kakak dia yang angkuh lagi bongkak tu suruh dia keja dekat syarikat family dyeowang sebagai tea lady..apa jadahnya hang belajaq sampai oversea balik2 kena keja sebagai tea lady...kononnya nak bagi dia mula dari bawah la..agak2 la wei..huh....pastu nak dijadikan cerita Tengku Rayyan Ameer ni kekasih Tengku Natasha terpaksa kawen ngan si Tengku Aqilah sebab wasiat bapak dia...adoi,,,masalah2..bayangkan hampa kena kawen ngan pakwe kak hampa...huh,,,dah selalu gaduh pulak tu,,,,kalau aku memang tak la..tapi kalau dah jodoh kan..x ke mana..
biasa la citer melayu...lama2 mesti jatuh cinta bagai kan...orang kata langit x selalu cerah kan...macam tu jugak la dengan rumah tangga Tengku Aqilah dengan Tengku Rayyan Ameer ni....ada ja benda yang jadik....huh,,,nanti hampa baca sendiri...kalau aku citer semua x laku la novel ni nanti...hehehe
pada pendapat aku novel ni berjaya menyentuh hati la...dari segi hubungan di antara ayah dan anak...aku dapat bayangkan betapa bencinya si ayah tu dekat anak dia....bayangkan la dia sanggup bagi anak dia keje tea lady ja kat pejabat dia...x patut betoi....memang sedih la..
tapikan yang x bestnya watak tu macam x berkembang...maksud aku citer ni macam dalam family dyeowang jer...geng2 kerabat2 ni...ni satu gi..citer melayu ni kalau x geng datok datin mesti tengku2 belaka...mesti nak orang kaya punya lah...yelah kalau dua2 orang x best la citer,,,,hadoi la...tapi x pa..yang penting best dan mesej yang nak disampaikan tu berjaya...tapi terdapat jugak beberapa perkara yang patut dijadikan sempadannya...contohnya time si Tengku Aqilah pakai rambut palsu...korang pikir sendiri la yer..jangan terpengaruh..ni hanya citer dalam novel..yang baik tu ambik yang x baik tu jangan pulak dok ikut...apa2 pun tahniah untuk penulis...maapkan ak kalau review aku ni ada mengguriskan hati sesapa..ok..peace no war..
credit to: http://novelmalay.blogspot.com/2011/10/siti-rosmizah-lafazkan-kalimah-cintamu.html#ixzz2CrA6bZqt
0 sayang aku...:
Post a Comment