Saturday, 24 January 2015

novel vs realiti

Assalamualaikum w.b.t
bosan weh bosan...semenjak menganggur ni keja aku mengadap laptop ni jelah..tak taw nak buat apa dah..hehehe..nak baca novel tak dak novel baru..maklumlah penganggur mana ada duit nak beli novel..ye dok...

bercerita pasal novel ni aku teringat something dan terasa nak coret2 la kat sini..dah baca kan tajuk kat atas tu..novel vs realiti...semenjak 2 3 menjak ni kan..drama2 melayu banyak ambil adaptasi dari novel kan....ada yang best dan ada yang errrr.....aku memang peminat tegar novel..mengaku awai2...tapi kan aku x setuju sangat bila banyak sangat drama2 ni ambik dari novel sebab kita dah taw apa endingnya..ye tak....tapi kalau filem tu ok kot..eh jap..apasal aku rasa macam lari tajuk ni..

bukan yang tu aku nak cerita sebenarnya....terpanjang pulak mukadimah...hampa2 yang suka baca novel tu mesti taw kan sekarang ni berlambak novel2 yang dijual kat luar tu...macam2 keluaran macam2 tajuk sampai tak terpilih..sayang berjuta kali sayang ceritanya sangat klise..boleh dikatakan semua cerita tentang cinta, cinta 3 segi, kahwin paksa, kawin gaduh baik balik and so on lah...lepastu watak2 dalam tu pulak uissshhh hebat2 belaka..kalau bukan CEO, anak dato, tan sri memang tak sah ye tak..kalau kaya dia tu..tahap petala ke lapan..tak pakai bugatti veyron tak sah....pastu mesti hensem ala2 ayen ajiz(orang cakap dye hensem bagi aku biasa jer)...tu kalau hero..kalau heroin mesti cantik macam fajura...pastu kacukan sampai ke jepun,korea,cina,filipina....uish segalanya la....ermm..novel2

yelah kalau tak gambarkan hero dan heroin macam tu tak laku la novel..ye tak..mood nak membaca tu spoil..hahaha...tapi dari segi moral dari cerita tu...ada la ciput...bukan apa...semenjak aku terbaca satu novel ni...tajuk malas nak cakap sini...Ya Allah..aku terasa penulis sekarang ni semakin berani..berani mendedahkan perkara2 yang tak sepatutnya..agaknya novel pun kena letak tanda amaran pembaca kot...umum dan 18sx...memang gilalah....yelah unsur s*** yang berlebihan..hampa ingat yang membaca ni orang tua ja..budak2 bawah umur tak baca?ada jugak budak2 sekolah yang baca novel la...depa tu bawah umur lagi tau..tolonglah berfikir sebelum menulis..sungguhpun hang dah kawin hang tak yah la cita apa yang hang ngan laki hang buat ye tak...merosakkan minda budak2 bawah umur tau..

kawan aku penah tanya..macam mana eh penulis yang tak kawin tapi boleh menulis tentang alam perkahwinan..benda2 yang tak pernah dye lalui..nampak tak kat situ..hampa mesti nak cakap novel tu rekaan semata2..tak payah nak bayangkan..tapi macam mana hampa menulis kalau hampa tak membayangkan..orang yang berimaginasi tinggi ja mampu manulis(pendapat aku la)..so point kat sini..benda2 dalam novel tu semua memang rekaan...tapi ada jugak benda2 yang ditulis tu berkemungkinan ditiru bagi yang tak cukup akal untuk berfikir..jap aku rasa aku sangat merapu..maaflah kalau tak paham..benda yang aku nak tekan kat sini..tolonglah berfikir sebelum menulis

pastu adik2 kat luar sana..novel tu semua fantasi ja..jangan berangan lebih2 ya..hidup kat dunia ni tak semudah cerita dalam novel..kawin ngan anak orang kaya pastu mak mertua tak suka..kena halau pastu mak mertua sakit balik jaga sihat pastu happy ending..no no no...pastu jangan nak berangan sangat la bos2 tempat keja tu hensem belaka..tu semua fantasi berlebihan..hahahaha...by the way ada ja novel2 yang bagus dan ada unsur agama dan moral value yang boleh kita pakai..next entry aku cerita ya novel2 yang best dan bagus..maaf ya kalau entry ni ada yang terasa..aku just mencoretkan apa yang ada di minda..tak terniat nak menyakitkan hati sesiapa..minta maaf minta ampun...

wassalam

Thursday, 22 January 2015

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah..lama sungguh x buka blog ni..dah berhabuk bersawang segala ber la...last post pun ogos 2013..sekarang dah masuk 2015...setahun lebih juga ya aku x merapu kat sini...yelah tahun 2014 aku sangatlah sibuk..dengan final year projek..praktikal dan tahun 2014 tahun yang agak mencabar la..sebelum tu rasanya x terlambat lagi kot nak ucap happy new year to uuoollzzz semua..harap tahun baru ni tahun yang memberi seribu erti dekat kita ok..


erm..tu jer kot setakat ni...mukadimah tahun baru dan sekembalinya aku ke dunia blogger..kuang2..harap2 tahun ni aku dan uoollzzz semua murah rezeki eh..amin2..hehehe babai assalamualaikum w.b.t

Tuesday, 20 August 2013

Konflik di Mesir???

