hoollllaaa semua.....selamat berpuasa..hari ni dah masuk hari ke 6 kita menjalani ibadah puasa...hampa posa ka idok hari ni???harap2 posa la na...ok hari ni aku nak buat review novel anthem...karya hlovate...x taw la hampa penah baca ke tidak novel2 dia yang sebelum ni...aku dah pernah baca 2 buah novel dia dan termasuk ni 3 la kan...so x payah banyak mengarut kita straight to main point.
sinopsis:
Silam:Westernized.Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.
Selepas Silam:Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya.
Kini:Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhakuntuk menjadi dirinya sendiritanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.
bagi aku semua karya hlovate best..dan banyak pengajaran boley diambil..ia bukan sekadar novel yang kita just baca dan lupa..dalam novel anthem ni kisahnya pasal si nur dania dashrin a.k.a dash..budak nomad yang selalu berpindah randah disebabkan bapanya yang maybe kerja sebagai diplomat(x tahu la keja apa...maybe aku terlepas pandang)..lepas tu bapa dia hantar dia balik Malaysia sebab dia nak kena ambik spm..actually bukan pasal nak ambik spm la sangat..sebab ada satu peristiwa yang berlaku sebab tu bapa dia hantar dia balik malaysia supaya dia dapat kembali kepada jati diri asal dia..dash ni memang rock la..taw saja la kan bila dah dok di oberse ni macam mana keadaannya kan..tambah2 bila mak ngan ayah sendiri pun x hirau bab anak2..memang ke laut la jawabnya...
so bila si dash ni balik ke malaysia..semua orang pandang negatif dekat dia..macam dia ni seolah2 bawa budaya barat..dia just nak jadi diri dia yang sendiri..so dia x peduli apa orang nak kata..dan pada masa yang sama dia terjumpa lee iaitu seorang hitler dekat sekolah dia...memang anjing ngan kucing la depa dua ni..pantang jumpa...
then sampai satu masa tu dia dapat hidayah di mana dia tersedar kekhilafan dia dan mula nak belajar balik mengenal apa itu erti Islam yang sebenar...tapi tu la kan...bila nak buat baik dan berubah ni ada saja halangan..tambah2 dengan mak ayah yang juga x mengerti apa itu Islam yang sebenar...
ada juga satu peristiwa yang berlaku di antara dia dan jugak adik dia haikal....hlovate pandai olah watak haikal jadi x boring..selalu watak2 macam ni akan tenggelam dekat tengah2..tapi dalam novel ni x...
itu ulasan aku untuk novel ni..ni kasi pendapat aku pulak la..apa yang tengok hlovate cuba nak sampaikan macam mentaliti rakyat malaysia...contohnya bila si dash ni masuk sekolah dengan x pakai tudung dan ala2 boyish sikit..mentang2 dye budak oberse semua orang hentam dia...semua orang ingat dia x solat..x pandai baca AlQuran...oooohhhh malaysian...don't jugde the book by its cover la...
pandangan2 negatif ni kekadang membuatkan orang2 yang macam dash ni rasa down walaupun dia berada dalam negara dia sendiri tempat tumpah darah dia..dalam hati dia terdetik nak berubah tapi disebabkan benda2 macam terus hilang niat tu..why not kita beri dia galakan..sokongan dan nasihat..ye x??bukannya dok kutuk2 belakang tengok macam alien terlepas dari planet marikh..
dan aku suka ayat2 hlovate
~Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.
~ We are all born with heaven's key . Either we retain it or
we lose it .
~Better late than never
~Allah tengok usaha bukan natijah
lastly...before uooolllss baca..bagi yang mereka yang englishnya bersawang macam aku ni better uuoollss sediakan kamus di sebelah ataupun duduk di depan laptop sambil buka google translate siap2...bahasa dalam novel ni agak tinggi bagi orang2 yang macam aku ni nak paham..apa2 pun novel ni best dan aku kasi 5 bintang..sila beli dan uuooollss x kan menyesal...ok..babai..assalamualaikum...
0 sayang aku...:
Post a Comment