Friday 23 November 2012

Suamiku En.Perfect 10!


Assalamualaikum w.b.t
wah2!!!hari ni aku kuar lepak2 ke mall...hahaha..melepak??x r...sebenarnya teman kawan aku beli bag r...aku mana reti melepak2 nih..hehehe...dah alang2 tu aku pun masuk la popular...huh,,kalau dah masuk situ jangan harap la kuar x beli novel kan...hehehe...so sempat jugak aku capai 2 buah novel...dan untuk malam ni aku nak buat review sikit pasal novel ni...Suamiku En.Perfect 10! karya Syamnuriezmil...hah,,ada sesapa dah baca???sila kasi komen....jangan memalu..untuk novel yang lagi satu nanti aku buat review...sebab x sempat lagi nak baca..




sinopsis:

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati. 
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen 
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial 
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial. 
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial 
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen 
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?


dan seperti yang dijangka cerita ni x mengecewakan aku....dan aku sememangnya salah seorang peminat Syamnuriezmil..bagi aku semua hasil penulisan dia sempoi...x berat untuk kepala otak aku nak  menerima....hampa aku x taw la...sebelum ni dua novel dia aku dah baca termasuk yang ni dah jadik tiga...semuanya  best...sebenaqnya aku dah baca sikit novel ni kat penulisan2u(boley google)...aku ingat just dia buat novel kat situ..then kat popular tadi tetiba jumpa...memang aku rembat dulu la kan...

so berbalik pada novel tadi...citer dia macam ni....Aleeya Azmeen ni seorang pelajar dekat London kalau tak silap dalam bidang perubatan...nak dijadikan citer pakwe dia Syed Muzaffar pi rogol dia sebab salah paham...then dah kena rogol tu mengandung pulak...pastu boley pulak kena buang dari U..adoi..memang jatuh ditimpa tangga kuasa 2 betoi la nasib si Aleeya ni..

dah kena buang dari U tu nak tunggu apa lagi kan...chow balik Malaysia je la...pastu dalam kapal terbang tu dia jumpa la sorang mamat ni...nama dia Zarief danial..Ya Allah...bercakap pot pet pot pet x berenti...mau x bengang si Aleeya tu...dah la member tengah sedih kan...tambah pulak dengan mamat mulut murai tercabut ekor dok kat sebelah dia...last2 si Aleeya ni muntah atas dia...baru dia taw langit tu tinggi ka rendah...memang lawak r...

pastu masa dah sampai di KLIA ni si Zarief ngan Aleeya sesama nak balik Kedah...pastu si Zarief ni x sampai hati la nak tinggal si Aleeya ni...sebab dia ni memang jenis cepat kesian kat orang...pastu Aleeya ni boley pulak pi citer dekat Zarief ni apa yang dah jadik kat dia dan dengan baik hatinya si Zarief ni tawarkan diri nak berlakon jadi suami si Aleeya ni untuk jumpa mak Aleeya....wah baik kan...

pada masa yang si Syed Muzaffar ni tetiba je nak balik kat Aleeya...dah tu family Syed Muzaffar berebut pulak nak anak yang Aleeya kandung tu sebab nak dapatkan harta...pada masa yang sama Azura hanim tunang si Zarief danial ni dok buat kacau...dah la perangai x senonoh...si Aleeya ni pun tersepit la antara si stranger yang baik hati dengan kekasih lama...mana satu patut dia pilih?? agak2 hampa sapa???sapa en.perfect 10 Aleeya???so lekaih pi beli...komfem hampa x kan rasa rugi..

mulanya aku ingat perfect 10 tu sempena iklan safi balqis(ke rania??x hengat) perfect 10 tu...Syamnuriezmil ni pakai benda tu ka...rupanya2 perfect 10 untuk....jeng...jeng...jeng...pi baca sendiri la nuh...hehehe...lagi satu yang aku suka...walaupun citer malampaui batasan...contoh laki pompuan yang x hubungan tidoq sekali dalam bilik...tapi dia still memperingat pembaca tentang hukum tu...so x da la sentap sangat nak baca kan...ok..tu saja ulasan aku kali...ni kalau dah baca novel yang satu aku tulis pasal yang tu plak..kalau sempat la..ok...tata..peace no war..=)









Thursday 22 November 2012

wish you were here-avril lavigne


I can be tough, I can be strong
But with you, it's not like that at all
There's a girl that gives a shit
Behind this wall you just walk through it

And I remember

All those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
Right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

(Chorus)
Damn! Damn! Damn!
What I'd do to have you here, here, here
(I wish you were here)
Damn! Damn! Damn!
What I'd do to have you near, near, near
(I wish you were here)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/avril_lavigne/wish_you_were_here.html ]
I love, the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say it like it is
And the truth, is that I really miss

All those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
Right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

(Chorus)
Damn! Damn! Damn!
What I'd do to have you here, here, here
(I wish you were here)
Damn! Damn! Damn!
What I'd do to have you near, near, near
(I wish you were here)

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I, never wanna let go
Let go oh oh (x2)

(Chorus)
Damn! Damn! Damn!
What I'd do to have you here, here, here
(I wish you were here)
Damn! Damn! Damn!
What I'd do to have you near, near, near
(I wish you were here)


credit to: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/avril_lavigne/#share

Jadual perlawanan Piala Suzuki 2012



Assalamualaikum w.b.t
haish...dah x lama dah nak start Piala Suzuki...so hampa cam na???layan x??yang puak2 lelaki komfem ni...yang pompuan aku x taw la pulak....ok..kali ni Thailand ngan Malaysia akan jadi tuan rumah untuk perlawanan2 yang akan dilangsungkan....so...hampa agak siapa akan jadik juara tahun ni??Mampu ka Malaysia nak mempertahankan kejuaraan...hope ye la nuh...jom tengok jadual2 perlawanan..nanti x la hampa kelam kabut cari...

JADUAL PERLAWANAN

SEPARUH AKHIR PERTAMA

 SEPARUH AKHIR KEDUA

AKHIR


credit to:http://www.blog.teminfm.com/2012/11/jadual-perlawanan-piala-suzuki-2012.html

Wednesday 21 November 2012

lafazkan kalimah cintamu

Assalamualaikum w.b.t
huish cepat sungguh buat entry baru...hehehe...tu la..aku ni sekali dah menaip...keja nak menaip je memanjang...ok..kali ni nak buat review pasal novel...tajuknya lafazkan kalimah cintamu....novel ni ditulis oleh Siti Rosmizah dan penerbitnya pulak SR Publication....




Sinopsis belakang buku: 
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. 
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

kebanyakkan novel selalunya akan buat citer pasal kawen paksa...sama juga macam citer ni..Tengku Aqilah terpaksa kawen dengan Tengku Rayyan Ameer yang juga merupakan sepupu dia.Tengku Aqilah macam anak terbuang sebab bapak dia Tengku Hisham benci giler dengan Tengku Aqilah ni sebab Tengku Hisham ni x dapat terima kematian isteri dia.Isteri dia mati sebab kanser payudara dan masa tu dia tengah mengandungkan si Tengku Aqilah ni la.So, Tengku Hisham anggap si Tengku Aqilah ni lah penyebab isteri dia mati.Memang ego betul la si Tengku Hisham ni..dah tu boleh pulak dia sayang anak sulung dia yang juga kakak si Tengku Aqilah ni iaitu tengku Natasha ni melampau2...sampaikan PMR ngan SPM lingkup pun sayang lagi..kononnya x leh nak fokus sebab mak dia meninggal...pirahh...boleh jalan da...tak kan bertahun hang nak bersedih kot...life must go on ok.......kalau aku la...mesti mak aku dah ligan ngan penyapu..huhuhu..ok...cool2...novel ja

Berbalik pada Tengku Aqilah ni, dia berjaya la sambung dia punya study sampai ke oversea...tapi bila balik Malaysia...tetiba ja kakak dia yang angkuh lagi bongkak tu suruh dia keja dekat syarikat family dyeowang sebagai tea lady..apa jadahnya hang belajaq sampai oversea balik2 kena keja sebagai tea lady...kononnya nak bagi dia mula dari bawah la..agak2 la wei..huh....pastu nak dijadikan cerita Tengku Rayyan Ameer ni kekasih Tengku Natasha terpaksa kawen ngan si Tengku Aqilah sebab wasiat bapak dia...adoi,,,masalah2..bayangkan hampa kena kawen ngan pakwe kak hampa...huh,,,dah selalu gaduh pulak tu,,,,kalau aku memang tak la..tapi kalau dah jodoh kan..x ke mana..

biasa la citer melayu...lama2 mesti jatuh cinta bagai kan...orang kata langit x selalu cerah kan...macam tu jugak la dengan rumah tangga Tengku Aqilah dengan Tengku Rayyan Ameer ni....ada ja benda yang jadik....huh,,,nanti hampa baca sendiri...kalau aku citer semua x laku la novel ni nanti...hehehe

pada pendapat aku novel ni berjaya menyentuh hati la...dari segi hubungan di antara ayah dan anak...aku dapat bayangkan betapa bencinya si ayah tu dekat anak dia....bayangkan la dia sanggup bagi anak dia keje tea lady ja kat pejabat dia...x patut betoi....memang sedih la..

tapikan yang x bestnya watak tu macam x berkembang...maksud aku citer ni macam dalam family dyeowang jer...geng2 kerabat2 ni...ni satu gi..citer melayu ni kalau x geng datok datin mesti tengku2 belaka...mesti nak orang kaya punya lah...yelah kalau dua2 orang x best la citer,,,,hadoi la...tapi x pa..yang penting best dan mesej yang nak disampaikan tu berjaya...tapi terdapat jugak beberapa perkara yang patut dijadikan sempadannya...contohnya time si Tengku Aqilah pakai rambut palsu...korang pikir sendiri la yer..jangan terpengaruh..ni hanya citer dalam novel..yang baik tu ambik yang x baik tu jangan pulak dok ikut...apa2 pun tahniah untuk penulis...maapkan ak kalau review aku ni ada mengguriskan hati sesapa..ok..peace no war..



credit to: http://novelmalay.blogspot.com/2011/10/siti-rosmizah-lafazkan-kalimah-cintamu.html#ixzz2CrA6bZqt

Paranormal activity 4


Assalamualaikum w.b.t
walawey...dah lama x update nih...berabuk sudah...so..apa habaq pembaca2 sekalian..(tu pun kalau ada)..harap sihat walepatliat la nuh...agak lama gak la aku x update kan....alah kalau update pun bukan ada yg baca hehehe...so, x apalah kot nuh x update selalu...lagipun aku bukan blogger tegar...hahaha..(huh,ayat entah apa2)

back to the title...hari tu aku sempat la p tengok wayang ngan kawan aku...yelah dah x dak keja kan(padahal banyak jer)...so kami hangout la di satu mall ni...sebenaqnya memang aku dah lama nak tengok citer ni...hari tu baru ada masa nak p....citer ni sebenaqnya dah kuar lama dah..aku ja baru nak p tengok dan wat review....ok...

kat sini aku kasi sinopsis sikit la..paranormal activity 4 ni sambungan dari paranormal activity 2...kalau sapa yang layan citer ni dari PA 1 sampai yang ketiga mesti taw punya..dalam PA 2..Katie bunuh kakak dia yang nama Kristi..pastu dia culik anak si Kristi(nama Hunter) nak bawak lari ke mana..x pulak dibagitaw...lepas 5 tahun kemudian wujud pulak watak baru dalam PA 4 nilah....Alex ni remaja yang suka berweb ngan pakwe...suatu hari tu masa dia tengah rakam adik dia(nama Wyatt) main bola..dia terakam la gambaq sorang budak ni...rupanya budak tu jiran dyeorang..nama budak tu Robbie..

disebabkan masalah kesihatan..mak si Robbie ni hantaq la dia duduk kat rumah si Alex ni...si Robbie ni pelik sikit la perangai dia..lepas duk kat rumah dyeorang adik dia si Wyatt tu pun ikut jadik pelik..so,disebabkan syak wasangka Alex ni dekat si Robbie ni...dia pun pasang la webcam laptop kat umah dia(orang kaya banyak laptop)...kalau nak taw lebih lanjut apa yang jadi dan apa yang webcam tu rakam..hampa kena la tengok sendiri ok...

sebelum p tengok aku ada jugak cari dekat internet review pasal citer ni..ramai gak la yang kata x best..masa tu hati aku dah berbelah bagi nak p tengok..yelah kalau x best konfem wat rugi jer duit...tapi disebabkan aku dah layan dari PA 1...aku gagahkan jugak la hati ni p tengok citer ni...huh....memang x dijangka...citer dia best..sangat...tambah2 dengan part2 saspennya..bayangkanlah hampa p tengok dalam panggung wayang yang gelap tu dengan sound dia yang kuat...memang nak tercabut gak la jantung ni...

bagi aku sapa yang kata x best tu maybe sebab dia x ikut dari PA 1 lagi...sebab tu dia x paham apa yang jadi....sebest2 citer ni ada juga yang x bestnya...citer dia macam tergantung...part last sekali tu x taw apa jadik kat Alex masa dia nak selamatkan Wyatt...dan yang mana satu Hunter sebab dia kata Wyatt tu sebenaqnya Hunter..kalau Wyatt tu Hunter anak Kristi yang dia culik dulu...Robbie tu anak sapa pulak???haish..pening2...maybe akan ada lagik kot sambungan dia lepas ni...

terangkat badan beb...

ni time si Alex nak selamatkan ayah ngan adik dia..tetiba muncul si Katie ni pastu kejaq si Alex tu...bayangkanlah kalau hampa kat tempat si Alex tu...kalau aku memang pengsan kat situ dah...

Katie dok cari si Wyatt

apa2 pun citer ni memang best la pada pendapat aku..kalau sapa yang nak tengok citer ni dan x penah tengok citer yang sebelum2 ni,,,aku nasihatkan hampa p tengok la dulu dari citer yang pertama sampai yang ketiga...x la nanti terpinga x paham satu apa pun...kan...kan...lagipun citer ni rakaman so dia macam x menarik perhatian sikit kalau x paham...untuk citer ni aku kasi 4.5 bintang...lepas ni boley hampa p download kat mana2 nuh....ok tu ja nak cakap...jumpa lagi nanti...peace no war..