Assalamualaikum w.b.t.

semenjak 2 menjak ni dok kecoh di pacebok pasai konflik di Mesir...ramai dah dok tukar dp ngan cover photo masing2(termasuk aku)...kononnya nak tunjuk keprihatinan la..huhuhu..bagus2..rakyat Malaysia memang prihatin belaka....dekat tb, pacebok, blog dan sebagainya dok cita pasai ni...ok masalah sekarang hampa sekalian taw ka dak apa sebenaqnya yang jadi di Mesir?Apa puncanya jadi pergolakan tu?sebab tu la tajuk aku hari ni 'Konflik di Mesir???'...nampak dak ada tanda soal 3x...huhu




hari ni aku nak pi bank in duit untuk beli tshirt 'Pray for Egypt'..then aku cakap la kat mak aku...lebih kurang macam ni lah perbualan aku ngan mak aku

aku: orang nak beli tshirt pray for egypt
mak: nak buat apa?
aku: membeli sambil menderma
mak: nak derma buat apa??

ok..dekat sini aku nak highlightkan..nampak tak warga2 emas macam mak aku ni x paham apa sebenarnya yang berlaku di Mesir...apa punca berlaku pergolakan dan sebagainya...depa memang tengok tb, tengok berita...tapi depa tak didedah dengan lebih detail..macam kita yang pandai sikit guna internet ni sekurang2 boleh baca di pacebok, blog dan sebagainya...mungkin ada diceritakan serba sedikit dan mak aku tak ambik pusing...tapi aku rasa tak secara keseluruhan..aku tak cakap mak aku saja..maybe warga2 emas yang lain yang duduk di kampung dan tak taw nak gunakan internet dan boleh dikatakan tak brapa nak educated pasal dunia teknologi ni...

dan aku rasa ada lagi muda mudi yang kalau tanya SEBAB apa berlakunya krisis di Mesir tu?siapa Hosni Mubarak?siapa Muhammad Mursi? aku berani potong kuku yang akan ada yang tak taw punya..memang depa taw ada krisis di Mesir tapi tak taw secara menyeluruh...kat sini aku bagi satu link untuk hampa yang x taw apa2 ataupun taw sikit2 tapi nak lebih lanjut untuk baca dan tambah pengetahuan hampa.Klik sini.



pastu ramai gak yang tukaq dp pacebok jadi dp macam yang kat atas ni...taw dak apa menda alah ni sebenaqnya..aku pun x taw nak cita...so sila tengok kat sini...sebagai anak yang ada sedikit pengetahuan pasai konflik Mesir ni aku pun cita la serba sedikit...nak cita banyak satgi aku merapu..hehehe..cita apa yang aku taw saja agar tak terpesong dari cita yang sebenaq...so, buat anak2 yang taw pasal benda ni why not hampa share sikit dengan parent hampa apa yang terjadi di Mesir supaya depa taw apa yang berlaku sebenaqnya...ok lah..aku pun tak mau merapu banyak2 kat sini...

ni aku kasi lagi satu link untuk hampa tengok baju tshirt 'Pray For Egypt' dan 'R4BIA'..mana taw kot2 berkenan nak beli...dekat sini kita boleh membeli sambil menderma...kalau tak taw nak salur derma macam mana ni salah satu saluran...yang hampa menderma tapi hampa dapat benda....opppss sebelum tu..bila aku cita pasai Mesir tu mak aku pun tetiba nak beli juga baju tu...hehehe...nak tengok kat sini....tu ja kot nak habaq... peace yaw... PRAY FOR EGYPT...assalamualaikum..




Monday, 15 July 2013

anthem ~ hlovate

Assalamualaikum w.b.t
hoollllaaa semua.....selamat berpuasa..hari ni dah masuk hari ke 6 kita menjalani ibadah puasa...hampa posa ka idok hari ni???harap2 posa la na...ok hari ni aku nak buat review novel anthem...karya hlovate...x taw la hampa penah baca ke tidak novel2 dia yang sebelum ni...aku dah pernah baca 2 buah novel dia dan termasuk ni 3 la kan...so x payah banyak mengarut kita straight to main point.



sinopsis: 

Silam:Westernized.Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India. 
Selepas Silam:Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya.  
Kini:Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhakuntuk menjadi dirinya sendiritanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

bagi aku semua karya hlovate best..dan banyak pengajaran boley diambil..ia bukan sekadar novel yang kita just baca dan lupa..dalam novel anthem ni kisahnya pasal si nur dania dashrin a.k.a dash..budak nomad yang selalu berpindah randah disebabkan bapanya yang maybe kerja sebagai diplomat(x tahu la keja apa...maybe aku terlepas pandang)..lepas tu bapa dia hantar dia balik Malaysia sebab dia nak kena ambik spm..actually bukan pasal nak ambik spm la sangat..sebab ada satu peristiwa yang berlaku sebab tu bapa dia hantar dia balik malaysia supaya dia dapat kembali kepada jati diri asal dia..dash ni memang rock la..taw saja la kan bila dah dok di oberse ni macam mana keadaannya kan..tambah2 bila mak ngan ayah sendiri pun x hirau bab anak2..memang ke laut la jawabnya...

so bila si dash ni balik ke malaysia..semua orang pandang negatif dekat dia..macam dia ni seolah2 bawa budaya barat..dia just nak jadi diri dia yang sendiri..so dia x peduli apa orang nak kata..dan pada masa yang sama dia terjumpa lee iaitu seorang hitler dekat sekolah dia...memang anjing ngan kucing la depa dua ni..pantang jumpa...

then sampai satu masa tu dia dapat hidayah di mana dia tersedar kekhilafan dia dan mula nak belajar balik mengenal apa itu erti Islam yang sebenar...tapi tu la kan...bila nak buat baik dan berubah ni ada saja halangan..tambah2 dengan mak ayah yang juga x mengerti apa itu Islam yang sebenar...

ada juga satu peristiwa yang berlaku di antara dia dan jugak adik dia haikal....hlovate pandai olah watak haikal jadi x boring..selalu watak2 macam ni akan tenggelam dekat tengah2..tapi dalam novel ni x...

