Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Jadual perlawanan Piala Suzuki 2012



Assalamualaikum w.b.t
haish...dah x lama dah nak start Piala Suzuki...so hampa cam na???layan x??yang puak2 lelaki komfem ni...yang pompuan aku x taw la pulak....ok..kali ni Thailand ngan Malaysia akan jadi tuan rumah untuk perlawanan2 yang akan dilangsungkan....so...hampa agak siapa akan jadik juara tahun ni??Mampu ka Malaysia nak mempertahankan kejuaraan...hope ye la nuh...jom tengok jadual2 perlawanan..nanti x la hampa kelam kabut cari...

JADUAL PERLAWANAN

SEPARUH AKHIR PERTAMA

 SEPARUH AKHIR KEDUA

AKHIR


credit to:http://www.blog.teminfm.com/2012/11/jadual-perlawanan-piala-suzuki-2012.html

Friday, 4 May 2012

ke manakah anda bakal pergi???~part 2 ~

assalamualaikum w.b.t

hai...seperti yang dijanjikan...hari ni aku nak sambung sikit saja lagi pasal tajuk ni....hari tu aku x sempat nak tulis semua...assignment banyak sangat...hari ni nampaknya aku ada masa free nak update.....entry hari tu aku tulis sampai sijil saja kan....so,hari ni aku nak sambung sikit saja lagi...

4.STPM
form 6....ada sesaper yang berminat???buat pengetahuan korang sijil stpm sangat2 bernilai taw..boleh minta kerja guna sijil stpm ni.....tempoh pengajian selama setahun 1/2...ada upper dengan lower form 6...dalam erti kata lain..stpm ni pra-u...sebab lepas habis stpm ni korang boleh terus sambung buat degree dekat u...sama macam matrik....cuma lambat sikit jer....tapi kalau korang ambik sains...serius aku cakap memang susah...susah dari matrik...itu apa yang lecturer aku...tapi kalau pengajian dan lain2 tu senang sikit...memang boleh score..

sebab tu la sijil stpm ni bernilai....cara pengiraan result pulak ikut sistem pointer...kalau kata korang dapat 4 flat tu memang komfem la boleh pilih course apa saja...dan mungkin dapat tajaan untuk ke oversea...tapi kalau kata  korang ambik sains dan dapat 2.99 pun memang dah kira ok la....tapi yang x bestnya bila masuk stpm ni..korang still kena pakai baju sekolah...huhuhu...komfem la kan..sebab still dalam tingkatan...=p

5.DIPLOMA
kalau ambil diploma pun bagus jugak...sekurang2nya nanti bila korang masuk u x da lah korang blurr jer...kiranya budak diploma lebih survive la berbanding dengan matrik dan asasi sebab dyeorang dah ada asas kan...cuma masa untuk buat diploma 3 tahun...lepas tu baru boleh sambung degree mungkin dalam 2 tahun....aku rasa kalau korang nak sambung buat diploma...better korang buat dekat u tu siap2...sebab nanti kalau kata korang buat dekat poli atau kptm dan sebagainya...kredit korang nak transfer nanti x banyak...ok..aku tahu korang x paham...kredit transfer tu maksudnya subjek yang korang nak transfer tu......tapi aku rasa untung buat buat diploma...cuma masa tu jer yang panjang sikit....


aku rasa setakat ni jer dulu..tu saja la pendapat aku...harap2 korang yang baca ni dapat la sikit tips walaupunx banyak..buat mereka yang masih x taw nak pilih cabang mana nak pergi...buat keputusan elok2...ni untuk menentukan masa depan korang...ok...peace no war..=)

Monday, 30 April 2012

ke manakah anda bakal pergi???~part 1~

assalamualaikum w.b.t
hai semua...selamat pagi...selamat hari pekerja...hehehehe(apakah ini??)ok....seperti yang semua tahu.....result...asasi dah kuar....spm pun....stpm apatah lagi....so dorang boleh la isi upu kan...nak masuk u mana...tapi sebelum isi tu....korang kena la fikir dulu...sesuai ke x dengan diri korang...boleh x korang bawak subjek tu nanti...memang course ni ke yang korang nak???

