Saturday 22 May 2010

akan ku tunggu

"Nama saya Adriana datin boleh panggil saya Ana.Saya merupakan pelajar lepasan SPM.Jadi sementara nak tunggu keputusan keluar saya ingin mencari sedikit duit dan pengalaman."Adriana memeperkenalkan dirinya.Datin Badariah merenung wajah Adriana.
'Ish,ada yang tak kena ke dengan muka aku?'Adriana menyentuh wajahnya.
"Kenapa datin?Ada yang tak kena ke?"soal Adriana apabila melihat Datin Badariah masih merenung wajahnya yang cute miutny itu.Perasan.
Datin Badariah segera tersedar."Kenapa awak nak bekerja sebagai maid?Apa kelebihan awak?"soal Datin Badariah.Adriana menarik nafas sebelum menjawab soalan Datin Badariah.
"Seperti yang saya katakan saya merupakan pelajar lepasan SPM.Jadi sementara menunggu keputusan keluar saya ingin mencari sedikit duit dan menimba sedikit pengalaman.Kelebihan saya ialah saya boleh membuat kerja rumah,seperti memasak,sapu sampah,mop lantai dan sebagainya."ujar Adriana panjang lebar.
Datin Badariah menganggukkan kepala.
"Tetapi kenapa awak memilih kerja sebagai orang gaji sedangkan ada pelbagai kerja lagi yang boleh awak mohon."Datin Badariah memandang Adriana meminta kepastian.Dia seperti pernah melihat Adriana.Tapi dia tidak ingat di mana.
"Ar...."Ish,alasan apa yang aku nak bagi ni?
"Sebab saya tinggal berhampiran sini saja.Jadi mudah untuk saya datang kerja.Memandang rumah datin memerlukan orang gaji jadi saya datang mencuba."fuhh...Akhirnya terkeluar satu alasan spontan.Tapi memang betul pun.
"Baiklah kalau macam tu.Bila awak boleh mula kerja?"
"Esok."hanya sepatah perkataan yang keluar.
"Gaji awak RM500 sebulan."adriana ternganga.Datin Badariah mengerutkan dahi.
"Kenapa?Tak cukup?"soal datin Badariah.Adriana pantas menggelngkan kepala.
"Cukup datin."
"Baiklah esok awak boleh mula kerja."Adriana menghembuskan nefas kelegaan.Akhirnya dia berjaya mendapatkan kerja.daripada duduk saja di rumah baik dia pergi kerja.Boleh dapat duit poket.

--------------------------------------------------------------------------
"Maafkan saya encik saya tak sengaja."Adriana menggelabah apabila dia terlanggar seseorang di dapur.Dan yang lebih malang lagi habis air nescafenya tumpah dan terkena baju tshirt yang dipakai.'Adui,macam mana aku boleh cuai sangat ni.'Adriana mengambil tisu cuba membersihkan baju pemuda itu.Namun segera ditepis.
"Cik adik mata letak dekat lutuk agaknya ya?"soal pemuda itu sinis.Adriana mengangkat kepala mendengar kata-kata kasar dari lelaki itu.'Wah,sombongnya mamat ni.Muka aja handsome tapi perangai...'
Adam terkedu melihat wajah Adriana.'Cantiknya.Wajahnya bujur sirih dengan kulitnya yang putih.Ayu sungguh.'
"Encik......encik....."Adriana mengawang tangannya apabila tiada respon dari Adam.Adam tersedar.Dia membetulkan kaca matanya.
"Encik nak saya buatkan nescafe lain ke?Nanti saya hantar."kata Adriana sambil tunduk.Takut dimarahi.Memang itu sikap Adriana apabila membuat salah dia akan menundukkan wajah ke bawah.
"Tak usahlah.Cuma lain kali gunakan anugerah yang Allah bagi tu sebaiknya."katanya sebelum berlalu pergi.
Fuhh.....Nasib baik tak kena marah.Cuma cara dia bercakap tu agak kasar.
"Ana tolong buatkan saya nescafe.Eh,kenapa bertompok lantai ni."Datin Badariah muncul tiba-tiba.
"Oi,mak.Ya Allah terkejut saya datin ni.Tadi air tumpah datin.Saya bersihkan sekarang."Adriana segera mencapai mop lalu membersihkan tompokan air nescafe di lantai.
"Datin,kalau boleh saya nak tanya sesuatu."soal Adriana berhati-hati.
"Hah,tanyalah Ana.Kamu ni macam tak biasa saja."Datin Badariah menarik sebuah kerusi lalu duduk.
"Siapa lelaki yang pakai cermin mata tu?"
"Yang pakai cermin mata?Oh,yang muda tu ya?Itu anak saya.Anak kedua saya.Adam Haikal.Yang sulung dah berkahwin dan dah ada dua orang anak.Nama dia Suraya.Sekarang dia menetap di Ireland.Ikut suami dia.Yang kedua si Adam tu la.Dia jarang balik sini sebab duduk di rumah dia sendiri.Yang ketiga si Farhana tu la.Yang tu Ana kenal bukan."ujar Datin Badariah panjang lebar.Patutlah dia tidak pernah nampak mereka.Cuma yang bongsu sahaja dia sering jumpa kerana Farhana masih belajar tetapi tinggal di asrama.
