Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, 15 July 2013

anthem ~ hlovate

Assalamualaikum w.b.t
hoollllaaa semua.....selamat berpuasa..hari ni dah masuk hari ke 6 kita menjalani ibadah puasa...hampa posa ka idok hari ni???harap2 posa la na...ok hari ni aku nak buat review novel anthem...karya hlovate...x taw la hampa penah baca ke tidak novel2 dia yang sebelum ni...aku dah pernah baca 2 buah novel dia dan termasuk ni 3 la kan...so x payah banyak mengarut kita straight to main point.



sinopsis: 

Silam:Westernized.Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India. 
Selepas Silam:Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya.  
Kini:Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhakuntuk menjadi dirinya sendiritanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

bagi aku semua karya hlovate best..dan banyak pengajaran boley diambil..ia bukan sekadar novel yang kita just baca dan lupa..dalam novel anthem ni kisahnya pasal si nur dania dashrin a.k.a dash..budak nomad yang selalu berpindah randah disebabkan bapanya yang maybe kerja sebagai diplomat(x tahu la keja apa...maybe aku terlepas pandang)..lepas tu bapa dia hantar dia balik Malaysia sebab dia nak kena ambik spm..actually bukan pasal nak ambik spm la sangat..sebab ada satu peristiwa yang berlaku sebab tu bapa dia hantar dia balik malaysia supaya dia dapat kembali kepada jati diri asal dia..dash ni memang rock la..taw saja la kan bila dah dok di oberse ni macam mana keadaannya kan..tambah2 bila mak ngan ayah sendiri pun x hirau bab anak2..memang ke laut la jawabnya...

so bila si dash ni balik ke malaysia..semua orang pandang negatif dekat dia..macam dia ni seolah2 bawa budaya barat..dia just nak jadi diri dia yang sendiri..so dia x peduli apa orang nak kata..dan pada masa yang sama dia terjumpa lee iaitu seorang hitler dekat sekolah dia...memang anjing ngan kucing la depa dua ni..pantang jumpa...

then sampai satu masa tu dia dapat hidayah di mana dia tersedar kekhilafan dia dan mula nak belajar balik mengenal apa itu erti Islam yang sebenar...tapi tu la kan...bila nak buat baik dan berubah ni ada saja halangan..tambah2 dengan mak ayah yang juga x mengerti apa itu Islam yang sebenar...

ada juga satu peristiwa yang berlaku di antara dia dan jugak adik dia haikal....hlovate pandai olah watak haikal jadi x boring..selalu watak2 macam ni akan tenggelam dekat tengah2..tapi dalam novel ni x...

itu ulasan aku untuk novel ni..ni kasi pendapat aku pulak la..apa yang tengok hlovate cuba nak sampaikan macam mentaliti rakyat malaysia...contohnya bila si dash ni masuk sekolah dengan x pakai tudung dan ala2 boyish sikit..mentang2 dye budak oberse semua orang hentam dia...semua orang ingat dia x solat..x pandai baca AlQuran...oooohhhh malaysian...don't jugde the book by its cover la...

pandangan2 negatif ni kekadang membuatkan orang2 yang macam dash ni rasa down walaupun dia berada dalam negara dia sendiri tempat tumpah darah dia..dalam hati dia terdetik nak berubah tapi disebabkan benda2 macam terus hilang niat tu..why not kita beri dia galakan..sokongan dan nasihat..ye x??bukannya dok kutuk2 belakang tengok macam alien terlepas dari planet marikh..

dan aku suka ayat2 hlovate

 ~Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

~ We are all born with heaven's key . Either we retain it or 
   we lose it . 
~Better late than never
~Allah tengok usaha bukan natijah

lastly...before uooolllss baca..bagi yang mereka yang englishnya bersawang macam aku ni better uuoollss sediakan kamus di sebelah ataupun duduk di depan laptop sambil buka google translate siap2...bahasa dalam novel ni agak tinggi bagi orang2 yang macam aku ni nak paham..apa2 pun novel ni best dan aku kasi 5 bintang..sila beli dan uuooollss x kan menyesal...ok..babai..assalamualaikum...











Monday, 28 January 2013

i love u,stupid


Assalamualaikum w.b.t
wah2....dah masuk 2013 la..ni entri first untuk tahun ni...ok..untuk entri yang first ni aku nak buat review pasal novel..tajuknya seperti yang hampa sekalian baca kat atas...i love u stupid...ermm...entri sebelum ni(entri tahun lepas) aku ada cakap nak buat review pasal sebuah novel yang aku beli kan..tapi novel tu bukan novel ni...yang tu lain kali la aku buat...sebab aku rasa excited la nak bercerita pasal novel ni...hehehe...