Tuesday 31 July 2012

top 12 kuih raya

assalamualaikum w.b.t
ha...hari ni nak citer pasal kuih raya...sebab x lama lagi dah nak raya kan...hehehe...ok...entry yang aku nak tulis hari ni berkenaan senarai kuih raya sepanjang zaman...top 12 dari dulu sampai sekarang..aku x taw la hampa2 sekalian taw dak kuih ni....ada di antaranya kuih feveret aku...nak taw kuih apa???jom layan...


12.Biskut aiskrim

ha...ni budak2 memang suka ni....sebab bentuk dye yang macam aiskrim tu kan...dulu masa aku bebudak x cukup umo memang tertarik giler ngan biskut ni...comey semacam jer...bila dah rasa...herm....macam hampeh....x sedap pun....tapi biskut ni tetap popular..iya x??

11.Cornflakes madu


uish...yang ni lagi r....aku rasa dulu setiap yang aku pergi mesti ada punya kuih ni...memang femes ni zaman dulu2...

10.Biskut gajus


yang ni aku x taw la hampa sekalian taw ke dak...sebab sekarang orang dah x brapa nak minat dengan kuih ni...jarang gak lak nak jumpa....kat atas dye tu ada kacang gajus....bentuk dye pun macam buah gajus...

9.Biskut mazola


yang ni pun sedap gak ni...ni salah satu feveret aku....bila makan ia mencair di dalam mulut...ewah,,,,dah macam iklan pulak kan.....

8.Putu kacang


yang ni kalau hampa p beraya kawasan kampung ada....kuih ni macam keras la sikit...tapi x keras sangat..bergantung kepada nasib hampa la...sama ada dapat hat keras ataupun x...tapi sedap sebab diperbuat daripada kacang...

7.Kuih samprit


aku x taw la hampa taw ke dak nama kuih ni kuih samprit....dye ada 1 g jenis...yang bentuk bunga yang 1 g bentuk panjang..cam ulat bulu...boley la tanya uncle google nanti...


6.Kuih bakar/bangkit


kalau belah2 utara panggil kuih bakar...kalau mai dekat belah2 selatan panggil kuih bangkit...sedap gak ni...ada bangkit keladi...warna ungu...boley la cari nanti..

5.Kuih batang buruk


hah...yang ni tradisional ni...rasa rapuh2 sikit...disaluti dengan gula kalau x silap aku...yang warna putih macam debu tu....lama dah x makan..lupa dah aih...


4.Biskut buah pinggang


dulu aku,mak ngan kak aku suka la buat kuih ni...sebab apa dye dipanggil biskut buah pinggang???cer tengok dye punya bentuk...macam buah pinggang kan...heheheh

3.Baulu

ni sapa x taw ketuk kepala nuh.....ni lagi tradisional ni....tapi kebanyakkan orang sekarang dah x jamu dah time raya....sebab kuih ni selalunya orang bagi masa kawen...alah kalau hampa p kenduri kan dapat beg kertas kan..yang dalam tu akan ada kuih2 bagai tu...mesti ada kan kuih ni kan...tapi kat umah aku still jamu lagi kuih ni time raya...

2.Tart nenas


pergh....ni memang feveret aku dari dulu lagi ni...paling aku suka makan yang mak chaq aku buat...gemok2...sekali makan penuh mulut...memang sedap giler...tapi sekarang ni bukan setakat ada tart nenas ja....ada macam2 jenis tart lain lagi...tart strawberry la,blueberry la....yang bezanya tu inti ngan warna dye...kalau tart nenas warna kuning kan...then kalau perasa strawberry mesti la warna pink..kalau blueberry....hah hampa pikior le sendiri....

1.Almond london


yang ni wajib ada di setiap rumah....komfem....x sah kalau x dak ni time raya...yang ni kuih yang paling2 abang aku suka sangat2....aku rasa sebelum raya lagi dye dah beli sekotak tuk dye makan...macam hampeh lagi...aku x taw la apa yang sedapnya kuih ni...mungkin sebab dalam dye ada hazel nut kot...dah tu pulak dye disaluti dengan coklat tu kan....nyum2.....

so hampa sekalian dah beli kuih raya ka belum???rumah aku x taw la sebab aku x balik umah lagi...hehehe...tapi dalam kepala aku ni dah terbayang2 dah kuih apa yang aku nak rembat time shopping kuih raya nanti...bukan rembat sesaja....rembat berbayar erk...jangan nak ajaq aku buat dosa pulak bulan2 posa ni....tapi kan...mak aku jarang sikit nak beli kuih raya ni...bukan bermaksud dye suka buat tapi anak menantu dye suka buat bagi kat dye...haish...save duit sikit nuh...apa2 pun...membeli2 jugak hampa2...jangan membazir sudah.....ok....peace no war...=p

Sunday 22 July 2012

anak bongsu vs anak bukan bongsu

assalamualaikum w.b.t
apa punya tajuk tu...anak bongsu vs anak bukan bongsu...aku ngah pening sebab tu tajuk macam tu...hehehehe...maksud anak bukan bongsu dah tentu la anak sulung dan tengah kan....hampa anak yang mna???aku...jengjengjeng.....tut..tut...no yang anda dail tidak dapat dihubungi.....hehehehe(tetiba)...aku anak last ar....



eh...nanti2...aku taw apa yang hampa nak cakap...mesti MANJA punya budak ni....aish...banyak cantik muka aku kan...hampa dok kata macam tu....ok2 tak dinafikan yang yang anak bongsu ni memang manja dengan mak ayah dye...perkataan manja tu tak berpisah dari anak bongsu...betoi dak???eleh ngaku je la kan...bagi aku tak....sebab apa??

tak semua anak bongsu tu manja dengan mak ayah dye...apa yang di maksudkan manja tu???yela...nak apa semua dapat...kena marah sikit nak merajuk...kalau bergado je selalu menang....opkos kakak dye atau abang dye x puas hati...then panggil la dye ANAK MANJA...huhuhuhu...itu adalah kenyataan....kalau berdasarkan pengalaman aku la...aku ni bukan anak yang boleh dikategorikan sebagai tu kot...yang manja tu abang aku yang atas aku...sebab apa yang dia minta semua dapat...x ka dikatakan manja tu....ish,,,x puas hati betoi....

hampa taw dak untung sebenarnya jadik anak bongsu ni.....dye dapat banyak pengajaran dari abang2 dye...apa maksudnya tu...yela..kalau abang dye pandai...mesti dye pun nak jadik pandai macam abang dye gak...betoi dak???sebab tu la sapa yang jadik abang ngan kakak ni kena tunjuk teladan yang baik kat adik2...kalau abang2 dan kakak2 pun terok...nanti adik2 ikut...dye tuduh hampa la penyebabnya...huhuhu...sian2...yang baik tu ikut la...yang kurang baik tu x ikut la kan...kan...

lagi satu...x semua anak bongsu dapat apa yang depa nak ok....sesetengah tu kena usaha sendiri baru boley dapat...contohnya maksu aku(student)...dye kalau nak beli barang apa pun mexti dye pakai duit dye sendiri....dye x minta duit dengan mak ayah dye...aku rasa kan anak orang kaya2 kot yang macam tu...oppss...maap2...x semua kan..macam tu....kekadang tu anak yang second last tu lagi manja...daripada survay yang aku buat la kan...kebanyakkannya akan kata anak second last lagi manja dan senang lagi dapat apa yang depa minta...dan buktinya...abang aku la...hehehehe...nampak sangat....

dan yang paling sedey....baju turun temurun...untung la anak sulung...dapat pakai baju baru...anak yang bongsu ni...opkos dapat baju abang atau kakak depa yang lama2 entah zaman tok kaduk bila punya...betoi dak???tu la orang panggil baju turun temurun..kalau kata hampa anak pompuan bongsu dan hanya ada abang2 tu best la...memang la baju hampa kena beli baru..x kan abang hampa pakai baju kurung kot...pastu turun kat hampa...ye dak...tapi yang pastinya tshirt abang hampa tu boley la cilok...pakai2 kat rumah....iya x...hehehe..

jadi...siapa yang lagi beruntung ya???anak bongsu ka??anak sulung ka???atau anak tengah ka??ermm...tu ikut hampa la kan...alah kita dah dilahirkan pun..betoi dak..mna boley nak pilih2..nak jadik anak bongsu ka anak sulung ka...iya dak....tapi yang pastinya sapa yang jadik anak bongsu tambah2 laki..tanggungjawab dye berat la nuh.....apa2 pun bersyukur la kita dengan apa yang kita ada...iya x???ok...sampai sini dulu...nanti aku update lagi...peace no war...=)


Saturday 21 July 2012

bercinta atau bercouple

Assalamualaikum w.b.t
wah...wah...nak bercakap pasal cinta la pulak....love is cinta...hahahahaha..ok fine mesti ada orang rasa aku x layak nak bercakap pasal cinta sebab aku x penah bercinta...amboih..mna hang taw aku x penah bercinta...cerciter2....sesuka hati saja nuh...tapi aku bercinta ngan mak ayah aku jela....hehehehe...cinta ni bagi aku subjektif...cinta bukan saja untuk pasangan yang berlainan jantina tapi cinta terbahagi kepada banyak jenis...cinta kepada Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w ,mak ayah kita....dan lain2 la...ada jugak cinta sejenis...ermmm...ni bahaya.....

ok yang aku nak tulis hari ni pasai cinta seorang lelaki dan wanita...ecece...nak cakap pasai hati dan perasaan la pulak...bukan..sebenarnya masa aku tulis ni aku dok pikiaq pasai kawan aku yang sorang ni.....sebab tu la aku rasa nak menulis pasai ni....seperti yang hampa semua taw...aku rasa hampa semua memang taw la...kalau x taw ni nak bagitaw...bercouple itu haram...haram k......aku kata couple...not bercinta...mesti hampa tertanya2 ada beza ka dua tu???ada...ni aku kasi link untuk hampa baca dengan lebih mendalam pasal beza bercouple dengan bercinta ni....baca taw...link 1...link 2....baca bagi paham..bukan baca saja2...

eleh...mesti ada orang kata...macam la hang baik sangat nak bercakap pasai ni??alorh...x salah bukan kalau aku nak berkongsi dekat sini??x semestinya hanya orang2 yang alim2 saja boleh cakap pasai ni kan...ok aku bukan ustazah....so what??yang penting aku nak sampaikan sesuatu...iya tak...terpulang la pada penerimaan hampa nanti...

ok...ramai muda-mudi sekarang ni suka bercouple kan...betoi dak???bak kata mak aku bohong la kalau pompuan(maap la kasaq sikit nuh) la ni x dak kawan laki...mesti ada....betoi dak???kalau salah tu minta maap la nuh...aku taw bukan semua kan???ada jugak yang x dak....macam aku...hehehehe...berbalik pada point asal aku...aku sebenaqnya x paham...pasai apa depa ni bercouple???aku kata bercouple...bukan bercinta...tadi hampa dah baca kan pasai beza couple dengan cinta..kalau x paham lagi hampa boley la search kat pakcik google ok....bercinta memang x salah...tapi bercouple itu yang salah..belum apa2 lagi dah pandai pegang2 bagai...nak kiss2 la...perlu ka???yang aku pelik kita taw pasai hukum hakam ni tapi kita still nak buat benda tu...ni namanya dugaan yang Allah s.w.t nak bagi kat kita...mampu dak kita tahan nafsu kita tu??

mesti ada yang yang cakap...lumrah la orang bercinta...betul...bercinta itu lumrah hidup antara lelaki dan perempuan...tapi kalau dah tergadai maruah itu pun lumrah juga ka??adoi,,,hampa ni...kita orang pompuan nafsu ada 9 akal ada 1...sebaliknya bagi lelaki...berfikir la wanita2 sekalian...pastu ada juga yang cakap hang x penah bercinta...hang taw apa???wei...kalau aku x penah bercinta x semestinya aku x taw apa itu cinta...aku pun manusia..ada hati perasaan beb(kalau penah pun sat ja kot)....cuma cinta aku ni..biaq aku sorang ja yang taw sudah...buat pa nak gtaw kat dye tu....betoi dak??..tengok aku dah mula merapu kat sini..



aku bukan apa...niat aku menulis sebab aku ambik pengalaman dari kawan aku...dye sayang sangat kat pakwe dye..bila pakwe dye nak jauhkan diri dari dye...sedey la kawan.....untuk apa la kita bersedey untuk lelaki yang belum pasti menjadi hak kita....dye tu baru pakwe wei...bukan lagi suami...ada pulak(bukan kawan aku) yang sampai bunuh2 diri bagai...Ya Allah..hampa ni...sampai macam tu sekali...kesian kat mak ayah hampa yang dah jaga hampa dari kecik sampai hampa besaq...senang2 ja hampa pi bunuh diri nuh...gadaikan maruah hampa..aku x mau cakap lebih2 takut nanti kena kat aku balik...ini sebagai peringatan untuk aku jugak...apa motif aku tulis benda ni???sebenaqnya aku nak gitaw pasal cinta ngan couple tu...sekarang ni hampa bercouple ka bercinta ka???x salah nak bercinta tapi haram bila bercouple..

sekarang ni ramai yang kawen muda...hah,,macam tu kan bagus...dah halal kan...so kalau sapa yang teringin nak bercouple tu kawen cepat2...supaya nanti terhindar dari maksiat...x gitu...masalahnya bila nak kawen muda ni mak ayah x kasi pula...takut anak2 x leh nak bagi komitmentkan???sebab tu adanya nikah  khitbah....taw dak pasai ni...ni kasi link lagi...baca taw...sapa yang nak kawen muda tu..elok la bincang ngan mak ayah elok2...jangan pulak hampa pi kawen lari....tu bukan jalan penyelesaian ok...so hampa2 sekalian...sapa yang ngah bercouple nikah kaih...bercinta lepas kawen ni orang kata lagi indah..x gitu???jangan tanya aku...mana la aku taw....hehehehe...sampai sini saja dulu aku merapu ok....minta maap la nuh kalau kemerapuan aku ni melampau2....hehehe..peace no war...=)


Salam Ramadhan




Assalamualaikum w.b.t
apa habaq semua...lama x post...last pun pasal EURO...yea...spain menang...hahahaha(tetiba)...sedaq x sedaq kita sekarang dah masuk bulan Ramdhan...hari ni dah 1 Ramadhan...hampa semua posa dak ni???yang spesel kes tu aku paham la....=)....so,sekarang ni lah masa yang amat kita tunggu2 kan nak buat amal ibadat dengan sebanyak mungkin...tapi kan yang aku pelik,,,asal orang kalau nak pulun beribadat...time bulan Ramadhan ja...awat bulan lain depa x pulun jugak????haish,,,yelah bulan ni kan spesel...bulan umat bukan...mesti la ramai yang terkejar2 nak buat amal ibadat...bulan lain x dak tarawih...time ni la nak bertarawih kan....aku taw pasai pa depa pulun sangat...ni mesti sebab nak raya ni...sapa x suka raya kan....



sempena bulan yang mulia ni...seperti yang hampa semua taw...sudah semestinya semua setan2 akan diikat bukan...tengok setan kat atas tu...dye pun cuti sat...hahahaha...disebabkan semua setan dah kena ikat boleh la kita beribadat dengan aman damai...tapi kita masih lagi kena lawan ngan 1 benda ni....benda apa???nafsu kita...kita kena la tahan nafsu kita..iya x....dari nak makan nak minum...alah sebelum ni Allah s.w.t dah bagi kita 11 bulan untuk kita makan kan??apa salahnya sebulan ni kita posa pulak..tahan nafsu kita tu....bukan sekadar dari makan dan minum saja...tapi tahan nafsu dari nak buat2 maksiat bagai ni...kita bukan posa saja2 taw...dapat pahala lagi....mesti ada yang mengeluh pasai pa la kena buat benda ni....sudah semestinya la....kita kan beragama Islam...dah termaktub dalam Rukun Islam bukan....lagi pun...kita kena ingat jugak...orang2 Islam di Palestin nuh yang sengsara...x makan berbulan2 x kata apa pun....betoi dak???


Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ni...apa kata kita pakat ramai2 ambik peluang yang ada ni dengan melakukan ibat dengan sebanyak yang mungkin...manalah taw kan bulan Ramadhan tahun ni merupakan yang terakhir bagi kita......aku taw mesti ramai yang dok pikiaq pasai baju raya la...kasut raya...kuih raya bagai......betoi dak...alaah...baru nak start posa kan...x yah g la nak pikiaq...betoi dak...nanti2 la....hold dulu benda tu....pakai baju yang dulu pun apa salahnya betoi dak....tapi aku taw mesti ramai yang nak beli baju baru kan...hehehe...(aku dah...cakap org aku yang lebih kan...hhehehe)....nak buat macam mana aku sambut posa pun dekat rumah sewa...mak aku kalut suruh beli awai sebab balik nanti pun dekat nak raya......huhuhu...sedey...macam ni nasib perantauan...sobsob...x pa...bila lagi nak rasa posa di perantauankan...macam ni baru best beb...huhuhuhu....ok lah nak stop dulu....nanti aku sambung lagi ok...salam Ramadhan semua...peace no war..=)

Sunday 27 May 2012

Euro...why time tengah exam???



Assalamualaikum w.b.t
Adoi...kenapa ini harus terjadi...time2 ni la dia nak exam...clash ngan Euro plak...haish spoil betui...baru ingat nak tengok...alih2 exam pulak time tu...memang tak r kan....aku rasa geng2 laki pun mesti kuciwa giler...hahahahaha....

ok..hampa sokong team mana???Euro kali ni aku pilih Spain pulak.malas dah nak sokong England.x menang pun....hahahahaha....ish,memang betrayer betul aku nih kan....alah..sekali sekali sekala...apa salahnya...hehehehe


 hope kali ni spain menang lagi la erk...ok tu ja...babai..peace no war..=p

Cinta itu gila....


Zill_Qay:Dah lama kita kenal kan…tapi x pernah jumpa.
Miss_Q:A’a…kenapa???
Zill_Qay:Saya teringin nak jumpa awak.Boleh kita jumpa?Harap kali ni awak x menolak.

Nur Qarrah dan Zill berkenalan  melalui chatbox di sebuah laman penulisan dan berlanjutan hingga ke YM.Nur Qarrah rasa selesa apabila berborak dengan Zill.Seperti rakan yang sudah lama kenal.Tapi bila diajak berjumpa dia sering kali menolak kerana tidak mempercayai rakan alam maya.Iyalah,buatnya dia diculik dan dijual ke Siam sana…tak ke naya.

Nur Qarrah mengerutkan dahinya.Aduh,macam mana ni???Mamat ni ajak dia jumpa la pulak.Chat dah hampir setahun,jumpanya idok pun….Nak jumpa ke tak???

Zill_Qay:Saya tahu awak tak sudi jumpa saya.x apalah.

Nur Qarrah mengeluh.Ni yang dia lemah ni.Merajuk la pulak mamat ni.

Miss_Q:Yelah…kita jumpa.Set date n vanue.Tapi tempat mesti dekat mall.
Zill_Qay:2.30 petang hari ahad depan.Alamanda.Ok??
Miss_Q:Ok.Jumpa Ahad nanti.

Tok…tok…tok…

“Come in.”terjengul wajah Sarah di muka pintu biliknya.
“Yes,may I help u??”tanpa dipelawa Sarah melangkah masuk ke bilik Nur Qarrah.
“Kau ni tak habis-habis dengan YM.Sangkut ke dengan mamat tu?”Tanya Sarah.Nur Qarrah membuat tidak tahu.
“Hish,cakap dengan dia macam cakap dengan dinding la.”Sarah mula membebel.Nur Qarrah ketawa.
“Cakap la dengan dinding.Kang kalau dia menyahut lari tak cukup tanah kau.”kata Nur Qarrah sambil ketawa.Sarah membuat muka cemberut.
“Ahad ni aku nak jumpa dia.Kau nak ikut?”Nur Qarrah memandang wajah Sarah yang jelas kelihatan terkejut.
“What?Kau nak jumpa dia?Tak takut ke?Kang dia culik kau bawak pergi Lombok tak ke pasal.Pastu masuk frontpage Metro,seorang gadis bernama nur….”belum sempat Sarah menghabiskan kata-katanya
Sebiji bantal melayang tepat ke wajahnya.
“oii,apa ni”Sarah geram.
“Kau tu kalau membebel memang susah nak berhenti.Tu saja cara nak hentikan bebelan kau tu.”kata Nur Qarrah sambil tersengih.Sarah memberikan jelingan maut.
“Sebab takut kena culik la aku tanya kau nak ikut aku ke tak?”
“Arg,malas aku.”Sarah mencebik.
“Ok,kalau masuk frontpage Metro nanti..”
“Ok…ok.Kau memangkan.”sekali lagi Nur Qarrah tersengih riang.
Sarah memang tidak pernah  menghampakannya.Maklumlah,mereka sudah bersahabat semenjak dari sekolah menengah lagi.Sampailah ke alam perkerjaaan mereka masih bersama.Tidak pernah renggang.Kalau Sarah gembira,Nur Qarrah juga akan ikut gembira.Begitu juga sebaliknya.Mereka sudah ibarat seperti adik beradik kembar yang berlainan ibu dan bapa.
“Set.Hari Ahad depan pukul 2.30 petang ok.”kata Nur Qarrah.
“Ala,hari tu aku ada date dengan Amrizal.”Nur Qarrah memandang wajah Sarah sambil membuat muka comel.
“Yelah…yelah…Aku cancel date tu.”statement Sarah membuatkan Nur Qarrah tersenyum lebar.
“Ni yang aku sayang kau ni.”kata Nur Qarrah sambil memeluk Sarah.
“Eh,apahal ni.Dah la busuk.”Sarah menolak badan Nur Qarrah .
“Memang la busuk,sebab tak mandi lagi.”kata Nur Qarrah sambil ketawa.Sarah membuat muka tak puas hati.Habis badan dia yang berbau wangi terpalit dengan kebusukkan Nur Qarrah.



***
“Eii,mananya mamat maya kau ni?”Tanya Sarah.Sudah 15 minit mereka menunggu.Tapi baying si Zill masih tidak kelihatan.Aik,macam la tahu kan macam mana rupa si Zill tu.Baru pertama kali jumpa kot.
“Ala,sabar la.Kejap lagi datang la tu.”
“Kau ada ambil no fon dia tak?”tanya Sarah lagi.Nur Qarrah hanya menggelangkan kepala.Sarah menepuk dahi.
“Adoi,kau ni.Dah tahu nak jumpa tu minta la no fon.”Nur Qarrah membuat muka tidak bersalah.
“Alah,aku terlupa la.”tiba-tiba…
“Assalamualaikum.”satu suara memberi salam.Serentak itu,kedua-dua mereka mengalih pandangan ke arah gerangan yang memberi salam.Kedua-duanya nyata terkejut.
Mak ai,hendsome giler,Tapi mereka terkejut bukan disebabkan ketampanan wajah pemuda itu,tetapi disebabkan…..
“Eh…”Sarah kelihatan lebih terkejut.Zill berdehem.
“Maaf saya tak cakap yang saya kurang upaya.”kata Zill sambil menggerakkan kerusi rodanya ke hadapan.
“Errr..”Sarah memandang Nur Qarrah yang kelihatan terkedu.
“Oiii”Sarah memanggil Nur Qarrah.
Nur Qarrah tersedar dari lamunan.
“Eh,,sorry…sorry..” Nur Qarrah senyum untuk menutup malu.
“Tak pe.Saya dah biasa macam ni.Siapa Miss Q ni?Dua-dua pakai baju warna yang sama.”soal Zill dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
“Ni la Miss Q.Nur Qarrah.”kata Sarah sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah Nur Qarrah.Zill memandang Nur Qarrah sambil tersenyum.Cantik.
“Nur aku gerak dulu.Amrizal cakap dia datang sini la pulak.”kata Sarah smabil mengambil begnya.Nur Qarrah terkejut. ‘ish,apahal lak makcik ni?’

‘Kau apahal?Kata nak teman aku.’
‘tak jadi la.Lagipun mamat ni nampak tak bahaya.’
‘mana kau tahu?’Nur Qarrah mengangkat keningnya.
‘Dia pakai kerusi roda la.’balas Sarah dengan bahasa yang hanya mereka sahaja yang faham.

“Ehem..”Zill berdehem sekali lagi.
“Eh,gerak dulu la.Aku balik dengan Amrizal taw.”kata Sarah sambil berlalu pergi.Ceit,tak boleh pakai punya kawan.Rupanya dia dah panggil pakwe dia datang sini.’
Zill hanya tersenyum melihat wajah Nur Qarrah yang kelihatan cuak tu.
“Awak tak payah la risau.Saya tak mampu nak culik awak.”kata Zill.Nur Qarrah yang terpinga-pinga mengaru dahinya yang tak berasa gatal.
“Nama saya Zill Qayyim.Nama penuh awak apa ya?”Tanya Zill.
“Nur Qarrah.”
“Ermmm,,,unik nama.Saya tak sangka pulak yang Miss Q ni cantik orangnya.”merah wajah Nur Qarrah apabila dipuji.Dia paling tidak boleh dipuji.Wajahnya cepat saja memerah.
“Merahnya muka.Bertambah-tambah cantiknya.”sakat Zill sambil ketawa.
“Erm,,awak datang dengan siapa?”Tanya Nur Qarrah.Iyalah,dengan keadaan berkerusi roda begini tak akan dia datang seorang?
“Dengan kawan.tapi dia pergi jumpa kawan dia.”kata Zill tenang.Mereka terdiam seketika.Baik Nur Qarrah mahupun Zill seperti terkelu untuk berkata-kata.
“Ermm,awak tak kisah ke dengan keadaan saya begini?Selalunya perempuan bila tahu saya berkerusi roda terus tak nak jumpa.”kata Zill.Terselit nada sayu dalam kata-katanya.
“Alah,saya tak kisah pun.Awak manusia bukan alien.Cuma awak orang istimewa.Manusia mana ada yang sempurna.”kata Nur Qarrah.
“Jadi awak tak kisah la berkawan dengan saya?”Tanya Zill lagi.Nur Qarrah hanya menganggukkan kepala.Apa salahnya kan berkawan dengan orang kurang upaya.
“Syukur.Ingatkan tadi awak nak tinggalkan jer saya dekat sini.”Nur Qarrah ketawa.
“Saya tak adalah sekejam tu.”Zill tersenyum senang.Akhirnya jumpa jugak dengan orang yang sudi berkawan dengannya yang berkerusi roda.

***
Dari berchatting di YM beralih pulak ke telefon.Hampir setiap malam Nur Qarrah dan Zill Qayyim bergayut.Naik sakit mata si Sarah menengoknya.

