Tuesday 11 May 2010

i love u....

Jam sudah menunjukkan 1 pagi...Aku masih tekun menghadap laptop kesayanganku.Masih terdapat beberapa perkara yang perlu di edit dalam laporan itu sebelum semuanya siap.Sambil-sambil itu aku menghirup air nescafe kegemaranku agar dapat menghilangkan rasa mengantuk.Sejak menuntut di ipt aku lebih suka minum nescafe agar dapat berjaga malam untuk study.Kena la study hard kalau nak score...betul tak.



Apabila jam sudah menunjuk angka 2.30 pagi barulah laporan itu siap sepenuhnya.Aku menyemaknya buat kali terakhir agar tidak ada sebarang kesilapan yang berlaku.Maklumlah ketuaku itu seorang yang amat teliti.Pantang jika ada sedikit kesalahan pasti akan dileterinya.Setelah puas hati aku pun menyimpannya di dalam pendrive yang sedia ada.



Namun begitu mataku masih segar bugar.Terlebih minum nescafe agaknya.Aku pantas membuka laman facebookku.Sudah agak lama aku tidak mengunjungi laman itu.Aku melihat ruang mesej.Terdapat beberapa mesej yang sudah agak lama.Maklumlah tidak sempat untuk log in.Tiba-tiba mataku tertancap pada satu nama.Nama yang sering kali membuatkan hatiku berdebar-debar.Syahir.



Aku pantas membuka mesej yang dihantar olehnya.



21.3.2010

12.30 pagi



Asalamualaikum..oit,lma x dengar cter.Kau hilang ke mana??Rindu la...hahaha.just kiding..





Aku tertawa sendirian.Mamat ni...ada-ada jew.Namun begitu hatiku riang.Walaupun ucapan rindu itu sekadar gurauan namun ia amat bermakna bagiku.



Aku mula menyertai laman fcebook ni selepas habis peperiksaan spm.Maklumlah penganggur sementara la katakan.Apa lagi layan fcebook la.Lagipun time tu sedang hangat dengan fcebook.Aku pun apalagi...daftar jela...Dan apa yang paling tidak disangka mamat bernama Syahir tu boleh add aku.Padahal aku ni memang dah hilang ingatan dah pasal dia.



Kita orang sebenarnya sekolah rendah sama-sama dulu.Tapi rasanya aku dengan dia tak lah serapat mana.Tapi berbanding dengan pelajar lelaki yang lain aku rapat dengan dia la.Tapi kawan cam-cam tu jew..Tak lebih tak kurang.Lagipun aku ni kurang bergaul sikit dengan budak lelaki.Bukan sebab aku tak suka lelaki tapi aku lebih selesa bergaul dengan kaum yang sejantina denganku.Maklumlah akukan seorang yang pemalu.Pemalu???Dengan kaum adam jew...hehehe.Kenapa aku boleh berkawan dengan si Syahir.Hah,sebab dia tu seorang yang lemah.Dalam erti kata yang sebenar lembik.Dia ni memang tak berapa nak ada kawan lelaki.Sebab budak-budak lelakikan nakal.Dia pula jenis yang lembut.Eh,bukan perwatakan dia lembut seperti aw tapi jiwa dia tu.Selepas memasuki sekolah menengah aku dan dia terus lost contact.Nak contact camne.Kecik-kecik mana boleh ada handset.



Hampir 5 tahun la juga kita orang terpisah.Terpisah???Apa-apa jew.Facebooklah yang telah menemukan kami kembali.Aku memang tak sangka la yang si Syahir ni masih ingat dekat aku.Kami pun meneruskan hubungan kami yang putus sekerat jalan tu sampai la aku dapat masuk ke ipt dan kerja.Boleh dikatakan bestfriend dah la kita orang ni.Kalau dia ada masalah akulah tempat dia meluahkan segala masalah dia.Aku???Pendam sendiri jew.



Aku mula-mula memang tak ada perasaan dengan dia.Tapi bila dah lama dok berchat,bermesej dalam facebook ni cam timbul perasan lain pula.Aku macam suka dekat dia.Kenapa ar???Aku rasa dia tu baik,caring dan entah.Aku pun tak tahu.Tapi aku admire dia dalam diam jela.Korang semua percaya tak yang sepanjang 7 tahun aku berhubung dengan dia, kami tak pernah ada berjumpa.Talefon pun tak pernah.Cuma facebook ni la tempat kami berhubung.

Cuma semenjak kebelakangan aku jarang online.Sibuklah katakan.



Aku pantas menekan butang replay.



21.3.2010

3.00 pagi



Wa'alaikumusalam.Aku ada ni..x pergi mna2 pun..Alah kau ni..Apasalahnya rindu dekat aku.Takut makwe marah la tu..=)Aku busy ckit sekarang.X boleh selalu online.Tapi kau jangan x hntr msj dkt aku ye...Senang-senang aku rply la...



Aku kemudian menekan butang sent.Syahir.....Mataku sudah semakin berat.Mungkin kesan nescafe itu sudah berkurangan.Aku lantas menutup laptopku.Aku menanggalkan kaca mataku lalu meletakkannya bersebelahan dengan laptopku.Aku pantas melompat ke atas katil dan memeluk bantal pelukku.Arg,bantal i miss u...


----------------------------------------------------------------------------



Syahir :Asal kau jarang online sekarang

Syazira:Aku sibuk la.Lagipun company aku baru dapat tender besar punya.

Haji Musa tu dok tekan kita orang.Aku x sempat la.Time sekarang

jew boleh online.Eh,kau dok buat apa tu???X chat dengan makwe

kau.Nanti marah pula dye.=)

Syahir :helo,makcik aku x ada ya makwe2 ni.Kau lain la mesti keliling

keliling pinggang.Hehehe..=>

Syazira:Amboi pakcik.Sedap jew mulut kau kata aku ye.Aku ni bukan miang

macam kau.

Syahir :Eh,mana kau tahu aku miang??Pandai2 jew kau ni.

Syazira:Alamak beb.Jangan marah.Gurau je.Kau ni sensitiviti betul la.





Syahir terus mendiamkan dirinya.Alamak,makan hati la pulak mamat ni.



Syazira:Oi,sorry ok.Aku gurau je la.



Dia masih tidak membalas.Aku sudah naik risau.Tidak pernah dia berkelakuan sebegini sensitif.



Syahir : Offline



Dia dah out.Aduh,merajuk pulak mamat ni.Aku hanya mampu mengerutkan dahi.Kenapa ya dengan dia???Sakit agaknya.



Sudah beberapa hari Syahir tidak online.Kenapa agaknya.Tak kan lah sebab aku kata dia miang dia marah sampai macam tu sekali.Pelikkan.Aku mula berasa bersalah.Sudah berpuluh mesej aku hantar padanya.Namun satu pun tidak dibalasnya.Geram ada.Sedih pun ada.Rindu apatah lagi.



Setelah dua minggu akhirnya dia kembali online.



Syazira:Syahir,aku minta maaf pasal hari tu ok.=(

Syahir :Eh,aku x marah kaulah.

Syazira:Habis tu???Kenapa kau x online lama sangat???

Syahir :Lah hari tu laptop aku tiba-tiba je stuck.Habis x boleh online.Aku

hantar la kedai.Lambat giler orang tu repair.



Aku mengetap bibir.Tak guna.Aku mati-matian ingat dia marah dekat aku.



Syahir : Oi,ni apesal kau hantar bnyk sangat mesej dekat aku??Mesej minta

maaf??Kau takut aku marah dekat kau erk???=)



Ish,dia ni.Kura-kura dalam perahu pulak



Syazira: Dah tahu tanya pula.Aku takut la.Nanti berdosa pula aku kalau kau

x maaf.Penat taw aku tunggu kau replay mesej aku.Tapi satu pun

tak da=(

Syahir : Alamak.ni x ikhlas la ni???

Syazira:Kalau x ikhlas aku x la hantar banyak mesej.Dah la.Malas aku nak

chat dengan kau.

Syahir : Alamak princess.Janganlah marah.Nak buat macam mana.Bukan salah

aku.

Syazira: Dah la.aku nak out.Asalamualaikum





Aku pantas menutup laptopku.Biarkan dia rasa.Mahu main tarik tali ya.Aku pantas memanjat katilku.Syahir.....Hatiku untukmu..ceh,sempat lagi tu...Entah bila masa aku terlena.

-------------------------------------------------------------------

Alamak!dah pukul 7.15 pagi.Dah lambat nih.


Aku pantas bangun mencapai tuala lalu bergegas ke bilik air.Setelah bersiap ala kadar aku bergegas ke pejabat.Sewaktu hendak memasuki lif tiba-tiba aku telah terlanggar seseorang.Gedebuk...Habis berterabur fail dia.Aku pantas tunduk mengutip kembali fail-fail yang jatuh. "Maaf ya.Saya tak sengaja."kataku tanpa memandang tuan empunya dirinya.Namun tiada balasan darinya.Alamak!bisu ke dia nih?

Aku memandang dia yang kelihatan merenungku.Aku terpaku.Waduh,handsome bangat deh.Aku pantas menyerahkan fail-failnya. "Maaf ya."aku pantas memasuki lif.Dia kelihatan terkedu.Nasib baik dia tak marah aku.

Sebaik tiba di bilikku,Kak Haryatie setiausaha Tuan Haji Isa.

"Ada apa kak?"soalku.

"Tuan Haji nak jumpa Ira."katanya sambil tersenyum.Kak Haryatie yang aku kenali memang tidak lokek dengan senyuman.Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa kak?Ada hal penting ke?"namun begitu pertanyaaku hanya dibalas dengan senyuman.Ish,something wrong somewhere ni.

"Akak keluar dululah ya.Cepat ya pergi jumpa Tuan Haji."pesan Kak Haryatie sebelum beredar.Aku hanya menggangguk.

Setelah menyemak diari tugasan yang memang aku sediakan khas untuk memudahkan kerjaku,aku ke bilik Tuan Haji Isa.

Aku mengetuk biliknya.Setelah mendengar suara dari dalam aku membuka pintu.Tuan Haji tersenyum memandangku.Namun begitu senyumanku hilang sebaik terpandang seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya.

"Duduklah Syazira."arah Tuan Haji.Ketika aku mahu duduk aku memandang lelaki tersebut.Aku terkejut.Aduh,macam mana pula mamat tadi boleh ada kat sini?Lelaki itu tersenyum memandang wajahku yang agak kelat.

"Tahniah Syazira.Laporan yang awak buat mengenai projek itu amat memuaskan.Pihak Hotel Omega telah menerima cadangan itu dan sedia untuk bekerjasama dengan kita."aku menarik nafas lega.Alhamdulillah.Akhirnya cadangan yang ku usulkan di dalam laporan itu diterima.

"OK.Yang keduanya pula.Jawatan awak sekarang akan diganti."aku terkejut mendengar kata-kata Tuan Haji Isa.

"Tapi kenapa pula Tuan Haji?Apa salah saya?Setahu saya selama 4 tahun saya bekerja di sini saya tak pernah melakukan apa-apa kesalahan kecuali datang lambat hari ini."opps...Aku menutup mulutku.Tersasul pula.Tuan haji menjegilkan matanya ke arahku.

"Apa?Awak datang lambat hari ini?Patutlah lambat sangat awak datang jumpa saya."aku menepuk dahiku.Lelaki yang tadinya hanya mendiamkan diri ketawa.Kurang asam betul.Kalau aku tak terlanggar kau mesti aku sampai tepat pada masanya.

"Tapi Tuan Haji,ini baru pertama kali saya melakukan kesalahan.Tak akan Tuan Haji nak pecat saya semata-mata kerana kesalahan yang baru saya lakukan ini?"luahku bersungguh-sungguh.Mukaku kelihatan keruh.Tidak sepatutnya Tuan Haji memecat aku hanya kerana kesalahan yang sekelumit ini.Tiba-tiba kedengaran tawa bergema di dalam bilik itu.Aku terpinga-pinga.Eh,apa pasal pula ni?

"Awak ni Syazira.Belum sempat saya cakap habis lagi awak dah melatah."kata Tuan Haji.

"Saya tak faham maksud Tuan haji."aku mengerutkan dahiku.

"Tempat awak akan digantikan dengan pekerja baru."aku mengeluh.Aku tahu la.Bukankah itu bermaksud yang aku kena berhenti kerja.

"Saya faham maksud Tuan Haji."ujarku dengan nada sedih.Biar Tuan Haji sedih sikit.
 
 
"Yang awak sedih ni kenapa?"soal Tuan Haji.Eh,orang tua nih.Dah gaharu cendana pula.Tadinya dia juga yang beria sangat beritahu aku.Nih dia tanya aku pula.


"Yelah,Tuan Haji nak pecat saya.Tak kan saya nak happy pula."ku lihat Tuan Haji hanya tersenyum.

"Awak ni Syazira,cepat sangat awak buat kesimpulan.Saya belum habis cakap lagi.Lagipun tak akan saya nak pecat pekerja yang berkaliber macam awak ni."kembang hatiku mendengar pujian dari Tuan Haji.

"Habis tu kenapa jawatan saya akan diganti dengan orang lain?"soalku.

"Itulah yang saya nak beritahu."ujar Tuan Haji.Aku memandang wajah Tuan Haji dengan penuh tanda tanya.

"Tempat awak akan digantikan dengan pekerja baru.Manakala awak akan dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Eksekutif Pemasaran yang baru bagi menggantikan Borhan yang akan dipindahkan ke salah sebuah syarikat kita di utara."Tuan Haji berhenti seketika.Aku terpana mendengar kata-kata Tuan Haji.Aku dinaikkan pangkat?Wah,macam tak percaya.

"Satu lagi.Saya akan bersara tak lama lagi."sekali lagi aku terkejut.Aik,tiba-tiba je.Tak pernah aku dengar yang Tuan Haji Isa mahu bersara.Setahu aku dia seorang yang workaholic.Asyik kerja sahaja.

"Tuan Haji akan bersara?"soalku meminta kepastian.Dia hanya menganggukkan kepala.

"Tempat saya akan diganti oleh anak saya."

"Anak Tuan Haji?Tapi setahu saya bukankah dia masih berada di luar negara?"setahu aku anak Tuan Haji masih belajar di London.

"Kalau anak saya masih di sana siapa yang ada di sebelah awak tu?"kata Tuan Haji dengan nada berjenaka.Aku tergamam.Alamak!Nampaknya aku sudah menunjukkan imej buruk di hadapan bakal bos baru.

"Saya mahu awak tunjukkan serba sedikit tentang syarikat ini kepada dia.Saya mahu dia belajar dari awak tentang selok-belok mengenai syarikat ini.Apa?Aku disuruh untuk mengajar anak bos selok-belok tentang syarikat ini?Waduh,parah ni.Aku pun masih macam budak baru belajar.Sudahlah syarikatnya ini besar.

"Tapi Tuan Haji,saya rasa saya tak layak untuk itu.Maksud saya masih banyak orang lain yang mungkin lebih tahu dan layak untuk memberi tunjuk ajar."aku cuba menolak cadangan Tuan Haji itu.Mana mungkin aku yang kerdil ini mengambil tugas seberat ini.Yang hairannya macam manalah si mamat nih yang lebih jelasnya anak bos ni nak jadi ceo sedangkan dia tidak tahu apa-apa.Pelik tak?

"Saya rasa awak yang paling layak.Lagipun hanya awak yang saya paling percaya dalam syarikat ini."aku terkedu.Terharu mendengar kata-kata Tuan Haji.Aku tidak menyangka yang aku menjadi orang kepercayaannya.

"Baiklah.Kalau dah begitu kata Tuan Haji saya turuti saja."kataku sambil tersenyum.

"Bagus.Saya harap keputusan yang saya buat ini tepat."ujar Tuan Haji.

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu."aku ingin cepat-cepat berlalu dari situ.Aku rimas menjadi perhatian lelaki disebelahku itu.Bukan hendak perasan.Tapi dari ekor mataku dapat melihat yang dia adakalanya merenungku.Ish,seram aku diperhatikan begitu.

"Baiklah.Kamu tolong tunjukkan bilik yang kosong itu kepada Aiman."arah Tuan Haji.Aku hanya menganggukkan kepala.

"Syazira."Tuan Haji memanggil namaku sebelum keluar dari biliknya.

"Ada apa Tuan?"soalku .

"Lain kali jangan masuk office lambat lagi."pesannya sambil tersenyum.Aku mengangguk lagi.Tidak tahu mana mahu ku sorokkan lagi wajahku ini.Macam manalah aku boleh tersasul di depan Tuan Haji Isa tentang kelewatanku itu.Arg,baru sekali.Tapi aku tidak mahu mengambil mudah akan hal ini.Tidak mahu ia berulang kembali kerana ia boleh menjatuhkan prestasiku nanti.

Tanpaku sedari pemuda itu mengekoriku ke bilik.Setelah duduk di kerusiku baru aku menyedari kehadirannya.Aku menepuk dahi sekali lagi.Pelupa sungguh aku kebelakangan ini.

"Maaf...maaf.Saya terlupa pula nak tunjuk bilik awak."ujarku sedikit kekalutan.Aku segera bangun.Entah macam mana aku boleh terlanggar dia yang berada di hadapanku itu.Aduh,sakitnya dahi terkena badannya yang agak tegap itu.

"Sorry."aku hanya mampu mengungkapkan perkataan maaf.Ini kali kedua aku terlanggarnya.

"Tak apa.Sakit ke?"dia dia mengusap dahiku.Aku terpana.Aku cepat-cepat mengelak.

"Tak apa.Sikit je.Jomlah saya tunjukkan bilik awak."aku segera berlalu.Dia hanya mengekoriku.

"Inilah bilik awak.Nanti saya suruh Kak Haryatie hantarkan fail-fail yang berkenaan.Ada apa-apa nanti just ask me or Kak Haryatie ok."aku berpaling untuk keluar.

"Kejap."dia menahanku.

"Kita tak berkenalan lagi."ujarnya sambil tersengih.Lah,itu rupanya.

"Saya Nur Syazira bt Mohd Akmal."aku memperkenalkan diriku.

"Saya Iskandar.Kita ada pernah berjumpa ke?"soalnya.Aku mengamati wajahnya.Rasa aku tak pernah pun melihat wajah ini di mana-mana.Mana mungkin aku pernah berjumpa dengannya sedangkan dia berada di luar negara.

"Saya rasa tidak.Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"soalku.Namun dia hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begitu saya keluar dahulu."aku pantas beredar dari situ.Tidak tahan melihat renungannya.Dahlah hendsome.Tergugat iman.Astafirullahazim..Ish,ada-ada ja aku nih.