"Oh,macam tu rupanya.Patutlah saya tak pernah jumpa yang sulung tu."kata Adriana.
"Dia memang jarang balik.Raya baru nak balik.Yang si Adam tu pulak tengok mood dia.Kalau dia rasa nak balik dia balik.Farhana pula duduk di asrama.Tinggal la saya seorang di rumah.Kadang-kadang tu sunyilah juga.Nak buat macam mana.Dah nasib badan Ana.Ada anak pun duduk jauh dari kita."kata Datin Badariah dengan nada sedih.Terkenangkan anaknya yang berada jauh dari sisinya.Iyalah sepatutnya di usia begini dia bermain bersama cucu-cucunya.Tapi apakan daya.Nak disuruhnya Adam berkahwin asyik mengelak saja.Farhana pula masih bersekolah.Nasib baiklah ada si Adriana.Bolehlah dia berborak-borak.Tidaklah dia berasa bosan sangat.
"Erm,datin.Hari ni kita nak masak apa?"soal Adriana.Dia cuba mengalih topik.Dia tidak mahu Datin Badariah berterusan sedih mengenangkan anaknya.Datin Badariah tersenyum.
"Hari ni kita masak ayam masak merah.Adam suka sangat makan ayam masak merah.Memandangkan dia dah balik ni saya nak sediakan makanan kegemaran dia.Ana tolong keluarkan ayam dalam peti sejuk tu."arah Datin Badariah.Adriana segera menuju ke peti sejuk mengeluarkan ayam seperti yang di suruh.

----------------------------------------------------------------------------
"Feya......Feya....mari makan nak."Datin Safinah mengetuk pintu bilik anaknya.Namun tiada jawapan.Dia membuka pintu bilik.Erm,nasib baik kemas.Dia segera ke katil anaknya.
"Ya Allah Feya......"mata Datin Safinah tersembul melihat anaknya yangtidur terbongkang.
"Feya......Feya...bangun sayang.Kita makan malam nak.Feya kan tak makan lagi."Safeya mencelikkan matanya apabila terasa bahunya digoncang.Adui,habis mimpi dia bertemu dengan Syahir.Juara Af8 tu.
"Erm,ma....ada apa?"tanya Safeya sambil menggosokkan matanya.Dia terasa begitu letih sekali hari ni.
"Bangun sayang.Feya tak makan lagi kan.Jom kita turun makan dulu.Lepas tu Feya boleh sambung tidur."kata Datin Safinah.
"Erm,malaslah mama."Safeya kembali memejamkan mata.Harap-harap dapat menyambung kembali mimpinya.
"Feya....janganla macam ni.Tak kesian dekat mama ke?Penat mama masak.Feya langsung tak nak makan.Sudah la keluar kerja awal balik kerja je terus masuk dalam bilik.Tak keluar-keluar.Tengok badan tu pun dah kurus.Feya tak sayang mama ke?"Datin Safinah cuba memancing simpati.Safeya pantas mencelikkan mata.Dia segera bangun dari pembaringannya.
"La,mama jangan cakap macam tu.Feya minta maaf ok.Yelah Feya turun makan."kata Safeya sambil memeluk Datin Safinah.
"Hah,macam tulah.Feya ni kerja sampai abaikan kesihatan.Kesihatan tu penting Feya.Nanti kalau Feya sakit macam mana?Mama tak mahu Feya tinggal mama macam mana arwah Safina tinggalkan mama."kata Datin Safinah.Hatinya sedikit sayu apabila terkenang arwah anaknya yang merupakan kembar Safeya meninggal dunia sewaktu berumur 5 tahun.Safeya tersentak.Nampaknya mamanya masih terkenangkan arwah kakak kembarnya yang sudah tiada.
"Feya janji dengan mama yang Feya akan jaga kesihatan Feya."kata Safeya sambil mengucup pipi mamanya.
"Erm,baguslah.Feya ni kerja apalah yang sampai penat macam ni.Keluar awal pagi balik pula dah dekat nak mangrib.Tengok tangan ni dh kasar.Feya kerja apa?"tanya Datin Safinah sambil memegang jari jemari runcing Safeya.Safeya tidak pernah memberitahu kerja yang dilakukan walaupun beberapa kali dia bertanya.Safeya menarik tangannya.
"Alah mama ni.Nama pun kerja kan."
"Kerja-kerja juga.Tapi sampai tak ada masa nak luangkan dengan mama.Ingatkan 3 bulan ni nak luangkan masa dengan mama tapi nak pergi kerja pula."kata Datin Safinah.
"Alah mama ni.Feya kerja nak cari pengalaman.Feya janji lepas keluar saja result nanti Feya akan berhenti serta merta."Safeya mengangkat tangan berjanji.
"Hah,iyalah tu.Nanti dah dapat result nak pergi sambung belajar pula.Mana ada masa nak teman mama lagi."kata Datin Safinah dengan nada sedih.
"Kalau result Feya cemerlang Feya sambung la tapi kalau tak....."kata-katanya dipintas Datin Safinah.