“Kau dengan si Zill tu ada apa-apa ke?”soal Sarah suatu malam.Nur Qarrah memandang Sarah dengan padangan yang pelik.
“Ada apa-apa???apa??”Tanya Nur Qarrah kembali.Tidak dapat menangkap maksud Sarah.
“Yelah,tiap-tiap malam bergayut.Dah macam pasangan bercinta dah aku tengok.”kata Sarah sambil mengambil keropok twisti dari tangan Nur Qarrah.
“Eh,tak lah.Kita orang dah malas nak chat.Lenguh tangan nak chat.Tu kata Zill.So,dia offer nak call aku.”Nur Qarrah merampas kembali keropok twisti yang diambil Sarah.
“Kau tak kisah ke kawan dengan dia?”pertanyaan Sarah sekali membuatkan Nur Qarrah memandangnya pelik.
“Tak faham la.Kau nak cakap apa sebenarnya ni?”Nur Qarrah sudah mula tidak sedap hati.
“Eh,kau jangan salah faham.tak adalah kan.Aku rasa setiap perempuan mesti nak lelaki yang sempurna dalam hidup dia kan.Si Zill tu kan berkerusi roda…kurang upaya…”Nur Qarrah tiba-tiba ketawa.
“Kau kenapa Sarah?Demam eh??Ni apa pulak masuk bab hidup ni?”Nur Qarrah memandang wajah sarah yang kelihatan serius.Pelik sedikit dengan perangai  kawan baiknya pada malam ini.
“Tak adalah kan.Aku tak nak lah kau bagi harapan dekat dia.Aku rasa si Zill tu suka kan kau.”kata Sarah lagi.Nur Qarrah terdiam.Iya,dia dapat rasakan apa yang dikatakan Sarah itu sedikit sebanyak benar.
“Aku bukan nak kasi harapan dekat dia.Tapi entah….”
“Kau suka dekat dia ke?”soal Sarah.Kali ni lebih serius.Nur Qarrah memandang Sarah yang bertanya kepadanya soalan yang lurus tanpa bengkang-bengkok.
“Entah.Aku tak tahu.”hanya itu yang mampu dijawab Nur Qarrah.
“Even dia berkerusi roda kau masih suka dia?”soal Sarah lagi.
“Entah.Aku tak tahu la Sarah.Yang pasti aku selesa dengan dia.Dia baik.Aku tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana lelaki.Walaupun dia berkerusi roda,tapi aku tak rasa itu sebagai kekurangan.”Nur Qarrah mula meluahkan perasaannya.Ya,hanya Sarahlah tempat dia meluahkan perasaan.
“Maksudnya kau sukakan dia la ni.”kata Sarah.
“Entah la Sarah.”Nur Qarrah mengeluh.
“Lah,kenapa pulak?”
“Entah-entah aku jer yang suka dia.Dia tak pun.”
“Eh,kau mana tahu kan hati dia”Nur Qarrah memandang wajah Sarah.
“Sebab aku tak tahu hati dia macam mana la buatkan aku rasa was-was.Entah-entah dia ada orang lain.Lagipun dia tak pernah confes apa-apa pun sepanjang kami berkawan ni.”kat Nur Qarrah.Ya,Nur Qarrah tidak tahu apakah apa yang dirasanya turut dirasai Zill Qayyim.Meski pun hubungan mereka sudah menjangkau 2 tahun.
“Tapi kau pasti ke dengan perasaan kau?Kau tak kisah ke dia OKU?Dengan kerusi rodanya tu.Kau yakin dia mampu bahagiakan kau?”soal Sarah bertalu-talu.Dah macam Detective Conan pulak.Nur Qarrah mengeluh.
“Sarah,aku tak kisah pun pasal fizikal dia tu.Kalau orang cakap dia tu tak sempurna,bagi aku tu semua bukan penghalang.Bagi aku dia tu istimewa.Aku tahu mesti orang tertanya-tanya kenapa aku tetap pilih dia walaupun dia kurang upaya.Bagi aku tu semua tak penting.Janji aku sayang dia.”kata-kata Nur Qarrah membuatkan Sarah tersenyum.
“Aku salute kau Nur.Kalau orang lain aku rasa dah lama ditinggalkan si Zill tu.Yelah,muka memang handsome,sayangnya berkerusi roda.Dah la pakai kereta kancil jer.”kata Sarah.Nur Qarrah menjeling Sarah.
“oppps,I’m sorry.Maksud aku,kau memang pecinta yang setia la…heheehe”
“Alah aku tak kisah la wei orang nak cakap apa pun.Dia cacat ke,dia miskin ke,yang penting hati aku suka dekat dia.”kata Nur Qarrah sambil tersenyum.Namun senyumannya mati tiba-tiba.
“Tapi aku tak pasti la sama ada dia suka aku atau tak.”
“Alah,kau jangan risau.Firasat aku 101% mengatakan dia pun sukakan kau.”Sarah cuba menyakinkan Nur Qarrah.Tiba-tiba lagu we found love oleh Rihanna berkumandang dari telefon Nur Qarrah.Wajah Sarah dipandang.
“ha,tu panjang umur.Pergi la angkat fon dari buah hati kau tu.”kata sarah.Nur Qarrah hanya tersenyum sambil mengambil iphonenya lalu berlari masuk ke dalam bilik.Nak bergayut mana boleh depan member beb.Tak privacy la nanti.
“Ehem..ehem…”Nur Qarrah berdehem sebelum menekan skrin yang tertulis perkataan answer .
“Assalamualaikum.”salam diberi oleh pemanggil.
“Waalaikumussalam.”
“Ganggu ke?”
“Tak lah.”
“Saya rasa macam ada orang tu tengah rindu dengan saya la.”Nur Qarrah tersenyum.Macam tahu-tahu jer si Zill ni.
“Sapelah orang tu kan?”
“Alah orang tu la.”
“Orang tu tak akan tak ada nama kot?”soal Nur Qarrah.Zill tertawa.
“Miss Q ler.Miss Q rindu Zill_Qay kan?”soal Zill lembut.Mula la merona merah wajah Nur Qarrah.
“Mana ada.”
“Eleh,tipu.Saya tahu.Mesti muka awak sekarang tengah merahkan.Betul?”sakat Zill lagi.
“Pandai je awak teka kan.Ahli nujum ka apa?”balas Nur Qarrah.
“A’a.Sebab saya nujum la saya tahu orang tu rindu dekat saya.”
“Ada-ada je awak ni.Ni ada apa call saya memalam ni?”soal Nur Qarrah dengan nada serius.Sengaja mahu menguji Zill.
“Alah,nak call pun kena bersebab ke?”soalan dijawab dengan soalan.
“Itu bukan jawapan.Itu soalan.”
“Yelah.Sebenarnya saya call awak ni nak cakap sesuatu dengan awak.”Zill pula bernada serius.Nur Qarrah cuak.
“Kenapa?”
“Ermmm….sebenarnya…”
“Sebenarnya???”
Sebenarnya….sebenarnya…”
“Sebenarnya apa?”sergah Nur Qarrah.Zill ketawa lagi.Seronok dapat mengenakan Nur Qarrah.
“Eiii…apa ni.Nak cakap ke tak?”Nur Qarrah mula hilang kesabaran.Kalau Zill ada dihadapannya sudah dibalingnya dengan iphonenya ni.
“Awak ni tak sabar kan.”kata Zill dengan sisa tawa yang masih kedengaran.Apa yang lucu pun Nur Qarrah tidak tahu.
“Ok…back to the topik.Saya sebenarnya nak cakap sesuatu dengan awak.”Zill kembali serius.dah berapa kali serius pun Nur Qarrah tidak tahu.
“Tahu.Dari tadi nak cakap tapi cakapnya tidak juga.”kata Nur Qarrah sebal.
“Saya suka awak.”sebaris ayat Zill membuatkan Nur Qarrah terdiam.Ya Allah,inilah yang dia tunggu-tunggu selama ini.Ucapan pengakuan dari Zill.
“Qarrah….awak dengar tak?”soal Zill lagi.Nur Qarrah masih mendiamkan diri.Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Qarrah….Saya tahu saya tak layak dengan awak.Saya cacat,tak sempurna macam orang.Saya miskin..Saya tahu awak berhak untuk…..”belum sempat Zill menghabiskan ayatnya Nur Qarrah sudah mencelah.
“Qayyim…”Zill terdiam.
“Saya tahu,saya tak sesuai dengan awak.”sayu kedengaran suara Zill.
“Qayyim saya tak cakap pun macam tu.”Nur Qarrah kembali diam.Dia menarik nafas sebelum meneruskan ayatnya.
“Saya tak kisah pun semua tu.Awak kurang upaya ke,awak miskin…saya tak peduli semua tu.Janji awak ikhlas.”ucap Nur Qarrah lembut.
“Awak tak kisah saya cacat?”
“Awak, tak semua manusia sempurna.”Ya,tak semua manusia sempurna.
“Awak tak takut nanti orang cakap pakwe awak cacat,miskin….”
“Awak,saya dah cakap kan tadi yang saya tak kisah semua tu.Saya terima awak seadanya.”ucap Nur Qarrah.
“Maksudnya awak sudi terima saya dalam hidup awak?Awak sudi jadi soulmate saya?”soal Zill seperti tidak percaya.
“Iya.”hanya sepatah yang dijawab.
“Alhamdulillah.”Nur Qarrah tersenyum.
“Terima kasih Qarrah.Saya janji tak akan sia-sia kan awak.”kata Zill bersungguh-sungguh.
“Jangan janji .Takut nanti awak mungkir janji.”Nur Qarrah tidak mahu Zill berjanji apa-apa dengannya.Takut nanti tidak dapat dipenuhi,dia juga yang merana.
“Yelah,sayang.Esok kita jumpa ok.”kata Zill riang.
“Aik,bercakap dalam fon ni pun tak puas lagi ke?”Tanya Nur Qarrah selamba.Sengaja mahu menyakat Zill.
“Alah,sayang.Cakap dekat fon tak nampak muka.Jumpa boleh tengok muka awak.”ucap Zill manja.Aiseh,parah ni.Baru konfes dah sayang-sayang.
“Yelah-yelah.Esok kita jumpa.”Nur Qarrah mengalah.Selagi tak setuju selagi tu la dia memujuk.Bukannya dia tidak tahu dengan sifat si Zill ni.Selagi tak dapat yang dia nak selagi tu la dia tak putus asa.
“Ok,esok kita jumpa taw.Dah pergi tido.Dah lewat ni.Sebelum tido basuh kaki.Jangan lupa baca doa.”arah Zill.Nur Qarrah tersenyum.Memang Zill selalu mengingatkannya tentang perkara ini.
“Iya.”
“Lagi satu,tido terus.Jangan nak pergi berdating dengan si Sarah tu pulak.”sengaja Zill menekankan perkataan dating itu.Bukan Zill tidak tahu yang Nur Qarrah kalau sudah bercerita dengan Sarah,jawabnya sampai ke esok la tak tido.Nur Qarrah ketawa mendengar kata-kata Zill.
“Yelah…Dah nak tido.Jumpa esok.Assalamualaikum.”selepas menamatkan panggilan Nur Qarrah tersenyum.Akhirnya….tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“SARAH………”


***
“Ish,sayang sungguh.Dua-dua macam pinang dibelah dua.Tapi yang si lelaki cacat.Harap muka saja handsome.”kedengaran suara sumbang bergosipdi belakang tempat  Zill Qayyim.Nur Qarrah menarik nafas panjang.Wajah Zill Qayyim dipandang.Lelaki itu hanya menundukkan kepala.Mungkin malu apabila dikata begitu.Nur Qarrah lantas bangun lalu menuju ke arah wanita wanita yang duduk di belakang Zill Qayyim..
“Kak,,,tak baik akak cakap macam tu.Walaupun pakwe saya kurang upaya,tapi dia pernah pun ganggu orang.Terima kasih atas kata-kata akak yang memberi semangat tu.”tercengang wanita itu seketika.
“Jom,kita ke tempat lain.”Nur Qarrah lantas menolak kerusi roda Zill Qayyim.
“Saya minta maaf.Kalau bukan sebab saya macam ni,mesti awak tak malu kan?”kata Zill Qayyim.wajahnya kelihatan mendung.
“Awak,biar la orang nak cakap apa pun.Yang penting saya sayang awak.Ok.Dah senyum sikit.Dah tak handsome dah muka tu.”Nur Qarrah cuba menceriakan Zill.
Zill Qayyim hanya mampu tersenyum.Namun hatinya tidak tenang tatkala ini.Nur Qarrah terlalu baik buatnya.Terlalu.Dia amat sayangkan Nur Qarrah.Tapi ada perkara yang Nur Qarrah tidak tahu……..


***
‘Yea…hari ni nak buat kejutan dekat Sarah.’Nur Qarrah menyiapkan report yang perlu dihantar kepada bosnya.Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.Memang time lunch sekarang ni.Niat Nur Qarrah hendak pergi ke restoran yang berhampiran dengan pejabat Sarah.Dia pernah berjanji dengan Sarah untuk belanja gadis itu.Tapi sampai ke hari ni dia belum berkesempatan untuk belanja Sarah.Memandangkan hari ini dia kurang sibuk, boleh la dia ke pejabat Sarah.Setelah menghantar report melalui email kepada bosnya,Nur Qarrah segera mencapai beg lalu keluar dari pejabatnya.

Jarak antara pejabatnya dan Sarah tidak begitu.Hanya 15 minit sudah sampai.Setelah memakir kereta Nur Qarrah segera ke Restoran Sri Manggis.Erm,nampaknya masih tak ramai orang.Senang la sikit nak cari tempat duduk.Nur Qarrah segera duduk di bahagian yang agak tersorok.Di belakang akuarium dan terdapat pula pokok buluh di situ.Memang tersorak betul meja tu.Kalau orang tak datang dekat akuarium ni memang tak tahu la yang adanya tempat lagi dekat belakang ni.Di belakang pokok buluh tu pulak ada satu lagi tempat untuk 2 orang.Ooo…bahagian ni memang menempatkan meja untuk 2 orang.Perasan Nur Qarrah.Patutlah agak terselindung.

Setelah pesanan makanan di ambil dia mengambil iphonenya untuk menelefon Sarah.’Dah habis kerja agaknya budak ni’.Tiba-tiba terdengar kerusi di bahagian belakang pokok tersebut ditarik orang.Nampaknya ada orang duduk di situ.Tanpa mempedulikan mereka Nur Qarrah mendail no Sarah.Tiba-tiba kedengaran ringtone seperti ringtone  fon Sarah di bahagian meja di belakang pokok buluh itu.’Aik,kebetulan la pulak.’fikir Nur Qarrah.

“Alamak,macam mana ni.Nur call saya ni?Entah-entah dia nak datang pejabat.”soal satu suara dengan menggelabah.Nur Qarrah pelik.Macam suara Sarah?Aik,dia datang dengan siapa?Selalunya kalau dia lunch dengan Amrizal mereka akan makan di tempat lain.Tukar mood kot.Nur Qarrah bangun ingin menyapa.

“Jawab la.Jangan bagi dia datang ofis kita.”kata satu suara lagi.Aik,macam familiar je suara tu.Tu bukan suara Amrizal.Tapi macam suara….Nur Qarrah cuba mengitip di sebalik pokok-pokok buluh itu.Zill Qayyim.Apa diorang buat dekat sini?Nur Qarrah kembali duduk.Dia cuba menenangkan dirinya.
Sekali lagi Nur Qarrah mendail no fon Sarah.