-------------------------------------------------------------------
 
Syahir :Syaz,kita nih x pernah jumpakan sepanjang kita berchat nih.Aku rasa dah 7


tahunkan kita berhubung macam nih.

Syazira :Lah,kau baru perasan ke?=)

Syahir :Hahaha...aku dah lama perasan.Aku memang nak ajak kau keluar.Kau sudi ke?

Syazira :Kau ni serius ke?

Syahir :Pernah ke aku tak serius?=}



Ish,apa betul ke tidak mamat nih?Tiba-tiba je nak ajak aku keluar.



Syahir :Syaz????



Aku masih memikirkan kata-katanya.Nak berjumpa dengan orang yang selama ini dipuja.Wah,macam x percaya.



Syahir :Kalau x sudi x apalah.



Aik,merajuk la pula mamat nih.Ish,manja betul la si Syahir ni.



Syazira :Kau ni...aku tengah fikir la ni.Bukan x sudi....tersangatlah sudi..bilanya tu?



Namun dye tidak membalas.



Syazira :Syahir???



Dia masih mendiamkan dirinya.Nak kata dah out namanya masih hijau disitu.Dia buat dah.



Syazira :Helo???r u there?



beberapa minit kemudian baru ada balasan darinya.



Syahir :Hahaha....macam mana rasanya menunggu???=)



Cis,kurang asam betul.Dia balas dendam rupanya.



Syazira :kes balas dendam la ni?

Syahir :Ahakahak.....jangan la marah lawak je.ok.Pasal nak jumpa...Macam mana?

Syazira :Apakata kita jumpa dekat reunion.Aku dengar geng Ina nak buat reunion.

Syahir :Eh,iya ke?Aku tak tahu pun.

Syazira :Lah,kau x tahu ke?Cian kat kau...Ada dekat alumni SKSB.Kau check la balik.



Dia membalas beberapa minit kemudian.Mungkin dia hendak memastikan kesahihan kata-kataku.



Syahir :A'a la.Aku jarang sikit melawat bahagian tu.

Syazira :Itulah kau.Lain kali rajin2 la sikit.Ni malas je.

Syahir :Aku rajin memang rajin tapi rajin chat ngan kau je.Hehehe....

Syazira :Hahaha....tulah kau nih..Eh,apasel kau letak gambar cicak pakai spek ni?Mana

gambar kau?



Aku sudah lama mahu bertanya tentang itu.Maklumlah satu gambar dia pun tak ada.Yang ada hanyalah gambar cicak yang bewarna kelabu memakai kaca mata.Ada ke patut.



Syahir :Ala.....apasalahnya.Handsome apa...=)



Aku hanya tertawa sendirian.Ada ke patut dikatanya cicak tu handsome.



Syazira :Nak cakap kau tu handsome la tu?

Syahir :hahaha...aku memang handsome pun.

Syazira :Ahak..perasannya kau.x adil la macam ni.Kau boleh tengok gambar aku,aku pula

kau bagi gambar cicak ni je.=(

Syahir :Alah..sama jer.Kau jangan risau la.Aku sekarang nih handsome tau.hehehe

Syazira :Woi,masuk bakul angkat sendiri la.

Syahir :Hahaha...alah nanti kau akan tengok juga.Kan nak jumpa dekat reunion.

Syazira :Iyalah.

Syahir :Eh,aku kena out dah ni.Ada meeting la.

Syazira :Samalah kita.

Syahir :Nanti malam kita chat lagi tau.

Syazira :Ish,kau ni.X boring ke asyik sembang ngan aku.

Syahir :X pun.Rindu jer...hehehe..k.Assalamulaikum..



Aku terpana.Arg,dia nih suka membuatkan aku syok sendiri.Aku lantas menutup laptopku.Hari ini aku harus ke Shah Alam.Aduh,habis lagi minyak kereta.Tapi tak apalah.Kita kenalah ikhlas menjalankan tanggungjawab.Lagipun kerja ini pun satu amanah dari Allah s.w.t juga.



Sewaktu hendak keluar aku terserempak dengan Iskandar.

"Jomlah."ajak Encik Iskandar.

"Nak ke mana Encik Iskandar?"ujarku terpinga-pinga.Iyalah aku sudahlah kena pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan client.Kalau lambat bukankah ia akan menjatuhkan reputasi syarikat.

"Lah,bukan ke hari ni kita kena ke Shah Alam?"

"Kita?"

"Iyalah,kita.Habis tu tak akan awak nak pergi sorang?"Encik Iskandar mengerutkan dahinya.


"Iyalah.Kenapa?"


"Kak Haryatie tak beritahu awak ke?"soalnya.Aku mengerutkan dahi.Setahu aku Kak Haryatie tidak pula memberitahu aku apa-apa.

"Saya pergi dengan awak hari ini.Agaknya Kak Haryatie lupa nak beritahu awak."ujarnya.

Mukanya kelihatan serius.Takut juga aku.Tapi kekacakkan tetap terserlah.

"Saya yang terlupa agaknya.Jomlah kita pergi sekarang.Takut terlambat pula nanti."aku tidak mahu kami terlambat sampai di sana.Maklumlah ketepatan masa melambangkan disiplin sesebuah syarikat.Jika terlambat apa pula kata mereka.Encik Iskandar hanya menganggukkan kepala.Aik,macam aku pula.Suka mengangguk.Hehehe.

"Naik kereta sayalah."kata Encik Iskandar setelah ke tempat letak kereta.Amboi,mentang-mentang aku guna kereta cabuk tak sudi naik pula.

"Eh,tak apa ke guna kereta encik?"aku memandang wajahnya sepintas lalu.

"Apa pula yang tak bolehnya.Bukan awak kena bayar tambang pun."aik,ini sindir ke apa ni.Aku hanya mendiamkan diri.Malas hendak bertekak dengan orang kaya sepertinya.

-------------------------------------------------------------------------------

Setelah pukul 3 petang barulah semua urusan di Syarikat NSC selesai.Nasib baik semuanya berjalan seperti yang dirancang.Encik Iskandar melonggarkan tali lehernya dengan menggunakan sebelah tangannya.Manakala yang sebelah lagi memegang stereng.Aku merenungnya.Aduh,tak ke bahaya ni.Buatnya terbabas tak ke pasal.Orang cekap memandu la kot.Aduh,kacak dan sungguh berkarisma Encik Iskandar pada pandanganku.Dia begitu serius sewaktu mendengar taklimat berkenaan dengan projek yang bakal bermula tak lama lagi.Ada sahaja pertanyaannya sekiranya dia tidak faham.Aku pula hanya terkebil-kebil.


Banyak juga wanita muda di syarikat itu memberikan senyuman manis padanya.Maklumlah,orang kacak la katakan.Aku juga perasan gadis yang memberikan penerangan itu juga asyik menumpukan perhatian kepada Encik Iskandar.

"Tak habis lagi merenung saya?"kata Encik Iskandar menyedarkan aku.Adui,terkantoi la pula.Aku dengan pantasnya berpaling ke luar tingkap.Takutnya si mamat ni perasan terlebih handsome pula.Tapi dah memang dia handsome pun.Hehehe.

"Kita ke masjid dulu ya.Lagipun waktu zohor dah nak habis nih.Kalau nak balik ke syarikat memang dah tak sempat."ujarnya.Wah,nampaknya dia seorang yang beriman.Bagus...bagus...Maklmulah..nama pun anak Tuan Haji.Aku hanya menganggukkan kepala.

"Kita kalau nak mendapatkan keberkatan kenalah ingat pada Allah.Walaupun sesibuk mana pun kita, solat tak seharusnya diabaikan."ujarnya lagi.Aku hanya menganggukkan kepala.

"Awak off ke hari ni?"soalnya.Aku memandang Encik Iskandar yang tenang memandu dengan dahi yang berkerut..Dia menoleh ke arahku.

"Cuti?"aku masih tidak faham dengan apa yang di maksudkan olehnya.Kalau aku cuti tak akanlah aku datang sini dengan dia.

"Awak tu uzur ke hari ini?"soalnya setelah menyedari yang aku masih tidak faham dengan soalannya.Hah,kan dah kena sebijik.Straigt to the point terus.Mukaku merona merah.

Aku hanya menggelengkan kepala.

"Agaknya awak ni dah bisu kot."aku tetap mendiamkan diri.Mungkin disebabkan diriku yang agak letih membuatkan aku malas mahu bercakap.

Setelah selesai solat di masjid yang berhampiran Encik Iskandar membawa aku sebuah restoran seafood.

"Eh,nak buat dekat sini Encik Iskandar?"hah,kan dah keluar soalan bodoh dari aku.

Encik Iskandar memandang aku dengan wajah yang agak pelik.Aku pula kelihatan terpinga-pinga.

"Nak makan la cik Syazira sayang oi.Tak akan nak main bola pula."aku masih kelihatan terpinga-pinga macam minah dungu.

"Nak saya dukung awak ke?"soal Encik Iskandar apabila melihat aku yang masih tidak bergerak-gerak dari tempat

Encik Iskandar memilih tempat yang agak tersorok.Rupa-rupanya terdapat sebuah meja disebalik akuarium yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan gapi.Tumbuhan-tumbuhan hijau yang menghiasi disekeliling menyamankan susana.Aku mencapai menu.Aduh,boleh kering poket nih.

"Orderlah."ujar Encik Iskandar.Aku teragak-agak untuk membuat pilihan.Nampaknya kena keluarkan duit lagilah ni.Encik Iskandar melihatku yang mengerutkan dahi.

"Saya bayar.Order aja."aku memandang Encik Iskandar meminta kepastian.Dia hanya menganggukkan kepala.Aku tersenggih.Rezeki namanya ni.Alhamdullillah.Dia kemudian memanggil pelayan restoran itu untuk mengambil pesanan.

"Saya nak nasi goreng seafood dan jus tembikai."pinta Encik Iskandar.

"Cik nak order apa?"tanya gadis yang mengambil pesanan itu.

"Kuihtiaw tomyam campur.Dik letak kuhtiaw tu lebih sikit ya.Airnya jus epal hijau ya."aku lihat Encik Iskandar merenungku.Gadis itu berlalu pergi setelah pesanan diambil.

"Banyaknya makan.Tapi orangnya kecil je?"kata Encik Iskandar.

"Banyak ke?Saya minta tomyam jer."

"Iyalah.Siap minta lebih kuihtiaw lagi."katanya sambil tersenyum.Aduh,tak tahan.Aku memandang tempat lain.Tidak sanggup untuk menatap wajahnya.Tambah-tambah matanya.

"Dah lama ya awak bekerja dekat syarikat tu?"aku hanya menganggukkan kepala.

"Ayah saya banyak bercerita pasal awak."aku memandang Encik Iskandar dengan penuh tanda tanya.Apa pulalah yang diceritakan oleh Tuan Haji Isa ini pada Encik Iskandar agaknya.

"Jangan risau semuanya yang baik saja.Yang buruk tu awak sendiri yang membuka pekung di dada."katanya dengan nada sinis.Cis,sempat lagi dia menyindir aku.

"Iyalah,kalaulah saya tak terlanggar orang."kataku kepadanya.Hahaha...dia ketawa.Aku terkejut.Aik,aku ingat dia nak marah.

Perbualan kami terhenti seketika.

Gadis yang tadinya mengambil pesanan datang menghantar makanan yang dipesan.Aku terngangan melihat mangkuk yang boleh dikatakan agak besar itu.Sudahlah aku minta dilebihkan kuihtiawnya.Aku lihat Encik Iskandar mula menjamah.Berseleranya dia.Mungkin kerana kelaparan.AKu pun apalagi.Hidangan sudah didepan mata.Yang menjadi persoalannya mampukah aku menghabiskan satu mangkuk besar kuihtiaw tomyam ini.

"Awak tinggal dimana?"aku tersedak mendengar pertanyaannya.Iyalah tiba-tiba je.Mahu tak terkejut aku.Aku pantas mengambil minuman lalu meminumnya secepat yang mungkin.Aduh,jatuh saham aku.Punya nak cover ayu lain pula yang jadinya.Aku lihat Encik Iskandar merenung sambil tersengih-sengih.Apa pasal pula ni.Aik,kenapa air ni lain macam je rasanya.AKu melihat gelas di tangan.Mukaku sudah merona merah.

"Maafkan saya Encik Iskandar.Saya order yang lain ya?"ujarku kalut-kalut.Mahu tidaknya,sudahlah tersedak depan dia,terambil pula minuman dia.Dah aku langgah sampai separuh.Aduh,kenapalah dengan aku hari ni.

Encik Iskandar hanya menggelengkan kepala.

"Tak apalah Cik Syazira."dia hanya ketawa melihat kekalutanku itu.

"Awak makan dulu bagi habis.Nanti kita cakap lain."katanya.Aku menjadi malu apabila diperhatikan.Cepat sungguh dia makan.Tinggallah aku sorang yang nak menghabiskan tomyam kau ni.Boleh tahan kaw juga tomyam ini.Berasap kepala.

Hampir separuh lagi masih tinggal.Perut aku sudah penuh.Aku lihat dia hanya tersenyum.Sindir ke apa aku pun tak tahu.Yang pastinya aku tak mampu nak habiskan kuihtiaw tomyam ini.Aku pantas meletakkan sudu perlahan-lahan.

"Kenapa?Dah tak mampu nak habiskan?"soalnya.Aku hanya mennganggukkan kepala.Tiba-tiba dia menukar pinggannya dengan mangkuk tomyamku.Aik apa pasal ni?

"Eh,Encik Iskandar nak buat apa ni?"soalku.

"Tak baik kalau tak habiskan.Membazir namanya ni."katanya.Dia mula menyuap kuah tomyam itu ke dalam mulutnya.Selepas beberapa suapan mukanya sudah kelihatan merah.Ahakahak...tak tahan pedas la tu.Eh,tak baik aku ni.Dia mengambil minumanku lalu menyedutnya.Giliran aku pula yang tergamam.

"Kenapa?Awak pelik ke saya minum air awak?"aku hanya mendiamkan diri.Dia menyedut minuman beberapa kali.Ish,dah tak tahan tu gagah juga dia nak menghabiskan.

Aku pantas memegang tangannya.Menghalang dari dia dari meneruskan.

"Sudahlah tu.Nanti sakit perut pula makan banyak-banyak.Lagipun awak bukannya tahan pedas pun."ujarku sambil melihat mukanya yang seperti udang kena stim itu.Dia memandangku.Zupp....terasa ada getaran di hati ini.Dia kemudian melihat tanganku yang masih memegang tangannya.Dia tersenyum lagi.Aku tersedar.Pantas aku menarik tanganku.

"Maaf."namun ku lihat dia hanya tersenyum.

----------------------------------------------------------------------


"Syazira...."aku terdengar seseorang memanggilku.Aku berpaling ke belakang.Seorang gadis memakai dress labuh berawrna biru gelap merenungnya.Nampak begitu anggun.Aku mengerutkan dahi.Siapa pula ni.


"Tak kenal ke?"aku menggelengkan kepala.Aku meletakkan gelas yang sudah kosong di atas sebuah meja.

"Siapa ya?Tak berapa nak cam."setahuku tidak pernah pula aku berkawan dengan orang-orang yang free hair ni.Bukan memilih.Tetapi mereka yang sebegini memang sedikit liar ketika di sekolah dahulu.

"Tak kenal ya.Aku la.Syuhana."katanya.Aku ternganga.What?Syuhana?Pengawas sekolah aku dulu?Free hair?Aku tidak menyangka gadis yang dulunya berdisiplin boleh berubah menjadi agak seksi.Fuh...Satu transformasi yang dahsyat.

"Oh,ya.Ingat dah.Syuhana.Wow,what a suprise."aku tersengih.Mahunya tak terkejut aku.

"So,you sekarang kerja apa ya?"soalnya.

"Kerja biasa ja.Eksekutif pemasaran saja."

"Wow,hebat tu.Tak sangka ya you still maintain macam dulu.Still ayu."katanya sambil ketawa kecil.Ahakahak...ayu?Setahu aku masa sekolah akulah yang paling lasak.Mungkin sebab masih bertudung itu yang dimaksudkan dengan masih ayu.

"You,pun apa kurangnya.Dah berubah ya.You kerja apa sekarang?"

"Model sambilan saja."oh,patutlah bergaya sangat.Modellah katakan.Aku memerhati sekeliling mencari seseorang.

"Ramai juga yang datang reunion kali ni.Hari tu buat tak ramai pun.You pun tak datang rasanyakan?"aku hanya menganggukkan kepala.Manalah sempat nak datang.Cuma kali ini aku datang just sebab nak jumpa seseorang.Tahukan siapa.Hehehe...

"I tak sempat nak datang.Maklumlah sibuk sikit.Syarikat I dapat banyak tender."ujarku.Aku memerhati sekeliling.Manalah mamat sorang ni.Datang ke tidak agaknya.

"Oh,patutlah.Ingat pula kenangan kita waktu di sekolah dulu.Rindu nak balik pada waktu tu kan.I masih ingat dulu you selalukawan dengan sorang mamat lembik tu kan.Apa nama dia?Sya...sya apa???"

"Syahir."aku mengingatinya.Dia mengangguk sambil ketawa kecil.Cover ayulah tu.Ish,tak tak baik betul aku nih.

"A'a...baru ingat.Syahir.I terlupa nama dia.Maklumlah tak kenal sangat.Lagipun I kan tak berapa suka nak kawan sangat dengan orang lembut."katanya menyambung kembali tawa ayunya.

"Dia tak datang ke?"eh,sibuk pula nak tahu.

"Entah.I tak tahu dia datang atau tak.Tiba-tiba seorang pemuda menghampiri kami.Kacaknya.Berpakaian jeans dan berjaket kulit hitam menambahkan lagi kekacakkannya.

"Hai."dia menegur kami.Aku lihat Syuhana sudah terpegun.

"Hai."Syuhana pantas memberikan senyuman manisnya.Alamak!Ulat bulu betina dah naik miang.

"Siapa ya?"tanya Syuhana.

"Oh,i'm Syahir."aku terkejut.Aku lihat Syuhana juga sudah terlopong.Aduh,satu lagi transformasi yang tak di duga.

"Syazirakan?"tanyanya.Aku hanya menganggukkan kepala.

"Eh,I you tak kenal ke?"tanya Syuhana dengan nada manja.

"Entah.Siapa you ya?I tak berapa nak kenal."katanya.Syuhana menarik muka masam.Aku hanya tersenyum kecil.