"Mama suruh papa kahwinkan Feya."usik Datin Safinah.Dia membelai rambut Safeya yang lembut dan lurus itu.Walaupun memakai tudung namun Safeya pandai menjaga rambutnya agar tidak rosak.
"Hah,ada ke orang nak kahwin dengan Feya mama?Feya ni tak de lah cun macam mama Feya nih."balas Safeya sambil tersengih.
"Ooo....ada hati nak kahwin la ni.Nanti mama cakap dengan papa."Datin Safinah mencubit pipi Safeya.
"Aduh,sakit la mama.Tak adalah.Lawak je mama ni.Jomlah mama."
"Jom nak ke mana?"tanya Datin Safinah.Safeya menepuk dahinya.
"Makan la mama."
"Hah,iyalah.Lupa pula mama."mereka berdua turun ke meja makan.Sementara itu Datuk Azman sudah sedia menunggu di meja.
"Hai,nasib baik papa tak tertidur dekat meja ni."mereka ketawa mendengar kata-kata Datuk Azman.

--------------------------------------------------------------------------
"Hai."Adriana yang sedai menyidai kain terkejut.Dia mengurut dada.'Nasib baik tak kena heart attack.Kalau tak...'Adriana menoleh ke belakang.Arg,mamat ni rupanya.
"Assalamualaikum tuan Adam."Adriana memberi salam.
"Waalaikumussalam."Adam termalu sendiri.
"Tuan Adam nak apa nih?"soal Adriana sambil memerah kain yang hendak disedia.
"Nak minta tolong boleh."
"Minta tolong apa?"ada-ada saja.
"First tolong jangan panggil tuan boleh?"Adriana mengerutkan dahinya.Dia memandang Adam yang tersengih memandangnya.
"Habis tu nak panggil apa?memang itu yang selayaknya bukan."Adam tersenyum kelat.Mungkin disebabkan dia suka membuli Adriana membuatkan gadis tersebut memanggilnya tuan.Semenjak berjumpa dengan Adriana tempoh hari pelbagai kerja disuruh Adriana buat.Walaupun hanya perkara remeh.Sekejap Adriana itu sekejap pula Adriana ini.Mahu tak bengangnya si Adriana.
"Memandangkan saya lagi tua dari awak tentulah kena panggil abang bukan?Abang Adam ataupun Abang Haikal."kata Adam sambil tersengih.Adriana memandang Adam tidak percaya.'Adui,sudah hilang akal ke dia ni?'Adriana segera menyudahkan kerjanya.Dia lantas mengangkat besen yang sudah kosong lalu masuk ke dalam rumah.Adam mengekorinya.
"Awak nak apa lagi?"soal Adriana apabila melihat Adam di belakangnya.Adam hanya tersengih.
"Nak awak la."usik Adam.Adriana menjengilkkan mata.
"Ish,dah gila agaknya awak ni.Sekarang tolong keluar dari sini.Karang saya report dekat datin baru awak tahu."ugut Adriana.Dia kurang senang apabila Adam masih tidak berganjak tetapi bergerak mendekatinya pula.Hatinya bedegup kencang.Adam memberikan senyuman manis.Senyuman yang bisa menawan hati sesiapa yang memandang.Termasuklah Adriana.
"Report la.Nanti saya suruh mak saya masuk meminang awak terus."Adriana terpana.Adam ketawa melihat wajah Adriana yang kalau ditoreh tak berdarah itu.Adriana tersedar.
"Hish,tolong la."Adriana bergerak menjauhi Adam.
"Baiklah.Abang keluar dulu ya sayang.Oh,iya.Kalau boleh tolong buatkan secawan nescafe ya."kata Adam dengan ketawa sebelum berlalu keluar.Adriana mendengus geram.Tetapi dia kemudian tersenyum.

------------------------------------------------------------------------
"Eh,mama nak ke mana ni?"soal Safeya apabila melihat mamanya memakai tudung.
"Mama nak ke rumah kawan mama la."kata Datin Safinah.
"Dekat mana?"
"Seberang jalan tu je.Kenapa?"
"Tak adalah.Saja tanya.Mama nak pergi naik apa?"soalnya lagi.
"Berjalan sajalah.Lagipun dekat saja."Adriana menganggukkan kepala.
"Mama dah sediakan sarapan.Nanti Feya makan ya.Mama pergi dulu"Datin Safinah mengucup pipi anak kesayangannya. Safeya tersenyum.Itulah mama yang dikenalinya.Walupun terdapat gelaran datin di pangkal namanya namun dia tetap seperti orang biasa yang tidak malu mahu berjaln.Tidak macam sesetengah datin yang mengada-ngada tak bertempat.Nak pergi ke suatu tempat yang sejengkal pun suruh driver hantar.Opps...tidak bermaksud untuk mengata.Astarfirullahalazim.
Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.Safeya mencapi handsetnya yang berada di atas meja.Namun dia hampa.Tidak terdapat panggilan masuk mahupun mesej.Perutnya tiba-tiba berkeroncong meminta diisi.Dia segera ke meja makan.Namun baru saja beberapa langkah tiba-tiba handsetnya berbunyi.Dia segera mendapatkan telefon yang berbunyi.Safeya tersenyum melihat nama yang terpampang di skrin.
"Assalamualaikum."Safeya memberi salam setelah menekan punat hijau.
