Monday 15 July 2013

anthem ~ hlovate

Assalamualaikum w.b.t
hoollllaaa semua.....selamat berpuasa..hari ni dah masuk hari ke 6 kita menjalani ibadah puasa...hampa posa ka idok hari ni???harap2 posa la na...ok hari ni aku nak buat review novel anthem...karya hlovate...x taw la hampa penah baca ke tidak novel2 dia yang sebelum ni...aku dah pernah baca 2 buah novel dia dan termasuk ni 3 la kan...so x payah banyak mengarut kita straight to main point.



sinopsis: 

Silam:Westernized.Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India. 
Selepas Silam:Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya.  
Kini:Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhakuntuk menjadi dirinya sendiritanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

bagi aku semua karya hlovate best..dan banyak pengajaran boley diambil..ia bukan sekadar novel yang kita just baca dan lupa..dalam novel anthem ni kisahnya pasal si nur dania dashrin a.k.a dash..budak nomad yang selalu berpindah randah disebabkan bapanya yang maybe kerja sebagai diplomat(x tahu la keja apa...maybe aku terlepas pandang)..lepas tu bapa dia hantar dia balik Malaysia sebab dia nak kena ambik spm..actually bukan pasal nak ambik spm la sangat..sebab ada satu peristiwa yang berlaku sebab tu bapa dia hantar dia balik malaysia supaya dia dapat kembali kepada jati diri asal dia..dash ni memang rock la..taw saja la kan bila dah dok di oberse ni macam mana keadaannya kan..tambah2 bila mak ngan ayah sendiri pun x hirau bab anak2..memang ke laut la jawabnya...

so bila si dash ni balik ke malaysia..semua orang pandang negatif dekat dia..macam dia ni seolah2 bawa budaya barat..dia just nak jadi diri dia yang sendiri..so dia x peduli apa orang nak kata..dan pada masa yang sama dia terjumpa lee iaitu seorang hitler dekat sekolah dia...memang anjing ngan kucing la depa dua ni..pantang jumpa...

then sampai satu masa tu dia dapat hidayah di mana dia tersedar kekhilafan dia dan mula nak belajar balik mengenal apa itu erti Islam yang sebenar...tapi tu la kan...bila nak buat baik dan berubah ni ada saja halangan..tambah2 dengan mak ayah yang juga x mengerti apa itu Islam yang sebenar...

ada juga satu peristiwa yang berlaku di antara dia dan jugak adik dia haikal....hlovate pandai olah watak haikal jadi x boring..selalu watak2 macam ni akan tenggelam dekat tengah2..tapi dalam novel ni x...

itu ulasan aku untuk novel ni..ni kasi pendapat aku pulak la..apa yang tengok hlovate cuba nak sampaikan macam mentaliti rakyat malaysia...contohnya bila si dash ni masuk sekolah dengan x pakai tudung dan ala2 boyish sikit..mentang2 dye budak oberse semua orang hentam dia...semua orang ingat dia x solat..x pandai baca AlQuran...oooohhhh malaysian...don't jugde the book by its cover la...

pandangan2 negatif ni kekadang membuatkan orang2 yang macam dash ni rasa down walaupun dia berada dalam negara dia sendiri tempat tumpah darah dia..dalam hati dia terdetik nak berubah tapi disebabkan benda2 macam terus hilang niat tu..why not kita beri dia galakan..sokongan dan nasihat..ye x??bukannya dok kutuk2 belakang tengok macam alien terlepas dari planet marikh..

dan aku suka ayat2 hlovate

 ~Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

~ We are all born with heaven's key . Either we retain it or 
   we lose it . 
~Better late than never
~Allah tengok usaha bukan natijah

lastly...before uooolllss baca..bagi yang mereka yang englishnya bersawang macam aku ni better uuoollss sediakan kamus di sebelah ataupun duduk di depan laptop sambil buka google translate siap2...bahasa dalam novel ni agak tinggi bagi orang2 yang macam aku ni nak paham..apa2 pun novel ni best dan aku kasi 5 bintang..sila beli dan uuooollss x kan menyesal...ok..babai..assalamualaikum...