"You ingat Syazira je.I you tak ingat.Syuhanalah."katanya.Syahir kelihatan mengerutkan dahinya.Seperti mengingati sesuatu.Dia kemudian memetik jarinya.

"yes.Dah ingat.You ni Syuhana pengawas tu kan?"Syuhana menganggukkan kepala.Wajahnya kembali bersinar.

"Syuhana,can you please excuse us.I ada benda nak cakap dengan Syazira la."ujar Syahir sambil memberikan senyuman manisnya.Seperti senyuman colgate pula.Wajah Syuhana kelihatan mendung.Dia pantas berlalu.

"Hai,diam je dari tadi."katanya memulakan perbualan.

"Aku tunggu kau dari tadi lagi.Aku ingat kau tak datang."kataku.Syahir hanya ketawa.

"Of coz aku datang.NI pun sebab nak jumpa kau tau."katanya sambil tersenyum.Hatiku kembang seketika.Sebab aku?

Ish,jangan perasan sangat Syazira.Bawa bersabar.

"Kau macam mana sekarang.Kerja dekat mana?"soalnya mematikan lamunanku.

"Aku sekarang ni kerja di Syarikat Omega."

"Wow,syarikat besar tu."aku hanya tersenyum.

"Kau pula?"

"Aku kerja tanam pokok kat ladang jer."katanya.Aku mengerutkan dahi.

"Dekat farm Ville."aku menampar bahunya.Dia ketawa terbahak-bahak.Beberapa orang berpaling ke arah kami.

"Woi,serius la."kataku geram.Ada ke patut kerja tanam pokok di Farm Ville.Itu salah satu permainan di facebook.Setelah ketawanya reda dia memandangku.

"Pengurus Kewangan jer."

"Ok la tu."

"Ramai ya yang dah berubah.Termasuklah aku.See.sekarang kau percaya tak yang aku ni dah handsome."aku hanya mencebir.

"Tak adanya pun.Just kau tu tough dari dulu ja.Jangan nak perasan ya."dia hanya tersenyum.Wow,aku terpukau.Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain.

"Kau still macam dulu ya.Cute."katanya sambil merenungku.Aku tersentak.Ish,dia ni.Ada-ada ja.Tu nak buat aku syok sendiri la tu.

"Eh,kau tak jumpa dengan kawan-kawan kita yang lain?"soalku cuba mengubah topik.

"Dah,buat apa nak jumpa diaorang lama-lama.Kan ada orang tengah tunggu aku."mukaku merona merah.Siapa lagi kalau bukan aku.

----------------------------------------------------------------------


Akhirnya Encik Iskandar telah dilantik menggantikan Tuan Haji Isa.Satu majlis kecil-kecilan telah diadakan untuk maraikan perlantikan CEO baru bagi Syarikat Omega.


"Akhirnya Encik Iskandar dah pun jadi CEO kan Ira."kata Kak Haryatie sambil tersenyum.Aku hanya menganggukkan kepala.

"Yalah Kak Haryatie.Kejap aja rasanya.Pejam celik dah jadi CEO pun dia.Wah,dapat bos muda la kali ni Kak Haryatie."usikku.Kak Haryatie hanya ketawa.

"Itulah.Nasib baik akak ni dah berkahwin.Kalau tak tergugat juga iman."kami ketawa.

"Kak Yatie tengok bos tu fokus sangat dengan kerja dia.Satu yang Kak Yatie suka sangat pasal dia tahu tak apa?Dia tak pernah tinggal solat.Orang kata siapa yang tak tinggal solat ni wajah dia bersih ja.Sejuk mata memandang.Cuba Ira tengok muka bos tu.Tenang jer.Bersinar-sinar.Tu yang nak menarik customer."ujar Kak Haryatie.Mataku terarah ke arah Encik Iskandar.Memang betul apa yang dikatakan oleh Kak Haryatie itu.Muka Encik Iskandar kelihatan tenang,bersih dan bercahaya.Tambahan pula wajahnya yang memang semula jadi kacak itu boleh membuatkan mana-mana gadis jatuh hati dengan sekali pandang sahaja.Aku?Hahaha..mungkin bukan salah seorang darinya kot.Maybe next time kot.Sekarang hanya ada Syahir sahaja.Hehehe....

Tiba-tiba Encik Iskandar berpaling ke arahku.Zuppp.....Terasa bagai ada arus mengalir.Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain.

"Beruntung siapa dapat tawan bos tu kan Ira.Pakej serba lengkap.Sudahlah berharta,agamanya pun ok."kata Kak Haryatie menyedarkan aku dari lamunan.Aku hanya tersenyum.Ya,bertuah sungguh gadis itu.

"Ira tak nak cuba ke?"tanya Kak Haryatie sambil tersengih.

"Ada ke saya pula yang Kak Yatie nak padankan.Entah-entah dia dah ada makwe dia agaknya.Orang kacak macam dia mustahil tak ada yang punya."ujarku.

"Siapa yang kacak?Apa yang mustahilnya?"terkejut aku mendengar suara Encik Iskandar yang tiba-tiba muncul.Aku lihat Kak Haryatie tersengih-sengih memandangku.

"Kita orang tengah cakap pasal...."

"Abang guard kat bawah tu.Handsome sangat.Betul tak Kak Yatie?"kataku sambil menjegilkan mata ke arah Kak Haryatie.Kak Haryatie hanya tersengih dan menganggukkan kepala.Encik Iskandar ketawa.

"Oh,pasal guard rupanya."

"Bos,saya dengar dekat sini ramai gadis yang single yang syok dekat bos.Bos dah berpunya belum?Kalau tak meh sini saya tolong adjustkan sorang untuk bos."kata Kak Haryatie dengan nada serius.Biar betul Kak Haryatie ni.Encik Iskandar hanya ketawa.

"Eh,macam agen cari jodoh pula Kak Yatie ni."aku hanya tersenyum.

"Alah bos ni.Apa salahnya.Bos nak cari yang macam mana?Cakap dengan saya.Yang cantik,yang kuat bekerja,manja,lemah lembut.Hah,cakap je."Encik Iskandar ketawa mendengar kata-kata Kak Haryatie yang kelihatan beria-ria itu.Aku turut ketawa kecil.

"Kalau boleh saya nak yang macam Syazira.Ada tak Kak Yatie?"ketawaku mati serta-merta.Eh,apa pasal kaitkan nama aku pulak ni.Demam ke apa mamat ni.

"Oh,kalau macam Syazira ni bos x payah cari.Amik terus tuan punya tubuh yang namanya Syazira ni.Tak usah cari yang macam-macam.Dapat sebijik terus."ujar Kak Haryatie sambil memandangku dengan senyuman yang tak dapat aku tafsirkan.

"Tak adalah.Saya melawak je.Syaz jangan ambik hati ya."kata Encik Iskandar yang melihatku terkesima sampai tak mampu nak bercakap.Apa?Dia memanggil aku Syaz???

"Alah,apa salahnya.Ira ni single lagi.Bos pun sama.Bolehlah tu."kata Kak Haryatie.Di dalam hatinya berdoa agar dua hati ini menjadi satu.



"Assalamualaikum."terdengar satu suara memberi salam kepadaku.Aku berpaling.Eh,apa pula yang mamat ni buat dekat sini.


"Waalaikumussalam."

"Khusyuknya awak tengok benda tu.Kenapa tak beli saja."kata Iskandar.

"Eh,saya tengok je.Tak mampu nak beli."dia ketawa.

"Cik Syazira kalau ye pun nak tipu jangan dengan barang yang macam ni.Kalau setakat sepuluh ringgit tak kanlah tak mampu kot."aku melihat harga di plastik rantai itu.Eh,iya tak iya juga.

"Bukan macam tu Encik Iskandar.Rantai ni kan rantai couple.Lagipun buat apa saya beli kalau tak digunakan.Bukankah membazir namanya."kataku sambil tersenyum.Ya,untuk apa beli kalau tak gunakan.Bagiku rantai itu nampak cantik walaupun harganya agak murah.Rantai dengan dolphine itu amat memikat hatiku.Ish,macam budak-budak pula aku nih.

"Apa pula tak guna.Satu bagi la pada pakwe awak."katanya.Aku ketawa.Pakwe???Huh,berkawan pun tak ada manalah nak adanya pakwe.

"Saya tunggu pakwe saya la yang bagi.Encik Iskandar tak nak beli?Bagi dekat makwe?"

"Saya tunggu awaklah Syaz."katanya sambil tersenyum penuh makna.Ish,dah datang dah deman dia.

"Eh,Encik Iskandar ni.Kalau nak bergurau pun janganlah bergurau macam tu.Segan saya.Ni kalau makwe Encik nampak ni tak ke hangin dia nanti."kataku sambil memandang sekeliling.Yelah manalah tahu kalau dia datang dengan makwe dia.Tak pasal-pasal jeleous pulak nanti.Aku juga yang kena.Dia ketawa.

"Makwe saya ada dekat rumah la Syaz.Dia dok memasak."

"Wah,belum jadi Isteri lagi sudah tunjukkan tanggungjawab ya.Bagus tu Encik Iskandar."kataku sambil tersenyum.

"Mestilah.Saya memang kena makan masakan dia.Kalau tak saya tak lalu makan."

"Waduh,kalau begini kena cepat-cepat kahwin."

"Alah,tak payah kahwin.Dia memang dah tinggal di rumah saya."katanya sambil tersenyum.Aku terkejut.Aik,belum berkahwin dah tinggal serumah.Apa nak jadi la dengan orang-orang zaman sekarang ni.

"Dah tinggal serumah?"soalku untuk mendapatkan kepastian.Dia hanya menganggukkan kepala.

"Tak takut ke kena tangkap?"

"Tak."wah,satu yang jawapan yang memeranjatkan.

"Nanti saya bawa awak balik jumpa makwe saya ya.Boleh awak berkenalan dengan dia."katanya lagi.Amboi,nak kenalkan makwe aku dengan makwe dia pula.Ish,buat abis dengan aku terheret dek dosanya.

"Syaz,alang-alang dah jumpa ni apa kata kita pergi makan dulu."pelawa Encik Iskandar.Aku hanya mengerutkan dahi.

"Eh,tak apa ke?Tadi Encik Iskandar kata tak lalu makan kalau tak makan masakan makwe encik."soalku.Ish,pening aku dengan dia ni.

"Tak apa.Lagipun tiap-tiap hari saya dah makan masakan dia.Hari ni saya nak makan dekat luar pula.Kenapa?Awak tak sudi ke?"

"Eh,tak adalah.Takut nanti makwe encik kecil hati pula."

"Tak apa.Dia bukan tahu pun.Balik nanti saya makan lagi."katanya sambil ketawa riang.

"Baiklah kalau dah macam tu."kami mula bergerak ke sebuah restoran.Setelah selesai membuat pesanan dia mengeluarkan telefon bimbitnya.Mungkin menhantar sms.

"Maafkan saya.Hantar mesej dekat orang rumah."katanya setelah selesai.Wah,sampai begitu sekali.

"Tak apa."

"Cik Syaz buat apa dekat sini?Tak keluar dengan pakwe?"

"Saya single la Encik Iskandar.Manalah ada orang nak dekat saya nih."kataku dengan nada sayu.Ceh,buat ayat sedih pulak aku ni.

"Eh,iya ke?Tak akan tak ada kot?"aku hanya mengangguk tanda mengiyakannya.

"Kalau macam tu saya ada peluang lagi la ye?"soalnya.Ish,dia nih tak habis-habis nak buat lawak.Dah ada makwe pun masih nak menggatal lagi.

"Tak ada.Sebab encikkan dah ada makwe."kataku.

"Kalau saya tak ada??"aku mengerutkan dahi.

"Encik jangan cakap putar belit boleh?Tadi dah kata ada makwwe ni kata tak ad pula."kataku dengan nada yang agak tinggi.Aku cukap tak suka dengan orang yang suka memutar belitkan cerita.Dia ketawa.

"ok...ok....saya lawak jelah.Garang juga awak ni."katanya.Aku tersedar yang aku sudah meninggikan suara padanya.

"Maafkan saya."

"Eh,saya tak marah pun."dia tersenyum.Wah,cair hati ini.Ish,aku sudah terlalai buat kali yang ke berapa entah.Tak boleh tengok muka dia lama-lama.Nanti aku jatuh hati.Sudahlah dia sudah berpunya.

"Awak kata awak tak berpunya.Tapi tadi awak cakap yang awak tunggu pakwe awak bagi rantai tu dekat awak?Maksudnya awak menanti seseorang la ni?"soalnya serius.Aku terkesima.Dia seolah dapat menangkap apa yang aku rasa.

"Eh,tak dalah.Saya tak tunggu sesiapa pun."kataku sambil memandang ke arah lain.Tidak mahu dia membaca apa yang tersirat di hati.Fikiranku tiba-tiba teringatkan seseorang.Arg,mana mungkin aku dan dia akan menjadi kekasih sedangkan dia sudah mempunyai orang lain.

"Cik Syazira,awak tak pandai tipu la.Dari raut wajah awak tu pun saya tahu yang awak ni macam telah dikecewakan.Kalau tak salah saya la."katanya sambil merenung wajahku.

"Eh,Encik Iskandar ni macam tukang tilik pula.Pandai membaca apa yang ada dalam hati seseorang."kataku sambil ketawa.Cuba menutup perasaan sedih yang bersarang di hati.

"Jadi betullah la ye apa yang saya cakap ni?"aku hanya tersenyum lantas menggelengkan kepala.

"Lepas ni kita nak ke mana?"tanyanya kepadaku sewaktu sedang menikmati hidangan yang telah dipesan.Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa Encik tanya?"dia memandangku.

"Iyalah.Bukan selalu dapat keluar dengan Cik Syazira."

"Entah.Tak apa ke ni?Takut nanti encik balik lambat pula.Nanti makwe encik marah."dia ketawa.

"Makwe saya sporting.Saya nak minta tolong Cik Syazira boleh?"aku memandangnya.

"Apa dia?"

"Jangan panggil saya encik boleh?Formal sangat.Lagipun kita bukan dekat office.Panggil Iskandar ataupun Is je."

"Oh,kalau macam tu Encik...eh,Is pun jangan panggil saya Cik ya.Panggil je Ira."kataku kepadanya.

"Kalau saya panggil Syaz boleh?"aku yang terkedu.Hanya seorang yang memanggilku dengan nama itu.

"Boleh."

"Ok,Syaz."ia membuatkan aku teringat pada Syahir.Arg,untuk apa diingat padanya lagi.Lagipun aku bukan pernah ada apa-apa hubungan dengannya.

-------------------------------------------------------------------------

Hubunganku dengan Iskandar semakin rapat.Tapi rapat sebagai bos dan pekerja je yer.Jangan salah faham.Lagipun dia banyak meminta bantuanku.Maklumlah sebagai seorang Ceo syarikat banyak perkara yang perlu dilakukan olehnya.SElalunya dia akan meminta pandanganku sebelum membuat keputusan.Lagipun tak salaha bukan kalau memberi pandangan.Orang dah minta.Kita bagi jelah.Lagipun katanya pandangan yang aku berikan agak bernas.Kembang seketika aku.Nasib baik tak koyak baju yang aku pakai.Hehehe.


Hubunganku dengan Syahir pula seperti biasa.Katanya dia sedang menjalinkan hubungan dengan Syuhana.Bukan main terkejut beruk aku membaca mesej yang dihantarnya.Katanya gadis yang sebelumnya itu tidak berapa ngam dengan dirinya.Katanya lagi tiba-tiba Syuhana menelefonnya.Entah dari mana dia mendapat nombor telefon tidak Syahir ketahui.Setelah sekian lama saling menghubungi akhirnya mereka pun mula menjalinkan hubungan.Arg,nama pun lelaki.Bukannya jenis yang setia.Pantang nampak dahi licin sikit pasti disapunya.Ish,tak patut aku kutuk dia.Hidup dia.Lantakla dia nak buat apa pun.

"Jauh termenung."aku tersedar dari lamunanku.Entah bila dia masuk pun aku tak sedar.

"Eh,Is.Tak sedar pula awak masuk."kataku sambil tersengih.

"Teringatkan siapa tu.Buah hati ke?"

"Eh,mana ada.Teringatkan kerja yang berlambak ni la."kataku sambil menunjukkan fail yang bertimbun di atas meja.Dia tersenyum.

"Kalau ye pun kerja banyak tak kan sampai tak makan kot."katanya.Aku melihat jam di tangan.

"Eh,tak sedar pula yang dah masuk waktu lunch."

"Jom,saya belanja."pelawanya.

"Ish,dah banyak kali dah awak belanja saya.Segan saya."kataku.Iyalah,kalau kerja diluar pun dia yang akan belanjaku makan.Pergi pun naik kereta dia.Aku satu sen pun tak keluar.Untungnya aku.

"Alah,apalah sangat kalau setakat makan tu.Sebagai upah kerja yang banyak ni saya belanjalah awak.Nanti hari lain awak pula yang belanja saya."aku hanya tersenyum.

"Baiklah."aku menutup laptopku lantas mengambil beg tangan.



"Ahad ni awak free tak?"tanya Iskandar tiba-tiba.

"Erm,free kot.Kenapa?"aku mengerutkan dahi.

"Saya nak bawa awak ke satu tempat."katanya.Aik,nak bawa aku ke mana pula ni?Aku merenungnya meminta penjelasan.

"Janganlah risau.Saya tak bawa kahwin lari aih.Saya akan buat kenduri kalau kita kahwin nanti."aik,kita???Macam pelik jer bunyinya.

"Kita???"soalku.Dia memandangku.

"Saya sebut kita ke?Tersasul agaknya."katanya sambil ketawa.Apa-apa je lah.

"Awak nak bawa saya pergi mana?"

"Pergi lunch la Syaz sayang oi."

"Bukan.Maksud saya ahad ni."

"Oh,yang tu saya tak boleh bagi tahu.Rahsia."dia tersenyum.Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak faham.

"Tak apa.Awak tunggu jela.Hari ahad ni awak akan tahu juga."kalau nak tunggu hari ahad baik aku tak payah tanya.

"Saya nak ke sana kejap."kataku sambil menunjukkan gerai yang menjualkan buah-buahan.Dia hanya mengganggukkan kepala.

"Sayang,hati-hati ya lintas jalan tu.Saya tunggu dekat kereta."katanya sambil tersenyum.Aku terkedu.Sayang???

"Hai,Syazira buat apa dekat sini?"aku terkejut.Syahir.

"Eh,tak buat apalah.Nak beli buahla.Kalau tak buat apa datang dekat gerai ni.Kau pula buat apa dekat sini?Datang dengan Syuhana ke?Mana dia?Tak nampak pun."soalku bertalu-talu sambil memandang sekeliling.TIdak nampka pun kelibat si Syuhana.