"Waalaikumussalam.Sayang tengah buat apa tu?Dah sarapan?"
"Tak buat apa.Baru je nak melangkah ke meja abang dah call."
"La iya ke.Tak apalah sayang pergi makan dulu nanti abang call kejap lagi."kata Adam.
"Tak payah la.Kita cakap dulu.Kejap lagi nak kemas rumah."kata Safeya.
"Ni mesti rindu dekat abang yang sampai tak nak makan ni."Adam bagaikan tahu isi hati Safeya yang merinduinya.Safeya tersenyum.Namun begitu dia tidak mahu berterus terang.
"Mana ada.Abang tu je perasan lebih.Kan tadi orang kata jap lagi nak kemas rumah.Sebab tu la.Karang tak jadi pula nk kemas."
"Iyalah sape lah abang untuk dirindui."kata Adam separuh merajuk.Safeya ketawa.
"Eleh merajuk la tu."kata Safeya.
"Merajuk pun bukan ada yang pujuk."
"Alah,jangan la merajuk.Oklah.Orang rindu dekat abang."kata Safeya memujuk.
"Macam tak ikhlas jer."kata Adam.
"Ikhlas.Orang memang rindu pun."kedengaran tawa Adam di sana.
"Hah,mengaku pun.Abang pun rindukan sayang.Baru sehari tak jumpa dah rindu.Rindu sangat-sangat"kata Adam riang.Iyalah orang sedang dilamun cinta.Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk.
"Erm,abang ada orang datang la.Nanti malam kita borak lagi ya."kata Safeya.
"Alah,sayang ni.Tak sampai sepuluh minit dah nak berhenti.Dah la kita rindu dekat dia."kata Adam.
"Ada orang datang ni.Please.Malam ni ya."kata Safeya memujuk.
"Iyalah...iyalah.Sayang love you and miss you so much ok."ucap Adam.
"Iya love you too abang.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."Safeya segera berlari ke pintu utama setelah memutuskan talian.Dia membuka pintu.
"Eh,mama.Awal balik."kata Safeya terkejut.
"Kawan mama tak ada.Lain kalilah mama pergi."kata Datin Safinah lalu masuk ke dalam rumah
"Feya dah sarapan?"soal Datin Safinah.Safeya menggelengkan kepala.
"Kalau macam tu jom mama temankan."
"Boleh.Mama tolong suapkan ya.Macm kecik-kecik dulu."kata safeya manja sambil memaut lengan datin Safinah.
"Ada-ada saja anak mama ni."

---------------------------------------------------------------
"Feya....mama ada benda nak cakap dengan Feya ni."Datin Safinah memulakan bicara.Bagaimanalah agaknya penerimaan anaknya setelah mendengar berita ini.Safeya yang sedang membaca majalah memandang Datin Safinah.
"Ada apa mama?Macam serius saja."dia meletakkan majalah ke atas meja.
"Sebenarnya mama dan papa dah berbincang tentang perkara ni lama dulu."Datin Safinah merenung Safeya.
"Mama dan papa ada kawan yang tinggal di hujung seberang sana.Yang hari tu mama nak pergi rumah dia tu.Kami dah lama kenal dan memang baik yang amat sangat.Dia ada seorang anak lelaki."Safeya mengerutkan dahi.
"Jadi kenapa mama?"soal Safeya.Dia seperti dapat mengesan apa yang cuba disampaikan oleh mamanya.
"Disebabkan mama dan papa dah memang dah rapat dengan mereka jadi kami nak mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara keluarga kita dan keluar mereka."Safeya mengangkat kening tanda tidak faham.
"Kalau boleh mama dan papa nak satukan Feya dengan anak lelaki mereka."Safeya tersentak.Jantungnya seperti mahu tercabut mendengar apa yang baru dikatakan oleh mamanya.Datin Safinah kelihatan serba salah.
"Eh,apa maksud mama ni?Feyakan baru habis SPM.Result pun tak keluar lagi.Tak kan mama nak suruh Feya kahwin."terasa ingin menitis air mata Safeya.
"Feya,mama bukan suruh Feya kahwin terus dengan dia.Just ikat tali pertunangan dulu.Lepas Feya dah habis belajar nanti barulah kamu langsungkan perkahwinan.Mama dan papa mengharap sangat yang Feya dapat menyatukan keluarga kita dan mereka."kedengaran suara sayu Datin Safinah membuatkan Safeya tersentuh.Seumur hidupnya belum pernah dia melukakan hati mama dan papanya.Kalau boleh dia tidak mahu melukakan walau sezarah pun hati papa dan mamanya.Baginya mereka adalah segala-gala dalam hidupnya.
Safeya mengeluh.
"Bagilah masa untuk Feya fikirkan mama."Safeya lantas bangun lalu bergerak ke biliknya.Datin Safinah hanya mampu memandang sepi.Dia tidak ingin anaknya rasa terbeban.Namun mereka sudah berjanji.
Safeya menghempaskan badan ke katil setelah masuk ke dalam bilik.'Arg,kenapa perkara ini harus berlaku.'Dia tiba-tiba teringatkan Adam.
Safeya segera mencapai handsetnya.Dia lalu mendail nombor pemuda tersebut.