itu ulasan aku untuk novel ni..ni kasi pendapat aku pulak la..apa yang tengok hlovate cuba nak sampaikan macam mentaliti rakyat malaysia...contohnya bila si dash ni masuk sekolah dengan x pakai tudung dan ala2 boyish sikit..mentang2 dye budak oberse semua orang hentam dia...semua orang ingat dia x solat..x pandai baca AlQuran...oooohhhh malaysian...don't jugde the book by its cover la...

pandangan2 negatif ni kekadang membuatkan orang2 yang macam dash ni rasa down walaupun dia berada dalam negara dia sendiri tempat tumpah darah dia..dalam hati dia terdetik nak berubah tapi disebabkan benda2 macam terus hilang niat tu..why not kita beri dia galakan..sokongan dan nasihat..ye x??bukannya dok kutuk2 belakang tengok macam alien terlepas dari planet marikh..

dan aku suka ayat2 hlovate

 ~Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

~ We are all born with heaven's key . Either we retain it or 
   we lose it . 
~Better late than never
~Allah tengok usaha bukan natijah

lastly...before uooolllss baca..bagi yang mereka yang englishnya bersawang macam aku ni better uuoollss sediakan kamus di sebelah ataupun duduk di depan laptop sambil buka google translate siap2...bahasa dalam novel ni agak tinggi bagi orang2 yang macam aku ni nak paham..apa2 pun novel ni best dan aku kasi 5 bintang..sila beli dan uuooollss x kan menyesal...ok..babai..assalamualaikum...











Thursday, 11 July 2013

Ramadhan kembali




Assalamualaikum w.b.t

hai uuuooolllsss semua...apa habaq???sihat dak hari ni???maklumlah sekarang dah masuk bulan ramadhan kan...mesti semua orang tengah layu jer sekarang(time aku tulis ni tengah hari)...so uuuoollss semua...aku rasa belum terlambat aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ni..so hari ni aku nak cerita sikit la pengalaman aku berpuasa walaupun hari ni baru hari ketiga..

uoolllss sekalian..seperti tahun yang lepas aku tak dapat balik untuk berpuasa bersama2 dengan family..aku ada short sem untuk aku habiskan(shortsem yang terakhir)..so nak kata sedih tu x sangat la sebab aku dah biasa x berpuasa bersama2 family...tapi kan tahun ni aku dah satu pengalaman baru yang sangat2 best dalam hidup aku...seperti yang hampa tau..budak2 uni sangat2 kekurangan duit..tambah2 aku ngan kengkawan aku sebab masa short sem kami x dapat duit ptptn..maybe sebab 2 bulan ja kot...so nak menjimatkan duit kami pun bercadang la nak berbuka dekat masjid..aku taw budak2 u mesti selalu p bukak posa kat masjid sebab nak jimat...iya dak..(macam aku)

tapi nak habaq kat hampa ni memang first time la aku pi bukak posa kat masjid..seyesly habaq kat hang..memang pengalaman pertama la...hahaha..masa tu cuak jugak la..dok pikiaq cukup ke idok makanan..ruang makan tu terbuka ka acaner??kang campur ngan laki ka hapa ka kan???so bila p ja semalam semuanya berlainan dari apa yang aku pikirkan...opkos la tempat makan laki dan pompuan terpisah kan...kami berbuka di bilik yang berlainan tapi bersebelahan..dan yang syoknya kami makan dalam talam/dulang...taw dak makan dalam talam tu macam mana???ala dye bubuh nasi ngan lauk dalam satu talam pastu hampa makan la ramai2....

dan masa tu aku pikir lagi...aik cukup ka ni??satu talam nak makan 5 orang...aku dah la jenis makan sepinggan penuh...huhuhu(perasaan tamak mula menjelma)tapi alhamdulillah bila dah makan ramai2 tu keberkatan yang kita dapat tu lain taw...walaupun makan x banyak..tapi kekenyangan dye lain...sampai balik ke umah aku x rasa lapaq...alhamdulillah...dan itu pun memang first time aku makan dalam talam...aish..best2...

macam ni la makanan yang disediakan


dah habis berbuka tu apalagi p solat maghrib ler...lepas isyak macam biasa buat la terawih sekali...tapi dekat sini kebanyakkan masjid buat terawih sampai 8 rakaat ja..termasuk witir jadi 11 la kan..mungkin sebab esok tu depa nak keja kan...so buat lapan je la..adoi tetiba rindu nak balik rumah...sebab aku dari cuti midsem sem lepas aku x balik sampai la ke sekarang...ala..kalau selalu balik x best..jarang balik ni baru orang kata di perantauan...saja la nak buat mak aku rindu kat aku...hehehehe...hari tu pun dye dok tanya boleh dak balik awal...sory la mak..sekarang ni tengah buzy..susah sikit nak balik..lagipun jauh kan..kalau balik selalu pokai la...iya dak..so kita jumpa nak raya nanti k...oklah tu saja aku nak cerita...nanti bila free aku update lagi k...selamat berpuasa semua...assalamualaikum....

Monday, 1 July 2013

bukan kerana aku tak cinta

Assalamualaikum w.b.t
hollaa...hollaaaa.....hai uuooolllssss....bila aku dah start meng'update' agak susah untuk aku berhenti...muahahahahaha...ok kali ni nak buat review sikit pasal novel yang dah lama keluaq dan dah lama aku baca tapi baru aku nak buat review...muhehehehe...minta maap semua...buzy2..ok kali ni aku nak review novel bukan kerana aku tak cinta by E-man Suffi.