"Kau ni kalau tanya macam machinegun.Satu-satu la tanya."katanya.Aku ketawa.Iya tak iya juga.

"Sorry....sorry..Ok,first question.Kau datang dengan siapa ni?"

"Sorang la.Syuhana ada show hari ni."

"Oooo..patutlah tak nampak dia pun."kataku.

"Kau pula datang dengan siapa?Tadi aku nampak macam kau jalan dengan seseorang.Pakwe kau erk???"soalny sambil tersenyum.Ish,ada patut kata pakwe aku.Tapi tak pelah.Dah alang-alang ni baik ngaku je.Dia ingat dia sorang yang boleh ada kekasih.Aku pun ada juga.

"A'a.Handsome tak?"soalku.

"Aku tak nampak muka dia tadi.Tak apa nanti kau tunjuk dekat aku ya."

"Alah bila masanya aku nak tunjuk."

"Senang macam ni.Kau tangkap gambar dia bawa masuk dalam facebook.Kan senang.Amacam,bernas tak idea aku."

"Kau sempat ke nak tengok?Aku tengok sekrang ni kau jarang je on." iyalah asyik buzy dengan makwe je.Dia tersengih.

"Alah nanti aku buka la.Sekarang ni,aku rajin keluar dengan Syuhana.Pantang tolak panjang saja muncung dia."Syahir tersengih.Iyalah tu.

"Eh,tak apalah kalau macam tu.Nanti marah pula pakwe aku tu tunggu lama-lama.InsyaAllah nanti kalau dia sudi bagi gambar dia aku upload la.LAgipun dia bukan suka tangkap gambar."adui,terpaksa tipu sunat.Tulah kau Syazira sape suruh nak bohong sangat.Dia hanya mengangguk.Aku pantas beredar.Apa pula kata si Iskandar ni.

"Sorry lambat."

"Beli buah ke buat buah?"soalnya.Aku ketawa.

"Terserempak dengan kawan tadi."kataku.

"Lelaki?"tanyanya lagi.Aik,lain macam je bunyi?Aku hanya menganggukkan kepala.Iskandar hanya mendiamkan diri.Marahkah dia?Marah sebab aku lambat atau kerana aku mengatakan yang aku jumpa kawan lelaki?Arg,apa dia kisah.Aku bukan kekasih dia pun.

--------------------------------------------------------------------------

"Eh,kita keluar berdua ni tak apa ke?"soalku kepada Syahir.Dia hanya ketawa.


"Apa pula tak bolehnya."

"Iyalah,nanti tahu dek Syuhana tu mati kita."risau juga aku kalau Syuhana dapat tahu.Tak pasal-pasal bergaduh pula nanti.Bukan aku tidak tahu perangai Syuhana yang cemburu buta tu.Memang semenjak dari sekolah lagi dia memang tidak boleh berkongsi barang miliknya dengan orang lain.

"Alah,tak apa.Apa salahnya kita keluar.Lagipun dia tu buzy sentiasa.Sampai tak ada peluang nak jumpa.Naik bosan aku."aku hanya mampu menggelengkan kepala.Oh,dah bosan cari aku pula.Banyak cantik punya muka.Tapi memang muka dia dah handsome pun.Hehehe.

"Itulah kau,sape suruh nak bercouple dengan wanita bekerja ni.Memang susah la nak jumpa."

"Eh,macam la kau tu tak bekerjaya?Boleh pula keluar jalan-jalan.Ni sampai hujung minggu pun kena bekerja.Apa kes?"katanya seolah-olah tidak puas hati.

"Aku lain.Memang la kerja sebagai model ni tak tentu.Kena buat show tak kira masa.Kau kena la faham.Kalau macam tu macam mana bila kahwin ni?"ceh,macam kauselor pulak aku ni.

"Eh,hello...sapa kata aku nak kahwin dengan dia."

"Aik,dah tu buat apa couple?"

"Eh,kau ni.Baru couple,tak sampai nak kahwin lagi.Tujuan couple ni untuk mengenal hati budi.Ni kalau awal-awal lagi dah tunjuk belang macam mana aku nak buat bini.Alamatnya kena cari lain la."katanya.Amboi,mudahnya lelaki bercakap.Bertukar pasangan macam tukar baju je.Memang terbukti di sini yang lelaki tidak setia.

"Tak tahu la aku dengan perangai lelaki ni.Senang-senang je ya tukar pasangan."kataku geram.

"Tak salah kalau kita nak mencari yang terbaik bukan."aku akui ada juga kebenaran di sebalik kata-katanya itu.Tidak salah kalau kita sedikit cerewet dalam memilih pasangan hidup.

"Iyalah.Kaulah menang."kataku lagi.Malas mahu bertelingkah dengannya.

"Bukan mahu menang tapi kenyataan."dia ketawa.

"Syahir......"tiba-tiba satu suara menyergah dari belakangku.Aku pantas berpaling.Alamak bala sudah datang.Syuhana.

"Apa you buat dekat sini?And you Syazira,what are you doing with him?"katanya keras.

"Eh,Syuhana kau jangan salah faham.Kami saja keluar makan.Tak ada apa-apa pun.Betul tak Syahir."kataku agak menggelabah.

"Sayang,you kata you tak perempuan lain.Tapi ni apa?"soalnya sambil menuding jari ke arahku.Arg,sudah keluar sifat cemburu butanya itu.Bakal meletuplah supermarket itu.Superman tolong selamatkan aku.

"Hana,you boleh bawa bertenang tak.Syazira ni kawan kita.Tak salah bukan kalau I keluar dengan dia."katanya.

"Tapi you tak sepatutnya keluar berdua-duaan dengan dia.You boleh ajak I."

"Huh,ajak you.Bukankah you sibuk dengan show you.I bosan so I ajak la dia keluar.Dia tak salah pun."ujar Syahir sinis.

"And you Syazira.How dare you meet my boyfriend without my permision."wow,kena minta kebenaran dia dulu ke.Manalah aku tahu.Yang si Syahir ni pun satu tak beritahu awal-awal.

"Bukan salah dia.Lagipun you tak boleh nak control hidup I ok.I ada hidup I sendiri.Suka hati la I nak keluar dengan sape pun."Syahir mula menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya.Aku pula hanya mendiamkan diri.Hanya menjadi mendengar perbalahan mereka.

Ya Allah apa yang aku patut buat ni.Bantulah hambamu ini.

"Aku tak sangka yang kau sanggup rampas kekasih kawan kau sendiri."dia menoleh ke arahku dengan wajah yang garang.Adui,aku pula yang kena.

"You tak boleh salahkan dia.I yang ajak dia."ujar Syahir.

"You jangan nak bela dia."katanya kepada Syahir.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

"Excuse me."sementara mereka bergaduh aku melarikan diri menjawab telefon.

"Assalamualaikum."aku memberi salam.

"Waalaikumussalam.Syaz awak dekat mana ni?"soal Iskandar kepadaku.

"Sa..saya...dekat jusco."ujarku agak gagap.Yelah dah kena sound tadi.Terus jadi gaap.

"Kenapa ni?Suara macam takut je."soalnya agak menggelabah.Ish,aku yang patutnya menggelabah ni terbalik pula.

"Entah.Something happen here."kataku.Rasa mahu je air mataku ini mengalir.Sudah la ada yan memerhati pergaduhan itu.

"You wait there.I will coming in 15 minutes.ok."dia pantas meletakkan telefon.

"Hei,kau jangan nak lari.Kau ni memang layak digelar perampas."kata Syuhana lagi.MasyaAllah sampai macam tu sekali dia menuduh aku.

"Syuhana aku dan Syahir tak ada apa-apa.Kami cuma keluar makan je.Tak lebih dari itu pun."kataku cuba menjelaskan kepadanya.

"Dah,kau jangan nak bagi alasan.Dah terbukti pun kau cuba merampas dia dari aku."aku malu dituduh begitu.Sudah la ada yang memerhati pulak tu.

"You,boleh tak jangan cakap sebarangan."

"I cakap apa yang betul.You ingat I tak tahu yang you bermesej dengan dia di facebook.You ingat I tak tahu semua tu?"dia meninggikan suaranya.

"Syuhana,kau tak boleh bertindak melulu."ujarku cuba menenangkan dirinya yang seperti sudah naik hantu itu.

"Hei,kau jangan memandai nak ajar aku.Dasar perempuan tak tahu malu.Harap je bertudung tapi perangai macam setan."astarfirullahalazim.Aku beristifar di dalam hati.

"You ni dah tak waras ke Syuhana?"Syahir sudah meninggikan suaranya.Aku pula hanya mendiamkan diri.Terasa ingin mengalir air mata ini.

"Syazira."aku berpaling.Aku menghela nafas.Aku pantas menarik tangan Iskandar.

"Syuhana,aku dan Syahir tak ada apa-apa.Lagipun aku sudah ada boy.Untuk apa aku ambil Syahir dari kau.Kalau kau tak percaya kau boleh tanya sendiri padanya."aku berpaling ke arah Iskandar.Mengharap yang dia mengerti apa yang sedang berlaku.Iskandar memaut bahuku.

"Iyalah.Syazira ni my girl.Ada apa-apa yang boleh saya bantu."Syuhana terlopong.Syahir kelihatan terkejut.

"Kalau tak ada excuse us."dia memimpin tanganku keluar dari situ.Aku seperti tidak waras.Fikiranku berkecamuk.Adakah sebab ini mereka akan putus?Apakah salah aku semua ini terjadi?Pelbagai persoalan membelenggui diriku.Sedar tak sedar aku sudah berada di dalam keretanya.Entah ke mana dia membawaku sudah tidakku peduli.Asalkan pergi dari tempat itu.Betapa malunya aku menjadi tontonan umum.Sudahlah di tuduh perempuan murahan.Tak ku sangka Syuhana sanggup menuduhku sampai sebegitu rupa.

"Dah sampai."ujar Iskandar mematikan lamunanku.Dia membawaku ke sebuah taman rekreasi yang terdapat sebuah tasik buatan manusia.Cantik.

"Mari kita keluar.Kalau duduk dalam kereta nanti tak pasal-pasal dapat kahwin free."katanya lagi sambil tesenyum.Sempat lagi dia membuat lawak.Kami ke sebuah kerusi berhampiran.

"You want to tell me anything?"soalnya.Aku hanya menggelengkan kepala.

"ok,up to you.Kalau awak nak bercerita saya sedia mendengar."

"Entahlah.Tak ada apa yang nak diceritakan.Segalanya sudah terjadi.Saya rasa awak faham apa yang terjadi tadi."ujarku kepadanya.

"Mungkin sedikit."

"Mungkin lebih baik kalau awak tahu hanya sedikit."bukan aku tidak mahu bercerita cuma tak perlulah diperbesarkan hal ini.

"Thanks sebab selamatkan saya dari situ."

"Ada gaya superman tak tadi?"katanya membuat jenaka.Aik,seperti yangku fikirkan.Superman.Aku hanya ketawa.

"Erm,ada la juga."dia tersenyum.

"Boleh saya tanya sesuatu?Itupun kalau awak sudi menjawb."

Aku memandangnya.

"Tanyalah."

"Syahir tu ke yang awak tunggu selama ni?"aku terkedu mendengar soalannya.Soalan jenis apa ni?

"Saya patut jawab ke?"

"Terserah."aku menarik nafas seketika sebelum menghembuskan kembali.

"Entah,saya dan Syahir tu dah kenal dari we all sekolah rendah.Termasuk la dengan Syuhana tu.Tapi baru jumpa masa dekat reunion."kataku.Cerita serba sedikit sudah lah.Tak ada makna pun kalau dia tahu semua.

"Oh.kira dah lama la ye?"

"Lebih kurang macam tu la."

"Jadi sekarang ni awak masih mengharap pada dia sedangkan dia sudah ada makwe?"aku tergamam.Tiba-tiba hatiku mendidih.

"Apa awak cakap ni?Apa maksud awak?Kami cuma kawan je.Awak faham tak.Walaupun saya suka dia tapi saya tak sampai nak merampas dia dari kawan saya sendiri.Awak ingat saya ni jenis yang suka tikam kawan dari belakang ke?Apa awak ingat saya ni perempuan murahan?Dah terdesak sangat nak kan lelaki?"aku menghamburkan segalanya.Bergenang air mataku.Dia seolah-olah menuduhku cuba merampas pakwe orang lain.Iskandar kelihatan terkejut dengan reaksiku.

"Hei,saya tanya.Jangan la ambil hati.Saya tak tuduh awak macam tu pun.Bukan macam tu maksud saya."dia kelihatan menggelabah.Aku membuka cermin mata lalu mengesat air mata.TIdak pernah aku merasa kecil hati sebegini.

"I'm sorry ok.Saya tak bermaksud macam tu.Buka niat saya nak buat awak kecil hati.Please.Maafkan saya ya sayang."aku hanya mendiamkan diri.

"Ok...awak tunggu sekejap ya."dia pantas berlari.Ke mana aku pun tidak tahu.Dia kembali setelah lima minit berlalu.

"Nah."

"Gula-gula kapas?"dia menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Apa awak ingat saya budak-budak ke nak bagi benda ni."ish,dia ni.

"Muka awak tu masam macam cuka.So,saya bagi awak benda manis supaya muka awak boleh kembali manis macam gula-gula ni."aku ketawa.Dia mengerutkan dahinya.

"Kenapa?"soalnya.

"Lawaklah awak ni."

"Hah.Sekarang awak tak marah lagikan?"aku hanya tersenyum.

"Senyuman awak tu bermaksud awak dah tak marah lagi kan?"

"Eh,sape cakap.Tak ada maknanya."aku menjelingnya.

"Macam mana saya nak buat agar awak tak ada lagi perasaan marah tu?"soalnya lagi.Aku menggaru pipiku yang tidak gatal.Berfikir sejenak.Aku memetik jariku.Dia terkejut.

"Hah,apa kata kita pergi makan?Lapar la."ujarku sambil tersengih.Dia ketawa.

"La,ingatkan nak suruh terjun lombong tadi."katanya dengan ketawa yang masih bersisa.

"Sanggup ke?"

"Untuk awak apa saja sanggup saya buat."ujarnya dengan nada serius.Ish,ada-ada saja dia ni.

"Eii,tolong jangan nak buat lawak dekat sini ya.Jomlah cepat."ujarku.Dia tersenyum senang.

-----------------------------------------------------------------------
"Bila kau balik sini?"soal Syahir.


"Dah dua bulan kot."

"jadi Syazira bekerja dekat syarikat kau la ya?"soalnya lagi.Iskandar hanya menganggukkan kepala.

"Apa hubungan kau dengan Syazira?"Syahir merenung Iskandar.

"Apa maksud kau ni?"Iskandar pura-pura tidak faham.

"Rupa-rupanya kau buah hati Syazira Iskandar?Huh,aku betul-betul tak sangka."kata Syahir dengan nada sinis.

"Kalau iya pun kenapa?"soal Iskandar.

"Aku tak percaya.Setahu aku dia bukan jenis yang ada buah hati."

"Kau ni kenapa?Kau dah makwe so,jaga makwe kau tu elok-elok.Permata kau tak nampak tapi kaca juga yang kau pilih."kata Iskandar dengan nada sinis.

"Apa maksud kau ni?"soal Syahir tidak puas hati.

"Nothing.Just aku rasa kau ni terlalu bodoh melepaskan seseorang yang aku rasa begitu baik sedangkan peluang dah terbentang di depan mata."

"Kau cakap apa ni?"Syahir kelihatan terpinga-pinga.

"Kau fikir-fikirkanlah."ujar Iskandar.

"Aku akan cuba dapatkan dia balik."Iskandar terkejut.

"Habis tu makwe kau yang cantik budi bahasa tu kau nak letak mana?Kau nak dia pergi serang Syazira macam hari tu?Lagipun kau dengan Syazira bukan pernah bercinta pun."ujar Iskandar.Dia tidak mahu hati Syazira disakiti lagi.

"Aku dan Syuhana dah putus.Sekarang baru aku sedar yang aku cintakan dia.Kali ni aku akan dapatkan dia."kata Syahir.Baru dia menyedari yang dia sukakan Syazira.Setelah pergaduhan tempoh hari dan pengakuan Iskandar tentang dia dan Syazira adalah kekasih telah membuatkan dia cemburu.Selama ini dia tidak nampak Syazira yang ada di depan matanya.Malah dia boleh mengambil Syuhana sebagai kekasihnya.Setelah kejadian itu dia telah memutuskan hubungannya dengan Syuhana.Dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Syuhana yang cemburu buta dan mengada tidak bertempat itu.

"Lagipun sudah lama kami berhubung.Melalui facebook.Itupun kalau dia ada cerita pada kau la."Syahir tersenyum sinis.Iskandar kelihatan terkejut.

"Amboi,rancaknya berbual."ujar Hajah Naimah.Mereka tersenyum.

"Tak adalah mak ngah.Sekali sekala berjumpa ni banyak benda yang nak diborakkan."ujar Syahir.

"Apa yang diborakkan tu.Rancak sangat mak ngah tengok."soal Hajah Naimah lagi.Seronok melihat sepupu yang sudah tidak lama berjumpa ini berborak.

"Alah,hal orang lelaki la umi.Tak ada apa sangat.Betul tak Syahir."kata Iskandar sambil memandang Syahir yang hanya mengiyakan.

"Kalau macam tu,umi masuk dulu ya.Sediakan makan tengah hari.Kejap lagi kita boleh makan sama-sama."ujar Hajah Naimah sebelum berlalu.

"The best man will win."ujar Iskandar sebelum berlalu.Syahir hanya tersenyum.Nampaknya akan ada pertandingan di sini.

-------------------------------------------------------------------------

Tit...tit....tit.....Satu pesanan ringkas dihantar.Dari siapa entah.Aku pantas membuka mesej tersebut.Dari Iskandar.




Sya otw ke rumah awak.Dalam 10 minit lagi sampai la.Bersiap ok.



Aik,hari ni hari apa ya?Aku pantas melihat kalender yang tersangkut di belakang pintu.11.4.2010.Ahad.Alamak!!!Hari nilah Iskandar hendak membawaku ke satu tempat.Aduh,sudahlah tidak mandi lagi ni.aku pantas mencapai tuala lalu berlari ke bilik air.Setelah mandi ala kadar(tapi masih bersabun ya.Bukan mandi kerbau.) aku segera mencapai baju yang ada.Sudah tidak sempat hendak memilih baju.Tiba-tiba terdengar bunyi hon dari luar.Alamak.Dah sampai.Aku segera menempek bedak.Alah,bersiap gitu-gitu sudah la.Bukan nak pergi jumpa mak mertua pun.Setelah siap aku segera mencapai tas tanganku.

