hari tu aku ada cakap yang aku nak buat review la sikit pasal novel2 yang aku dah baca...hari ni aku nak tulis pasal novel cinta kontrak karya Nurul Ain Syuhada.Kalau tak silap aku dia ni baru umur 19 tahun....muda lagi...sama macam aku..hehehehe...ok2...berbalik pada tajuk novel tu...minta izin ya nak buat ulasan...=)
Sinopsis:“Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Review:
Dah banyak rasanya cerita2 yang berdasarkan cinta kontrak ni.Asal kahwin paksa mesti ada kontrak.Kalau tak silap aku tak ada istilah kahwin kontrak dalam perkahwinan Islam...yang lain aku tak taw la pulak...ok2...kita cerita pasal novel ni...cerita dia best...memang banyak lawak la dalam tu....cara penulisan dia pun santai jer....tak berat sangat....aku suka baca cerita2 yang santai2 ni....dan yang pastinya mesti ada orang ketiga dan keempat...aku rasa semua novel macam tu...betul tak???
firstly kita cakap pasal watak utama.Nur Alia Airysha.Dia ni seorang gadis muslimah yang memakai tudung labuh.Berumur 19 tahun dan berperangai sangat2 brutal.tak boleh la nak cerita lebih...kang hampa tak mau beli pulak novel ni...Then,hero dia pulak nama Danial Franz merangkap suami si Airysha nih.Mula2 tu si Danial boleh dikatakan playboy la jugak.Perempuan keliling pinggang.Tapi lepas kawen memula tu degil sama macam si Arysha ni.Perangai lebih kurang jer.tapi lepas tu sangat2 sweet la si Danial ni.Si Danial ni ego...tak mau cakap yang dia suka dekat si Airysha ni.Orang kata cinta pandang pertama.Lelaki..biasa la..tak habis2 dengan ego dia tu.Opppss,,,sorry lelaki.
dari apa yang aku baca dari komen2 pasal novel ni di blog2 lain...ada yang kata best ada yang kata tak best...biasa la tu kan...kan...pandangan orang berbeza...tapi jalan cerita dia best...banyak lawak...dan yang paling best pasal dia suruh si Danial ni kahwin lain...opppss....tak leh nak cerita banyak2...kalau nak taw kena la pi beli dan baca sendiri ok...kalau aku cerita dekat sini..nanti marah si penulis kat aku...novel dia tak laku...hehehe
tapi ada jugak la kekurangan dalam novel ni.part yang aku tak berkenaan di hati tu pasal si Airysha ni.Dia seorang gadis muslimah yang bertudung labuh.Sudah semestinya dia taw kan bab2 agama segala bagai..tapi still kasar dengan suami...cakap pakai main hentam dia saja....huhuhu....aku rasa penulis membayangkan dirinya kot dalam tu...uishh,,,aku cakap macam ni kisah sebenar je kan...sorry penulis...ni pandangan saya saja...sebab aku rasa...bukan aku rasa...setakat yang aku jumpa la...muslimah yang bertudung labuh ni semua berpewatakan lemah lembut..tak taw la kot ada yang jenis ni...eh,,aku ada la sorang kawan yang pakai tudung labuh,,,memang dia brutal...tapi aku rasa dekat luar dia still malu2 gitu....ok..aku tak taw kot2 memang wujud orang yang macam ni...kan...kan...lagipun Airysha ni umur baru 19 tahun...baru nak matured orang kata...huhuhu
ok...tak mau la pertikaikan...dia yang tulis novel ni...so dia mengetahui..tapi still slute kat dia sebab mampu hasilkan sebuah novel yang sebanyak 596 muka surat...kalau ada orang yang nak kutuk dia lebih2(termasuk aku la..kalau hampa rasa aku kutuk dia) tanyalah dulu diri hampa..mampu dak hampa nak tulis novel muka suratnya sebanyak 596???aku nak tulis cerpen pun ambik masa sebulan baru nak siap...huhuhuhu..setiap orang ada kelemahan...termasuk aku...
uish ni dah masuk cerita lain nih.....tak pa2...minta maaf erk..kalau review aku melampau....harap Nurul Ain Syuhada dapat la memperbaikinya...Lagipun dia pulak penulis muda yang masih hijau dalam bidang penulisan ni...ye tak....ni semua pendapat aku saja..pendapat orang ni lain2....aku rasa review aku dah macam hapa lagi...lebih banyak kepada meluah perasaan...sorry erk..ni first time aku buat review pasal novel....tengok aku pun ada kelemahan2 sendiri jugak...iya tak...eh,,sudah la...satgi cerita bebanyak jadi melalut2 pulak kat sini...so,,stop kat sini je la k...peace no war...=)
0 sayang aku...:
Post a Comment