Thursday 11 July 2013

Ramadhan kembali




Assalamualaikum w.b.t

hai uuuooolllsss semua...apa habaq???sihat dak hari ni???maklumlah sekarang dah masuk bulan ramadhan kan...mesti semua orang tengah layu jer sekarang(time aku tulis ni tengah hari)...so uuuoollss semua...aku rasa belum terlambat aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ni..so hari ni aku nak cerita sikit la pengalaman aku berpuasa walaupun hari ni baru hari ketiga..

uoolllss sekalian..seperti tahun yang lepas aku tak dapat balik untuk berpuasa bersama2 dengan family..aku ada short sem untuk aku habiskan(shortsem yang terakhir)..so nak kata sedih tu x sangat la sebab aku dah biasa x berpuasa bersama2 family...tapi kan tahun ni aku dah satu pengalaman baru yang sangat2 best dalam hidup aku...seperti yang hampa tau..budak2 uni sangat2 kekurangan duit..tambah2 aku ngan kengkawan aku sebab masa short sem kami x dapat duit ptptn..maybe sebab 2 bulan ja kot...so nak menjimatkan duit kami pun bercadang la nak berbuka dekat masjid..aku taw budak2 u mesti selalu p bukak posa kat masjid sebab nak jimat...iya dak..(macam aku)

tapi nak habaq kat hampa ni memang first time la aku pi bukak posa kat masjid..seyesly habaq kat hang..memang pengalaman pertama la...hahaha..masa tu cuak jugak la..dok pikiaq cukup ke idok makanan..ruang makan tu terbuka ka acaner??kang campur ngan laki ka hapa ka kan???so bila p ja semalam semuanya berlainan dari apa yang aku pikirkan...opkos la tempat makan laki dan pompuan terpisah kan...kami berbuka di bilik yang berlainan tapi bersebelahan..dan yang syoknya kami makan dalam talam/dulang...taw dak makan dalam talam tu macam mana???ala dye bubuh nasi ngan lauk dalam satu talam pastu hampa makan la ramai2....

dan masa tu aku pikir lagi...aik cukup ka ni??satu talam nak makan 5 orang...aku dah la jenis makan sepinggan penuh...huhuhu(perasaan tamak mula menjelma)tapi alhamdulillah bila dah makan ramai2 tu keberkatan yang kita dapat tu lain taw...walaupun makan x banyak..tapi kekenyangan dye lain...sampai balik ke umah aku x rasa lapaq...alhamdulillah...dan itu pun memang first time aku makan dalam talam...aish..best2...

macam ni la makanan yang disediakan


dah habis berbuka tu apalagi p solat maghrib ler...lepas isyak macam biasa buat la terawih sekali...tapi dekat sini kebanyakkan masjid buat terawih sampai 8 rakaat ja..termasuk witir jadi 11 la kan..mungkin sebab esok tu depa nak keja kan...so buat lapan je la..adoi tetiba rindu nak balik rumah...sebab aku dari cuti midsem sem lepas aku x balik sampai la ke sekarang...ala..kalau selalu balik x best..jarang balik ni baru orang kata di perantauan...saja la nak buat mak aku rindu kat aku...hehehehe...hari tu pun dye dok tanya boleh dak balik awal...sory la mak..sekarang ni tengah buzy..susah sikit nak balik..lagipun jauh kan..kalau balik selalu pokai la...iya dak..so kita jumpa nak raya nanti k...oklah tu saja aku nak cerita...nanti bila free aku update lagi k...selamat berpuasa semua...assalamualaikum....

Monday 1 July 2013

bukan kerana aku tak cinta

Assalamualaikum w.b.t
hollaa...hollaaaa.....hai uuooolllssss....bila aku dah start meng'update' agak susah untuk aku berhenti...muahahahahaha...ok kali ni nak buat review sikit pasal novel yang dah lama keluaq dan dah lama aku baca tapi baru aku nak buat review...muhehehehe...minta maap semua...buzy2..ok kali ni aku nak review novel bukan kerana aku tak cinta by E-man Suffi.