SINOPSIS:

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan  
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedasInspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - IrisLara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
tudia...kalau hampa tengok ketebalan novel ni macam nak muntah ja...punya la panjang...1389 m/s x termasuk kulit ya...cerita dia sahaja...tapi alhamdulillah..akhirnya berjaya juga aku habiskan dalam masa 4 hari kalau x silap aku...x ingat sejak bila aku start baca novel ni...novel ni ditulis oleh Melur Jelita..kalau hampa pernah baca novel melur jelita sebelum ni...awak suka saya tak...panjang dia pun lebih kurang jugak...

novel ni dia islamik sikit...banyak menceritakan tentang kisah2 kemanusiaan...dan kebanyakkan cerita ni berlaku di kemboja.. ok first aku nak cerita pasal Iris...huish..melur jelita telah berjaya membuatkan aku rasa geram ngan si Iris ni...rasa macam nak penyet2 ja..jadi iris penyet..seorang yang cukup segalanya...kaya,cantik,pandai..semuanya la..tapi seorang yang bongkak,angkuh,nakal,degil...entah..segala sifat la...tapi tetap mempunyai sifat yang baik dan penyayang..dia ni suka berlagak diva dengan divas dia tu...mentang2 anak jutawan...tapi bila dia ke kemboja tu la dia banyak belajar tentang kehidupan ni...macam mana nak hidup susah,macam mana bila hidup seorang di tempat asing tanpa ibu bapa dan kawan2..memang bumi yang asing la bagi dia..dan kat sini juga la dia mengenal apa itu Islam..walaweh ayat aku...macam hapa lagi...kadang kesian ngan dia..kekadang aku geram sangat2 dengan sikap degil dia tu..orang kedah kata ketegaq...baloq liat..huish..suka hati dia ja nak buat apa kat situ..jenis x mau dengaq kata orang...huhuhu...

pastu kat situ papa dia upah sorang bodyguard untuk jaga...ok..dalam mana2 novel kalau hero ngan heroin dia x hensem dan x lawa x best la nak baca kan...muahehehe...firman ni dibayangkan sebagai seorang yang sasa,tegap,hensem,tinggi dan sebagainyalah...kalau baca pun memang boleh bayang la hensem dia...actually(ewah,speaking plak) aku x terbayang kehenseman si firman ni...sebab x pernah nak terbayang la...hahahaha...firman ni melayu cham yang tinggal di kamboja...tugas dia mencari dana untuk membantu kampung yang didiami oleh melayu cham di situ...

bila aku baca novel ni...aku rasa bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia sebagai melayu dan juga yang paling penting sebagai seorang Islam...novel ni mengajar kita macam mana nak menghargai kasih sayang dan nikmat yang Allah s.w.t bagi kat kita...kat kemboja tu orang makan nasi dengan garam..kita kat M'sia nah..makan Ya Rabbi...sampai boleh mati agaknya...mati sebab kekenyangan...so bersyukur la...hidup dalam keadaan aman damai...berbalik pada novel..walaupun ia sekadar novel tapi ia juga boleh bagi kita pengajaran...itulah..jangan asyik nak baca novel cinta jer..huhuhu...

bagi aku novel melur jelita sangat best dan bagus sebab ada unsur islamik..walaupun x secara detail tapi still dapat kita paham...x macam sesetengah tu..kalau islamik ja mesti pasal kapel2..haram kapel2...pastu nak kena pakai tudung labuh...oohhh...x2...kalau nak bercerita tentang islam x semesti wataknya kena bertudung labuh bagai kan... mesti ada yang kata alah x best la kalau x unsur cinta dalam novel...bukan x ada...ada..tapi lebih kepada Allah s.w.t...

eh,,,jap2...agak2 aku ni bagi review ka hapa kat sini???aku x pandai la nak buat ulasan sangat pasal novel2 ni...aku tulis apa yang aku dah baca dan apa yang aku rasa..tu ja....dan yang terakhir ada cerita di sebalik misi kemanusiaan yang Iris p tu yang membuatkan aku terkejut...memang x sangka la....dan hampa semua x perlu risau sebab cerita ni happy ending...Iris bersama sapa tu hampa kena baca sendiri ok...kalau sapa cakap rugi beli novel ni sebab dia tebal dan mahal...kalau setakat RM39 tu kita boleh dapat ilmu...apa salahnya kan...bagi aku x rugi beli novel ni....sapa yang teringin nak baca dulu sikit pasal novel ni boleh baca dekat penulisan2u

tapi kan...(sebelum terakhir dan yang akhir) aku tertanya2 la...apa jadi ngan matt..dia mati ka hapa??ka aku x terbaca??sebab aku baca novel tu dalam gelap..mak aku suruh tutup lampu..huahuahua...ok sampai sini saja lah review aku...minta maap la kalau review aku melalut dan x best..cek x reti...mohon tunjuk ajaq sekalian nuh....ok..babai...peace no war...assalamualaikum w.b.t..