"Assalamualaikum."Safeya memulakan perbualan.
"Waalaikumussalam.Eh,sayang.Mimpi apa call abang malam-malam ni.Rindu ker?"soal Adam.Dia seperti tidak percaya yang kekasih hatinya sanggup menelefonnya lewat malam begini.Selalunya Safeya memang jarang menelefon Adam pada waktu malam.Safeya tersenyum kelat.
"Erm...."Safeya tidak mampu bercakap.Sebolehnya dia cuba untuk menahan kesedihan di hati.Dia tidak mahu orang yang dikasihinya sedih.Namun apakan daya.
"Kenapa ni sayang?Macam tak ada mood jer."soal Adam.
"Tak adalah.Orang ngantuk sebenarnya nih.Nak dengar suara abang sebelum tidur."Safeya cuba menceriakan dirinya.Namun begitu hatinya sayu apabila terkenang kata-kata mamanya.
"Iya...abang pun baru je nak call sayang.Rindu taw tak.Sayang esok abang ada benda nak cakap dengan sayang."kata Adam gembira.Safeya tersentak.
"Orang pun ada benda nak cakap dengan abang juga."kata Safeya perlahan.
"Kalau macam tu esok kita jumpa ya sayang."
"Iyalah.Orang dah ngantuk ni.Sok kita jumpa."
"Ok,babai sayang.Sweet dream.love you and miss you so much."ucap Adam penuh romantis.Air mata Safeya mengalir.
"Love you too.Assalamualaikum."Safeya segera memutuskan talian.Dia menangis teresak-esak.
'Kenapa benda ini harus terjadi pada aku.Ya Allah bantulah aku.Aku tidak tegar melukan hati mama dan papa tapi hatiku juga kasih kepada dia.Apa yang harus aku lakukan.Yang mana satukah yang harus aku pilih.'

------------------------------------------------------------------
"Saya ingat nak jodohkan si Adam tu dengan anak kawan saya la Ana.Apa pendapat awak?"soal Datin Badariah sambil menghirup air di dalam mug yang disediakan oleh Adriana.
Adriana tersentak mendengar kata-kata Datin Badariah.Nak jodohkan Adam dengan kawan anaknya???Eh,dengan anak kawannya.Adriana terasa jantungnya seperti mahu tercabut.
"Ana?"sekali lagi Adriana tersentak dengan panggilan Datin Badariah.
"Erm,ok saja.Apa salahnya."terukir senyuman plastik di bibir.
"Saya bukan apa.Risau pulak bila dia tak kahwin-kahwin lagi.Nak kata ada girlfriend tak pernah bawak balik rumah pun."Datin Badariah mengeluh.Adriana memandang wajah Datin Badariah yang seolah-olah memikirkan sesuatu.Hati ibu mana la yang tak risau.Teringat pada kata-kata mamanya.Nampaknya nasib kita sama Adam Haikal.
"Saya faham Datin.Biasalah tu.Mak mana yang tak risaukan anak dia.Lagipun bagus jugak cadangan datin tu.Orang kata pilihan ibu bapa ni lebih berkat."Adriana menelan air liurnya yang terasa seperti pasir.Aku ke yang cakap tu?Ya cadangan ibu bapa lebih baik.
"Erm.lega hati saya dengar awak cakap macam tu.Minta-minta la si Adam tu terima.Kalau tak malu saya nanti.Lagipun saya dah cakap dengan kawan saya tu.Dia pun dah setuju."Datin Badariah tersenyum simpul.
Adriana hanya mampu tersenyum.Nampaknya hubungan kita memang tak akan kesampaian.
"Erm,Datin rasanya dah sampai tiga bulan saya kerja dekat sini.Saya ingat seminggu sebelum keputusan SPM keluar saya nak berhenti."ujar Adriana perlahan.Datin Badariah memandang Adriana.
"Bilanya keputusan nak kaluar?"Soal Datin Badariah.
"Minggu depan"
"Jadi hari ni hari terakhir la ye?"Adriana hanya menganggukkan kepala.Datin Badariah kelihatan terkejut
"Apa yang minggu terakhir ma?"Adriana tersentak apabila terdengar satu suara mencelah.Dia amat kenal dengan suara itu.Adam Haikal.
"Ni si Ana ni nak berhenti kerja.Nampaknya kita kena cari maid baru la."sekali lagi terdengar keluhan Datin Badariah.
"Apa?Ana nak berhenti?"Adam merenung tajam ke arah Adriana yang sedang mengemas.
Adriana buat tidak tahu.Dia tahu dirinya menjadi perhatian dan penjelasan dari dirinya amat diperlukan ketika ini.
"A'ah.Sebab keputusan SPM keluar minggu depan."sekali lagi Datin Badariah menjawab.
"Apa kena mengena keputusan SPM dengan berhenti jadi maid kat rumah ni.Lagipun kan masih ada seminggu lagi.Kenapa perlu tergesa-gesa?"soal Adam tidak puas hati.Adriana hanya mendiamkan diri.
"Ish,yang kamu ni kenapa Adam?Biarla dekat dia."Datin Badariah mengerutkan dahi melihat tingkah laku Adam yang serasa lain macam.Tak pernah pula dia ambil berat tentang orang-orang gaji sebelum ni.Hilang ke apa ke tak pernah pula dia tanya.Tapi kali ni.......Ish,pelik.