Sinopsis:

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”  
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. 
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” 
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

fuhhh...tengok cover depan pun dah gempak...aku suka cover tu...nampak ganas..tapi ada kejiwangan..sebab ada bunga ros dan tulisan warna pink tu...hahahaha... i like it...ok cita dalam novel ni tak lah seganas cover depan novel tu..bagi aku cita Eman Suffi semuanya best...like hikayat sang pematah hati dan suami yang ku benci...dan untuk pengetahuan anda2 sekalian.. watak2 dalam novel ni merupakan watak kesinambungan dari novel2 yang sebelumnya...ermm..bukan kesinambungan sangat la..tapi Eman Suffi ada memasukkan watak2 dari novel2 dia yang sebelum ni dalam novel ni..kira berangkai la jugak..

tapi x pa..kalau hampa tak penah baca novel2 yang sebelum ni jangan risau sebab hampa still akan paham cita ni...alah dia cita yang baru cuma watak tu dibawa ke dalam cita ni,..so hampa akan tertanya dia ni sapa,....eh..tetiba dia ni sepupu dia ni...pastu..eh mamat ni adik beradik dia ka??celah mana yang adik beradik tu...hahahahaha(over)..tengok cita pasal watak je pun dah banyak..bila nak mula buat review nih....

ok2..cita ni pasal hannah mastura iaitu adik kepada hannah mariyam(boleh baca suami yang ku benci) yang suka sangat dekat si jebat ni a.k.a pekerja kepada abang iparnya iaitu uwais ukasyah yang juga merupakan suami kesayangan hannah mariyam..tudia..paham ke dak??hahahaha...mastura(mas) ni memang x taw malu la..sebab dok p ngorat si jebat ni walaupun lagi terang sudah bersuluh yang si jebat ni x mau kat dia...macam2 la yang si mas ni buat nak kasi si jebat ni jatuh cinta kat dia...memang lawak la...dah tu si jebat ni pulak jenis yang cool gitu..x suka sangat melayan si mas ni sebab dia taw yang si mas ni adik ipaq kepada majikan dia..dan dia taw hannah mariyam garang...so dia pun x berani la nak hard2 feeling sangat..kang x pasal2 kena pelangkung ngan hannah mariyam..maklumlah dia kan pekerja bawahan saja kalau nak dibandingkan keluarga hannah2 sekalian tu..

tapi dengan izin Allah s.w.t akhirnya depa kahwin juga...ermm..bertambah menarik cita ni...oopppsss...sebelum tu nak cita sikitla pasal jebat ni mamat ni cool jer orangnya dan kat mata si jebat ni ada parut..so nampak ganas dan samseng..tapi hati dia baik...dia ni memang taiko besaq la...dia ni dari gangster nak kembali ke jalan yang benar ..nak bertaubat atas dosa2 dia dulu...sebab tu la dia x mau rapat2 sama si mas ni..takut si mas ni x leh nak terima masa lampau dia...haiya...ok sambung balik bila dah kahwin...mas ni pelik la ngan si jebat ni..kalau nak salin baju ja mesti masuk bilik dan kunci pintu....kalau aku pun pelik apa pasal la laki aku ni..buang tebiat ka apa??(ok mastura ni jenis x malu sikit..paham jela) sampai la satu masa di mana jebat dedahkan badan dia dekat mastura...masa tu terkejut beruk si mastura ni sebab tengok badan laki dia penuh dengan tatto...oohhhh..my..bayangkan la badan laki hampa ada tatto..dan tatto tu susah nak buang..macam mana??

memula tu mastura memang x leh nak terima....yela taw yang laki dia bekas gengster dan taiko besaq kot...kalau aku gerun wooo...memula tu dia benci juga la dekat si jebat ni..tapi lelama jebat ni dok pujok2..cair juga la dia..yela hati pompuan ni mudah cair...huhuhu..dan banyak peristiwa2 yang berlaku dan rahsia demia rahsia terbongkar...sampai la family si mastura ni taw yang si jebat ni bekas gangster..mengamuk sakan si hannah mariyam tu bila taw adik dia kawin ngan gangster..nak buat macam mana..jodoh la..dah tu ada pulak la pompuan yang datang nak kacau rumah tangga si jebat ngan mastura ni..memang banyak rintangan betui la depa ni kena lalui..agak2 depa bahagia sampai ke sudah cerita ke x???memang yang part2 belakang tu membuatkan hati aku berdebar2 nak baca...hehehehe

aku x leh la nak cita semua kat sini..kang x pasal2 Eman Suffi marah aku...huhuhu...walaupun cita ni dah lama keluaq..tapi aku masih suggest untuk hampa2 sekalian beli...sebab memang best..novel2 Eman Suffi memang best dan x penah mengecewakan...ermm..kalau hampa nak baca dulu sedikit cerita dari novel ni sila klik sini...ok..sampai sini dulu na aku review..nanti aku review novel lain plak....assalamualaikum

p/s: x sabaq nak beli dan baca my precious iris...kesinambungan i love u stupid by melur jelita.










susah nak buang

Assalamualaikum w.b.t
holla....dah lama x update..malaih kemain aku sekarang ni...dengan internet yang ntah apa-apa...ok guys sekarang dah masuk bulan 7...x lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan...horreeyyyy...bestnya...puasa....puasa...jimat duit..hahahaha(sengal)erm..sebenaqnya x dak kaitan pun dengan tajuk di atas...hahahaha

ok2..meh nak cita sikit la pasal hari ni..erm..tadi aku ngan member2 aku baru lepas tengok running man(ep152)...tetiba ada part kwang soo balas dendam kat kim joong kok(kjk)..pastu semua bersorak sakan la...hhuhuhu...sian kjk..erm...member2 aku ramai yang x suka kjk(dalam running man la)..yelah dye kan suka mengarah...garang dan sebagainya...opppss..tu bukan persoalannya di sini..seyesly aku cakap start dari awal aku memang suka tgk kjk sebab dye kuat...dan smpai la sekarang ni dye tetap pilihan no 1 aku kalau dalam running...

