Assalamualaikum w.b.t
hollaa...hollaaaa.....hai uuooolllssss....bila aku dah start meng'update' agak susah untuk aku berhenti...muahahahahaha...ok kali ni nak buat review sikit pasal novel yang dah lama keluaq dan dah lama aku baca tapi baru aku nak buat review...muhehehehe...minta maap semua...buzy2..ok kali ni aku nak review novel bukan kerana aku tak cinta by E-man Suffi.
Sinopsis:
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
fuhhh...tengok cover depan pun dah gempak...aku suka cover tu...nampak ganas..tapi ada kejiwangan..sebab ada bunga ros dan tulisan warna pink tu...hahahaha... i like it...ok cita dalam novel ni tak lah seganas cover depan novel tu..bagi aku cita Eman Suffi semuanya best...like hikayat sang pematah hati dan suami yang ku benci...dan untuk pengetahuan anda2 sekalian.. watak2 dalam novel ni merupakan watak kesinambungan dari novel2 yang sebelumnya...ermm..bukan kesinambungan sangat la..tapi Eman Suffi ada memasukkan watak2 dari novel2 dia yang sebelum ni dalam novel ni..kira berangkai la jugak..
tapi x pa..kalau hampa tak penah baca novel2 yang sebelum ni jangan risau sebab hampa still akan paham cita ni...alah dia cita yang baru cuma watak tu dibawa ke dalam cita ni,..so hampa akan tertanya dia ni sapa,....eh..tetiba dia ni sepupu dia ni...pastu..eh mamat ni adik beradik dia ka??celah mana yang adik beradik tu...hahahahaha(over)..tengok cita pasal watak je pun dah banyak..bila nak mula buat review nih....
ok2..cita ni pasal hannah mastura iaitu adik kepada hannah mariyam(boleh baca suami yang ku benci) yang suka sangat dekat si jebat ni a.k.a pekerja kepada abang iparnya iaitu uwais ukasyah yang juga merupakan suami kesayangan hannah mariyam..tudia..paham ke dak??hahahaha...mastura(mas) ni memang x taw malu la..sebab dok p ngorat si jebat ni walaupun lagi terang sudah bersuluh yang si jebat ni x mau kat dia...macam2 la yang si mas ni buat nak kasi si jebat ni jatuh cinta kat dia...memang lawak la...dah tu si jebat ni pulak jenis yang cool gitu..x suka sangat melayan si mas ni sebab dia taw yang si mas ni adik ipaq kepada majikan dia..dan dia taw hannah mariyam garang...so dia pun x berani la nak hard2 feeling sangat..kang x pasal2 kena pelangkung ngan hannah mariyam..maklumlah dia kan pekerja bawahan saja kalau nak dibandingkan keluarga hannah2 sekalian tu..
tapi dengan izin Allah s.w.t akhirnya depa kahwin juga...ermm..bertambah menarik cita ni...oopppsss...sebelum tu nak cita sikitla pasal jebat ni mamat ni cool jer orangnya dan kat mata si jebat ni ada parut..so nampak ganas dan samseng..tapi hati dia baik...dia ni memang taiko besaq la...dia ni dari gangster nak kembali ke jalan yang benar ..nak bertaubat atas dosa2 dia dulu...sebab tu la dia x mau rapat2 sama si mas ni..takut si mas ni x leh nak terima masa lampau dia...haiya...ok sambung balik bila dah kahwin...mas ni pelik la ngan si jebat ni..kalau nak salin baju ja mesti masuk bilik dan kunci pintu....kalau aku pun pelik apa pasal la laki aku ni..buang tebiat ka apa??(ok mastura ni jenis x malu sikit..paham jela) sampai la satu masa di mana jebat dedahkan badan dia dekat mastura...masa tu terkejut beruk si mastura ni sebab tengok badan laki dia penuh dengan tatto...oohhhh..my..bayangkan la badan laki hampa ada tatto..dan tatto tu susah nak buang..macam mana??
memula tu mastura memang x leh nak terima....yela taw yang laki dia bekas gengster dan taiko besaq kot...kalau aku gerun wooo...memula tu dia benci juga la dekat si jebat ni..tapi lelama jebat ni dok pujok2..cair juga la dia..yela hati pompuan ni mudah cair...huhuhu..dan banyak peristiwa2 yang berlaku dan rahsia demia rahsia terbongkar...sampai la family si mastura ni taw yang si jebat ni bekas gangster..mengamuk sakan si hannah mariyam tu bila taw adik dia kawin ngan gangster..nak buat macam mana..jodoh la..dah tu ada pulak la pompuan yang datang nak kacau rumah tangga si jebat ngan mastura ni..memang banyak rintangan betui la depa ni kena lalui..agak2 depa bahagia sampai ke sudah cerita ke x???memang yang part2 belakang tu membuatkan hati aku berdebar2 nak baca...hehehehe
aku x leh la nak cita semua kat sini..kang x pasal2 Eman Suffi marah aku...huhuhu...walaupun cita ni dah lama keluaq..tapi aku masih suggest untuk hampa2 sekalian beli...sebab memang best..novel2 Eman Suffi memang best dan x penah mengecewakan...ermm..kalau hampa nak baca dulu sedikit cerita dari novel ni sila klik sini...ok..sampai sini dulu na aku review..nanti aku review novel lain plak....assalamualaikum
p/s: x sabaq nak beli dan baca my precious iris...kesinambungan i love u stupid by melur jelita.
0 sayang aku...:
Post a Comment