Wajahnya sedikit berubah.Mungkin menyedari percakapannya mengundang rasa pelik di hati mamanya."Adam bukan apa mak.Kalau dia berhenti sekarang nanti susah nak dapat orang gaji baru dalam masa terdekat ni."Adam membela dirinya.Datin Badariah mengerutkan dahinya.
"Hah,iyalah tu.Banyak la kamu punya alasan.Sudah la mama nak pergi tengok bunga orkid mama."ujar Datin Badariah sebelum bangun dari kerusi yang di dudukinya.Adam tersenyum.Manakala Adriana tersentak apabila Datin Badariah meninggalkan mereka berdua.Argh,sudah.Mati aku kena jawab soalan dia macam ni.Adriana berpaling ke belakang.Adam kelihatan sedang berdiri di pintu dapur.Adui,mana nak pergi ni.Adriana jadi tidak tentu arah.
"Kenapa tiba-tiba nak berhenti?"Adam menghampiri Adriana yang kelihatan agak menggelabah itu.Dia tersenyum sendirian melihat telatah Adriana.
"Kan tadi dah cakap."kura-kura dalam bot betul.
"Iyala.Lagipun SPM kan keluar minggu depan.Kenapa nak berhenti awal sangat."Adam mula bernada serius.
"Saja.Nak tenangkan fikiran."Adriana menjawab seringkas mungkin.
"Tak sayang abang ke?"arg,dia mula dah.
"Tak.Maafkan saya.Anggaplah antara kita seperti tak ada apa-apa yang berlaku."Adriana memalingkan wajahnya dari memandang Adam.Hatinya terasa sedih.Adam kelihatan terkejut.
"Kenapa ni Ana?Apa yang dah terjadi?Kenapa tiba-tiba cakap macam tu?"Adriana menahan sebak di dada.Jangan menangis Adriana.
"Tak ada apa-apa."Adriana cuba untuk keluar dari dapur.Namun di halang oleh Adam.
"Abang nak kan penjelasan dari Ana.Apa salah abang?Kenapa tiba-tiba Ana cakap macam ni?Pandang wajah abang bila bercakap."soal Adam bertalu-talu.Adriana menarik nafas sedalamnya.Ya dia sudah membuat keputusan.Dan mungkin inilah yang terbaik untuk dirinya dan juga Adam.Adriana memandang wajah Adam.
"Maafkan saya.Saya tak cintakan awak pun.Saya hanya mempermainkan awak.Lagipun ini adalah untuk kebaikan kita berdua.Nanti awak akan tahu juga.Kerja saya dah siap.Jadi saya nak balik."Adriana pantas keluar dari dapur.Dia tidak dapat menahan sebak.Air matanya jatuh apabila melihat wajah Adam yang kelihatan sayu dan seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakannya.Maafkan Ana abang.Ana terpaksa.Ana tak nak abang hampakan harapan mama abang.Ana juga tak berupaya nak menolak kehendak family Ana.
Adam terduduk mendengar kata-kata Adriana.Betulkah apa yang di dengarinya.Dia seperti berada di awangan.Ana....sampai hati buat abang macam ni.Tidak sangka gadis yang amat di sayanginya pergi meninggalkan dirinya.

---------------------------------------------------------------------

"Hai,Adam mama tengok kamu semenjak dua menjak ni macam tak lalu makan je.Kenapa?"soal Datin Badariah satu malam.Sebenarnya dia ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan Adam.
Adam hanya menggelengkan kepala.
"Banyak kerja la ma."jawabnya lemah.
"Macam putus cinta je mama tengok kamu ni.Nak kata ada girlfriend tak penah pula mama tengok kamu bawak balik."bebel Datin Badariah.Adam hanya mendiamkan dirinya.Ya,memang dia tengah putus cinta sekarang mama.Bisiknya dalam hati.
"Mama ada benda nak cakap dengan Adam."
"Ada apa mama?"tanya Adam sekadar berbas-basi.
"Mama nak tunangkan kamu dengan anak kawan mama."sebaris ayat itu membuatkan Adam terloncat.
"What?Apa ni mama?Kenapa x cakap dengan Adam dulu?"Adam memandang wajah mama.Dia berasatidak puas hati dengan tindakan mama dan papanya.
"Adam,hanya Adam seorang anak lelaki mama.Lagipun kawan mama tu hanya ada seorang anak perempuan.Jadi hanya Adam saja yang mama ada untuk merapatkan hubungan kita dengan keluarga mereka."kata Datin Badariah.Bukan dia tidak mahu berbincang dengan Adam.Tetapi setahunya Adam tidak pernah membawa balik seorang wanita berjumpa dengannya.Dia yakin yang Adam tidak mempunyai teman wanita.
"Ma,ni soal hidup Adam.Sepatutnya mama dengan papa bincang dulu dengan Adam.Tak perlu buat macam ni.Entah dengan siapa pun Adam tak tahu yang mama nak jodohkan dengan Adam.Baik ke tidak budak tu."Adam masih cuba mencari alasan.