aish...susah tul la nak buang benda yang kita suka tu...maksudnya aku x leh nak tetiba minat kat jae suk..ooohhh..tidak2..itu bukan aku...huhuhu..ok kat sini aku bukan nak cita pasal running man tu...aku takut la nanti ada yang salah paham ka apa kan..aku ni jenis yang susah nak buang benda2 yang aku suka dan sayang..contohnya perasan minat kat kjk tu la..walaupun ada banyak perkara annoying yang dye buat dalam running man tu yang buat peminat-peminat ahli running man yang lain pandang slack kat dye..aku ambik contoh running man sebab aku baru tengok tadi dan baru terperasan hal ni..ok its not a big deal right...

alah aku just nak cakap apa yang aku rasa la...aku ni jenis yang cepat bosan..so bila aku suka sesuatu tu susah untuk aku nak buang perasaan tu..ok bab2 perasaan ni bukan cintan cintun ok..kang kalau ada yang baca post ni perasan pulak la aku dok suka kat dye...setakat ni perasaan cintan cintun x dak dalam hati k...no hard feeling..sorry...pastu bila aku dah start annoying kat someone...then bila dye buat something yang erm..x taw nak cakap..opkos la aku rasa annoying(ok aku dah start merapu)...dan bila aku dah start rasa annoying tu susah untuk aku buang..even hg wat kebaikan kat aku..ohhh susahnya punya perasaan macam ni..tapi..bila aku pikir balik kan...aku rasa annoying kat orang tu...ntah2 orang tu berpuluh juta kali dye rasa annoying kat aku..ye tak???so..untuk mengelakkan perasaan annoying aku tu..aku diam jelah....kekadang tu terlepas jugak...mulut aku ni laser jugak..sapa yang dah lama kawan ngan aku dye mesti taw betapa lasernya mulut aku ni...fuhhhhhh...lega jugak bila dapat luah kat sini...sebab aku taw bukan ada orang baca pun...muahahaha....

oleh yang demikian...kawan2 yang aku sayang dan sesiapa yang mengenali diri ini...aku nak memohon sejuta kemaafan kalau ada perbuatan dan percakapan aku yang mengguris hati hampa2 sekalian..sorry k...aku pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan juga tahap kesabaran yang amat tipis...huhu..maapkan hamba ya tuan2 puan2 hamba sekalian(dah macam raya pulak)...ok cukup dulu lah kemerapuan aku setakat ni..len kali aku merapu lagi k...bai..assalamualaikum

Monday, 8 April 2013

aku seorang pelajar-part 2

Assalamualaikum w.b.t
hai uoolllsss semua...sorry hari ni baru sempat nak update blog..haish laptop pun ngah buat hal sekarang ni...bengkek tulll...uoolllss sekalian..hari ni aku nak sambung lagi sikit pasal life aku as a student k..dan disebabkan ada orang komen x nampak tulisan untuk post yang sebelum ni..so aku dah tukaq jadi besaq sikit..minta maap nuh..x perasan kata font ni kecik..sebab mata aku ni terlampau clear..

hari tu aku berhenti setakat aku spm kan...ok..lepas spm aku ditawarkan masuk ke matrik(kat kulim)..walaupun second intake tapi alhamdulillah still dapat kan..memang aku sangat2 berharap yang akan dapat masuk  ke matrik dan Allah dah kabulkan doa aku...dan di sinilah bermulanya zaman kejatuhan aku..huhuhu..seyesly aku sangat2 x happy bila kat matrik ni..masa ni aku x taw lagi bahawa matrik tu adalah salah 1 neraka bagi student(yang x berapa nak pandai macam aku)...memula tu memang syok gila..yela masuk matrik kot..sapa x mau..tapi bila aku start belajaq....oh my Allah...teruknya..otak aku jadi bebai gila2...aku x boleh terima apa yang lecturer situ ajaq kat aku..kalau aku kata aku x fail itu adalah 1 pembohongan..setiap kali quiz..memang aku fail...walaupun aku cuba nak study hard..otak aku still x leh nak trima..oh tidak..apa dah jadi ngan aku ni....x penah aku rasa setension ni..

aku memang rasa down gila..dan rasa rendah diri sangat..yela orang lain boleh skor..apa pasal aku x boleh??final exam untuk sem 1 aku memang kantoi sangat la..pointer toksah dok tanya...memang teruk gila..nasib baik x kena tendang..masa tu aku ingat kes tendang-menendang ni hanya kabaq angin...nak bagi student takut..rupa2nya sapa yang dapat pointer 1.5 ke bawah memang kena tendang..walaweh..nasib aku memang baik...tapi mak aku memang kecewa la ngan result aku..gheyau aku time habaq kat mak aku...yelah dapat teruk macam tu kan..

masa tu baru aku sedaq yang jiwa aku bukan untuk sains..aku x leh nak bawak subjek2 sains..dan aku x boleh belajaq rushing2..untuk pengetahuan adik2 yang nak masuk matrik..cara belajaq di matrik memang rushing gila..sebab tu masa sangat2 pack...kelas start pukul 8..dan last kelas habis pukul 5..oh penatnya...aku salute bebudak yang 4 flat..dan satu lagi aku x boleh belajaq dalam keadaan yang tension..persekitaran aku sangat menensionkan aku(ooppss sory banyak kesalahan tatabahasa)...bukan nak cakap tapi kawan kat kelas aku yang rapat sikit ngan aku pun 2 orang saja..oohh..stressnya aku...aku sangat2 x happy..dan akhirnya result yang aku dapat untuk keseluruhan sem sangat2 mengecewakan..masa tu aku pikiaq kos yang cikai2 ja...dan aku juga pikiaq nak extend setahun lagi..tapi atas nasihat kawan aku(budak dorm aku) aku tak jadi nak extend..dan aku juga pikiaq kalau aku extend boleh ka aku nak skor???