"hoi,nak ke mana tu?date erk???Amboi,handsome pakwe nuh?"Alni menyanggahku tiba-tina.Kus semangat.Nasib baik tak ada heart attack.

"Hish,kau ni.Nasib baik tak arwah aku ni.Bos aku la.Dia nak bawa aku ke mana entah."

"Amboi,dapat bos lagi tu.Bertuah punya badan.Dia nak bawak jumpa mak mertua la tu."kata alni sambil ketawa.

"Eh,pandai-pandai je kau ni.Sudah la.Aku dah lambat ni."

Oi,sempat mandi ke tak tu?"kata Alni lagi sambil ketawa.Aku menjelingnya.Setelah mencapai kasut aku berlari kecil ke arahnya.

"Sorry wak.Terlupa pula hari ni hari Ahad."kataku termengah-mengah.Iyalah dah lama tak bersenam inilah jadinya.Iskandar melihatku dari atas hingga bawah.Eh,apa yang tidak kena ni?Pelik ke apa yang aku pakai ni?Jeans dan blous labuh berwarna hitam serta sulaman berwarna kunig serta tudung senada dengan warna sulaman.Pelik ke?

"Kenapa?"soalku apabila dia memandangku tidak berkelip.

"Cantik."katanya sambil tersenyum.Mukaku merona merah di puji sebegitu.

"JOmlah."aku pantas memasuki kereta.

"Kita nak ke mana ni?"

"Adalah."dia hanya tersenyum.Huh,misterious sungguh.

"Ni awak mandi tak ni?"aku mengerutkan dahiku.Soalan jenis apa ni?

"Kenapa pula awak tanya?"

"Kan awak kata awak lupa hari ni hari ahad.Entah-entah lupa nak mandi apa."aku ketawa mendengar kata-katanya.Ada ke patut aku tak mandi.

"Hei,saya ni pembersih tau.Saya mandi ye.Pandai je awak ni buat andaian."kataku.Dia hanya tersenyum.

"Entah-entah mandi kerbau."

"Ish,ada ke patut.Ada bau busuk ke?"aku mencium bajuku.Dia ketawa melihat gelagatku.

"Taklah.Wangi jer.."huh,kalau nak kenakan orang nombor satu.Namun tak dinafikan yang aku terhibur apa bila bersama dengannya.Tak sudah-sudah dengan jenakanya.Setelah setengah jam perjalanan kami memasuki satu kawasan perumahan yang agak mewah.Mungkin untuk golongan elit gamaknya.Tiba-tiba dia membelok masuk ke sebuah rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah.

"Eh,ni rumah sape pulak ni?"tanyaku.

"Rumah saya la."

"Eh,buat apa awak bawa saya ke sini?'ujarku terpinga-pinga.

"Kan saya cakap nak bawa awak jumpa makwe saya."katanya sambil tersenyum.Iya tak iya juga.

"Jomlah."ajaknya.Ya Allah besar sungguh rumah ni.Seumur hidup aku sekali saja agaknya aku dapat menjejak kaki ke rumah ni.Sungguh cantik kawasan sekeliling rumah itu.Dengan pancuran air terjun di satu sudut yang juga terdapat sebuah pondok.Agaknya tuan punya rumah ini sukakan flora kerana terdapat pelbagai pokok hijaun menjadi hiasan.Cantik.Eh,tuan rumah ni mesti Tuan Haji Isa bukan.

"Assalamualaikum.Umi..."Iskandar memberi salam sambil memanggil uminya.Tiba-tiba muncul seorang wanita memakai jubah serta tudung.

"Hah,dah sampai pun.Inilah Syazira ya?"soalnya.Aik,macam mana dia tahu nama aku.Iskandar hanya menganggukkan kepala.Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.

"This is my mom and also my girlfriend yang awak nak tengok tu."katanya sambil memeluk bahu uminya.Wah,manjanya.Aku tersenyum.

"Ish,ada-ada saja Is ni."kata Hajah Naimah sambil menampar lembut pipi Iskandar.

"Duduklah dulu ya.Umi buat air dulu."

"Eh,tak payahla makcik.Buat susah je."kataku.Hajah Naimah tersenyum.

"Tak ada susahnya.Syazira panggil umi saja ya."katanya sebelum berlalu.Aku memandang sekeling sambil mengerutkan dahi.

"Any questions?"aku mengerutkan dahi sambil memandangnya.

"Saya tahu macam-macam soalan dalam kepala awak tu.Tanyalah."ujar Iskandar.

"First questions.Why did you bring me here?"

"Saje.Umi saya nak kenal dengan awak."

"Second questions.Macam mana awak boleh kenal saya?"musykil betul.

"Ayah saya yang cerita kot."dia kelihatan selamba.Aku mendiamkan diri seketika.

"Awak ni anak tunggal ke?"dia menggelengkan kepala.

"Taklah.Saya ada seorang adik perempuan.Sekarang tengah study dekat London."aku hanya menganggukkan kepala.

"Nah,airnya.Minumlah dulu.Buat basah tekak sementara tunggu makanan tengah hari di siapkan."aku terkejut.Makan tengah hari?Aku memandang Iskandar.Dia hanya menjungkit bahu.

"Iskandar tak beritahu ke yang umi ajak Syazira makan dekat sini.Ish,budak ni."Hajah Naimha menggelengkan kepala.

"Alah,umi kalau beritahu nanti dia mesti tak nak datang."Iskandar membela diri.

"Minta maaf la ye Syazira.Isknadar ni memang suka buat sesuatu tak beritahu orang."aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.Tak akanlah nak marah dia dekat sini kot.

"Abah ke mana umi?"

"Jumpa kawan dia dekat Kelab Alamoda.Macam biasalah dia hujung-hujung minggu ni.Nak ke mana lagi kalau bukan dengan golf dia."

"Biasalah tu umi."aku hanya tersenyum mendengar perbualan mereka.Tidak dinafikan yang Tuan Haji Isa memang suka bermain golf.

"Syazira ni asal dari mana?"

"Dari Kedah."

"Anak yang ke berapa?"

"Anak bongsu dari empat adik-beradik."

"Ayah dengan mak kerja ke?"ish,macam private investigate pula umi si Iskandar ni.

"Ayah dah bersara.Dulu askar.Mak tak kerja."ujarku.Dia hanya menganggukkan kepala.

"Adik beradik yang lain dah berkahwin ke?"aku hanya menganggukkan kepala.

"Iya mak..eh,umi.Kakak saya yang sulung berada di kuantan.Abang saya yang dua orang lagi kerja di kedah."

"Jadi tinggal Syazira jela yang tak kahwin lagi ya."aku hanya mampu tersenyum.

"Jodoh tak sampai lagi umi."iyalah.Dah tak ada orang nak dekat aku.Huhuhu...sedihnya.

"Macam si Iskandar ni la.Orang suruh kahwin tak nak.Umur dah nak masuk 28 tahun.Yang umi carikan pun dia tak nak.Umi suruh pilih sendiri sampai sekrang pun tak ada hasilnya."Iskandar ketawa mendengar kata-kata Hajah Naimah.

"Macam Syaz cakap la umi jodoh tak sampai lagi."

"Iyalah tu."tiba-tiba seorang pembantu rumah memberitahu yang makan sudah terhidang.

"Jomlah kita makan dulu."pelawa Hajah Naimah.

"Tak tunggu abah ke umi?"

"Dia makan dekat luar.Mari Syazira.Jangan malu-malu.Buat macam rumah sendiri."kata Hajah Naimah.

"Lagipun nanti bakal jadi salah seorang tuan rumah juga."kata Iskandar sambil tersengih.Begitu juga Hajah Naimah.Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.Bergurau agaknya.





"Kenapa tak beritahu yang awak nak bawa saya jumpa umi awak?"soalku sewaktu dalam perjalanan menghantarku pulang.

"Saja.Umi saya yang nak jumpa awak.Tak kan saya tak turuti permintaan dia.LAgipun dia nak sangat kenal dengan awak."ujar Iskandar.Betul atau tak hanya dia dan Allah saja yang tahu.

"Iyalah kalau ya pun beritahu la dengan saya dulu."ujarku memprotes tindakannya.

"Kalau beritahu awak nak ikut ke?"soalnya.Iya tak iya juga.

"Tapi sekurang-kurang beritahu la saya dulu.Segan saya dengan umi awak.Nasib baik tak pakai tshirt tadi."kataku.

"La,soal pakaian ke?"

"tak la.Sekurang-kurang saya tahu awak nak bawa saya jumpa umi awak.Boleh la saya prepare awal-awal.Buatnya tadi saya pakai baju jogging ke tak ke pasal."dia ketawa mendengar kata-kataku.Lawak ke?

"Awak nak but persedian apa?Bukannya awak pakai yang tak menutup aurat.Lagipun umi saya tak kata apa pun.Dia dah berkenan dengan awak.Jangan la risau."katanya sambil tersenyum.

"Awak jangan nak merepek ya."kataku geram.Dia ketawa.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

"Assalamualaikum.Ya,ada apa Syahir?"soalku.Tawa Iskandar mati dengan serta mertanya.

"Hari tak boleh la.Aku baru je keluar.Ni pun tak sampai rumah lagi."kataku.

"Esok?Erm,mungkin lusa boleh kot.Dekat tempat biasa.Pukul 12.30 aku pergi.Ok.Waalaikumussalam."aku mematikan talian.

"Siapa?"

"Syahir."

"Dia nak apa?"soal Iskandar lagi.

"Dia ajak saya lunch."

"Awak terima la pelawaan dia tu?"aku memandangnya pelik.Ish,soal macam aku ni kekasih dia pula.

"Iyalah kenapa?Tak boleh?"soalku kembali padanya.

"Awak masih sanggup nak keluar dengan dia.Awak nak kena macam hari tu lagi."ujarnya dengan nada yang agak keras.Aku tersentak.Kenapa pula dengan dia ni.tiba-tiba je ambil berat.

"La,tak salah bukan kalau keluar makan dengan kawan."kataku membela diri.Iyalah,antara aku dengan Syahir tiada apa-apa perhubungan.Lagipun siapa dia untuk menghalangku.

"Awak nak dituduh perampas atau awak memang begitu?"aku terkedu mendengar sebaris ayat darinya itu.Dia menuduhku merampas kekasih orang.Nampak terdesak sangat ke aku ni samapai nak ambil kekasih orang lain.Kekasih rakanku sendiri.Aku tidak percaya yang dia sanggup menuturkan kata yang sedemikian.

"Terima kasih."ujarku sebelum keluar dari keretanya.

"Syaz..."aku tidak menghiraukan panggilannya.Aku terus berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilikku.Aku tidak menghirau Alni yang memandangku.Setelah berada di dalam bilik tiba-tiba telefon bimbitku berdering minta diangkat.Panggilan dari Iskandar.Aku membiarkannya.

"Woi,angkat la telefon tu."jerit Alni setelah beberapa kali ia berdering.

"Sorry...sorry..."aku pantas mematikan telefon bimbitku.Biar dia rasakan.Itulah padahnya berkata tanpa berfikir.Aku tersa kecil hatinya dengan kata-katanya.Aku ingat dia memahamiku.Namun tidak.Sanggup dia menuduhku perampas.Kenapalah aku jadi begitu sensitif kali ini.Selalunya tidak begini.Namun apabila kata-kata itu lahir dari bibirnya membuatkan hatiku tersentuh.Air mataku bergenang.TIdak pernah aku terasa sebegini sekali.Arg,Syazira kenapa dengan kau ni.

----------------------------------------------------------------------------

"Ira hari ni Ira kena pergi dengan bos jumpa klien waktu lunch nanti."kata Kak Haryatie kepadaku.


"Aik,setahu Ira selalunya Gina yang pergi dengan dia kenapa hari ni Ira pula yang kena ikut dia?"soalku.Pelik ya.Selalunya kalau setakat perjumpaan biasa Iskandar akan membawa Gina selaku assistant dia.Tapi hari ni apa pasal pula aku yang kena ikut.

"Entah la Ira.Kak Yatie tengok dari semalam lagi mood bos tu len macam je.Serius 24 jam.Naik takut Kak Yatie.Bukan setakat Kak Yatie pekerja yang lain pun takut.Tak taw lah kalau dia dengan Ira macam mana."kata Kak Haryatie sambil tersengih.Hah,tu ada la tu yang nak menyakatku tu.

"Ish,ada pula macam tu Kak Yatie.Samalah kita.Kalau dia serius dengan orang lain bermakna dia serius juga la dengan saya.Ish,Kak Yatie ni menakutkan saya pula.Dah la nak kena pergi dengan dia ni."aku mengerutkan dahi.Sebenarnya aku memikirkan tentang perangai serius si Iskandar itu.Setahu aku dia selalunya seorang yang ceria.Tak pernah serius.Maksud aku serius dalam bekerja tapi sentiasa ceria.Tak pernah moody.

"Alah,Kak yatie berani jamin la dengan Ira no hal.Kalau tak dia tak ajak Ira pergi la."kata Kak Haryatie lagi.Aku mengeluh.Ada-ada saja la si Iskandar ni.

"Alah,pergi sajalah Ira.Dah arahan dari bos tu.Dah la dia tengah moody kang lagi moody kalau Ira tak nak ikut.Dah tu Ira bagi la dia happy sikit ya.Supaya dia tak moody lagi."kata Kak Haryatie sambil ketawa sebelum berlalu pergi.

"Eh,apa pasal pula aku yang nak kena pujuk dia.Eh,pujuk???Ish,apa ni???Tak faham aku."aku menguman sendiri.Nampaknya terpaksa la batalkan lunch aku dengan Syahir.



Setelah semua urusan selesai kami selalu pulang ke ofice seperti biasa.Namun kali ini Iskandar membawaku ke sebuah taman rekreasi.Aku hanya mendiamkan diri.Tidak bercakap walau sepatah pun.Semenjak dia menghantarku pulang aku tidak pernah bercakap mahupun menegurnya.Panggilan telefonnya pun aku tidak jawab.Berpuluh mesej yang dihantarnya pun tak aku balas.Sakit hati punya pasal.

"Kenapa tak angkat phone?"dia memulakan bicara.Aku hanya mendiamkan diri.

"Syaz..."aku masih mendiamkan diri.Sebenarnya tak tahu nak jawab apa.

"Nur Syazira bt Mohd Akmal."dia sudah memanggil nama penuhku.Ini pertama kali dia menyebut nama penuhku.Dia kelihatan begitu serius.Ya Allah.Gerunnya aku.Ini pertama kali aku melihatnya seserius ini.Mak,takutnya.

"Ok....ok....Saya tak perasan kot."ujarku takut-taku.

"Tak perasan?Berpuluh kali saya call,hantar mesej.Tak kan satu pun awak tak baca?"ujarnya.

"tak kan sebab kata-kata saya tu awak nak ambil hati?"soalnya lagi.Aku tiba-tiba berang.Perampas.Ya itu yang dituduhnya.

"Eh,sepatutnya saya yang naik angin ni awak pula.Dah awak tuduh saya perampas.Ada ke macam tu.Awak tak faham ke yang saya dengan dia tu hanya kawan.Tak faham?Yang awak sibuk sangat saya nak keluar dengan dia tu kenapa?Siapa awak nak halang saya?"hah,kan dah keluar puting beliung.Aku lihat wajahnya keruh.Akukah yang bersalah?

"Saya tak mahu awak dituduh macam hari tu.Kenapa awak tak faham?"aku mengeluh.

"Kenapa awak perlu kata sebegitu?Saya dah besar.Dah tahu mana baik mana buruknya."kataku perlahan.Sebenarnya aku naik kesian pula tengok muka dia yang macam cokodok basi itu.Tapi kalau aku kesiankan dia siapa nak kesiankan hatiku yang pedih ini.Arg,kenapa perlu aku bergaduh dengan dia?

"Ok,sebenarnya kenapa kita jadi macam ni ya?"soalku.Dia memandangku.

"Dah awak tak jawab panggilan dan mesej saya.Saya takut awak marah.Saya minta maaf pasal hari tu.Tak terniat pun nak cakap macam tu."katanya dengan nadasayu.Adui,boleh cair macam ni.Hatiku sedikt terubat.

"Entahla.Dah la.Just forget it."aku tersenyum.

"Jadi awak dah maafkan saya la ya?"wajahnya kembali ceria.

"Eh,siapa kata."wajahku kembali serius.Wajahnya kembali keruh.Ni nak kena pujuk la ni.Aku pun satu suka cari pasal.

"Awak tunggu kejap."aku ke gerai berhampiran.Setelah membeli sesuatu aku kembali kepadanya.

"Nah."aku menghulurkan sebatang lolipop kepadanya.Dia memandangku dengan wajah yang pelik.

"Hari tu awak bagi saya gula-gula kapas.Hari ni saya ganti dengan lolipop.Makan lolipop ni supaya muka awak yang macam cokodok basi tu boleh jadi manis balik macam lolipop ni.Lagipun saya tak nak la pekerja lain takut dan datang mengadu dekat saya yang awak serius 24 jam."kataku sambil tersenyum.Dia ketawa.

"Ada ke yang datang mengadu dekat awak."

"Iyalah.Tambah-tambah Kak Yatie.Dia ingat saya ni tukang pujuk agaknya."dia ketawa.

"Ada juga ye yang perasan."

Semua orang perasan.Awak tu kan bos yang ceria dan idaman hati mereka."kataku.Dia memandangku.

"Mereka je ke yang nak dekat saya?"aku memandangnya.

Hello tolong jangan tanya soalan yang tak ada jawapan ya."dia hanya tersenyum.Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu memberikan kepadaku.Sebuah kotak yang agak kecil.

"Apa ni?"tanyaku.

"Bukalah."aku membuka kotak itu.Eh,rantai yang kami tengok hari tu.Rantai couple.

"Kenapa awak bagi ni dekat saya?"soalku.

"Saya nak awak bagi yang satu lagi dekat pilihan hati awak."katanya.Aku ketawa.

"Ish,buat susah je awak ni.Saya boleh beli sendiri la.Lagipun lelaki manalah yang nak benda-benda macam ni."kataku sambil ketawa.Iyalah lelakikan tak berminat dengan benda-benda seperti ini.

"Tak apalah.Just give it to him.I'm sure he will accept it."katanya.Eh,macam la dia tahu sangat.Tapi pada siapa harus aku bagi pasangan rantai ini?