Sinopsis:

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”  
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. 
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” 
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

fuhhh...tengok cover depan pun dah gempak...aku suka cover tu...nampak ganas..tapi ada kejiwangan..sebab ada bunga ros dan tulisan warna pink tu...hahahaha... i like it...ok cita dalam novel ni tak lah seganas cover depan novel tu..bagi aku cita Eman Suffi semuanya best...like hikayat sang pematah hati dan suami yang ku benci...dan untuk pengetahuan anda2 sekalian.. watak2 dalam novel ni merupakan watak kesinambungan dari novel2 yang sebelumnya...ermm..bukan kesinambungan sangat la..tapi Eman Suffi ada memasukkan watak2 dari novel2 dia yang sebelum ni dalam novel ni..kira berangkai la jugak..

tapi x pa..kalau hampa tak penah baca novel2 yang sebelum ni jangan risau sebab hampa still akan paham cita ni...alah dia cita yang baru cuma watak tu dibawa ke dalam cita ni,..so hampa akan tertanya dia ni sapa,....eh..tetiba dia ni sepupu dia ni...pastu..eh mamat ni adik beradik dia ka??celah mana yang adik beradik tu...hahahahaha(over)..tengok cita pasal watak je pun dah banyak..bila nak mula buat review nih....

ok2..cita ni pasal hannah mastura iaitu adik kepada hannah mariyam(boleh baca suami yang ku benci) yang suka sangat dekat si jebat ni a.k.a pekerja kepada abang iparnya iaitu uwais ukasyah yang juga merupakan suami kesayangan hannah mariyam..tudia..paham ke dak??hahahaha...mastura(mas) ni memang x taw malu la..sebab dok p ngorat si jebat ni walaupun lagi terang sudah bersuluh yang si jebat ni x mau kat dia...macam2 la yang si mas ni buat nak kasi si jebat ni jatuh cinta kat dia...memang lawak la...dah tu si jebat ni pulak jenis yang cool gitu..x suka sangat melayan si mas ni sebab dia taw yang si mas ni adik ipaq kepada majikan dia..dan dia taw hannah mariyam garang...so dia pun x berani la nak hard2 feeling sangat..kang x pasal2 kena pelangkung ngan hannah mariyam..maklumlah dia kan pekerja bawahan saja kalau nak dibandingkan keluarga hannah2 sekalian tu..

tapi dengan izin Allah s.w.t akhirnya depa kahwin juga...ermm..bertambah menarik cita ni...oopppsss...sebelum tu nak cita sikitla pasal jebat ni mamat ni cool jer orangnya dan kat mata si jebat ni ada parut..so nampak ganas dan samseng..tapi hati dia baik...dia ni memang taiko besaq la...dia ni dari gangster nak kembali ke jalan yang benar ..nak bertaubat atas dosa2 dia dulu...sebab tu la dia x mau rapat2 sama si mas ni..takut si mas ni x leh nak terima masa lampau dia...haiya...ok sambung balik bila dah kahwin...mas ni pelik la ngan si jebat ni..kalau nak salin baju ja mesti masuk bilik dan kunci pintu....kalau aku pun pelik apa pasal la laki aku ni..buang tebiat ka apa??(ok mastura ni jenis x malu sikit..paham jela) sampai la satu masa di mana jebat dedahkan badan dia dekat mastura...masa tu terkejut beruk si mastura ni sebab tengok badan laki dia penuh dengan tatto...oohhhh..my..bayangkan la badan laki hampa ada tatto..dan tatto tu susah nak buang..macam mana??

memula tu mastura memang x leh nak terima....yela taw yang laki dia bekas gengster dan taiko besaq kot...kalau aku gerun wooo...memula tu dia benci juga la dekat si jebat ni..tapi lelama jebat ni dok pujok2..cair juga la dia..yela hati pompuan ni mudah cair...huhuhu..dan banyak peristiwa2 yang berlaku dan rahsia demia rahsia terbongkar...sampai la family si mastura ni taw yang si jebat ni bekas gangster..mengamuk sakan si hannah mariyam tu bila taw adik dia kawin ngan gangster..nak buat macam mana..jodoh la..dah tu ada pulak la pompuan yang datang nak kacau rumah tangga si jebat ngan mastura ni..memang banyak rintangan betui la depa ni kena lalui..agak2 depa bahagia sampai ke sudah cerita ke x???memang yang part2 belakang tu membuatkan hati aku berdebar2 nak baca...hehehehe

aku x leh la nak cita semua kat sini..kang x pasal2 Eman Suffi marah aku...huhuhu...walaupun cita ni dah lama keluaq..tapi aku masih suggest untuk hampa2 sekalian beli...sebab memang best..novel2 Eman Suffi memang best dan x penah mengecewakan...ermm..kalau hampa nak baca dulu sedikit cerita dari novel ni sila klik sini...ok..sampai sini dulu na aku review..nanti aku review novel lain plak....assalamualaikum

p/s: x sabaq nak beli dan baca my precious iris...kesinambungan i love u stupid by melur jelita.