Friday, 23 November 2012

Suamiku En.Perfect 10!


Assalamualaikum w.b.t
wah2!!!hari ni aku kuar lepak2 ke mall...hahaha..melepak??x r...sebenarnya teman kawan aku beli bag r...aku mana reti melepak2 nih..hehehe...dah alang2 tu aku pun masuk la popular...huh,,kalau dah masuk situ jangan harap la kuar x beli novel kan...hehehe...so sempat jugak aku capai 2 buah novel...dan untuk malam ni aku nak buat review sikit pasal novel ni...Suamiku En.Perfect 10! karya Syamnuriezmil...hah,,ada sesapa dah baca???sila kasi komen....jangan memalu..untuk novel yang lagi satu nanti aku buat review...sebab x sempat lagi nak baca..




sinopsis:

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati. 
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen 
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial 
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial. 
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial 
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen 
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?


dan seperti yang dijangka cerita ni x mengecewakan aku....dan aku sememangnya salah seorang peminat Syamnuriezmil..bagi aku semua hasil penulisan dia sempoi...x berat untuk kepala otak aku nak  menerima....hampa aku x taw la...sebelum ni dua novel dia aku dah baca termasuk yang ni dah jadik tiga...semuanya  best...sebenaqnya aku dah baca sikit novel ni kat penulisan2u(boley google)...aku ingat just dia buat novel kat situ..then kat popular tadi tetiba jumpa...memang aku rembat dulu la kan...

so berbalik pada novel tadi...citer dia macam ni....Aleeya Azmeen ni seorang pelajar dekat London kalau tak silap dalam bidang perubatan...nak dijadikan citer pakwe dia Syed Muzaffar pi rogol dia sebab salah paham...then dah kena rogol tu mengandung pulak...pastu boley pulak kena buang dari U..adoi..memang jatuh ditimpa tangga kuasa 2 betoi la nasib si Aleeya ni..

dah kena buang dari U tu nak tunggu apa lagi kan...chow balik Malaysia je la...pastu dalam kapal terbang tu dia jumpa la sorang mamat ni...nama dia Zarief danial..Ya Allah...bercakap pot pet pot pet x berenti...mau x bengang si Aleeya tu...dah la member tengah sedih kan...tambah pulak dengan mamat mulut murai tercabut ekor dok kat sebelah dia...last2 si Aleeya ni muntah atas dia...baru dia taw langit tu tinggi ka rendah...memang lawak r...

pastu masa dah sampai di KLIA ni si Zarief ngan Aleeya sesama nak balik Kedah...pastu si Zarief ni x sampai hati la nak tinggal si Aleeya ni...sebab dia ni memang jenis cepat kesian kat orang...pastu Aleeya ni boley pulak pi citer dekat Zarief ni apa yang dah jadik kat dia dan dengan baik hatinya si Zarief ni tawarkan diri nak berlakon jadi suami si Aleeya ni untuk jumpa mak Aleeya....wah baik kan...

pada masa yang si Syed Muzaffar ni tetiba je nak balik kat Aleeya...dah tu family Syed Muzaffar berebut pulak nak anak yang Aleeya kandung tu sebab nak dapatkan harta...pada masa yang sama Azura hanim tunang si Zarief danial ni dok buat kacau...dah la perangai x senonoh...si Aleeya ni pun tersepit la antara si stranger yang baik hati dengan kekasih lama...mana satu patut dia pilih?? agak2 hampa sapa???sapa en.perfect 10 Aleeya???so lekaih pi beli...komfem hampa x kan rasa rugi..

mulanya aku ingat perfect 10 tu sempena iklan safi balqis(ke rania??x hengat) perfect 10 tu...Syamnuriezmil ni pakai benda tu ka...rupanya2 perfect 10 untuk....jeng...jeng...jeng...pi baca sendiri la nuh...hehehe...lagi satu yang aku suka...walaupun citer malampaui batasan...contoh laki pompuan yang x hubungan tidoq sekali dalam bilik...tapi dia still memperingat pembaca tentang hukum tu...so x da la sentap sangat nak baca kan...ok..tu saja ulasan aku kali...ni kalau dah baca novel yang satu aku tulis pasal yang tu plak..kalau sempat la..ok...tata..peace no war..=)









Wednesday, 21 November 2012

lafazkan kalimah cintamu

Assalamualaikum w.b.t
huish cepat sungguh buat entry baru...hehehe...tu la..aku ni sekali dah menaip...keja nak menaip je memanjang...ok..kali ni nak buat review pasal novel...tajuknya lafazkan kalimah cintamu....novel ni ditulis oleh Siti Rosmizah dan penerbitnya pulak SR Publication....