bagi sesaper yang masih di awang2an tu...."ish,,,x tahu la nak pilih u mana...course apa".so sekarang aku nak citer la sikit apa yang aku tahu...mana tahu boleh jadi rujukan...huhuhuhu

1.MATRIK
kalau bebudak sains je mesti tunggu nak  masuk matrik...betul x???kalau x dapat tu memang kuciwa giler....tapi jangan risau...kalau x dapat 1st intake masih ada 2nd intake...masa aku ada lagi 2nd intake...sekarang x tahu la...matrik menawarkan program setahun(pst) dan 2 tahun(pdt)...bagi aku dua2 sama...aku setahun...memang belajar rushing giler...kalau kata ko jenis yang x boleh belajar rushing2(macam aku)...better pilih benda lain...tapi orang cakap kalau ko berusaha ko mesti dapat benda tu...so,terpulang la macam mana cara korang nak belajar nanti....alah,orang lain boleh jer..apasal lak ko x leh kan(nasihat diri sendiri gak..hehehehe)

untungnya dok dekat matrik ni korang dapat alaun...masa aku dulu 2 ribu untuk 2 sem...sekarang aku x tahu...then dah habis belajar boleh terus sambung buat degree....kiranya matrik ni sebagai 1 tiket la untuk buat degree...x payah nak buat diploma dah...tapi yang x bestnya...korang belum tentu dapat result yang bagus untuk dapat course yang bagus untuk masuk u yang bagus...hahahha...dan untuk pengetahuan adik2 lepasan spm...matrik x da sijil ya...hanya ada slip exam jer......kalau kata sem 1 pun dah kontoi korang boleh ditendang dari matrik...ini serius..bukan memain...

apa pula beza matrik pst dan pdt...yang ni aku penah tanya kawan aku...dye cakap sama saja...cuma sem 1 korang belajar semua...i mean bio dan fizik untuk yang ambik bio masa sekolah dan fizik kimia bagi yang x ambik bio...sem 2 nanti tengok result korang cenderung ke arah mana dan korang akan ambik subjek tu....tapi kalau ko minat akaun boleh la masuk matrik yang menawarkan subjek akaun....dan kalau korang dapat matrik pst tapi nak tukar kepada pdt...boleh...tapi kalau sebaliknya aku x tahu....tapi kalau kata lepas setahun result korang x brapa bagus boleh minta tambah lagi setahun ataupun korang akan ditawarkan..itu bergantung pada result...

2.ASASI
yang ni sama saja macam matrik...ada setahun dan 2 tahun...tapi ini bergantung kepada course tersebut....arg...mesti korang x paham....asasi ni macam yang aku tulis...macam matrik tapi korang dah tahu course apa yang korang ambik...contohnya,asasi kejuruteraan,,,asasi farmasi...hah,macam tu la...setahun atau dua tu bergantung kepada course dan u tersebut,,,sebab asasi ni selalunya ada di u sahaja...x kira la ipta ke ipts...tapi...tapi lagi....yang aku tahu UIAM selalunya asasi 2 tahun....

result pun mesti la gempak...kalau tak nanti korang x tahu mana nak pergi dan x mustahil untuk ditendang kalau x score.....even korang dah tahu course apa yang korang ambik...tapi senang la lepas habis...sebab senang nak pilih course...x payah pening2.....aku tengok orang yang dapat result gempak pun still terkial2 nak pilih course..apatah lagi yang result kantoi....asasi pun x da sijil yer...erm...asasi jugak selalunya akan sambung degree dorang dekat u yang sama dorang ambik asasi...