so disebabkan aku x jadi tambah setahun lagi..aku pun tunggu la keputusan upu yang akan menentukan course apa dan u mana yang bakal aku masuk..alhamdulillah aku masih ditawarkan masuk ke universiti walaupun course yang aku dapat dilabelkan course sampah(bagi mereka2 yang hebat..mohon terasa)..tapi aku redha..dan aku percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah...dan untuk pengetahuan hampa..masa aku sem 2 di matrik aku ditawarkan untuk masuk ke kolej kejururawatan under SPA...masa tu mak aku berharap sangat aku p memandangkan pointer aku rendah kan..so harapan untuk aku dapat course yang elok tu sangat tipis(maksudnya course yang hebat la macam medic)...aku rasa serba salah sangat2..aku memang x mau p..ayah aku suruh aku buat istikharah(jangan ingat istikharah hanya tuk jodoh k)..dan akhirnya aku ikut rasa hati aku yang aku x mau p..hati aku memang kuat suruh aku x p...sebab aku rasa jiwa aku bukan untuk nurse...aku x boleh nak paksa jiwa aku terima benda yang aku x mau..dan aku x mau wat kesilapan buat kali kedua..so aku tetap ngan keputusan aku x mau p walaupun mak aku  bersungguh2 pujuk aku..i'm sorry mak..orang memang x boleh jadik nurse..dan lepas tu baru sedaq yang aku sebenaq x boleh tengok luka2 yang besaq..x boleh tengok darah yang banyak..aku rasa nak muntah....see..ada sebab kenapa Allah x mau bagi aku p...

dan selepas masuk u baru aku sedaq yang aku kena study hard untuk skor..dan buat pertama kalinya..aku bermati2an study sebab nak bagi dapat pointer ok..sebab ramai yang cakap untuk 1st sem kena bagi dapat pointer atas 3..kalau x nanti susah nak naik..aku x taw nak kata betoi ka dak..sebab ada ja yang 1st sem dapat bawah 3 tapi sem2 lain pointer dye naik(atas diri masing2)..tapi nak capai 3.5 tu agak susah sikit la..so better dapat 3 ke atas sebab nanti boleh cover sem2 yang lain...bukan semua orang boleh maintain pointer dye..ada juga sem yang pointer dye akan jatuh nanti..alhamdulillah..setakat ni pointer aku semua still ok lagi..tapi x dekan la(dekan 3.5 above)..dan aku sangat2 happy dengan kehidupan dekat u..x la stress sangat macam dekat matrik..aku dapat kawan2 yang best..lecturer yang best..belajaq pun relak2 jer...so adik2..nasihat aku kat hampa..percayalah yang semua kejadian tu ada hikmah..ada sebab pasai apa Allah nak benda tu jadi macam tu..dan ada sebab pasai apa hampa x dapat sesuatu benda tu..dan satu lagi..aku bukan nak cakap yang x bagus masuk matrik tu...bagus sangat2..cuma bagi orang yang lambat pick up macam aku ni..cepat bebai..aku nasihat hampa cari la alternatif len nak sambung belajaq...bagi orang2 yang cemerlang hampa boleh teruskan niat hampa nak masuk matrik...belum cuba belum taw...tapi sapa rasa dia akan study sungguh2 dan yakin dia akan dapat pointer 3 ke atas silalah..jangan pulak terpengaruhkan dengan citer aku nih...tu pengalaman aku sebagai salah seorang student matrik..

dan nasihat aku lagi..sebelum hampa pilih apa2 jurusan..hampa kena pikiaq habis2an..sama ada course yang hampa pilih tu kena dak ngan jiwa hampa ka dak....jangan terpengaruh dengan cakap2 orang...dan hampa kena kaji dulu..hampa boleh dak nak bawak subjek2 yang diajaq tu nanti..ok memang ada orang kata yang suka itu boleh dipupuk..itu terpulang pada hampa..kalau hampa berani nak ambik risiko silakanlah pilih course yang hampa berkenan di hati..apa lagi r???last2....ni sekadar peringatan untuk aku dan semua...hidup kita ni macam roda..kekadang ada masa kita akan ada kat bawah...so hampa2 yang rasa hampa kat bawah sekarang...jangan putus asa..sentiasalah berdoa insyaAllah..Allah tu maha mendengar...aku x mau suruh hampa lupakan terus kisah2 silam hampa..sebab ada masanya kita kena ambik iktibar dengan apa yang dah berlaku supaya kita x ulang lagi masa hadapan....ok..tahniah untuk yang berjaya dan yang x berjaya lagi tu teruskan berusaha..insyaAllah akan ada hasilnya nanti...ingat Allah itu maha Mengetahui dan Dia taw apa yang terbaik untuk hambanya...chill ok....assalamualaikum....









Saturday, 23 March 2013

aku seorang pelajar-part 1

assalamualaikum w.b.t
hai..uolls semua...apa habaq?harap2 sihat la nuh...tadi aku baru berblog walking dan terbaca la pulak blog senior aku masa sekolah...tetiba terdetik hati nak menulis...kalau nak baca blog dia boleh klik sini...ermm..seperti yang kita taw result spm ngan stpm baru ja keluar...so harap mereka2 dapat result yang cemerlang..kalau tak cemerlang..chill..life must go on.....jangan sedih2...uolls dah berusaha kan..
so kat sini aku nak cerita la serba sedikit kehidupan aku as a student dari aku kecik sampai la sekarang...di samping tu nak kasi la sikit nasihat kat adik2 yang baru ambik result ni.....so layan...


yea...jom kita kembali ke zama persekolahan....bagi aku zaman kecik2 ni la yang best..x yah nak pikir masalah orang dewasa..eh,,,masalah orang dewasa???ye la..mana duit x cukup la..nak bayar tu la..nak bayar ni la..huhu..just enjoy our life kan....masa aku umur 6 tahun aku masuk tadika..eh..ke tabika r??argh..apa2 je la..ala tadika kemas yang baju dia warna biru tu...hah yang tu la..sebab yang tu ja yang dekat ngan umah aku...sekarang kan parent boleh hantaq anak2 depa masuk pra kat sekolah rendah tu..sama je ngan tadika..lepas tu darjah 1 masuk la sekolah kebangsaan..tet...(oppss,,biarlah rahsia)..still yang dekat ngan umah aku..