Sinopsis belakang buku: 
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. 
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

kebanyakkan novel selalunya akan buat citer pasal kawen paksa...sama juga macam citer ni..Tengku Aqilah terpaksa kawen dengan Tengku Rayyan Ameer yang juga merupakan sepupu dia.Tengku Aqilah macam anak terbuang sebab bapak dia Tengku Hisham benci giler dengan Tengku Aqilah ni sebab Tengku Hisham ni x dapat terima kematian isteri dia.Isteri dia mati sebab kanser payudara dan masa tu dia tengah mengandungkan si Tengku Aqilah ni la.So, Tengku Hisham anggap si Tengku Aqilah ni lah penyebab isteri dia mati.Memang ego betul la si Tengku Hisham ni..dah tu boleh pulak dia sayang anak sulung dia yang juga kakak si Tengku Aqilah ni iaitu tengku Natasha ni melampau2...sampaikan PMR ngan SPM lingkup pun sayang lagi..kononnya x leh nak fokus sebab mak dia meninggal...pirahh...boleh jalan da...tak kan bertahun hang nak bersedih kot...life must go on ok.......kalau aku la...mesti mak aku dah ligan ngan penyapu..huhuhu..ok...cool2...novel ja

Berbalik pada Tengku Aqilah ni, dia berjaya la sambung dia punya study sampai ke oversea...tapi bila balik Malaysia...tetiba ja kakak dia yang angkuh lagi bongkak tu suruh dia keja dekat syarikat family dyeowang sebagai tea lady..apa jadahnya hang belajaq sampai oversea balik2 kena keja sebagai tea lady...kononnya nak bagi dia mula dari bawah la..agak2 la wei..huh....pastu nak dijadikan cerita Tengku Rayyan Ameer ni kekasih Tengku Natasha terpaksa kawen ngan si Tengku Aqilah sebab wasiat bapak dia...adoi,,,masalah2..bayangkan hampa kena kawen ngan pakwe kak hampa...huh,,,dah selalu gaduh pulak tu,,,,kalau aku memang tak la..tapi kalau dah jodoh kan..x ke mana..

biasa la citer melayu...lama2 mesti jatuh cinta bagai kan...orang kata langit x selalu cerah kan...macam tu jugak la dengan rumah tangga Tengku Aqilah dengan Tengku Rayyan Ameer ni....ada ja benda yang jadik....huh,,,nanti hampa baca sendiri...kalau aku citer semua x laku la novel ni nanti...hehehe

pada pendapat aku novel ni berjaya menyentuh hati la...dari segi hubungan di antara ayah dan anak...aku dapat bayangkan betapa bencinya si ayah tu dekat anak dia....bayangkan la dia sanggup bagi anak dia keje tea lady ja kat pejabat dia...x patut betoi....memang sedih la..

tapikan yang x bestnya watak tu macam x berkembang...maksud aku citer ni macam dalam family dyeowang jer...geng2 kerabat2 ni...ni satu gi..citer melayu ni kalau x geng datok datin mesti tengku2 belaka...mesti nak orang kaya punya lah...yelah kalau dua2 orang x best la citer,,,,hadoi la...tapi x pa..yang penting best dan mesej yang nak disampaikan tu berjaya...tapi terdapat jugak beberapa perkara yang patut dijadikan sempadannya...contohnya time si Tengku Aqilah pakai rambut palsu...korang pikir sendiri la yer..jangan terpengaruh..ni hanya citer dalam novel..yang baik tu ambik yang x baik tu jangan pulak dok ikut...apa2 pun tahniah untuk penulis...maapkan ak kalau review aku ni ada mengguriskan hati sesapa..ok..peace no war..



credit to: http://novelmalay.blogspot.com/2011/10/siti-rosmizah-lafazkan-kalimah-cintamu.html#ixzz2CrA6bZqt