-----------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum.Mak sihat?"tanyaku.Entah kenapa hari ni tergerak hati untuk menelefon emakku.


"Waalaikumussalam.Sihat.Amboi hang baru la ingat nak telefon mak nuh.Nak tunggu mak sakit gamaknya baru nak telefon."ujar emak.Aku hanya ketawa mendengar kata-kata mak kesayanganku itu.

"Bukan macam tu mak.Sibuk sikit sekarang.Bukan tak nak telefon."

"Hah,ada apa yang yang hang telefon mak ni?"

"La,mak ni...orang telefon salah tak telefon pun.Pelik aih."kataku dengan nada manja.Besa la.Anak mak la katakan.Kedengaran emakku ketawa.Aik,apa yang lucunya.

"La mak gelai pasai pa?Betul la orang kata."kataku.

"Tak da apa aih.Ni bila nak balik sini?"tanya emak.

"Ni telefon nak habaq kat mak la ni.Tengok la seminggu dua lagi orang balik la."

"La,lambat lagi nuh.Alang-alang hang telefon ni mak nak habaq satu benda nih."hatiku berdebar-debar.Apa benda yang mak nak beritahu ni.

"Benda apa?Buat saspen je la mak ni."aku buat-buat ketawa untuk menenangkan hati.

"Macam ni.Hari tu ada orang datang meminang hang.Dia siap bagi cincin lagi la.Kalau hang setuju kiranya ampa dua dah bertunang la."zupp...Hatiku tersentap.Terasa tanganku menggeletar.

"Siapa mak?"

"Entah la.Mak tak kenai.Budak laki tu tak mai.Mak dia cuma tunjuk gambar ja.Segak juga budak tu.Mak tengok keluarga depa tu dari keturunan yang baik-baik ja.Mak nak hang pertimbangkanlah.Ini untuk kebaikan hang juga.Sampai bila hang nak bujang macam ni."hatiku sedikit tersentuh mendengar kata-kata ibuku.Tetapi haruskah aku menerima seseorang yang aku tidak kenali.

"Tak apalah mak.Nanti orang balik sana kita bincang lain na."

"Hah,iyalah."

"Kirim salam kata ayah ya mak.Assalamualaikum."aku mengakhiri perbualan kami.Aku menyandarkan tubuh ke kerusi.Hai,siapa pula yang hantar pinangan tu.Aku membuka laptopku.Segera membuka facebook.



Syahir :Assalamualaikum.Hai,buat apa tu?Curi tulang ya?

Syazira:Waalaikumussalam.Hello baik2 sikit ya.Aku bukan macam kau.

Syahir :Alah melawak je pun.=)

Syazira:Iyalah tu.Eh,macam mana dengan Syuhana.Aku minta maaf ya pasal hari tu.



Namun tiada balasan.Aik,kenapa pula ni?



Syazira:Syahir....r u there?



Namun dia masih mendiamkan diri.Setelah beberapa minit barulah dia membalasnya.



Syahir :Aku dah clash dengan dia.



Aku terkejut.Pasal aku ke?Hatiku jadi tidak tenteram.



Syazira:Eh,kenapa korang clash pula?Pasal aku ke?Kalau pasal hari tu aku boleh

jelaskan dekat dia.Kau nak aku pergi bagi penjelasan ke dekat dia?

Cakap la kalau aku boleh tolong korang berbaik balik.

Syahir :No need.Kau tak payah la bersusah payah.Lagipun aku clash dengan dia sebab

kau.Aku dah tak tahan dengan perangai.

Syazira:Tapi kenapa?

Syahir :Entahlah.Aku dah muak dengan sikap dia yang cemburu buta tu.Pentingkan diri.

Aku dah penat melayan kerenah dia.

Syazira:Jadi korang clash bukan sebab aku la ya?

Syahir :Iya.Sebab aku sendiri yang hendak clash dengan dia.



Aku menarik nafas lega.Takut juga aku jika perhubungan mereka putus disebabkan oleh aku.Tak pasal-pasal je orang tuduh aku orang ketiga.



Syazira:Kalau macam tu tak apalah.Takut juga aku kalau sebab aku korang clash.

Syahir :Tapi aku ada benda nak cakap dengan kau ni.

Syazira:Apa dia?

Syahir :Aku cintakan kau Syaz.



Aku terkedu membaca sebaris ayat itu.Dia cintakan aku.



Syahir :Aku tak sedar yang selama ini aku cintakan kau.Aku terlalu buta dalam menilai erti

percintaan.Sekarang baru aku sedar yang aku cintakan kau.



Aku tidak mampu lagi untuk menulis.Tanganku terkaku.Aduh,sudah dua kejutan yang aku terima pada hari ini.Tiba-tiba aku teringatkan tentang pinangan itu.Entah-entah dia yang menghantar pinangan itu.



Syazira:Jadi kaulah yang mengantar pinangan itu?

Syahir:Pinangan?Pinangan apa?Rumah kau pun aku tak tahu.Ada orang hantar pinangan?

Siapa?Jadi kau terima?



Banyak pula soalan dia.Iya tak iya juga.Kalau dia sendiri tak tahu di mana rumahku bagaimana dia nak hantar pinangan ke rumahku.



Syazira:Aku masih mempertimbangkan.

Syahir :Aku harap kau juga mempertimbangkan cinta aku.Percayalah yang aku hanya

cintakan kau Syazira.



Aku tidak tahu mahu membalas apa.Fikiranku runsing.Pinangan dari orang tak ku kenali dengan pengakuan cinta dari Syahir yang ku tunggu selama ini.Apa yang harus aku lakukan?Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk.


Aku runsing memikirkan permintaan emak dan ayahku.Begitu juga dengan Syahir yang tidak putus-putus menyatakan cintanya.Naik rimas pula aku.Itulah time aku dok syok dekat dia tak mau.Time yang rumit macam nilah baru nak luahkan cinta.Tapi masih adakah cinta buat dia?Bagaimana pula dengan Iskandar?Eh,kenapa pula aku teringat dekat dia?Aku bukannya ada apa-ap hubungan dengan dia pun.Arg,semuanya jadi kacau bilau.Tapi aku rasa macam sayang pula dekat Iskandar.Tapi adakah dia pun sayang juga dekat aku?Entah-entah aku ni syok sendiri saja.Ish,apa yang aku mengarut ni.Sedarlah Syazira oi,yang kau dan dia tu macam pipt dan enggang.Tapi perlukah aku terima pinangan orang yang tak aku kenali itu.Masih tergiang-ngiang perbualan antaraku dan emak dan ayahku.


"Emak bukan nak paksa hang.Cuma mak rasa ini adalah pilihan yang terbaik.Tapi kalau hang ada orang lain cakap awal-awal"ujar emak.Ayah pula hanya menganggukkan kepala.

"Bukan orang tak mau mak.Tapi orang tak kenal pun sapa dia.Nama pun tak taw.Gambar dia mak ambik tak?"

"Gambar dia mak tak ambik pula.Ingat hang tak mau tengok.Jangan risau la.Budak tu segak aih."emak ketawa.Aku tersenyum.

"Nama dia apa mak?"ingin juga tahu nama orangnya.

"Ish,mak tak ingat la.Tapi nama pendek dia Man kot.Kalau tak silap.Betul tak ayah hang?"

"Betul la tu.Nama dia panjang sangat tak ingat.Macam mana Ira?Ayah dengan mak ni nak hang hidup senang.Ayah tengok mak bapak dia pun macam orang yang baik-baik.Fikirkanlah.Kami tak mau hang hidup susah nanti."uajr ayah pula.Aduh,pening aku.

"Mak pun nak hang hidup bahagia.Sebolehnya terimalah pinangan dia.tapi mak tak paksa kalau hang dah ada pilihan lain."kata mak sayu.Mendengar suara mak itu begitu meruntun hatiku.

"Mak...ayah...bagi masa kat orang untuk fikir.Nanti bila dah ada jawapannya orang bagitaw."kataku.Mereka hanya menganggukkan kepala.sebolehnya aku tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapaku.Tapi sanggupkah aku memperjudikan hidupku bersama dengan orang yang tak aku kenali.Siapakah dia?arg,apa yang perlu aku lakukan.Aku melihat jam ti sisi katil.Sudah 12.30 malam.Aku pantas bangun lalu ke bilik air.Setelah selesai berwuduk aku melakukan solat istiqarah agar Allah memberikanku petunjuk.

Ya Allah ya tuhanku hanya kepada-Mu tempatku mengadu.Berikanlah ku petunjuk-Mu agar mudah aku membuat keputusan.Aku tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu dan bapaku.Namun dalam masa yang sama hatiku telahku berikan kepada orang lain.Ya Allah ya tuhanku sesungguh hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan.Kau berikanlah jalan penyelesaian yang terbaik kepada hambamu yang hina ini.Amin.

------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu aku masuk ke office seperti biasa.Setelah bercuti tiga hari kembali bertugas.Cuti pun bukannya menenangkan fikiran tapi mengusutkan lagi adalah.Entah kenapa hatiku berasa tidak sedap sewaktu melangkah ke dalam pejabat.Aku terus ke bilikku.Aduh,banyaknya fail yang kena semak.


"Hai,Ira.Macam mana cuti?"soal Kak Haryatie.Aku memandangnya sambil tersenyum.

"Cuti macam biasa saja kak."

"Kenapa tak cuti lama sikit.Ira ni rajin sangat cuti pun bukan selalu akak tengok."aku hanya ketawa mendengar kata-kata Kak Haryatie.Tapi itulah aku.Jarang mengambil cuti kalau tak apa-apa hal yang penting.

"Bukan tak cuti kak Yatie.Ni Kak yatie tengoklah.Baru cuti tiga hari fail dah setimbun atas meja.Kalau cuti sebulan penuh bilik ni agaknya."

"Hah,iyalah tu.Eh,Ira nak tahu satu benda tak?Berita tergempar ni."kata Kak Haryatie dengan memek muka yang saspen.Ish,apa benda pulak ni.

"Apanya Kak Yatie?Bos nak kahwin ke?'soalku sambil ketawa.Mungkinkah Iskandar akan berkahwin.

"Bukan nak kahwin Ira tapi bertunang."ketawaku mati.Apa Iskandar akan bertunang?Hatiku tersentap mendengar kata-kata Kak haryatie.

"Betul ke?"soalku ingin mendapatkan kepastian.Kak Haryatie menganggukkan kepala.

"Betul la.Kak Yatie pun baru dapat tahu pagi ni.Ingatkan Ira dah tahu.Dengar kata pilihan ibu bapa dia.Dia pun terima sajalah."tersa ada batu menghempap kepalaku tatkala ini.Arg,kenapa dengan aku ni.Kenapa aku rasa sedih sangat ni?Ya Allah apa perasan aku sebenarnya terhadap dia?Adakah aku mencintai dia?"

"Ira...."suara Kak Haryatie mematikan lamunanku.Aku segera memberikannya senyuman.Tidak mahu dia menangkap kesedihan yang bertamu di hati.

"Kenapa ni Ira?"

"Eh,ada apa-apalah kak Yatie."ujarku bersahaja.

"Akak ingatkan bos bertunang dengan Ira rupanya bukan."ujar Kak Haryatie sedih.Kalau dia sedih aku apatah lagi.

"Nak buat macam mana kak.Tak ada jodoh."Eh,hari ni kita lunch sama-sama ya kak."ujarku cuba mengubah topik.

"Hah,ok juga.Tapi Ira belanja ya."ujar Kak Haryatie tanpa mengesyaki apa-apa.

"Boleh saja."kataku sambil tersenyum.

"Kalau macam tu akak keluar dulu ya."aku hanya menganggukkan kepala.

Aku menyandarkan tubuhku di kerusi.Pedihnya hati.Iskandar sudah bertunang.Kenapa aku harus berperasan begini?Kenapa?Adakah aku mencintai dia?Kenapa harus hadir perasan ini di saat aku memerlukan dia?Arg,semuanya sudah jadi kacau bilau.Ya Allah apa yang harus aku buat sekarang?Adakah ini petunjuk dari-Mu untuk.Ya.Mungkin inilah petunjuk yang aku nantika.Aku pantas mencapai telefon bimbit.

"Assalamualaikum mak.Orang dah buat keputusan."ya,keputusanku kali ini adalah muktamad.Ya Allah semoga keputusanku ini akan menggembirakan hati kedua ibu bapaku.




"Syazira tolong masuk dalam bilik saya."tiba-tiba interkom di atas mejaku berbunyi.Aduh,kenapa pula la time sekarang la dia nak jumpa aku.Sebolehnya aku tidak mahu berjumpa dengan dia buat sementara waktu.Hatiku rasa sedih.Arg,antara aku dengan dia hanya pekerja dengan bos.Untuk apa aku fikirkan pasal ni?Entah-entah dia memang sukakan perempuan tu.Tapi Kak Haryatie kata itu pilihan keluarga dia.Arg,lantaklah dengan dia.Aku menarik nafas panjang sebelum melangkah ke biliknya.

tuk......tuk.......tu....aku mengetuk pintu biliknya.

"Masuk."aku membuka pintu biliknya lalu masuk.

"Ada apa encik Iskandar."aku cuba menenangkan diri.Dia memandangku.

"Arr.....20 haribulan ni ada seminar di Pulau Pangkor.Awak terpilih untuk ke sana."ujarnya.Seminar???

"Ooo...erm,berapa orang yang pergi?"soalku.

"Kita berdua."what???Pergi dengan dia???Arg,tidak.....

"Arg,kenapa saya?"soalku seperti orang bodoh.Ish,apa yang aku tanya ni?Dia memandangku.Mukanya kelihatan serius.Alamak!!!Salah ke apa yang aku cakap.

"Kenapa?Awak tak nak pergi?"

"Eh,bukan macam tu Encik Iskandar."ujarku gagap-gagap.Ish,apa alasan yang aku nak bagi dekat dia ni.Aku tak nak pergi......

"Jadi???"

"erm......."aku tidak tahu bercakap apa lagi.

"Keputusan muktamad.Tiada bantahan.Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar."dia kembali tunduk.Meneruskan kerjanya.Apa boleh buat.Dah CEO sendiri yang suruh pergi.tak akan nak membantah kot.Aku segera keluar.Terasa ingin mengalir air mata dengan sikapnya yang dingin.Entah kenapa aku jadi begitu sensitif hari ini.Tiada lagi hari-hari yang indah buat kami.Arg,apa yang aku harapkan sebenarnya.Aku dan dia bukanlah pasangan kekasih.Lagipun aku sendiri sudah bertunang.Bertunang.Arg,siapa agaknya tunangku itu.Emak ada memberikan aku nombor telefonnya.Haruskah aku menelefonnya.

Nantilah....

"Eh,Ira kenapa ni?monyok je muka?Kena marah ke?"soal Kak Haryatie sewaktu aku melalui mejanya.Eh,muka aku monyok?Aku segera mengukirkan senyuman.Tidak mahu dia mengesyaki apa-apa.

"Eh,tak ada apa-apalah Kak Yatie.Mana ada?Saya kena pergi ke Pulau Pangkor minggu depan.tak dapat la nak berehat."kataku sambil ketawa.cuba menutup pilu di hati.Arg,apa ni???

"Alah biasalah tu Ira.Macam tak biasa pula.Tapi seronok apa pergi Pulau pangkor.Kalau offer dekat akak memang akak nak pergi punya.Tambah-tambah pula pergi dengan bos."ujar kak haryatie.itulah masalahnya.Pergi dengan bosku yang bernama Iskandar itu la.

"Alah akak.Pergi ni pun sebab ada seminar.Bukannya sebab nak bercuti.Lagipun takut juga nak pergi dengan dia.takut nampak dek tunangnya tak ke nya?"kataku.Kak haryatie mencebik.

"Arg,peduli apa dengan tunang dia.Lagipun diorang cuma bertunang.Bukan sudah berkahwin.Lainlah kalau dah jadi laki bini.Jodoh semua di tanga tuhan Ira.Sedangkan yang dah berkahwin pun boleh bercerai inikan pula baru saja bertunang."ujar Kak haryatie.Betul juga.

"Ish,apa pulak yang Kak Haryatie merepek ni?"soalku sambil tersenyum.Macam dia pula yang putus cinta.Aik,putus cinta???

"Iyalah.Kalau boleh akak nak la makan nasi minyak bos dengan Ira."aku terkejut mendengar kata-katanya.Ya Allah ada juga yang mengharap antara aku dengan dia.Namun semua itu hanya mimpi semata-mata.

"Ya Allah akak ni.Ada ke situ pula.Dah jodoh Kak Yatie.Nak buat macam mana.Macam yang Kak yatie kata tadi la.Sedangkan yang dah berkahwin pun boleh bercerai.Kalau ada jodoh adalah nanti.Kalau tak ada nak buat macam mana.Lagipun saya sendiri pun dah bertunang."ujarku.Kak Haryatie terkejut mendengar kata-kataku.

"Apa???Ira dah bertunang???Lah,cinta tak kesampaian la macam ni.Nak buat macam mana kalau dah dua dua dah bertunang."kata Kak Haryatie.Aku hanya tersenyum

"Alah Kak Yatie.Antara saya dan bos tu hanya pekerja dengan majikan saja.Tak lebih."

"Bukan apa Kak Yatie tengok bos tu macam syok kat Ira.Alih-alih dah bertunang tu yang hairan tu.entah-entah bertunang dengan ira apa?'ujar Kak Haryatie.Mukanya kembali bercahya.Seolah-olah berharap apa yang dikatakan itu menjadi kenyataan.Aku mengeluh.Tak habis-habis Kak Yatie ni.Kalaulah aku bertunang dengan si Iskandar tu tak perlu la aku sedih.Ish,sedih ke aku????

"Kak Yatie ni.Saya pun tak kenal siapa tunang saya tu.Ni semua atas permintaan keluarga.Saya pun tak mampu nak tolak."kataku.Wajah Kak Haryatie kembali muram.

"Sudah la Kak Yatie.Tak guna mengharap pada benda yang tak mungkin berlaku.Eh,tak pelah.Saya pergi sambung kerja saya dulu ya."ujarku.Aku melangkah kembali ke bilikku.Namun di sudut hati Kak Haryatie tetap mengharap yang mereka akan bersatu juga suatu hari nanti.

tok...tok...tok...

"Masuk"

"Ira,ni fail yang Ira minta tadi."kata Kak Haryatie.Aku mengambil fail yang diberikan.Semenjak balik dari Pulau Pangkor kerjaku semakin bertambah.Bukannya sedikit tapi semakin banyak pula.Seperti mendera aku pula.