“Assalamualaikum.Kau dekat mana?Aku ingat nak belanja kau hari ni.Aku datang ofis kau erk?”soal Nur Qarrah.Dia ingin melihat sejauh mana rakan baiknya itu jujur terhadapnya.
“waalaikumussalam.Nur,hari ni tak boleh la.Aku ada meeting dengan bos aku ni.Malam nilah kita keluar ok.”kata Sarah.Nur Qarrah mengeluh.
“Ok.Assalamualaikum.”Nur Qarrah tidak meyangka Sarah sanggup berbohong dengan.Tapi apa kaitannya pulak dengan Zill Qayyim.Tak akanlah Sarah dengan Zill Qayyim……

“Macam mana ni bos?Saya dah tak sampai hati nak berbohong dengan dia.Kalau dia tahu ni,mati saya.Mahu dibunuhnya saya nanti.”kata Sarah. ‘Bos’
“Nak buat macam mana.Kita dah terlanjur buat benda ni.terpaksa juga diteruskan.”kata Zill Qayyim perlahan.
“Tapi bos tak patut bohong dia.Kalau nak uji keikhlasan dia pun tak patut tipu dia sampai macam ni sekali.”omel Sarah.
“Alah,Sarah.Saya ingat nak memain jer.Mana tahu sangkut betul.Saya ingat lepas dia tengok saya dia akan tinggalkan saya.Saya tak tahu pulak macam ni jadinya.”Zill mengeluh.
“iyalah,kalau tak melibatkan saya tak apa.Ni melibatkan saya.Aduh,macam mana sekarang ni?Macam mana nak cakap hal sebenar dengan dia?Kalau ada orang lain yang cerita dekat dia,memang habis kita bos.”Zill hanya ketawa melihat kekalutan Sarah.
“Bawak bertenang Sarah.InsyaAllah semua ni akan selesai tak lama lagi.Lepas balik dari Sabah ni saya terangkan dekat dia.”kata Zill tenang.Ya,dia akan berterus terang tentang keadaan sebenar kepada Nur Qarrah.Cuma masanya masih belum sesuai.

Nur Qarrah yang sedang mendengar tergamam.Sandiwara apa ni?Zill hanya mahu memainkannya?Siapa Zill Qayyim sebenarnya?Pelbagai soalan bermain di minda Nur Qarrah.tidak sanggup mendengar lagi perbualan mereka,lantas Nur qarrah bangun.Namun,tanpa disengajakan Nur Qarrah telah melanggar seorang pelayan yang ingin menghantar makanan.
“Maaf cik,saya tak sengaja.”pelayan restoran itu meminta maaf.
“Eh,tak apa.Salah saya.”kata Nur Qarrah.Tersedar sesuatu,dia lantas menutup mulut.Ish,kantoi la pulak.
Sarah pula mengalihkan pandangan ke arah belakang apabila terdengar suara seperti  Nur Qarrah.Namun pandangannya terbatas apabila tubuh wanita itu membelakangi mereka.
‘Arg,perasaan agaknya.’gumam Sarah.
Sementara itu,Nur Qarrah segera keluar dari restoran itu.Berharap agar 2 manusia tidak sempat melihatnya.Hatinya tatkala ini seperti mahu pecah.Dia perlu mencari ketenangan tatkala ini.


***
“Lambat balik hari ni.”soal Sarah setelah Nur Qarrah pulang.Ketika itu jam hampir menunjukkan 9.00 malam.Nur Qarrah hanya mendiamkan diri.
“Dah makan?”soal Sarah lagi.Namun begitu kebisuan Nur Qarrah membuatkan dia pelik.
“Kenapa ni?”Sarah menghampiri Nur Qarrah.Dia merenung Nur Qarrah yang hanya mendiamkan diri.Kelihatan mata Nur Qarrah yang bengkak.Sarah terpana.Tidak pernah Nur Qarrah menangis hingga bengkak mata sampai begini sekali.
“Nur,kenapa ni?What happen?Cuba cerita dengan aku?”soal Sarah bertubi-tubi.Nur Qarrah memalingkan padangan.Tidak sanggup dia memandang rakan baik yang dah dianggap saudara olehnya itu.
“Nur,cuba kau cerita.Kalau kau diam macam ni,macam mana aku nak tahu apa masalah kau.Kau tak cerita ke dekat kawan kau ni?Selama ni kan kita selalu tanggung masalah sama-sama.”kata Sarah panjang berjela.Dah macam membebel pulak rasanya.
“Kawan?Kawan aku tak akan buat perkara yang aku tak suka.tambah-tambah perkara yang paling aku benci sekali.”kata-kata Nur qarrah membuatkan Sarah terpana.
“Kenapa ni Nur?Apa aku dah buat ni?”soal Sarah seperti tidak mengetahui apa-apa.
“Dah la Sarah.Kau jangan nak berlakon lagi depan aku.Aku tak sangka kau sanggup bohong dengan aku.Padahal kau tahu aku paling tak suka orang bohong dengan aku.Dah tu,kau boleh pulak bersubahat dengan Zill.Aku tak tahu apa rancangan korang.Tapi kalau korang nak mainkan perasaan aku.Korang memang dah Berjaya.”kata Nur Qarrah sayu.Sarah kelihatan terkejut.
“Jadi dekat restoran tadi betullah kau?”soal Sarah.Nur Qarrah hanya mampu mengganggukkan kepala.
“Nur aku boleh jelaskan semuanya.Apa yang kau dengar tu semua aku boleh terangkan dekat kau.”namun begitu Nur Qarrah segera mengangkat tangannya tanda tidak mahu Sarah meneruskan nya lagi.Hatinya terlalu sakit untuk menerima segalanya.
“Dah la Sarah.Cukuplah aku ditipu korang selama 2 tahun ni.2 tahun bukan satu tempoh yang pendek Sarah.Hati aku juga tak kuat nak hadapi semuanya.Dan aku minta korang hentikan sandiwara ini.Aku letih Sarah.Letih sangat.Dan tolong jangan ganggu aku lagi.Tolong cakap dengan Zill yang aku tak mahu jumpa dan ada apa-apa kaitan lagi dengan dia.Dan kau tak perlu minta maaf dengan aku sebab aku dah maafkan semuanya.Begitu juga dengan Zill.”selepas habis berkata-keta Nur Qarrah segera masuk ke bilik.
Dia tidak mahu berlamaan di hadapan Sarah.Cukuplah dirinya dibohongi.Entah nanti apa lagi yang nak dibohong Sarah.
“Nur….”Sarah hanya mampu memandang sayu.Arg,nampaknya perkara yang paling dia takuti telah berlaku.Zill Qayyim…habislah kita.


***
Segalanya berlaku dengan begitu pantas.Kini tiada lagi kemesraan antara Sarah dan juga Nur Qarrah.Mereka menjadi seperti dua saling tidak kenal mengenali.Yelah,setiap kali balik kerja Nur Qarrah akan berkurung di dalam bilik.Bukan Sarah tidak pernah cuba memujuk Nur Qarrah.Namun semuanya tidak jalan.Zill Qayyim pula masih tidak mengetahui perkara sebenarnya.Dia ketika ini berada di Sabah selama sebulan kerana hal kerja yang menuntutnya berada di sana.Kawasan pedalaman membuatkan dia tidak dapat dihubungi dunia luar.

Nur Qarrah berasa lega apabila tidak dihubungi lelaki itu.Bukan dia tidak tahu di mana Zill Qayyim berada sekarang.Bagi Nur Qarrah dia dan Zill Qayyim sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan.Bukan dia mahu berdendam,tapi hati mana yang tidak sakit apabila kekasih sendiri bersekongkol dengan sahabat baik.Bukan Sarah tidak pernah cuba berbaik dengannya, dia saja yang cuba mengelak.Nur Qarrah mengeraskan hati.Dia tidak mahu disakiti lagi.Entah apa benda lagi yang mereka sembunyikan darinya.

Sampai sekarang dia masih tidak tahu apakah hubungan di antara Sarah dan Zill Qayyim.Sewaktu dia mengitip mereka dia ada mendengar Sarah memanggil Zill Qayyim dengan panggilan bos.Tetapi setahunya, Zill Qayyim hanya menjalan bisnes melalui internet.Setahunya Zill Qayyim berada di Sabah pun kerana urusan perniagaan. Arg,untuk apa dia ambil tahu lagi.Dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mereka.

***
“Saya nak awak gantikan Hasnor ke majlis ni.”arahan dari Encik Zul umpama menjatuhkan hukuman mandatori.’Arg,kenapa perlu aku?’Nur Qarrah tersenyum pahit.
“Ini arahan dari pihak atasan.Disebabkan awak yang tahu selok-belok tentang projek ni, so diorang nak awak yang pergi.”Nur Qarrah tersentak.Macam tahu-tahu saja apa yang bermain di fikiran Nur Qarrah.
“Erm,kalau dah macam tu arahannya tak dapat la saya nak menolaknya.”
“Bagus.Saya tahu awak tak akan mengecewakan saya.”Nur Qarrah hanya mengangguk lemah.Apakan daya,dia hanya orang bawahan yang perlu menurut arahan.

Sekembalinya dari bilik Encik Zul,Nur Qarrah hanya mampu  mengeluh.Bagaimana dia mahu pergi ke majlis ni.Majlis anjuran Syarikat Mega Holding.Syarikat di mana Sarah bekerja.Sudah tentu Sarah akan turut berada di sana.Arg,kacau betul.Esok pulak tu.Adoi,parah macam ni.Lagi dia nak mengelak lagi terjumpa pulak.Dan esok genaplah sebulan pemergian Zill Qayyim ke Sabah.Dia tidak tahu apa yang terjadi dengan lelaki itu.Zill Qayyim memang tidak pernah menghubunginya.Maklumlah masuk ke kawasan pedalaman yang tak ada coverage.Macam mana nak call kan.’Ish,kenapa masih nak fikir pasal dia.’Nur Qarrah menyambung kembali kerja yang tertangguh.Tengoklah esok apa nak jadi.



***
Nur Qarrah tiba awal 15 minit sebelum acara dimulakan.Dia dan seorang lagi staf dari ofisnya ditugaskan untuk menghadiri majlis ini untuk mengetahui perkembangan tentang projek usaha sama antara syarikatnya dan juga Syarikta Mega Holding.Nur Qarrah mengetahui syarikatnya akan bekerjasama dengan syarikat di mana Sarah berkerja melalui kad jemputan yang diberikan Encik Zul.

Nur Qarrah duduk di bahagian tepi dewan.Agak dekat dengan meja VIP di mana menempatkan 10 orang satu meja.’Wah,grand betul majlis ni.Padahal majlis nak menandatangi projek usaha sama saja.’omel Nur Qarrah.Dia memandang sekeliling cuba juga mencari kelibat Sarah.Namun bayang pun tak nampak.Sengaja dia tidak memberitahu Sarah yang dia akan hadir pada malam ni bagi mewakili syarikatnya.Memang ada VIP dari syarikatnya turut hadir,namun dia terpaksa menggantikan Encik Hasnor yang bercuti kerana ketua bagi departmentnya perlu hadir untuk mengetahui proses-proses yang akan berlaku sewaktu projek akan dijalankan.

Tiba-tiba lampu dewan ditutup.Pengacara memulakan majlis.Nampaknya VIP dah tiba.Tunggu nak masuk saja.Tiba-tiba mata Nur Qarrah terarah pada seseorang yang amat dikenalinya.Zill Qayyim.

“Mengumumkan ketibaan CEO Syarikat Sakura Hoding Dato’ Megat Ismail bin Ibrahim diiringi CEO Mega Holding, Encik Zill Qayyim bin Dato’ Asri.”serentak itu irama gamelan berkumandang.Nur Qarrah tergamam.dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Zill Qayim merupakan pengarah syarikat itu dan dia rupa-rupanya….tidak cacat.

Di belakang Zill Qayyim kelihatan Sarah yang begitu anggun.Ok,sekarang Nur Qarrah sudah mengetahui perkara sebenar.Ini lah yang disembunyikan mereka berdua sebenarnya.Nur Qarrah tidak keruan.Dia tidak menyangka yang mereka sanggup mempermainkan perasaannya sampai sebegini sekali.Apa salahnya kepada mereka.Rintihnya di dalam hati.Kalau boleh mahu saja dia melarikan diri dari majlis ini.Namun nanti apa pulak kata CEO syarikatnya.Nur Qarrah sedaya upaya menahan air matanya dari menitik.Arg,dugaan apakah ini.Ketika ucapan disampaikan Zill Qayyim,Nur Qarrah sedaya upaya menahan perasaannya.Dia tidakmahu dikatakan lemah oleh lelaki ini.Cukuplah sekali dia dipermainkan.

“Pertama sekali,saya mengucup syukur ke hadrat Ilahi kerana rancangan Syarikat Mega holding untuk bergabung dengan Syarikat Sakura Holding berjalan dengan lancar.Saya berharap yang Syarikat kita dapat bekerjasama dengan baik dan semoga……”tiba-tiba pandangan Zill Qayyim terarah di satu sudut.Zill Qayyim terdiam sebentar.Nur Qarrah.wanita itu tidak memandangnya.Wajahnya kelihatan tiada riak.Tiada perasaan.

“…..semuanya berjalan dengan lancar.”serentak itu dewan gamat dengan tepukan.Selesai ucapan diberi, kini tiba acara menandatangi perjanjian usahasama dia antara dua syarikat.Di kesempatan itu, Zill Qayyim sempat berbisik kepada Sarah.
“Kenapa awak tak cakap yang Qarrah datang?”Sarah jelas kelihatan terkejut.Dia sendiri tidak sedar kehadiran Nur Qarrah di majlis itu.
“Saya tak tahu dia nak datang bos.Nampaknya semuanya dah terbongkar bos.”kata Sarah risau,tapi masih dapat dikawal.Sarah cuba memberikan senyuman sambil mencari kelibat Nur Qarrah.