"Adam,mama tahu yang anak kawan mama tu mesti baik.Lagipun keluarga mereka tu dari keturunan yang baik-baik.Mama dah lama kenal dengan diorang.Kalau Adam tak percaya Adam boleh jumpa dengan anaknya"Datin Badariah masih cuba memujuk anaknya.
Adam mengurut perlahan dahinya.sudah la dengan masalah ana yang pergi meninggalkan hanya tanpa kata itu pun belum selesai lagi.Tambah pula satu lagi masalah.Entah-entah...
"Eh,mama ada beritahu Ana ke pasal ni?"soal adam tiba-tiba membuatkan Datin Badariah terkejut.Namun dia hanya menganggukkan kepala.
"Oh,patut la....."
"Apa yang patut la?"soal Datin Badariah hairan.Namun begitu Adam hanya menggelengkan kepala.
"Adam naik dulu ma.Ada kerja sikit."katanya lalu berlari ke biliknya di bahagian atas.Ya,dia telah mendapat jawapannya.
"Adam...macam mana dengan...."namun tidak sempat menghabiskan ayatnya Adam telah lesap dari pandangan.Dia hanya menggelengkan kepala.
Sementara itu Adam terus mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.Namun tidak dijawab.Setelah mencuba sebanyak lima kali barulah panggilannya dijawab.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."salam dijawab.
"Ana sihat?"
"Sihat."
"Ana dah makan?"
"Ada apa awak call saya malam-malam ni?"soal Adriana.Dia sebolehnya tidak mahu bercakap panjang dengan Adam.
"Abang dah tahu sebabnya."
"Sebab apa?"
"Sebab mak abang cakap yang dia nak jodohkan abang dengan anak kawan diakan?Dia beritahu dengan Ana kan?"soal Adam bertalu-talu.Adriana hanya mendiamkan diri.
"Betul tak Ana?"suara Adam yang keras membuatkan Adriana tersentak.
"Entah."Adriana cuba menahan sebak.Dia tidak mahu menangis.Takut dikesani oleh Adam.
"Hanya itu jawapan Ana?Kenapa Ana tak mahu berbincang dulu dengan Abang.Kita boleh sama-sama selesaikan masalah ini.Abang akan cakap dengan mama abang,then lepas tu abang akan suruh mama abang masuk meminang Ana."kata-kata Adam yang bersungguh-sungguh membuatkan Adriana terkejut.
"Jangan."Adriana segera menegah.
"kenapa?"soal Adam tidak puas hati.
"Situasi kita sama Abang.Ana pun terpaksa bertunang dengan orang yang Ana tak kenal.Janganlah kerana hubungan cinta kita abang nak membelakangkan keluar."kata Adriana sayu.Dia begitu runsing sekarang.
"Apa?Kenapa semuanya jadi begini."kata Adam kesal.Dia juga tidak menyangka yang Adriana turut mengalami situasi yang sama dengannya.
"Sudah lah abang.Kita terima sajalah apa yang telah ditentukan.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini."kata Adriana perlahan.Adam hanya mengeluh.
"Kalau begitu kata Ana apa lagi yang boleh abang buat."
"Kalau tak ada apa-apa kita stop kat sini ajelah."
"Iyalah.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."Adam menjawab.Dia kemudian menekan punat merah di telefon bimbitnya.

-------------------------------------------------------------------

"Adam,hari ni mama nak Adam temankan mama?"kata Datin Badariah.
"La nak ke mana ma?Lagipunkan hari ni hari cuti.Adam baru saja nak berehat."Adam cuba mengelak.Dia tahu apa sebenarnya niat mamanya itu.
"Tak boleh.Kali ni Adam tetap kena ikut mama."kata Datin Badariah keras.Begitulah Adam setiap kali diajak berjumpa dengan bakal tunangnya.Macam-macam alasan yang diberikan.Penat la,sibuk la....Macam-macam la.
Adam mengeluh.Nampaknya kali ini dia terpaksa pergi juga nampaknya.Mamanya telah mengeluarkan arahan menggunakan kuasa vetonya.
"Dah...dah...jangan nak buat muka seposen macam tu.Pergi tukar baju sekarang.Mama tunggu dekat bawah.Tak kan nak pakai seluar trak dengan tshirt lusuh tu jumpa dengan tunang dan mak mertua.Nanti apa pula kata mereka."arah Datin Badariah.Perlahan-lahan Adam bangun apabila melihat renungan tajam dari mamanya.Setelah sepuluh minit bersiap dia turun semula.
"Jom la."
"Ha,macam tu la anak mama.Baru nampak handsome sikit."kata Datin Badariah.Bangga melihat anak bujang yang penuh bergaya itu.Walaupun hanya berseluar jeans dan tshirt biru berkolar namun dia masih kelihatan kacak.Maklumlah ikut raut wajah papanya yang juga agak kacak.Datin Badariah tersenyum lantas menuruti Adam yang telah masuk ke dalam keretanya.
Sementara itu............
"Ma,kita nak jumpa siapa ni?"soal Safeya sambil memandang sekeliling.Tak pernah-pernah mamanya mengajak ke restoran di One Mall ni.Tiba-tiba jer hari ni disuruhnya bersiap dan mereka terus ke sini.