ok bermula kehidupan aku sebagai pelajar sekolah rendah..buat pengetahuan hampa semua..aku ni pemalas..banyak homework yang cikgu bagi aku tak buat tambah2 BI...ooohhh subjek yang paling aku malas sekali sebab cikgu dia garang...dan buku aku pernah sekali kena koyak dengan cikgu tu...aku pun x taw apa pasai sebab aku buat jer homework yang dia bagi..ye la takut juga kang x pasal kena lempang dengan dia....tengok cikgu gak nak buat perangai...cikgu dulu ngan sekarang lain..sekarang kalau tibai anak depa tak pasai2 dapat surat saman..masuk metro.."cikgu kena saman sebab tibai pelajaq sampai pengsan"(oopppss....terlebih suda)

dan yang banyak membantu aku success time ni adalah mak aku....lap u mak...mak aku memang garang..garang sangat2...subjek yang paling dia nak komfem2 dapat A adalah maths..arghh...kira mengira..lemah2...dan dia akan suruh aku hafal sifir 1 sampai 12 sampai lancar..(padahal sifir 11 ngan 12 x ingat pun)...dan aku telah dikuarantin dari tengok tv masa aku darjah 6...yelah nak upsr kan...exam besaq yang 1st untuk aku..ooowwhhh..takutnya....berlambak buku2 latihan aku kena buat..huhuhu..sebab tu x leh tengok tv...dan terbukti yang practise make perfect betoi...tapi aku x la dapat 5A...sikit je lagi..tapi time tu result aku boley dikatakan agak membanggakan la jugak..huhuhu..riak sebentar...

then aku futher study ke smk..tut...(rahsia juga) x femes pun...sekolah berasrama harian biasa..dan juga merupakan sekolah yang pelajarnya perempuan semua..hahaha..sebab tu aku pemalu..=_='...sekolah ni aku dekat tengah bandar..bukan dekat2 umah aku ya....time ni memang paling best r...banyak kenangan yang aku x leh lupa..dan aku still aku yang pemalas...huahuahua...masa aku form 1 aku dalam kelas aliran arab..(tapi haram x boleh cakap arab pun) dan 1st ujian aku dapat no 1..terkejut i masa tu..yelah sebelum2 ni kat sekolah rendah boleh dikatakan agak tercorot la jugak..aish..macam x percaya la pulak...mak aku pun tersenyum lebaq bila habaq kat dia....yelah kita bersaing dengan bukan dari kelompak kita kan..masa tu dah bercampur dengan budak2 dari sekolah lain..tapi aku x leh nak maintain sangat la no tu..ada masa jatuh juga...bila dah dok asrama(umah aku jauh) jauh dari mak bapak kena la pandai2 study sendiri..masa form 1 aku ni nerd skit...skema..study jer..peraturan semua ikut..sebab tu result ok kot..then bila dan naik form  mula nak tumbuh tanduk...

bila dok asrama ni kena pandai pilih kawan...kalau pilih kawan yang ntah apa2 maka hancuss la jawabnya..alhamdulillah semua kawan2 aku ok2(kami still contact sampai sekarang)......aku ni boleh la dikatakan agak aktif..yelah duduk asrama kan...memula tu malas la jugak nak aktifkan diri..tapi x leh r...bosan2...dan bila dah aktif ni boleh keluaq jalan2..dan sudah tentu akan ponteng kelas..muahahaha...tu yang syok tu...tapi bila dah nak pmr tu kena slow down sikit...nak exam...mak aku pun mula dok warning2 dah tu...dan masa form 3 wat pertama kalinya aku fail 1 subjek iaitu sains..argh...macam gelap dunia aku masa tu..yelah x penah fail tetiba fail..memang aku down gila...huhuhu..sedey wooo.....pastu aku pulun r sebab nak exam kan..nak kena pilih aliran pulak nanti..kalau nak masuk aliran sains result kena gempak(gempak la sangat)...lagipun mak aku suruh aku pilih aliran sains....dan akhirnya result pmr aku x lah segempak mana tapi still leh masuk aliran sains..alhamdulillah...

form 4 aku memang aktif sesangat rajin ponteng kelas..honeymoon la katakan..masa ni memang banyak subjek yang aku fail tambah2 add maths..ngan kimia...ooowhhh..x leh p r...rasa macam bebai kepala otak bila belajaq subjek tu...dan maths mod aku pun kantoi gak...memang nilah silap aku yang 1st...kerja dok ponteng kelas..sampai la cikgu fizik a.k.a maths mod aku marah la...ingat lagi nama dia..lee hai sim(kalau x silap la)..dia memang anti betoi ngan kami2 yang suka ponteng ni(dia anti kami sebab budak cina x ponteng....)...(bukan ponteng r..keluaq bersebab)..pastu masuk form 5..x leh nak aktif sangat sebab nak spm kan...kembali sedaq diri...disebabkan maths mod aku kantoi so aku pun dah mengelabah sebab time tu dah nak trial...so aku fikir macam nak buat nih??seyes aku x penah dapat A untuk subjek tu(maksudnya aku kategori C ke bawah la)..padahal maths mod kacang jer kalau nak banding ngan add maths kan...pastu aku kata kat diri aku yang aku kena gak bagi dapat A untuk trial nih..kalau x lingkup..yelah kalau trial x dapat a apatah lagi spm ni..so aku pulun habis2san...buat latih tubi x berenti...alhamdulillah akhirnya maths mod aku dapat gak A walaupun atas pagar nak terjun ke B..huhuhu..