3.SIJIL
untuk yang dapat result memang x bagus2 sangat2...korang boleh apply ni..tapi untuk course yang korang memang x da basic langsung....contohnya dulu time sekolah belajar sains hayat...tetiba result ko...then korang rasa nak ambik art....bolehlah try apply....tempoh pengajian dalam setahun atau 2....kalau nak sambung lagi kena ambik diploma dulu lepas tu baru sambung degree...amat x digalakkan...

ok...sampai sini dulu...nanti aku sambung dalam part 2...peace no war....=p


Tuesday, 9 August 2011

elak jadi mangsa rompakan



Di rumah
Pastikan semua pintu dan tingkap rumah tertutup dan terkunci rapi.Gunalah mangga kunci yang berkualiti dan sukar dibuka.Anda juga perlu menyembunyikan barangan berharga seperti barang kemas,buku akaun bank dan buku cek di tempat yang sukar ditemui oleh penjenayah.Tingkatkan juga tahap keselamatan rumah anda dengan memasang alat penggera keselamatan.Selain itu,elakkan memberi tanda ketiadaan anda di rumah kepada masyarakat.Maklumkan kepada jiran anda sekiranya anda mahu pergi ke mana-mana dalam jangka waktu yang panjang contohnya pulang ke kampung dan sebagai.

Ketika berjalan
Bagi menggelakkan diri anda disamun di jalanan,elakkan membawa barangan berharga.Jika anda membawa barangan berharga atau dokumen peribadi,elakkan meletakkan barangan-barangan tersebut di tempat yang sama bagi menggelakkan kehilangan serentak.Pastikan kad pengenalan,kad kredit disimpan secara berasingan seperti di poket,dompet atau beg.Jaga barangan peribadi sebaik mungkin.Pastikan beg atau dompet yang dibawa tertutup rapi dan tidak dapat dilihat oleh individu lain.Sekiranya anda bru mengeluarkan wang dari bank,lindungi wang tersebut daripada pandangan orang awam.

Di dalam kenderaan
Pastikan semua pintu kenderaan dikunci dan tingkap tertutup rapat terutamanya apabila anda berhenti di lampu isyarat.Berhati-hatilah drngan pengemis,penagih dadah mahupun pencuci tingkap kenderaan kerana mereka juga berpotensi untuk melakukan jenayah.Jika anda meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam,pastikan segala barangan berharga tersimpan rapi dan terlindung daripada pandangan orang awam.


Di premis perniagaan
Utamakan aspek keselamatan dengan memasang alat penggera,cermin,cctv,alat pemadam kebakaran dan hos di premis perniagaan.Biarkan lampu di hadapan kedai anda terpasang ketika ia tidak beroperasi bagi menggelakkan pintu dan kuncinya dikopak serta dipecahkan oleh penjenayah.Pastikan tiada individu di dalam kedai sewaktu kedai ditutup.Selain itu,anda juga perlu memastikan segala informasi mengenai stok barangan dibuat secara rapi bagi memudahkan pengesanan kehilangan barangan serta mengenal pasti jumlah kerugian yang dialami sekiranya berlaku rompakan.Elakkan juga meninggalkan wang tunai di dalam premis sewaktu ia tidak beroperasi.

Monday, 8 August 2011

tips mengurangkan jerawat


Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

carta 10 terhangat mengapa kita menjadi gemuk


Tahukah anda bahawa kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk?
Berikut saya kongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk.
Tempat Ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.
Tempat Ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisoldidalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.
Tempat Ke-8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.
Tempat Ke-7
Stress
Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!
Tempat Ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.
Tempat Ke-5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.
Tempat Ke-4
Label 'Rendah Lemak'
Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel 'rendah lemak' juga mengandungi 'rendah kalori'? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.
Tempat Ke-3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.
Tempat Ke-2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.
Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atauMcDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.
Jadi...sama-samalah kita berubah kearah cara hidup yang lebih sihat!

kaedah belajar


Ramai yang masih tidak mengetahui cara untuk belajar dan ini akan menjadi satu masalah kepada mereka untuk menduduki peperiksaan kelak. Di sini saya ingin kongsikan sedikit cara belajar yang pernah saya amalkan.
1) MASA
Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum. 
Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti matematik.
2) TEMPAT BELAJAR
Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik.
Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita.
Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
Pastikan meja belajar menghadap ke arah kiblat.
3) NOTA
Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat.
Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja.
Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami.
Salah satu cara terbaik untuk membuat nota adalah dengan menggunakan peta minda (mind map). Cara ini adalah salah satu cara yang sangat berkesan khususnya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak.

mengapa wanita memerlukan lelaki


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.
 

Blog Template by BloggerCandy.com