"Terima kasih Kak yatie."ujarku sambil menulis sesuatu dia atas fail itu.

"Kak Yatie tengok kerja Ira ni semakin banyak pula.Lebih dari yang selalu.Tak patut bos bagi kerja banyak sampai macam ni."aku memandang Kak Haryatie sambil tersenyum.

"Tak apalah kak.Lagipun dah memang kerja saya kan."kataku kepadanya.Nak buat macam dah diberikan kerja yang banyak.Kena terima sajalah.

"Iyalah,kalau ya pun tak kan lah banyak sampai tak terbuat Kak Yatie tengok.Waktu lunch tadi pun Ira tak keluar.Bos pula senang-senang je cuti hari ni.Penat balik seminar pun entah tak habis lagi."ujar Kak Haryatie separuh merungut.Eh,macam dia pula yang sibuk.Aku hanya ketawa kecil.

"Tak baik Kak Yatie cakap macam tu.Saya tak apa-apalah.Bos cuti bersebab kot.Entah-entah dia sakit ke."

"Iya tak iya juga ya.Entahlah.Eh,macam mana dengan Pulau pangkor?"

"Macam biasa je.Cuma aktiviti banyak sangat.Ingatkan duduk dalam dewan dengar ceramah jer.Tapi best jugak la sebab ada aktiviti.Taklah bosan sangat."kataku sambil tersenyum.

"Macam mana pula dengan bos?"aku mengerutkan dahi.Tidak faham dengan soalan Kak Haryatie.

"Saya tak faham?"

"Iyalah.Kot-kot la bos cerita apa-apa pasal tunang dia."

"Tak ada apa lah Kak Yatie.Kami tak sembang apa-apa pun."ujarku.Hatiku kembali sayu.Dia kelihatan dingin denganku.Masih tak berubah.Tapi kenapa ya?Apa salahku sebenarnya.Apa yang telah aku lakukan.Iskandar.....arg,aku tak sepatutnya berfikiran begitu sedangkan kami masing-masing sudah bertunang.

"Erm,tak apalah kalau macam tu Ira.Kak Yatie keluar dulu."ujar Kak Yatie.Aku hanya memandangnya berlalu.Aku meneruskan kerja yang tertangguh.



Hari ini hari ketiga aku pulang lewat dan merupakan hari yang terakhir.Segala-galanya telah ku selesaikan.Huh,penatnya tak terkata.Aku bergerak ke kereta.

"Syaz..."tiba-tiba seseorang memanggil namaku.Aku menoleh ke belakang.Aku terkejut.Syahir.

"Eh,kau Syahir.Buat apa dekat sini?"soalku.Setahu aku tidak pernah pula aku memberitahu di mana tempat kerjaku.Terasa sedikit canggung bercakap dengan dengan.Iyalah setelah pengakuan cintanya aku dan dia tidak pernah berhubung.

"Kenapa kau tak on fb?Kau nak larikan diri dari aku ker?"aku tercengang mendengar kata-katanya.

"Eh,kau cakap apa ni?Aku tak fahamla."

"Sudahlah Syaz.Aku tahu kau faham apa yang aku makudkan.Maafkan aku Syaz.Aku tak sedar selama ni kau orang yang aku tunggu-tunggu.Aku cintakan kau Syaz.Sungguh aku terlalu cintakan kau."dia menghampiriku.Aku berundur.Eh,apa ke halnya dia ni.Macam dah hilang kewarasan pula.

"Bawa bertenang Syahir.Aku...."dia memegang tanganku.

"Please Syaz.Aku cintakan kau.Kenapa kau tak pernah faham."aku cuba menrik tangnku.Namun pegangannya terlalu kejap.Ya Allah,ampunkan dosaku.

"Syahir,kau dah gila ke?Tolong Syahir.Lepaskan aku dulu.Benda ni boleh dibawa berbincang.Lagipun tak elok macam ni."kataku separuh merayu.Namun begitu dia enggan melepaskan tanganku.

"Syahir aku dah bertunang.Dah terlambat untuk kita."ujarku.Ya,sudah terlambat untuk menjalinkan perhubungan antara mereka.Walaupun dia masih belum bertunang mustahil untuk mereka bercinta kerana perasaannya terhadap Syahir bukan seperti dulu.Hatinya sudah berubah.

"Jadi kau terima pinangan itu?"soal syahir?Aku hanya menganggukkan kepala.Gengamannya mulai terlerai.

"Sudahlah Syahir.Hari ni aku penat sangat.Bukan aku tak mahu on tapi aku tak sempat.Banyak sangat kerja.Please,benarkan aku balik dulu."ujarku.Aku betul-betul letih hari ini.Di tambah dengan kerja yang banyak dan kemunculannya secara tiba-tiba membuatkan aku bertambah kusut.

"Aku tetap cintakan kau Syaz.Sampai bila bila-bila."ujarnya sebelum melangkah pergi.Aku hanya mampu memandang.Tidak mampu berbuat apa-apa.

-------------------------------------------------------------------------------


Aku memandang sekeliling.Restoran itu penuh dengan manusia.Iyalah kalau bukan manusia siapa lagi yang akan datang.Biasalah kalau hari-hari minggu ni.Aku lebih suka duduk di rumah saja.Tapi mengenang si Syahir tu ajak aku keluar tak kan nak tolak pulak.Orang dah nak belanja makan.Ish,takut juga tunang aku tu tahu.Tunang?Macam atas nama je.Kalau orang lain keluar dengan tunang aku keluar dengan kawan.Dah dia pun tak hubungi aku.Tak akan aku nak cari dia pulak?Kang kata aku yang terhegeh-hegeh pula.Aku memilih sudut yang agak tersembunyi.Aku memang suka dengan tempat yang sembunyi-sembunyi ni.Tak lah rimas.Kepala pun tak pening memerhati gelagat manusia yang pelbagai jenis ragam.Tiba-tiba meja di belakangku diduduki orang.Aku malas hendak mahu melihat siapa.Tidak ada kaitan denganku bukan.Mana pula si Syahir ni.

"Apa tujuan kau nak jumpa aku ni?"eh,seperti aku pernah dengar pula suara ni.

"Aku tahu kau yang hantar pinangan tu bukan?"

"Mana kau tahu?Siapa yang beritahu kau?"aku mendengar perbualan mereka yang agak jelas di telingaku.Mereka mungkin tidak perasankanku kerana mejaku terlindung disebalik rumpun buluh.

"Mak ngah yang beritahu."

"Umi?Aku tak percaya."aku cuba menjengah kepala melihat siapa gerangan mereka kerana suara mereka itu seperti ku kenal.Syahir.Eh,Iskandar pun ada juga?Apa mereka buat di sini?

"Kau tak patut buat Syazira macam ni.Dia berhak tahu."pergerakanku terhenti tatkala aku ingin melangkah ke arah mereka.Kenapa boleh timbul pula nama aku?Hairan.Aku memasang telinga.

"Apa maksud kau ni?Ikiut suka aku la aku nak beritahu ke tak?Yang penting sekarang dia sudah menjadi tunang aku.Kau tak berhak nak kacau dia."kata Iskandar keras.Aku terpana.Apa???Aku manjadi tunang Iskandar.Eh,entah-entah nama tunang dia sama dengan aku pa.Lagipun tunangku bernama Man.Walaupun aku tak tahu nama penuhnya.

"Kau hantar pinangan tu semata-mata nak buktikan yang kau tu mampu dapatkan apa saja bukan.Itu yang kau nak buktikan bukan?"kata Syahir.Iskandar berang.

"Apa maksud kau sebenarnya?Apa yang kau tak puas hati?"

"Aku tahu kau tahu yang Syazira cintakan aku.Tapi kau hantar pinangan untuk mengikat dia semata-mata nak buktikan yang kau mampu dapatkan apa saja.Dari dulu kau tak pernah tak dapat apa yang kau idamkan.Kali ni kau nak dapatkan Syazira untuk buktikan yang kau tu hebat sedangkan kau tak cintakan dia.Aku tak sangka yang kau ni keji Aiman Iskandar."aku terkedu.Jadi betullah yang dia itu tunangku.Aiman Iskandar.Man itu singkatan dari Aiman mungkin.

Wajah Iskandar kelihatan merah menahan marah.

"Ya aku nak buktikan yang aku hebat.Kau sememangnya tak layak untuk dia?"aku bangaun dari kerusi yang aku duduk.Tidak betah lagi untuk mendengar segala-galanya.Terasa aku dipermainkan oleh dua lelaki.Aku bergerak ke arah mereka.Iskandar kelihatan terkejut manakala Syahir hanya tersenyum sinis.

"Jadi inilah permainan korang berdua.Terima kasih."aku pantas berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Syaz....."terdengar Iskandar memanggilku.Namun tidak aku hiraukan.Seboleh-bolehnya aku mahu dari situ secepat yang mungkin.Hatiku terluka mendengar pengakuan itu.Benar-benar terluka.Ya Allah,apa yang harus aku lakukan sekarang.



Tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan Iskandar pada hari ini.Seboleh-bolehnya aku tidak mahu berjumpa dengannya.Namun apakan daya.Lagipun kamikan satu office.Tidak mampu mengelek.Pagi tadi saja sudah bertembung dengannya.Dia memandangku sayu.Namun aku pura-pura tidak namapk.Arg,aku peduli apa.Setelah tiba waktu pulang aku cepat-cepat mengemas peralatanku.Aku mahu cepat-cepat pulang agar tidak terserempak dengannya.Aku lihat biliknya sudah gelap.Aku menarik nafas kelegaan.Nampknya dia sudah pulang terlebih dahulu.

"Hai Ira cepatnya nak balik.Selalunya Ira yang turun paling lambat."sergah kak Haryatie.Aku mengurut dadaku.Sedikit terkejut.

"Ish,Kak Yatie ni.Nasib baik tak kena serangan jantung.Kalau tak pergi hospita terusla saya.Tak pun batu dua."ujarku.Kak Haryatie hanya ketawa.

"Eh,Kak Yaie.Bos dah lama balik ke?"soalku.Kak Haryatie mengerutkan dahinya.

"Kenapa Ira?Tak pernah-pernah Ira tanya hari ni mimpi apa?Dia dah lama turun.Kenapa?Ira nak jumpa dia ke?"soal Kak Haryatie.Aku pantas mengelengkan kepala sambil tersenyum.

"Tak adalah.Saja la tanya.Itu pun tak boleh Kak Yatie ni."ujarku memasamkan muka.Kak haryatie hanya tersenyum.

"Alah,akak tanya je.Manalah tahu kot-kot Ira nak minta bonus ke dengan bos.Boleh Kak Yatie tumpang sekaki."aku hanya ketawa mendengar kata-kata Kak Haryatie.

"Ada-ada jelah Kak Yatie ni.Tak apalah.Saya balik dululah ye.Assalamualaikum."ujarku.

"Waalaikumussalam"

Aku turun ke tempat meletakkan kereta dengan senang hati.Namun jangkaanku meleset.Dia kelihatan sedang bersandar di keretaku.Aduh,macam mana ni?Kalau tak pergi macam mana nak balik.Aku melangkah berat ke arahnya.

"Ada apa?"soalku.Seboleh-bolehnya aku tidak mahu memandangnya.Takut hatiku cair.

"Syaz,saya minta maaf.Apa yang awak dengar tu bukan seperti yang awak sangkakan."ujarnya.

"Sudahlah Encik Aiman Iskandar.Saya tak mahu dengar apa-apa lagi."aku sengaja menyebut nama penuhnya.Macam mana aku boleh terlupa yang namanya Aiman Iskandar.Dari hari dia mula bekerja pun Tuan Haji Isa memanggilnya dengan nama Aiman.

"Please syaz.You need to hear what i'm going to say first.please."dia merayu padaku.Huh,hampir nak cair hati ini.Maklumlah orang handsome merayu kita.Ish,ke situ pula aku ni.Namun begitu aku mengeraskan hati.

"Cakaplah cepat.Saya nak balik ni.Kang lambat pula sampai dekat rumah."ujarku.

"Apa yang awak dengar kelmarin tu tak betul.Maksud saya memang saya nak dapatkan awak kerana nak buktikan yang saya ni hebat.Tapi saya betul-betul sayangkan awak."katanya.Dia sayangkan aku???Aku memandang wajahnya.Cuba mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.

"Nak tanya sikit boleh?"dia menganggukkan kepala.

"Apa hubungan awak dengan Syahir sebenarnya?"soalku.

"Sepupu."jawabnya.Oh,patutlah aku terdengar dia menyebut mak ngah.Jadi rupa-rupanya mereka ni bersaudara.Dan tak peliklah si Syahir tu terkejut sangat bila aku memperkenalkan dia sebagai teman lelakiku hari tu.Adui,kan dah terkantoi dengan dia.Mesti la dia tahu yang aku dan iskandar ni bukan pasangan kekasih.

"Kenapa awak tak pernah cakap dengan saya pun?"soalku lagi.Namun dia hanya mendiamkan diri.Aku mengeluh.

"Erm,tak pelah.Sekarang ni izinkan saya masuk dlam kereta.Saya nak balik."ujaraku.Dia memberi laluan kepadaku untuk membuka pintu kereta.Dia memegang pintu kereta sebelum sempat aku menutup.

"Ada apa lagi?"soalku agak keras.

"Saya nak awak tahu yang saya cintakan.Awak pertimbangkanlah.Pilihlah yang terbaik untuk diri awak.Kalau awak memilih untuk bersama orang lain saya akan suruh umi putuskan pertunangan kita."aku terkedu.Dia berlalu pergi.Memutuskan pertunangan kami?

-----------------------------------------------------------------

Aku hanya mendiamkan diri.Hanya mampu mendengar apa yang diluahkan oleh Syahir.


"Sungguh Syaz,aku cintakan kau.Dulu aku tak sedar yang aku cintakan kau.Aku ingat perasan tu hanya perasaan sayang kepada seorang kawan."ujar Syahir.Aku hanya mampu melihatnya.

"Please say something Syaz."aku mengeluh.

"Kau nak aku cakap apa?"soalku.Wajahnya kelihatan keruh.

"Sekarang kau thau bukan yang tunang kau tu Iskandar.Dia tak cintakan kau.Jadi untuk apa korang bertunang."aku terkejut mendengar kata-katanya.

"Mana kau tahu yang dia tak cintakan aku?"kelihatan dia pula yang terkejut mendengar kata-kataku.Dia hanya mendiamkan dia.

"Sudahlah Syahir.Dah terlambat untuk kita bina perhubungan yang baru.Lagipun aku terima dia kerana tidak mahu melukakan hati parent aku.Dah Diorang berkenan dekat dia.Apa lagi yang boleh aku buat."ujarku.Eh,macam bagi harapan pula dekat dia.Aku memandang ke sekeliling.Memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang.Tiba-tiba mataku seperti ternampak Iskandar.Namun apabila aku memerhatikan sekali lagi dia sudah tiada.Arg,mungkin pelanduk dua serupa agaknya.

"Kalau macam tu aku suruh dia putuskan pertunangan korang and then aku akan terus masuk meminang kau."kata Syahir bersungguh-sungguh.Ish,hilang akal ke apa dia ni.

"Syahir boleh tak kau berfikiran waras sikit."

"Aku bukan apa.Kau sendiri tahu yang dia masuk meminang kau kerana dia nak buktikan yang dia tu hebat.Kau tak sedar ke yang dia tak cintakan kau."Syahir berusaha meyakinkanku.Hatiku sedikit tersentuh mendengar kata-katanya.Arg,peduli apa aku.Iskandar sendiri mengaku sayangkanku.Tak mungkin dia akan menipu.

"Walaupun aku dan dia putuskan pertunangan tu kita tetap tak boleh bina hubungan percintaan.Antara kita tidak sesuai untuk bercinta.mungkin lebih sesuai berkawan.Aku telah berikan hatiku padanya sebelum dia sendiri menghantar pinangan.Meskipun kau kata yang dia tak cintakan aku....namun aku tetap akan cintakan dia sampai bila-bila.Kalau jodoh di antara kami kuat insyaAllah aku dan dia akan terus bersama.Namun kalau Allah tak benarkan apa aku boleh buat.Kita berserah saja padanya.Aku tak mahu kau menaruh harapan.Tapi satu je yang aku nak kau tahu yang hati aku sudah tertulis nama seorang lelaki iaitu Aiman Iskandar."fuh,lega.Puas hatiku.Wajah Syahir kelihatan keruh.Namun apa boleh aku buat.Hatiku hanya ada Iskandar.

Namun di satu suatu sudut sekeping hati remuk melihat pasangan itu.Kini dia sudah mengetahui siapakah pilihan hati si gadis.....



Hari ini hatiku berasa girang.Hari ini aku mahu membuat kejutan kepada Iskandar.Setelah meletakkan beg tanganku berserta beg laptop dia atas meja aku segera ke meja Kak Haryatie.Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis buatnya.

"Assalamualaikum Kak Yatie."

"Waalaikumussalam.Aik,ni mimpi bulan jatuh ke riba ke?"soalnya.Aku hanya ketawa.

"Mana ada.Pandai je Kak Yatie ni."

"Manalah tahu."dia hanya tersenyum.

"Bos dah masuk ke Kak Yatie?"aku memandang biliknya.Masih gelap.Senyuman di wajah Kak Haryatie terus hilang.

"Ira tak tahu ke?"

"Eh,tahu apa pulak ni?Bos bagi bonus lebih ke tahun ni?"soalku sambil tersenyum.Namun wajah Kak Yatie kelihatan muram.

"Kenapa Kak Yatie?"soalku lagi.

"Hari ni bos pergi ke Australia.Dengar kata bekerja dengan pak cik dia adik Tuan haji Isa yang berada di sana.Dia tak beritahu Ira ke?"aku terkejut mendengar kata-katanya.

"Oh....erm....say terlupa kot."ujarku gagap.Shock yang tak terhingga.

"Itulah ingatkan dia tak beritahu Ira."

"Jadi siapa yang akan ambil alih syarikat ni?"soalku lagi.

"Dengar kata adik dia.Untuk sementara waktu je.Mungkin dia akan pulang balik ke syarikat ni."

"Oh,kalau macam tu tak apalah Kak Yatie."aku berlalu pergi.Tanpa aku sedri air mataku mengalir.Kenapa Iskandar....kenapa buat Syaz macam ni???Syaz cintakan iskandar...Kenapa dia pergi tanpa memberitahuku?Apa salahku?Dia pergi tanpa menunggu jawapan dariku.Tapi kenapa?Entah-entah hari tu memang dia yang berada di sebalik tiang itu.mungkin kerana dia melihatku keluar bersama Syahir yang membuatkan dia menganggap aku memilih Syahir.Arg,kenapa tidak menunggu jawapan dari mulutku sendiri.Kenapa perlu membuat kesimpulan sendiri.Tiba-tiba aku teringat kata-kata terakhirnya.

"Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak.Awak pertimbangkanlah.Pilihlah yang terbaik untuk diri awak.Kalau awak memilih untuk bersama dengan orang lain saya akan suruh umi putuskan pertunangan kita."aku segera mencapai telefon bimbitku.

"Assalamualaikum mak."



















Dua tahun berlalu.....



"Assalamualaikum."satu suara menyapa Kak Haryatie yang sedang sibuk menulis sesuatu itu.

"Waalai..."Kak Haryatie tidak mampu menjawab salam apabila melihat wajah di hadapannya.

"Bos."jerit Kak Haryatie.

"Bila bos balik sini.Wah,rindunya Kak Yatie dengan bos."ujar kak Yatie girang.bukan kepalang gembiranya dia apabila melihat Iskandar di situ.Iskandar hanya ketawa.

"Saya pun rindu dengan staff di sini.Apa khabar Kak Yatie."

"Kak Yatie sihat je bos.Terlebih sihat lagi ada la."mereka ketawa.

"Erm,macam mana dengan office ni?Ada apa-apa perubahan."soal Iskandar.

"Erm,tak ada apa yang berubah bos.Cuma semenjak kebelakangan ni syarikat kita tak berapa nak dapat tender.Kebanyakannya lari ke Syarikat Neraca Holding.Tak ada rezeki agaknya.Iyalah semenjak bos pergi ni rezeki tak berapa nak masuk.Harap-harap bos balik ni pun membawa rezeki la."kata Kak Yatie sambil tergelak-gelak.Tidak dinafikan yang prestasi syarikat mereka sedikit turun.Tidak tahu di mana silapnya.

"Oh,insyaAllah saya akan tengok apa kekurangannya dan saya akan cuba perbaiki.Kak Yatie tolong hantarkan laporan tahu lepan dan yang sebelumnya ke dalam bilik saya.Saya nak buat semakan.Erm,tolong suruh Syazira masuk sekali ya."

"Erm....bos....erm...."Kak Yatie kelihatan gelisah.Bagaimana mahu di khabarkan kepada Iskandar.

"Kenapa Kak yatie?"soal Iskandar dengan dahi yang berkerut.

"Syazira....dia......"Iskandar mengangkat keningnya meminta penjelasan.

"Dia dah resign."sebaris ayat itu membuatkan Iskandar terkedu.Syazira berhenti kerja?Dia seperti tidak percaya.

"Tapi kenapa?"

"Sebulan selepas bos pergi.Tak tahu la bos.Kak Yatie tengok selepas bos pergi dia macam orang yang patah semangat.Dengar kata dia putus tunang.Sebab tu la kot.Sebulan sebelum dia berhenti tu akak tengok dia macam mayat hidup pun ada.Jasad tanpa roh.Dia senyum tapi tak seceria seperti selalu.Wajah dia pun nampak pucat.Tak seperti selalu.Sakit ke apa akak tak tahu la.Bila tanya senyum je dia tahu.Hish,tak faham kak Yatie."Iskandar terkaku mendengar cerita Kak Haryatie.Tidak menduga yang Syazira boleh berubah begitu sekali.tetapi kenapa?Bukankah dia sudah memilih Syahir?Bukankah dia sudah bahagia bersama Syahir?

"Oh,ya bos.Syazira suruh saya serahkan benda ni kepada bos.Dia ingat nak serahkan pada hari yang bos pergi tu tapi tak sempat."Kak Haryatie membuka laci mejanya lalu mengeluarkan sebuah kotak.Iskandar terkaku sekali lagi melihat kotak itu.kotak yang amat dikenalinya.

"Dia nak bagi masa saya pergi?"Kak Haryatie mengangguk.

"Ya bos.tapi tak sempat.Sebelum dia berhenti tu dia serahkan pada saya suruh sampaikan pada bos.Dia macam yakin je yang bos akan balik ke sini.Memang tepat firasat dia.Saya ingat bos nak bermaustatin dekat sana."ujar kak Haryatie dengan senyuman.

"Dia ada cakap apa-apa tak?"

"Tak.Dia bagi ni and then dia senyum dan terus pergi."Iskandar mengeluh.Dia faham yang Syazira tidak sudi menerima barang darinya sampai sanggup memulangkan kembali couple necklace tu.

"Erm,tak apalah Kak Yatie.Tolong hantarkan laporan tu ya."pesan Iskandar sebelum berlalu pergi.Dia menggengam erat kotak itu.

Iskandar menyandarkan tubuhnya.Dia memusingka kerusi ke belakang menghadap bandaraya Kuala Lumpur.Setelah dua tahun tidak pulang banyak yang telah.Perubahan yang paling mengejutkannya adalah pemerhentian Syazira.Tidak menyangka yang Syazira akan berhenti kerja dari syarikatnya itu.Tetapi kenapa?Pelbagai soalan bermain di fikirannya.Adakah dia tidak bahagia dengan pilihan hatinya.tetapi kenapa dia memulangkan kembali rantai itu?Bukankah aku suruh dia berikan kepada pilihannya.Iskandar melihat kotak yang berada di atas mejanya.Hatinya tertarik-tarik untuk membuka kotak itu.Dia mengambilnya lalu membukanya.

'eh,kenapa ada satu saja.Mana pasangannya?'hatinya tertanya-tanya di manakah pasangan rantai ini.Sepatutnya ada dua.Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Kak Haryatie.

"Dia nak serahkan pada hari yang bos pergi tu tapi tak sempat."Iskandar mula tersedar.Dia nak serahkan kepadaku rantai ni pada hari yang aku pergi?Tapi tak sempat.Maknanya......Ya Allah apa yang aku lakukan ini.Iskandar menutup kotak lalu berlari keluar.Dia perlu segera menemui Syazira.

--------------------------------------------------------------------------

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati


Tidak hati ini

Semenjak dari mula ku yakin ada cinta

cintalah yang memungkinkan segala

ku rela biar bertapa pedih tertusuk duri

jalan berliku tiada bertepi

ku percaya tidak sia-sia aku diuji demi cinta

tersembunyi hikmah yang pasti

pandang-pandang alam ini satu

pandang sambil fikir mana bumbung langit tinggi

mana lantai bumi

tiap satu yang terjadi tidak mungkin tersendiri

cuba cari jawapannya andai meragui.....



Aku duduk di atas batas sawah padi itu.tatkala itu aku teringatkan lirik lagu percaya ada cinta yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nur Haliza.Begitu menyentuh hati.Setiap bait patah lagu itu aku hayati.Seperti diriku...Ceh,boleh dok berjiwang karat pulak pula pagi-pagi ni.Aku menarik nafas.Sunguh nyaman sekali.Biasalah kalau di kampung memang udaranya sejuk dan nyaman di waktu pagi.Permandangannya juga cantik.Rumahku pula terletak di tepi sawah padi dan menghadap Gunung Jerai.Memang mengasyik.Tambah pula aku memang suka menghayati permandangan yang indah seperti ini pada hari-hari cuti seperti ini.Lebih banyak masa yang boleh diluangkan.Tidak jauh dari kampungku terdapat sebuah tempat peranginan yang terdapatnya air terjun.Setelah berhenti kerja aku kembali ke kampung halamanku.Bekerja di sebuah chalet berdekatan dengan pusat peranginan tersebut la.Pada mulanya emakku agak bising.Nasib baik ayah membelaku.

Kesejukan pagi mencengkam tubuh.Aku memasukkan tanganku yang mengigil ke dalam poket sweater yang ku pakai.Memang sudah menjadi kebiasaanku selepas bersenam aku akan duduk di situ memandang alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t ini.Sungguh indah.Di situ jugalah aku akan memuhasabah diriku.Sesekali terimbau juga kenangan dulu.Sudah dua tahun berlalu.Apa khabar agaknya dia.Aku teringat kembali perbualanku di telefon dengan emak dua tahun yang lepas.


"Kenapa jadi macam ni Ira?Apa yang hang dah buat ni?"soal mak.Aku terkelu lidah.Tidak mampu berkata apa-apa.
"Hajah baru telefon mak kata yang pihak depa minta putus.Hajah tak mahu putuskan tapi dah sebab anak dia nak putuskan dia terpaksa.Apa yang hang dah buat ni?Hang dah jumpa dia ka?hampa dua tak sesuai untuk bersama ka?Awak Ira?Cuba habaq mai kat mak tengok."sambung emak lagi.Suaranya seperti sedih.Aku mengeluh.Kalau emak sedih aku apatah lagi.Air mataku mengalir lagi.Macam mana hendak aku jelaskan kepada emak.Iskandar kenapa buat Syaz macam ni....

"Entahlah mak.Orang tak tahu nak cakap macam mana.Orang sendiri tak tahu kenapa dia nak putuskan pertunangan ni."ujarku tertahan-tahan.Cuba menjadi seorang wanita yang tabah.

"Mak marah ka?Orang minta maaf.tapi nak buat macam mana.Dah dia buat keputusan macam tu."aku terdengar keluhan di sebelah sana.

"Mak tak marah.Cuma mak terkilan.Hampa bertunang tak sampai berapa bulan dah putus.Hajah kata dia tetap anggap hang sebagai anak dia walaupun hubungan ni tak kesampaian.Dia sebenaqnya harap sangat hang dengan Aiman bersatu."hatiku sedih mendengar kata-kata yang lahir dari mulut emakku.Sampai begitu sekali Hajah Naimah mengharap.Kenapa perkara ini harus jadi begini?

"Entah la mak.Dah tak da jodoh.Nak buat macam mana."itu sahaja yang boleh dikatakan.Aku sendiri kebingungan dan terluka dengan apa yang berlaku.



Arg,untuk apa lagi dikenang benda yang dah berlaku.Sudah suratan takdir.Sudah tertulis yang aku dan dia tiada jodoh.Arg,sudah terlalu lama aku berada di sini.Aku memejamkan mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya.Ingin mengambil udara segar sebelum pulang.Tiba-tiba terasa bahuku disentuh.Aku terkejut.Ish,sape pulaklah yang kacau daun ni.Aku membuka mata lalu menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya aku melihat dia.Siapa lagi kalau bukan Aiman Iskandar.Aku spontan bangun.Dadaku terasa seperti mahu pecah.Tidak percaya yang dia berada di sini.Berada di hadapanku.Betulkah ni?Entah-entah hantu.Aik,kalau hantu tak kan dia nak jijak tanah.Lagipun hantu apanya pagi-pagi ni.

Aku lantas mengorak langkah.Tidak betah berada di situ bersama dengannya.Lelaki yang meninggalkanku tanpa pesan.Namun dia pantas menarik lenganku.

"Apa yang awak nak lagi."soalku keras.Aku cuba menarik lenganku namun cengkamannya yang kukuh tidak mampu meleraikan tangannya dari lenganku.

"Please i need to talk with you.I need an explanation."aku membulatkan mataku.Penjelasan?

"Penjelasan apa yang awak nak.Segalanya sudah jelas bukan.Lagipun pertunangan kita sudah putus.Awak dan saya tak ada apa-apa hubungan lagi.Tolong jangan ganggu hidup saya.Dan tolong lepaskan tangan saya ni.Nanti orang kampung tengok apa pula kata diorang."ujarku meronta-ronta.Namun dia menangkap pula tanganku yang sebelah lagi.Aku terperangkap.Aku memerhatikan sekeliling takut ada mata yang memandang.Maklumlah di sinikan kampung bukan seperti di bandar.Takut ada yang memandang serong terhadap kami.

"Please Is.Lepaskan tangan saya."aku merayu kepadanya.

"Is akan lepaskan kalau Syaz janji tak akan lari."aku pantas mengangguk..Dia meleraikan pautannya.

"Apa yang awak nak sebenarnya?Cakaplah cepat saya tak boleh lama di sini."sebolehnya aku tidak mahu berdepan dengannya lama-lama.

"Syaz....Is nak minta maaf kerana dah putuskan pertunangan kit.Bukan niat Is nak putuskan....tapi masa tu Is nampak......"dia tidak meneruskan kata-katanya.Aku memandangnya.

"Nampak apa?Syaz dengan Syahir?Jadi masa dekat One Utama tu awak la ye?"dia hanya menganggukkan kepala.Aku ketawa.

"Jadi Is pergi tanpa menunggu keputusan dari Syaz.Dengan melihat pertemuan tu Is dah buat kesimpulan sendiri bukan.Sekarang kenapa Is datng jumpa Syaz lagi?Bukankah sekarang semuanya sudah jelas.Bukan Syaz yang tinggalkan Is tapi Is yang pergi tanpa menuggu Syaz membuat keputusan.Is tahu tak betapa luluhnya hati Syaz bila mak cakap yang Is suruh umi minta putuskan pertunangan kita.Syaz jadi tak tentu arah.Kenapa Is buat macam tu?Kenapa Is cepat sangat buat keputusan?Is tahu tak betapa pedihnya hati ni bila dapat tahu yang Is ke Australia tanpa memberitahu Syaz.Is tak tahu bukan.Sebab itu Syaz tak mampu lagi nak bekerja di situ.Setiap hari hanya banyangan is yang Syaz nampak.Syaz tak mampu nak teruskan lagi.Jadi Syaz berhenti."luahku.Mataku berkaca.Aku cuba menahan perasan sebak di dada.Tidak mahu dianggap lemah.Selama dua tahun aku menanggung seorang diri akhirnya terluah juga pada pagi yang hening ini.Iskandar terkaku.Wajahnya kelihatan sedih.Namun apa boleh buat hatiku turut terluka atas tindakannya yang terburu-buru itu.

"Maafkan Is Syaz.Is tak tahu yang Syaz akan menderita sampai begitu sekali.Maafkanlah Is.Berikanlah Is peluang kedua untuk Is tebus semua kesalahan Is.Is janji akan bahagiakan Syaz."dia merayu padaku.Aku pantas menggeleng kepala.

"Tak mungkin Is.Hati Syaz betul-betul terluka dengan tindakan terburu-buru Is.Maafkan Syaz."gaya aku hendak pergi Iskandar terjelopok di atas tanah.Aku terkejut.

"Maafkanlah Is Syaz.Maafkan Is."setitik air mata mengalir di pipinya.Aku terkedu.Sampai begitu sekali dia cuba memujukku.Haruskah aku memberikan dia peluang?Aku memejamkan mata.Apabila ku buka mata dia masih seperti itu.Aku pantas menghampirinya.

"Erm,Syaz tak tahu la macam mana nak kata.Tapi Is tolonglah bangun.Jangan buat macam ni.Nanti apa pula orang kampung kata."ujarku.Aku tidak mahu ada orang melihat drama yang sedang berlaku ini.Kanng tersebar satu kampung tak ke pasal.

"Janji dengan Is yang Syaz akan berikan peluang kedua buat Is.Baru Is akan bangun.Janji dengan Is Syaz."aku mengeluh.

"Iyalah...iyalah.Ok.Sekarang bangun."ujarku.Dia bangun perlahan-lahan.tiba-tiba dia seperti hendak pitam.Aku pantas menyambutnya.Aku mengelabah.Dari tadi aku perasan yang wajahnya sedikit pucat.

"Is kenapa ni?"dia hanya tersenyum.

"Dah dua hari Is tak makan.Mogok dengan umi minta alamta rumah Syaz.Dah dapat terus drive ke sini.Is tak larat.Dah la sejuk"Ya Allah.Ada-ada saja dia ni.Baru aku perasan yang dia memakai tshirt berlengan pendek dengan jeans.Patut la....

"Is ni.Kenapa tak makan.Kan dah sakit ni."kataku sedikit risau.

"Untuk Syaz Is sanggup buat apa saja."aku terharu mendengar kata-katanya.

"Sudahlah.Jom kita balik.Sementara Is boleh jalan ni baik kita gerak sekarang.Kalau pengsan dekat sini Syaz tinggalkan jer."kataku sambil meletakkan tangannya di atas bahuku.

"Syaz sanggup tinggalkan Is dekat sini?"soalnya manja.Ish,manja pulak dia.

"Entah."

"Tak sayang Is la tu."aku ketawa.

"Dah pandai merajuk ya.Sapelah yang nak kena pujuk ni?"ujarku.Kami mula berjalan.

"Syaz tolong la pujukkan."

"Eii..sudah jangan nak mengada-ngada.Sedar ye yang awak tu berada dekat kampung bukan di bandar."dia hanya tersenyum.

"Alah,nak manja sikit pun tak boleh."

"Eh,tolong sikit ye.Kita ni tak ada apa-apa perhubungan ya?"dia tersentak.

"Tak apa.Nanti adala."

"Ada apa?Nak bertunang balik?"soalku.Dia menggelengkn kepala.

"Kita terus kahwin la sayang.".Aku terpana mendengar kata-katanya.Kahwin?

"Biar betul Is ni?"aku seolah-olah tidak percaya mnedengar kata-katanya.Dia hanya menganggukkan kepala.

"Syaz ingat lagi tak rantai ni?"dia mengeluarkan seutas rantai dari poket seluarnya.Aku hanya menganggukkan kepala.Masakan aku boleh lupa.

"Mana pasangannya?"

"Syaz dah buang dalam bendang tu."ujarku sambil memuncungkan mulutku ke arah bendang yang terbentang luas.Dia terkejut lalu memandangku.

"Betul ke ni?"aku menahan tawa melihat wajahnya yang berkerut.

"Tak adalah.Syaz pakai la rantai tu.Ni ha."aku mengeluarkan rantai yangku pakai semenjak dua tahun dulu dari celahan tudung.

"Bohong Is ya."dia mencubit pipiku tanpa sempat aku mengelak.Aku ketawa.Kalau bapak aku tahu ni mati aku dikerjakan dia.Tak pelah darurat.Hehehe.

"Nakal."ujarnya sambil tersenyum.

"Sayang..."

"Erm...."

"I love you."dia mengucapkan kata cinta padaku.Ya Allah betapa gembiranya hati ini.

"me too."dia tersenyum mendengar kata-kataku lantas melentokkan kepala ke atas kepalaku.Maklumlah akukan sedikit rendah darinya.Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana akhirnya kau telah pulangkan dia kepadaku.Akhirnya bait-bait lagu itu menjadi kenyataan.Ku percaya tidak sia-sia aku diuji,demi cinta tersembunyi hikmah yang pasti.Ada kebenarannya dari lirik itu.Aiman Iskandar,I love you........



~Tamat~

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com