Nur Qarrah yang masih berada di meja tersebut hanya mampu mendiamkan diri.Apa lagi yang mampu dia buat.Segalanya sudah terbongkar.Tak mungkin dia akan memarahi mereka di hadapan khalayak ramai.Lagipun siapa dia nak dibandingkan dengan Zill Qayyim yang merupakan seorang CEO itu.Arg,semua itu hanya membuatkan dirinya rasa berserabut.Nur Qarrah berkali-kali mengingatkan dirinya yang dia dan Zill Qayyim sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Selepas jam 12 malam majlis mula melabuhkan tirai.Orang ramai sudah mula beransur pulang.Nasib baik esok hari minggu.Kalau tak memang ramai la yang terbabas masuk ofis esok.Nur Qarrah segera menyelinap keluar.Kalau boleh dia tidak mahu bertembung dengan Sarah mahupun Zill Qayyim.Dia benci melihat mereka.Ya,mereka yang telah menipunya hidup-hidup.

Patutlah selama ini Zill Qayyim asyik mengelak untuk pergi ke tempat-tempat terbuka.Takut kantoi.’Aduh,Nur Qarrah kenapalah kau bodoh sangat.2 tahun kot dia tipu kau.’Nur Qarrah hanya mampu mengeluh.Nak menyesal benda dah  jadi.Bukan dia yang minta.Tiba-tiba iphonenya berbunyi.Tertera nama Zill Qayyim. ‘Arg,apa saja lelaki nak lagi.’Nur Qarrah tidak menjawab.Setelah lebih kurang  4 kali berbunyi, tiba-tiba masuk pulak mesej ke inbox.

Qarrah tolong dengar dulu penjelasan saya-Zill Qayyim

Nur Qarrah hanya memandang sepi. ‘Arg, peduli apa aku.’Omel Nur Qarrah.Dia mempercepatkan langkahnya.Namun,baju kurung moden yang dipakainya membuatkan langkahnya semakin sukar.Dengan selendang yang dililit bagai.Arg,serabut.Namun begitu dia sedaya upaya mempercepatkan langkahnya.Namun begitu masih berhati-hati.Kang tersadung tak pasal.Dia juga yang malu.

“Nur…”panggil satu suara.Nur Qarrah kenal dengan suara itu.Namun,dia buat tidak peduli.tak penting pun.sarah juga mempercepatkan langkahnya.Ish,macam tak boleh jumpa dekat rumah.Ni semua bos dia punya pasal.Siapa lagi kalau bukan si Zill Qayyim tu.

“Nur tunggu dulu.”Sarah sempat menangkap pergelangan tangan Nur Qarrah.Ish kalau lelaki yang kejar tu nampak juga la normalnya.Tapi ni perempuan kejar perempuan.Kang tak pasal ada juga yang fikir lain ni.

“Nur kau kena dengar dulu penjelasan Zill.Please,tolong jangan lari lagi.”rayu Sarah.Namun,tidak diendahkan Nur Qarrah.

“Sarah kan aku dah cakap antara kami berdua dah tak  ada apa-apa hubungan.Dan tolong cakap dengan bos kau yang sangat-sangat istimewa tu yang aku tak nak diganggu.Tolong jangan kacau aku lagi.”Nur Qarrah segera merentap tangan apabila ternampak kelibat Zill Qayyim yang seperti tercari-cari seseorang.Mencari Sarah mungkin.Ataupun dirinya.Nur Qarrah segera mendapatkan keretanya.’Hish,tak boleh jadi ni.Kalau aku jumpa dia nanti tak pasal-pasal jer aku cair dengan pujuk rayu dia.’Nur Qarrah menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menghidupkan enjin kereta lalu segera keluar dari perkarangan dewan.

Zill Qayyim yang baru sahaja ternampak Sarah segera menghampirinya. “Mana dia?”Tanya Zill Qayyim sambil memandang sekeliling.Namun gelengan Sarah membuatkannya mengeluh.Sarah telah menceritakan apa yang terjadi.Namun tiada apa yang boleh dilakukannya.Lagipun dia pula baru pulang dari Sabah dan tidak sempat lagi mahu bertemu dengan Nur Qarrah.Kalau pun iya dia hendak berjumpa dengan Nur Qarrah,sudikah wanita itu berjumpa dengannya.


***
Hampir setiap malam iphone Nur Qarrah berbunyi.Naik bingit telinga mendengar.Akhirnya dia menutup terus  iphonenya itu.Baru Nur Qarrah berasa puasa hati.Tak cukup dengan itu si Sarah juga turut berkompromi menganggunya.Hampir setiap malam ada saja yang nak mengetuk pintu biliknya.Tension betul.

Tok….tok…tok….

Tengok,baru cakap dah bunyi.
“Nur…tolong la bukak pintu ni.Tolong la dengar penjelasan aku.Kalau kau tak nak aku jelaskan tolonglah dengar penjelasan dari Zill.Ada banyak perkara yang dia nak cakap dengan kau.”kata Sarah separuh merayu.Itulah ayat yang sering diungkap setiap malam.Namun begitu Nur Qarrah tetap mendiamkan dirinya.Kalau boleh dia memang mahu mengelak untuk bertembung dengan Sarah di waktu pagi.Lalu dia akan keluar seawal 6 pagi pagi dan balik sebelum pukul 6.Memandangkan ofis Sarah jauh sikit, jadi dia yang akan sampai dulu.

“Nur……”Nur Qarrah masih tidak menyahut. ‘Ish,hati batu betul la kau ni Nur Qarrah.’
“Nur kalau kau tak jumpa secara berdepan pun dengan Zill, tolong la jawab call dia.”kata Sarah lagi.
‘Kalau jumpa pun aku tak nak, nak jawab telefon sama la.’gumam Nur Qarrah.
“Nur…please.Jangan buat kita orang macam ni.Kau tak kesiankan aku ker?Kau tak kesiankan Zill?Dia dah sasau aku tengok.Dah berapa hari dia tak masuk ofis.Semua orang risau.Kau tak risau ke pasal dia?Entah apa dah jadi dengan dia.”Sarah mencuba serangan phycology.Nur Qarrah hanya mampu mengeluh.Dia lantas bangun lalu membuka pintu.Sarah tersenyum lega.Akhirnya Nur Qarrah mahu bertentang mata dengannya.

“Kau nak apa lagi ni Sarah?”soal Nur Qarrah bersahaja.
“Nur,dengar la penjelasan dari kami dulu.Kau dah salah faham.”kata Sarah bersungguh-sungguh.
“Kan aku dah cakap Sarah.Aku tak nak dengar apa-apa pun.Semua dah terjawab.Aku dah tahu segalanya.Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi.Dan tolong la cakap dengan bos kesayangan kau tu jangan ganggu aku lagi.”kata Nur Qarrah tegas.Susah betul nak fahamkan orang yang tak faham bahasa ni.
“Macam mana aku nak cakap dengan dia sedangkan dia tak masuk ofis.dah berapa hari dia tak masuk ofis.Kerja banyak yang tertangguh.Saper pun tak tahu dekat mana dia sekarang ni.Aku pun dia tak contact.Dengan kau saja yang dia contact.Please answer his call Nur.Selagi kau tak jumpa dia,selagi tu dia tak masuk ofis Nur.Dia nak datang sini tapi aku tak bagi sebab aku tahu yang kau tak mungkin akan jumpa dia.Jadi tak ada maknanya dia datang sini.”panjang lebar penjelasan dari Sarah.Namun begitu Nur Qarrah hanya membuat muka blurr.
“Habis tu kau nak aku buat apa.”Tanya Nur Qarrah seperti orang bodoh.
“At least answer his call kalau kau tak nak jumpa dia sekalipun.Zill tak pernah tak masuk ofis kalau tak urusan yang mustahak.Entah apa jadi dengan dia sekarang.”kata Sarah risau.
“Dah kalau kau risau sangat,kau saja la yang pergi cari dia.Dah aku nak tido.”Nur Qarrah segera menutup pintu namun sempat ditahan oleh Sarah.
“Nur,Zill hanya cintakan kau sorang.Hanya kau.”Sarah perlahan-lahan melepaskan genggamannya dari pintu.Nur Qarrah mendengus geram.Semua ni menyerabutkan kepalanya.Nur Qarrah menghempaskan badannya ke atas katil.Batal berbentuk love diambil lalu dipeluk.Arg,perlu ke aku jumpa dia?Perlu ke dengar penjelasan dia.Nur Qarrah mengeluh.Dia lantas mengambil  iphonenya lalu dihidupkan.Terdapat 30 misscall dan 10 mesej. ‘Tak penat ke tangan pakcik ni?’Lantas dibuka mesej lalu dibaca satu persatu.


Syg tlg la angkt  phone.U need 2 hear my xplaination – Zill Qayyim

Awk jgn buat sy mcm ni.Plez pick up the phone – Zill Qayyim

Syg I luv u so much.Plez answer me…L - Zill Qayyim

Nur Qarrah…I miss u so much.plez don’t do this 2 me – Zill Qayyim


Cinta tidak boleh dipaksa dan
cinta bukan datang dengan
sekelip mata. Cinta bagaikan
bintang di langit sana. Terlalu
banyak yang bercahaya indah
tetapi cuma satu yang akan
jadi igauan pemujanya.

                   -Zill Qayyim


Tergelak-gelak Nur Qarrah membacanya.Apa punya jiwang la mamat sorang ni.Hish habis cair hati ni.Macam coklat Cadbury masuk oven dah rasanya.Ni la susah ni bila dapat pakwe pandai memujuk.Aik,dah declare pakwe balik???Nur  Qarrah hanya mampu tersenyum.Tiba-tiba  iphonenya berbunyi.Nur Qarrah tahu siapa gerangan pemanggilnya. ‘Nak angkat ke tak?’Tanpa disedari tangannya lebih dahulu menekan skrin yang tertulis answer. ‘Oh my Allah what did I do?’

“Assalamualaikum”kedengaran suara Zill.Nur Qarrah hanya mendiamkan diri.Setelah lebih sebulan dia tidak mendengar suara ini.
“Dosa kalau tak jawab.”kata Zill.Nur Qarrah hanya tersenyum.Sempat lagi nak nyakat.
“Waalaikumussalam warahmatullahibarakatuh.”jawab Nur Qarrah dengan geram.
“Ganggu ke?”soal Zill lemah.
“Ganggu sangat-sangat”balas Nur Qarrah bersahaja.Sengaja mahu menyakiti hati Zill Qayyim.
“Maaf.”
“Nak apa ni?”Nur Qarrah cuba menahan perasaan hatinya.Dia tidak mahu begitu cepat cair dengan pujukan Zill Qayyim.
“I miss u so much sayang.So much.”kata Zill Qayyim sayu.Nur Qarrah hanya mampu mendengar.Kalau Zill Qayyim tahu yang dia turut menahan perasaan.Walaupun dia marahkan lelaki itu, tetapi untuk melupakannya begitu susah.
“Please talk to me.Don’t do this to me.I need u syg.I love u.Saya boleh terangkan perkara sebenar.Tapi awak jangan sepi macam ni.Awak menyeksa saya dengan kebisuan awak.”Zill berhenti seketika.Nafasnya kedengaran berat.Dia kemudian terbatuk seketika.
“Where are you now?”Tanya Nur Qarrah.Semarah-marah dia masih ada belas kasihan dalam dirinya.
“Rumah.”
“Sarah kata you dah berapa hari tak masuk ofis.Why?”soal Nur Qarra lagi.
“I got high fever.Tak larat nak pergi ofis.”kata Zill lagi.
“Dah pergi klinik belum?”Nur Qarrah mulai risau.Bukan boleh dibuat main-main dengan demam ni.Tambah-tambah demam panas.
“Tak larat nak drive.”
“Asal you tak call Sarah, suruh dia bawak?”soal Nur Qarrah.
“Buat apa nak call dia.I don’t need her….i need you.”suara Zill kedengaran lemah.Nur Qarrah mengeluh.
“Encik Zill Qayyim please take care yourself.Dah pergi makan ubat then tido.Esok kalau tak baik jugak call me.Kita pergi klinik.”arah Nur Qarrah.Sepanjang perkenalan mereka tak pernah Zill Qayyim demam sampai begini teruk.
“Sayang,saya nak dengar suara awak lagi.”Zill Qayyim mula merengek.Ish,kang ada juga yang kena cepuk ni.
“Encik Zill Qayyim.Jangan nak mengada-ngada ok.Tolong dengar cakap saya.Kalau tak esok awak pergi sendiri klinik.”ugut Nur Qarrah.
“Alah sayang ni.Nak manja sikit pun tak boleh.”Zill Qayyim mula membuat suara merajuknya.ish,susah betul la mamat ni.
“Makan ubat then tido.Assalamualaikum.”Nur Qarrah segera meletakkan  iphonenya .Makin dilayan makin menjadi.Last-last satu penjelasan pun tak ada.




***
“Sarah, nanti tolong mesej alamat bos kau.”kata Nur Qarrah pagi itu.Sarah memandang wajah Nur Qarah.
“Kenapa?”soal Sarah.
“Bos kesayangan kau demam.Sebab tu dia tak masuk ofis.”kata Nur Qarrah bersahaja.Tiba-tiba Sarah tersenyum.
“Kau dah baik dengan dia kan???Kan??”
“No komen.”Nur Qarrah masih cuba menahan senyuman.
“Alah dengan aku pun kau nak sembunyi.”cebik Sarah.
“Dengan kau lagi aku nak sembunyi.”balas Nur Qarrah.
“Nur aku minta maaf atas segala apa yang telah terjadi.Aku tak tahu pulak benda ni boleh jadi sampai macam ni sekali.Aku tak ada niat pun nak rahsiakan perkara ni dari kau.Aku buat semua ni bersebab.Aku pun terkejut bila pertama kali kau jumpa dia tu.Aku tak sangka pulak Zill tu orang yang sama dengan bos aku.”kata Sarah sayu.
“Dah la Sarah.Lupakan lah apa yang telah terjadi.Aku pun minta maaf apa yang aku dah buat dekat kau.Masa tu aku tak dapat kawal perasaan aku.”Nur Qarrah turut meminta maaf.
“ok,sekarang kita dah baik balik kan.”Nur  Qarrah tersenyum sambil menganggukan kepala.