susah nak buang

Assalamualaikum w.b.t
holla....dah lama x update..malaih kemain aku sekarang ni...dengan internet yang ntah apa-apa...ok guys sekarang dah masuk bulan 7...x lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan...horreeyyyy...bestnya...puasa....puasa...jimat duit..hahahaha(sengal)erm..sebenaqnya x dak kaitan pun dengan tajuk di atas...hahahaha

ok2..meh nak cita sikit la pasal hari ni..erm..tadi aku ngan member2 aku baru lepas tengok running man(ep152)...tetiba ada part kwang soo balas dendam kat kim joong kok(kjk)..pastu semua bersorak sakan la...hhuhuhu...sian kjk..erm...member2 aku ramai yang x suka kjk(dalam running man la)..yelah dye kan suka mengarah...garang dan sebagainya...opppss..tu bukan persoalannya di sini..seyesly aku cakap start dari awal aku memang suka tgk kjk sebab dye kuat...dan smpai la sekarang ni dye tetap pilihan no 1 aku kalau dalam running...

aish...susah tul la nak buang benda yang kita suka tu...maksudnya aku x leh nak tetiba minat kat jae suk..ooohhh..tidak2..itu bukan aku...huhuhu..ok kat sini aku bukan nak cita pasal running man tu...aku takut la nanti ada yang salah paham ka apa kan..aku ni jenis yang susah nak buang benda2 yang aku suka dan sayang..contohnya perasan minat kat kjk tu la..walaupun ada banyak perkara annoying yang dye buat dalam running man tu yang buat peminat-peminat ahli running man yang lain pandang slack kat dye..aku ambik contoh running man sebab aku baru tengok tadi dan baru terperasan hal ni..ok its not a big deal right...

alah aku just nak cakap apa yang aku rasa la...aku ni jenis yang cepat bosan..so bila aku suka sesuatu tu susah untuk aku nak buang perasaan tu..ok bab2 perasaan ni bukan cintan cintun ok..kang kalau ada yang baca post ni perasan pulak la aku dok suka kat dye...setakat ni perasaan cintan cintun x dak dalam hati k...no hard feeling..sorry...pastu bila aku dah start annoying kat someone...then bila dye buat something yang erm..x taw nak cakap..opkos la aku rasa annoying(ok aku dah start merapu)...dan bila aku dah start rasa annoying tu susah untuk aku buang..even hg wat kebaikan kat aku..ohhh susahnya punya perasaan macam ni..tapi..bila aku pikir balik kan...aku rasa annoying kat orang tu...ntah2 orang tu berpuluh juta kali dye rasa annoying kat aku..ye tak???so..untuk mengelakkan perasaan annoying aku tu..aku diam jelah....kekadang tu terlepas jugak...mulut aku ni laser jugak..sapa yang dah lama kawan ngan aku dye mesti taw betapa lasernya mulut aku ni...fuhhhhhh...lega jugak bila dapat luah kat sini...sebab aku taw bukan ada orang baca pun...muahahaha....

oleh yang demikian...kawan2 yang aku sayang dan sesiapa yang mengenali diri ini...aku nak memohon sejuta kemaafan kalau ada perbuatan dan percakapan aku yang mengguris hati hampa2 sekalian..sorry k...aku pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan juga tahap kesabaran yang amat tipis...huhu..maapkan hamba ya tuan2 puan2 hamba sekalian(dah macam raya pulak)...ok cukup dulu lah kemerapuan aku setakat ni..len kali aku merapu lagi k...bai..assalamualaikum
 

Blog Template by BloggerCandy.com