Thursday, 2 February 2012

cinta kontrak~Nurul Ain Syuhada

Assalamualaikum w.b.t
hari tu aku ada cakap yang aku nak buat review la sikit pasal novel2 yang aku dah baca...hari ni aku nak tulis pasal novel cinta kontrak karya Nurul Ain Syuhada.Kalau tak silap aku dia ni baru umur 19 tahun....muda lagi...sama macam aku..hehehehe...ok2...berbalik pada tajuk novel tu...minta izin ya nak buat ulasan...=)



Sinopsis:“Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Review:
Dah banyak rasanya cerita2 yang berdasarkan cinta kontrak ni.Asal kahwin paksa mesti ada kontrak.Kalau tak silap aku tak ada istilah kahwin kontrak dalam perkahwinan Islam...yang lain aku tak taw la pulak...ok2...kita cerita pasal novel ni...cerita dia best...memang banyak lawak la dalam tu....cara penulisan dia pun santai jer....tak berat sangat....aku suka baca cerita2 yang santai2 ni....dan yang pastinya mesti ada orang ketiga dan keempat...aku rasa semua novel macam tu...betul tak???
firstly kita cakap pasal watak utama.Nur Alia Airysha.Dia ni seorang gadis muslimah yang memakai tudung labuh.Berumur 19 tahun dan berperangai sangat2 brutal.tak boleh la nak cerita lebih...kang hampa tak mau beli pulak novel ni...Then,hero dia pulak nama Danial Franz merangkap suami si Airysha nih.Mula2 tu si Danial boleh dikatakan playboy la jugak.Perempuan keliling pinggang.Tapi lepas kawen memula tu degil sama macam si Arysha ni.Perangai lebih kurang jer.tapi lepas tu sangat2 sweet la si Danial ni.Si Danial ni ego...tak mau cakap yang dia suka dekat si Airysha ni.Orang kata cinta pandang pertama.Lelaki..biasa la..tak habis2 dengan ego dia tu.Opppss,,,sorry lelaki.

dari apa yang aku baca dari komen2 pasal novel ni di blog2 lain...ada yang kata best ada yang kata tak best...biasa la tu kan...kan...pandangan orang berbeza...tapi jalan cerita dia best...banyak lawak...dan yang paling best pasal dia suruh si Danial ni kahwin lain...opppss....tak leh nak cerita banyak2...kalau nak taw kena la pi beli dan baca sendiri ok...kalau aku cerita dekat sini..nanti marah si penulis kat aku...novel dia tak laku...hehehe

tapi ada jugak la kekurangan dalam novel ni.part yang aku tak berkenaan di hati tu pasal si Airysha ni.Dia seorang gadis muslimah yang bertudung labuh.Sudah semestinya dia taw kan bab2 agama segala bagai..tapi still kasar dengan suami...cakap pakai main hentam dia saja....huhuhu....aku rasa penulis membayangkan dirinya kot dalam tu...uishh,,,aku cakap macam ni kisah sebenar je kan...sorry penulis...ni pandangan saya saja...sebab aku rasa...bukan aku rasa...setakat yang aku jumpa la...muslimah yang bertudung labuh ni semua berpewatakan lemah lembut..tak taw la kot ada yang jenis ni...eh,,aku ada la sorang kawan yang pakai tudung labuh,,,memang dia brutal...tapi aku rasa dekat luar dia still malu2 gitu....ok..aku tak taw kot2 memang wujud orang yang macam ni...kan...kan...lagipun Airysha ni umur baru 19 tahun...baru nak matured orang kata...huhuhu
ok...tak mau la pertikaikan...dia yang tulis novel ni...so dia mengetahui..tapi still slute kat dia sebab mampu hasilkan sebuah novel yang sebanyak 596 muka surat...kalau ada orang yang nak kutuk dia lebih2(termasuk aku la..kalau hampa rasa aku kutuk dia) tanyalah dulu diri hampa..mampu dak hampa nak tulis novel muka suratnya sebanyak 596???aku nak tulis cerpen pun ambik masa sebulan baru nak siap...huhuhuhu..setiap orang ada kelemahan...termasuk aku...
uish ni dah masuk cerita lain nih.....tak pa2...minta maaf erk..kalau review aku melampau....harap Nurul Ain Syuhada dapat la memperbaikinya...Lagipun dia pulak penulis muda yang masih hijau dalam bidang penulisan ni...ye tak....ni semua pendapat aku saja..pendapat orang ni lain2....aku rasa review aku dah macam hapa lagi...lebih banyak kepada meluah perasaan...sorry erk..ni first time aku buat review pasal novel....tengok aku pun ada kelemahan2 sendiri jugak...iya tak...eh,,sudah la...satgi cerita bebanyak jadi melalut2 pulak kat sini...so,,stop kat sini je la k...peace no war...=)



 

Blog Template by BloggerCandy.com