***
“Wah,besar giler rumah pakcik ni.”Nur Qarrah terpegun dengan pemandangan di hadapannya.Sebuah rumah banglo 3 tingkat dengan laman yang begitu luas.Huh,memang layak la pakcik tu duduk sini.Dia kan CEO.Ni macam mana nak jumpa dia ni???Nur Qarrah lantas mengambil iphonenya.Nama Zill Qayyim dicari.

“Assalamualaikum.Dah sihat ke belum?”soal Nur Qarrah.
“Kepala berdenyut lagi ni.Awak dekat mana?”giliran Zill Qayyim pula bertanya.
“Dekat depan rumah awak.”kata Nur Qarrah selamba.
“Hah….”Zill Qayyim terkejut.
“Wait a minute.saya turun sekarang.”kata Zill Qayyim lagi.Nur Qarrah hanya tersenyum .
Tiba-tiba pintu pagar terbuka.Wah,gate letrik.Kau ada???Kemudian kelihatan Zill Qayyim dengan tracksuit hitam dan sweater biru.Kacak sangat.Hish,cair….cair….Nur Qarrah mengalihkan pandangannya.Malu mahu bertentang mata dengan Zill Qayyim.
 “I thought u main-main semalam.”kata Zill Qayyim lembut.What???dia ingat aku main-main.
“Kalau dah sihat tak apalah.I nak balik.”kata Nur Qarrah lantas membuka pintu kereta.Namun segera ditahan Zill Qayyim.
“Alah sayang ni.Orang usik sikit pun nak merajuk.”kata Zill Qayyim.
“Dah la tak ada masa nak melawak dengan awak.”kata Nur Qarrah dengan muka masam.Zill Qayyim ketawa.
“Ok…ok…I’m sorry ok.Comel la sayang ni bila buat muka macam tu.”Zill Qayyim cuba menyakat Nur Qarrah.Serta merta merona merah wajah Nur Qarrah.
“Arg,nak balik la.”Nur Qarrah cuba menarik pintu keretanya.Tapi tak tertarik rasanya dengan kekuatan Zill Qayyim.Ish,sakit pun kuat lagi ke???
“Semalam cakap nak bawak pergi klinik.”soal Zill Qayyim.
“Tak jadi.Macam dah sihat jer.”kata Nur Qarrah sambil memandang wajah Zill Qayyim yang sedikit pucat tu.
“Kepala sakit lagi ni.Badan pun panas lagi.Tak percaya cuba pegang lengan ni.”rengek Zill Qayyim.Ish,ngada betul mamat ni.
“Suruh driver you la bawak pergi.”Nur Qarrah cuba mengelak.
“Yelah,orang tu bukan ambil berat pasal kita pun.”kata Zill Qayyim dengan nada jauh hati.Ish,ni yang lemah ni.
“Saya ni masih dalam mood marah lagi ni.Tapi disebabkan awak demam saya hold dulu marah saya tu.Lepas awak baik nanti kita gaduh ok.”kata Nur Qarrah tiba-tiba.Zill Qayyim tersentak.Dia ingat Nur Qarrah sudah lupa tentang hal itu.
“I’m sorry.”ucap Zill Qayyim dengan wajah yang kelihatan keruh. ‘ish kau ni Qarrah…tak baik taw buat orang sakit macam ni.’
“Ok…ok…sekarang ni jom gi klinik.”kata Nur Qarrah lembut.Orang cakap orang demam ni cepat sensitive.
“Erm…tak apalah.Saya makan ubat nanti baik la demam ni.”kata Zill Qayyim perlahan.Alamak,dia merajuk la pulak.
“Ok…ok…I’m sorry.Dah jom.Saya bawak pergi klinik ya.”pujuk Nur Qarrah.Namun Zill Qayyim hanya membisu.
“Awak…..”Nur Qarrah menarik-narik sweater yang dipakai Zill Qayyim.’Aish,aku pulak yang nak kena pujuk dia.Terbalik sudah.’
“Betul tak nak  pergi ni?”soal Nur Qarrah sekali lagi.Zill Qayyim masih diam membisu.
“Kalau tak pergi sudah.Saya balik dulu.”kata Nur Qarrah.Cuba untuk melihat reaksi.
“Erm…”hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Zill Qayyim. ‘ish,susah betul nak deal dengan orang sakit ni.Last-last habis semua marah aku hilang.’
“Sayangku Zill Qayyim,jom kita pergi klinik.Saya dah janji dengan Sarah yang awak akan masuk ofis secepat yang mungkin.Kalau awak tak sihat lagi, macam mana nak masuk ofis nanti.Apa saya nak jawab dengan Sarah.”pujuk Nur Qarrah.Terpaksa merendahkan ego.See….perempuan jugak yang mengalah sedangkan lelaki yang salah.
Tiba-tiba Zill Qayyim tersenyum.
“Cer ulang perkataan yang first tu.”kata Zill Qayyim sambil tersenyum nakal.Nur Qarrah mengerutkan dahi.
“Perkataan apa?”Tanya Nur Qarrah seperti orang bodoh.
“Alah….yang awak panggil saya tu…apa tu…sa….ya…..”
“Eii…nak pergi ke tak nak pergi ni?Cepat decide.Petang ni I nak kena masuk ofis.”Nur Qarrah cuba mengubah topik.Sudah malas mahu melayan kerenah Zill Qayyim. ‘kali ni kalau dia tak nak pergi memang aku nak balik betul-betul.’omel Nur Qarrah.
“Yelah…tunggu jap nak tukar baju.”kata Zill Qayyim sambil masuk ke dalam.Nur Qarrah menghembus nafas lega.


***
“Jangan lupa makan sebelum makan ubat.”pesan Nur Qarrah sesudahnya pergi ke klinik.Kini mereka berada di halaman rumah Zill Qayyim.Nur Qarrah begitu terpesona dengan landskap rumah itu.Rumah orang kaya la katakan.Terdapat air terjun buatan yang mengalir terus ke kolam di mana dia atas kolam itu terletaknya wakaf yang mereka sedang duduki sekarang.Terdapat juga batu loncatan terapung menggunakan 'pebble wash' dan dikelilingi oleh pokok hijau membuat sesiapa yang duduk di situ berasa nyaman. ‘Arg,buat apa la aku dok menilai rumah orang ni.’

“Duduk sorang ke?”Tanya Nur Qarrah kepada Zill Qayyim yang diam membisu.Zill Qayyim hanya menganggukkan kepala. Ibu dan bapanya di rumah lain.Zill Qayyim ingin berdikari.‘Wah,rumah besar..tapi duduknya sorang.’Nur Qarrah juga diam. ‘Haish,nak cakap apa ni?’
“Saya balik dulu.”kata Nur Qarrah lantas bangun dari wakaf.Makin lama dia berhadapan dengan Zill Qayyim makin sesak dadanya.
“Qarrah, nanti dulu.You need to hear my explaination first.”kata Zill Qayyim.
“Nantilah.Tunggu awak sihat kita cakap lain.”sebolehnya Nur Qarrah mahu mengelak untuk berbincang mengenai perkara yang berlaku dalam waktu terdekat ini.
“No…saya rasa tak senang hati bila awak pergi tanpa tahu kebenaran terlebih.Please, duduk dulu.”kata Zill Qayyim separuh merayu.Nur Qarrah kembali duduk.Tak akan nak menghampakan orang sakit.Iya tak?
“Firstly, saya minta maaf sebab dah banyak bohong dengan awak.Saya buat semua tu bersebab.”kata Zill Qayyim perlahan.Tiba-tiba Nur Qarrah berasa bengang.Bersebab?
“Yelah,sebab nak mainkan perasaan saya kan.Saya dah dengar perbualan awak dengan Sarah dekat restoran hari tu.”Nur Qarrah sedaya upaya menahan perasaan geram di hatinya.Kalau tak mengenangkan si Zill Qayyim ni sakit memang dah lama makan pelempang agaknya mamat ni.
“Bukan macam tu.I really love you.Saya memang nak beritahu awak perkara sebenar.Tapi masa tu saya kena pergi Sabah.Awak pun tahu kan.Sebelum saya terangkan segalanya dekat awak,nampaknya awak terlebih dahulu mengetahuinya.”

“Saya buat macam ni sebab nak cari wanita yang betul-betul ikhlas nak kan saya.Semua perempuan yang saya jumpa hanya mahukan harta.Ya, memang saya boleh bagi semua tu.Tapi apa yang saya nak hanya cinta.Kasih sayang yang ikhlas dari seorang wanita.Bukan kasih sayang palsu semata-mata kerana harta.Sebab tu saya berlakon jadi cacat untuk mencari wanita yang boleh terima saya seadanya.Semua wanita yang saya jumpa tinggalkan saya bila tahu saya berkerusi roda.Tapi bila saya jumpa awak, saya tak sangka yang awak akan menerima saya sebagaimana saya waktu tu.saya ingat awak akan tinggalkan saya sama macam perempuan lain.Awak lain Qarrah.Awak betul-betul istimewa.”panjang lebar penjelasan Zill Qayyim.
“Kalau awak nak menguji pun,tak perlu la sampai macam tu sekali.2 tahun awak menipu saya.Dah la bersekongkol dengan Sarah pulak tu.Sakit hati saya ni Allah saja yang tahu.Siapa nak bertanggungjawab dengan luka yang awak dah buat ni?Sarah pun tahu saya paling tak suka orang menipu saya,tapi dia still buat benda yang saya memang tak suka.Awak tak tahu bagaimana rasanya bila orang yang kita sayang bohong dengan kita.Dah tu bukan 1 perkara yang awak sembunyi, banyak.Dah la.Saya malas nak cakap banyak.”kata Nur Qarrah.
“Qarrah…pasal Sarah tu,dia tak bersalah pun dalam hal ni.Saya yang paksa dia untuk rahsiakan perkara ini dari awak.Dia satiausaha saya.Jadi dia tahu apa yang berlaku.Dia hanya nak tolong saya.Saya minta awak jangan salahkan.Saya pun baru tahu yang awak kawan Sarah masa hari kita jumpa tu.Dia dah melarang saya berkali-kali dari meneruskan perkara ini.Tapi saya yang degil.”Zill Qayyim masih cuba mempertahankan Sarah.
“Nanti la saya fikir. Saya nak balik.Awak pergi la berehat.”kata Nur Qarrah
“Nur Qarrah awak tak sudi maafkan saya?”soal Zill Qayyim dengan pandangan sayu.Nur Qarrah hanya mendiamkan diri.Dia lantas bangun untuk berlalu pergi.Baru beberapa langkah kedengaran bunyi sesuatu jatuh.Nur Qarrah memandang ke belakang.Ya Allah,Zill.Nur Qarrah segera mendapatkan Zill Qayyim yang jatuh pengsan di hadapan wakaf.Nasib baik sempat jatuh atas tanah.Kalau jatuh dalam kolam tu tak ke naya.
“Qayyim,bangun.Aduh,awak kenapa ni.”Nur Qarrah menghampiri Zill Qayyim.Dia memangku kepala Zill Qayyim.Ya Allah,panasnya.Berdarah la pulak kepala dia.Kena batu agaknya.Aduh,apa nak buat ni?



***
Zill Qayyim membuka matanya.Ish,kat mana ni?Dia memandang sekeliling.Macam dekat bilik dia.Macam mana pulak dia boleh naik sampai ke bilik ni?Seingatnya tadi dia bersama Nur Qarrah di wakaf.Oooo…terlupa pulak yang dia pengsan tadi.Tapi siapa pula yang mengangkat dia tadi?Zill Qayyim melihat jam di dinding.Baru pukul 9 malam.

Dia lantas bangun dari katil untuk turun ke bawah.Tiba-tiba perutnya terasa lapar.Seharian dia tak makan mahunya tak lapar.Zill Qayyim turun ke dapur.Kelihatan Mak Jah pembantu rumahnya  dan Pak Karim(driver) di meja makan.
“Eh,Zill.Nak makan ke?”Tanya Mak Jah.Mak Jah dan Pak Karim ni suami isteri.Jadi untuk memudahkan kerja mereka turut tinggal di rumah Zill Qayyim.
“Boleh jugak.”kata Zill Qayyim perlahan.
“Zill dah rasa sihat sikit?”soal Pak Karim pula.Zill qayyim hanya menganggukkan kepala.Meskipun kepalanya masih terasa sakit.
“Nasib baik ada Cik Nur tadi.Kalau tak tak tahu la apa jadi dengan Zill.”kata Mak Jah yang sedang menyiapkan makanan untuk Zill Qayyim.Nur???Nur Qarrah???
“Mana dia Mak Jah?”
“Dah balik dah.Sampai ke malam dia jaga Zill.Tu ke buah hati Zill yang buat Zill demam ni?”soal Mak Jah sambil tersenyum simpul.Zill Qayyim hanya tersengih.
“Baik budaknya.Lemah lembut.Sopan santun.”puji Mak Jah.
“Ni bubur dia yang masakkan.Nah,makan la.Dia pesan suruh Zill makan ubat.”sambung Mak Jah lagi.Semantara itu Pak Karim hanya tersenyum melihat wajah Zill yang kembali ceria.Seminggu ini Zill Qayyim kelihatan tak bermaya saja.Sampai demam-demam.Tangannya pula tak lepas dari membelek iphonenya.Berkurung dalam bilik.Makan tak menentu.Kadang-kadang tu melepak dekat wakaf tu semalaman.Alih-alih tertido dekat situ.Mana tak demam.
“Dia masak?Biar betul ni?”Zill Qayyim seperti tidak percaya.
“Betul la Zill.”kata Pak Karim pula.
“Siapa yang angkat Zill Pak Karim?”soal Zill Qayyim.Musykil betul dia.Tetiba boleh ada dekat dalam bilik.
“Pak Karim dengan Nur la.Kelam kabut dia.Dah la dahi kamu berdarah pula tu.Macam mana la boleh pengsan dekat situ.Nasib baik ada Nur.Dia yang ubatkan luka Zill tu.”jelas Pak Karim sambil menunjukkan dahi Zill Qayyim yang berplaster.
“Entahnya Zill ni.Nasib baik tak teruk lukanya.Macam nak menangis dah Mak Jah tengok si Nur.Kalau tak mengenangkan kita orang ada, agaknya memang dah tersedu dia dekat situ.”giliran Mak Jah pula bercerita.
“Sayang betul Nur tu dekat Zill.Sedetik pun dia tak tinggalkan Zill.Kecuali nak solat.Duduk jer tepi Zill.Demah kepala Zill.Ubatkan luka Zill.Sebelum balik tadi pun sempat jer dia masakkan bubur untuk Zill.”ujar Mak Jah.Dah macam mempromote Nur Qarrah pulak.Zill Qayyim hanya tersenyum.Dia tahu yang Nur Qarrah sayangkan dia.Dia pun sama.