akhirnya sampailah ke spm(aku ambik 10 subjek)...dan pada masa yang sama..berlaku 1 kejadian yang x kan aku buang dari kepala otak aku dengan izin Allah...kejadian apa...nanti2 masa lapang aku cerita kat hampa..memang aku stress gila sebab time tu memang tengah exam...tapi alhamdulillah berjaya gak aku jawab semua subjek...walaupun kepala otak x betoi...dan result aku???herm..ok2 jer...x cemerlang tapi x teruk...hahahha...tapi mak aku still mengalirkan air mata..huhuhu..sedey2..time aku habaq kat dia terus dia menagis..x taw la nagis sebab apa..happy mungkin sebab result aku x teruk...

so aku nak stop sampai sini dulu sebab aku rasa macam aku dah merapu banyak sangat kat sini...nasihat aku kat adik2 yang bakal ambik spm tahun ni study hard ok...x payah dok nak study smart sangat la...hampa kena berusaha bersungguh2 ok sebab la ramai budak2 yang dah pandai...banyak persaingan..dan buat budak2 form 4..hampa x payah nak berhoneymoon sangat ...nanti naik form 5 baru hampa mengelabah....dan buat adik2 yang baru dapat result tu steady ok...kalau x cemerlang(macam aku) dunia ni x musnah lagi..hampa kena pikiaq nak sambung mana lepaih ni..tu lebih penting dari dok buang masa dok mengenang masa silam...apa yang hampa buat yang tu la yang hampa dapat ok...banyak alternatif2 lain nak sambung belajaq...so steady ok...lepas ni aku akan sambung g tuk part 2 plak..nantikan...assalamualaikum....









Monday, 28 January 2013

can't buy my love

Assalamualaikum w.b.t
hah..bila aku dah start menulis aku rasa x nak berhenti...waduh...gampang bangat...eh,,jangan nak melalut2 plak...ok2....back to the topic...hampa penah tengok x cerita nih???


SYNOPSIS:
Set during the Tang Dynasty of ChinaCan't Buy Me Love tells the story of the Third Princess, Princess Chiu Yeung (Charmaine Sheh), of the Tang Emperor (Samuel Kwok), who is beautiful but very unreasonable, and, as such, no one wants to marry her. The Kam family is the largest gold manufacturer in the grand capital Chang'an, but because they are deceived, the business runs into troubles. The second son of the Kam family Kam Duo Luk (Moses Chan) has to marry the Third Princess to save the family business, because then they will have the right to manufacture gold pieces for the Tang Palace, the Third Princess only agreeing to the marriage because otherwise she would be married off to the Tibetan king Songtsän Gampo, as schemed by the evil Concubine Wei (Kara Hui).
The Princess brings lots of servants to the Kam family after marrying Kam Duo Luk, and constantly comes into conflict with the members of the Kam family (Lee Heung KamSusanna KwanLouis YuenRaymond Wong). The Princess brings Szeto Ngan Ping (Fala Chen), with her to the Kam family, who has been awarded "Best Servant" by the Concubine Dowager Chui (Susan Tse) and later became wife of Ding Yau Wai (Kenneth Ma). The Princess originally decides to leave the house, but when she misunderstands that the Kam family speaks negatively of her, she stubbornly stays. Later, she and Kam Duo Luk fall in love. When the Kam family is convicted of a capital offence, she divorces Kam Duo Luk to secretly save the Kam family.

oopppss...sorry..sinopsis in english...sila minta uncle google translate bagi yang tidak memahami...hehehe...aku x taw la apa pasal aku sangat suka citer nih..citer cina zaman dolu2...dinasti2 cina dolu2..tang,ming,zhang dan sebagainya...cina kan banyak dinasti2...citer ni berlaku zaman dinasti tang..di mana seorang puteri kena kahwin dengan seorang lelaki yang datang dari sebuah keluarga kaya iaitu keluarga kam yang berniaga emas...wau..tapi dia puteri..apa heran ngan emas2 bagai tu kan..huhuhu...

drama ni terdapat sebanyak 32 episode...dalam citer banyak mengetengahkan tentang masyarakat tang...dan menceritkan keakraban hubungan kekeluargaan....kalau hampa tengok cerita ni memang mengalir air mata la...(aku x...errr..err) sedih...macam mana keluarga mempertahankan keluarga mereka...macam hubungan suami isteri yang terpaksa berpisah...memang best...pengkhianat dalam negara...dan helah2 yang digunakan...wahh..best....

aku memang suka tengok citer2 cina macam ni sampai sanggup beli dvd..huahuahua...arg,,,kalau hampa kata ianya membazir x palah...tapi kan masa aku beli tu...dapat pulak satu lagi free dvd..dan aku suruh la abang aku pilih..dia ambik citer jouney to the west...wah,,,,untung beb,,,beli 1 percuma 1..huahuahua...journey to the west tu citer pasal monyet tu..alah lain kali la aku citer...

errr,,,x taw nak cakap apa...yang aku taw pengajaran citer ni...hubungan kekeluarga tu penting...air di cincang x kan putus...errr...lagi...x taw...muahehehe..tengok la sendiri....dan yang pastinya aku sangat suka dengan watak hero dan heroinnya...sangat suka tengok depa berlakon...sebab tu aku suka tengok citer ni..sebab depa tu berlakon...heroin dye...charmaine tu sangat cantik...hero dye...errr...boley la..not bad..hehehe...ok2...dah x mo dah ngarut bebanyak kat sini...aku nak out dulu sebab jap g nak tengok drama setia hujung nyawa..kalau rajin nanti aku buat review pasal tu pulak ok..babai..peace no war...assalamualaikum w.b.t











 

Blog Template by BloggerCandy.com