***


“Sarah,come to my room.”arah Zill Qayyim sewaktu melalui meja Sarah.
Sarah yang ketika itu sedang menaip sesuatu segera mencapai organizernya lalu bergerak menuju ke bilik bosnya.

 Tok…tok…tok…

“Masuk”setelah arahan diberi Sarah memulas tombol pintu.Dia segera menghampiri meja Zill Qayyim.
“Apa schedule saya hari ni?”Tanya Zill Qayyim tenang sambil menyemak fail-fail yang memerlukan pengesahannya.
“Pukul 10 nanti bos ada mesyuarat dengan Tan Sri Khalid dari BSC Holding.Petang pula bos kena melawat site di Shah Alam.Itu saja untuk hari ni.”kata Sarah setelah menyemak jadual Zill Qayyim.
“Ok.Ermm…saya nak tanya ni.Asal saya call Qarrah tak dapat?Dia marah lagi ke?”soal Zill Qayyim sambil memandang wajah Sarah.
“Ooo…iphone dia rosak.Masuk air.Sebab tu dia tak jawab call bos.”beritahu Sarah.
“Alah,boleh jer pinjam phone awak kan.”kata Zill Qayyim.
“Dia sibuk sikit.Hari ni dia nak ke Korea…..”
“What???Korea???Berapa lama???”soal Zill Qayyim tiba-tiba.Terkejut Sarah dibuatnya.
“Erm…tak tahu.Mungkin seminggu..atau 2 minggu mungkin.”
“Hah,2 minggu.Bila flight dia?”
“Pukul 10”
“Asal dia tak cakap dengan saya.Hish,dia ni.Kalau marah pun jangan la lari sampai ke Korea nun.Sarah,awak batalkan semua appointment saya hari ni.Minta tangguh hari lain.Kata saya ada emergency.”Zill Qayyim berlari keluar meninggalkan Sarah yang kelihatan terpinga-pinga.Aik,apa yang terjadi ni???

Sementara  itu di KLIA Nur Qarrah duduk di bangku yang di sediakan. ‘Yea,hari ni I nak pergi Korea.’sorak Nur Qarrah dalam hati.Memang sudah lama dia mengidam untuk ke Korea.Akhirnya tercapai jugak hasratnya.Ni semua penangan daram Korea.Kalau tak, tak ada maknanya dia beria-ria nak ke sini.Dah la di sponsor.Arg, tak sabar rasanya nak menjejak kaki ke Korea.

Nur Qarrah melihat jam.Masih ada 15 minit sebelum penerbangan.Apa nak buat?Nak dengar mp3 pun tak boleh.iphonenya rosak.Macam mana ntah boleh jatuh dalam kolam dekat depan ofis tu.Hish,geram betul.Dah la mahal.Tu la cuai lagi kan.Erm,tengok sekeliling ajelah.Tiba-tiba dari jauh, matanya menangkap susuk tubuh seseorang tengah berlari.Ish,nak buat drama ke apa ni?nak kejar flight ke nak kejar awek?

Nur Qarrah buat tidak tahu.Tiada kaitan dengan dia.Dia membelek passport yang berada di tangannya.Wah,muka sebal jer.Macam hapa lagi.Nur Qarrah ketawa kecil.Dia kemudian memandang sekeliling.Tak pasal kang ada yang cakap dia gila.Yelah,gelak sorang-sorang.

“Nur Qarrah binti Qairudin.”tiba-tiba terdengar namanya disebut.Nama penuh pulak tu.Nur Qarrah mengangkat kepala.Zill Qayyim.
“Eh,awak buat apa dekat sini?”soal Nur Qarrah.Pelik melihat Zill Qayyim yang kelihatan tercungap-cungap itu.
“Buat apa awak tanya.Kejar awak la.”kata Zill Qayyim sebelum menarik nafas panjang.Yelah,sudahlah dia membawa kereta seperti orang gila.Sampai saja di pintu KLIA dia terus berlari mencari Nur Qarrah.
“Lorh,kejar saya buat apa?”Tanya Nur Qarrah seperti orang bodoh.Tak memahami apa yang diperkatakan Zill Qayyim.
“Yelah,awak tu.Merajuk sampai nak membawa diri ke Korea pulak.Dah la nak pergi 2 minggu.Lama taw tak.Kalau marah dengan saya pun janganlah sampai ke Korea nun.Awak ni,sampai hati buat saya macam ni.Kan saya dah terangkan segalanya dekat awak.Kenapa awak masih tak nak percaya dengan saya.”bebel Zill Qayyim.Nur Qarrah yang mendengarnya tercengang.
“Dari siapa awak dengar ni?”
“Dari Sarah la.”kata Zill Qayyim tidak puas hati.Tiba-tiba Nur Qarrah tergelak.Sampai berair mata dibuatnya.
“Eh,apahal pulak ni.”
“Adoi la awak ni.Saper la suruh awak percaya cakap si Sarah tu.Apa yang dia cakap dengan awak?”soal Nur Qarrah dengan ketawa masih bersisa.
“Dia cakap awak nak pergi Korea 2 minggu.”
“Dia tak cakap ke sebab apa?”soal Nur Qarrah lagi.Gelengan Zill Qayyim membuatkan dia kembali ketawa.
“Ish,apa ni.Tak faham betul.”kata Zill Qayyim.
“Saya pergi Korea sebab ada kerja.Syarikat suruh pergi sana tengok persidangan yang diadakan di sana.Rasanya syarikat awak pun hantar wakil jugak kan?”terang Nur Qarrah.Zill Qayyim menepuk dahinya.Macam mana dia boleh terlupa tentang hal ni.
“So,awak pergi Korea sebab urusan kerja la ye?”Tanya Zill Qayyim.Dijawab dengan anggukan oleh Nur Qarrah.Ish,nak kena Sarah ni.Tapi memang salah dia juga la tak tanya betul-betul.
“Ermmm,maknanya awak tak marah saya la kan?”Nur Qarrah hanya menggelengkan kepala tanda tidak.
“Jadi awak dah maafkan saya?”Nur Qarrah mengganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Yea….”
“Tapi 2 minggu tu lama sangat.”kata Zill Qayyim manja.
“Eleh,2 minggu je pun.”Nur Qarrah mencebik.
“Nak ikut.”rengek Zill Qayyim dengan muka comel.
“Eh,tak payah nak mengada ya.Kerja awak dekat ofis tu berlambak lagi yang siap.Ada hati nak ikut.”marah Nur Qarrah.
“Alah,nanti rindu la.Dah la iphone awak rosak.Tak leh la nak call.”rengek Zill Qayyim lagi.Mengalahkan kanak-kanak sudah.
“Eiii,YM sudah.”kata Nur Qarrah.Malas mahu melayan Zill Qayyim.
“Awak,lepas awak balik kita kahwin ye.”kata-kata Zill Qayyim membuatkan Nur Qarrah terkejut. ‘Ish,dia tengah propose aku ke ni?’
“Awak….”tiba-tiba panggilan untuk penerbangan ke Korea kedengaran.
“A…a…Saya pergi dulu la.”kata Nur Qarrah kelam kabut.Baru beberapa tapak melangkah Nur Qarrah berpaling ke belakang memandang wajah Zill Qayyim yang kelihatan mendung itu.
“Awak…”Nur Qarrah memanggil Zill Qayyim yang memandang lantai.Macam kanak-kanak rebena tak dapat gula-gula dah muka dia.Zill Qayyim memandang wajah Nur Qarrah.
“Pergi la jumpa my father kalau awak serius.”sejurus itu Nur Qarrah melangkah melangkah pergi dengan senyuman yang tak lekang di bibir.Sementara itu, Zill Qayyim pula tercengang.Tiba-tiba dia tersenyum.
“Yes….”


***
“Aku terima nikahnya Nur Qarrah binti Qairudin dengan mas kahwin 101 ringgit tunai.”dengan sekali lafaz Nur Qarrah kini sudah bergelar isteri kepada Zill Qayyim.Wah,bahagianya hidup.Sarah adalah orang yang paling bahagia tatkala itu.Yelah,akhirnya kahwin jugak kawan baiknya itu.Setelah pelbagai dugaan diharungi.Dia pula hanya menunggu masa untuk menukar status.

“Tahniah Nur.”ucap Sarah sambil mengucup pipi Nur Qarrah.
“Thanks Sarah.Kau bila lagi?”soal Nur Qarrah.Namun begitu Sarah hanya tersengih.
“Wei,apasal hari tu kau tak cakap yang aku pergi korea sebab kerja?”soal Nur Qarrah.Namun begitu Sarah hanya tergelak-gelak.Dia memandang bosnya yang rancak berbual dengan tunangnya.
“Laki kau tu kelam kabut sangat.Belum sempat aku habiskan ayat dia dah blah.Sayang sangat dekat kau.Takut kau tu lari lagi.”kata Sarah sambil tersenyum lucu.Mengingatkan kekalutan Zill Qayyim pada hari membuatkan dia tidak dapat menghalang diri dri tersenyum.
“Terkejut beruk aku.Tetiba jer muncul dekat KLIA tu.”Sarah ketawa lagi.Tiba-tiba kedengaran microphone diketuk.

“Assalamualaikum w.b.t.Berkesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini bagi meraikan perkahwinan di antara Zill Qayyim dan Nur Qarrah.Jadi untuk menghiburkan anda dijemput pengantin lelaki untuk menyampaikan sebuah lagu.”tiba-tiba jer si Amrizal ni membuat ucapan.Si Sarah pula menjegilkan mata.Zill Qayyim yang segak dengan pakaian pengantin naik ke pentas yang disediakan.Nur Qarrah pula terpinga-pinga. ‘Apa pulak la yang dia nak buat ni.’

“Assalamualaikum.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir pada majlis perkahwinan saya pada hari.Hari ni saya nak nyanyi sebuah lagu untuk isteri saya yang tercinta.Wahai isteriku Nur Qarrah yang amat saya cintai….terimalah sedetik lebih.”serentak dengan itu tepukan gemuruh diberikan.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Sekali lagi tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja Zill Qayyim habis medendangkan lagu sedetik lebih oleh Anuar Zain itu.Nur Qarrah tersenyum malu.Zill Qayyim suka melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Untung la dapat husband romantik.”usik Sarah.Nur Qarrah hanya tersenyum.Zill Qayyim menghampiri Nur Qarrah dan Sarah.
“Macam mana?Terharu tak?”Tanya Zill Qayyim.Namun begitu Nur Qarrah hanya mencebik.Zill Qayyim mencubit pipi Nur Qarrah yang jelas kelihatan merah.Malu la tu.
“Eii…sakit la.”kata Nur Qarrah manja.Zill Qayyim hanya ketawa lalu memeluk bahu Nur Qarrah.
“Bos,jaga baik-baik kawan saya.Kalau jadi apa-apa dekat dia siap bos.”Sarah memberi amaran kepada Zill Qayyim yang hanya tersenyum ceria.
“Eii….saya mesti jaga elok-eloklah kawan baik awak merangkap buah hati saya ni.”kata Zill Qayyim tegas.
“Awak tu,bilanya nak langsung majlis.”
“Ish,bos dengan bini bos ni sama jer.Tak ada soalan lain nak Tanya.”kata Sarah dengan wajah masam.Nur Qarrah dan Zill Qayyim ketawa.
“Tu cik abang awak datang.”Amrizal menghampiri mereka yang rancak berbual.
“Berbual apa ni?”Tanya Amrizal.
“Ni si Sarah ni,Tanya bila lagi majlis dia nak berlangsung.”kata Zill Qayyim mengenakan Sarah.
“Eh,apa bos ni.Bila masa pulak saya Tanya macam tu.nur tengok la husband kau ni.Dia kenakan aku.”kata Sarah dengan wajahnya merona merah.Nur Qarrah mencubit pinggang Zill Qayyim.
Zill Qayyim mengaduh sambil ketawa.
“Alah,bila-bila jer boleh langsung.Tunggu tuan badan bagi green light jer.”kata Amrizal selamba.
“Hah,nampaknya dah boleh langsung ni.”sakat Zill Qayyim lagi.
“Eiii,,,tak nak la duduk sini.”Sarah lantas bangun.Mereka ketawa melihat telatah sarah.
“Apalagi.Pergi la pujuk.Buah hati awak merajuk tu.”kata Nur Qarrah kepada Amrizal.
Dia kemudian bangun dengan senyuman lalu menuju ke arah Sarah.
“Sayang,kita nak honeymoon dekat mana?”Tanya Zill Qayyim.
“Korea jom.”kata Nur Qarrah ceria.
“Eiii…korea lagi.Tak puas lagi ke pergi korea hari tu?”
“alorh,hari tu pergi sorang.Tak nak pergi pun tak apa.”kata Nur Qarrah.
“alolo…merajuk la pulak sayang abang ni.Yelah…kita pergi korea ok.”kata Zill Qayyim sambil memeluk pinggang Nur Qarrah.
“Eii,,orang tengok la.”Nur Qarrah cuba menolak tangan Zill Qayyim yang berpaut erat di pinggangnya itu.
“Biar ler.Dah sah pun.”kata Zill Qayyim selamba.Nur Qarrah hanya mampu tersenyum.Dia berharap hubungan mereka akan kekal hingga ke syurga.Ya,cinta mereka itu gila……


                                                                                                                               ~ mas ~














 

Blog Template by BloggerCandy.com