"Adalah,nanti Feya akan tahu juga."kata Datin Safinah sambil tersenyum.
"Mama,Feya nak ke tandas sekejap."kata Safeya meminta diri.Datin Safinah hanya mengangguk kepala.
Setelah menunggu selama lima belas minit lalu orang yang dinantikan pun tiba.
"Assalamualaikum Fina.Dah lama tunggu.Maafla,lambat sikit."
"Waalaikumussalam.Tak adalah lama sangat Bad.Sorang ja?"soal Datin Safinah pelik.Sepatutnya mereka datang berdua.Datin Badariah tersenyum.
"Ah...anak bujang saya tu park dia punya kereta kejap.Dia suruh saya turun dulu.Mana Safeya.Kata dia datang sekali?"giliran Datin Badariah bertanya.
"Oh,dia ke tandas kejap.Silalah duduk.Boleh kita borak-borak dulu sementara nak tunggu mereka."kata Datin Safinah.

"Opocot...eh maaf encik,saya tak sengaja."kata Adriana tergagap-gagap.Aduh,macam mana la boleh terlanggar mamat yang besar gajah ni.Adui,sakitnya dahi aku kena badan dia yang boleh tahan keras macam kayu balak tu.Adriana mengangkat muka.Namun begitu dia dikejutkan dengan wajah yang amat dirinduinya.
"Ana."Adam seolah-olah tidak percaya yang dia akan terjumpa dengan kekasih hatinya.
"Apa abang buat kat sini?"soal Adriana.
"Nak jumpa orang."jawab Adam seringkas mungkin.Dia kelihatan asyik memandang wajah yang begitu dirinduinya.
"Saya pergi dulu."Adriana meminta diri apabila melihat Adam yang asyik memandangnya.Dia pantas berlalu.Setelah sampai di luar restoran,Adriana melihat ke belakang.Dia terkejut apabila melihat Adam yang turut berada di hadapan restoran tersebut.
"Eh,kenapa abang ikut saya?"tanya Adriana yang kelihatan cuak.Adam mengerutkan dahinya.
"Eh,abang nak jumpa orang dekat sini la.Ana pulak buat apa kat sini?"soal Adam kembali.
"Samalah kita."jawabnya.
"Kalau macam tu marilah kita masuk bersama-sama."kata Adam.Adriana hanya mengikut.Adam mencari-cari mamanya manakala Adriana pula telah jalan beberapa langkah ke hadapan.Setelah ternampak mama dia menuju ke arah meja tersebut.Namun dia terkejut kerana Adriana juga turut ke meja tersebut.
"Eh,kenapa abang ikut Ana lagi?Kata nak jumpa orang."tanya Adriana apabila melihat Adam masih mengekorinya.
"Tu,mama abang ada dekat situ."tunjuk Adam ke arah satu meja.Adriana terkejut kerana mamanya juga turut berada di meja tersebut.Namun dia tetap meneruskan langkah.
"Mama."kata mereka serentak lalu saling berpandangan.Datin Badariah dan datin Datin Safinah yang sedang rancak berborak melihat serentak ke arah mereka.
"Eh,Ana."Datin Badariah kelihatan terkejut.
"Eh,datin.Apa datin  buat dekat sini."soal Adriana kepada datin Badariah.Manakala Datin Safinah pula terkulat-kulat melihat mereka.Soalan Adriana tidak dijawab.Dia kemudian memandang datin Safinah yang penuh tanda tanya.
"jadi nilah anak Fina?"soal Datin Badariah.
"Iya,Bad kenal ke?"soal Datin Safinah kembali.Namun begitu Datin Badariah hanya ketawa.
"Kenal.Kenal sangat.Inilah pembantu rumah yang saya ceritakan pada awak dulu tu.Kenapa Ana tak cakap yang Ana ni anak Datin Safina?"kata Datin Badariah.Adriana hanya tersenyum.
"Pembantu rumah?"Datin Safinah memandang Adriana meminta kepastian.
"Erm..ye ma...Feya kerja sebagai maid dekat rumah datin."katanya.Datin Safinah hanya menganggukkan kepala.
"Feya???"Adam memandang wajah Adriana.
"Nampaknya banyak yyang perlu mereka bincangkan.Jom Fina kita ke tempat lain.Tak pun kita pergi shopping ajelah."pelawa Datin Badariah apabila melihat wajah bingung di kedua-dua anak muda tersebut.Datin Safinah menganggukkan kepala lalu tersenyum.
"Yelah,Bad.Elok juga tu.Kita pun dah lama tak shopping sekali."kata Datin Safinah lalu pergi bersama Datin Badariah.Mereka tersenyum sendirian.
"Duduklah."pelawa Adam.Adriana hanya menurut.
"Apa semua ni?Siapa Ana sebenarnya?"soal Adam tidak puas hati.
"Nama saya yang sebenar adalah Safeya Adriana.Dekat rumah abang saya guna nama Adriana dan dekat rumah papa dan mama panggil Safeya ataupun Feya."jelas Safeya Adriana.
"Jadi Feya nilah tunang abang rupanya?"soal Adam dengan wajah yang ceria.
"Nampaknya macam tulah.Sebab mama cakap nama tunang Feya ,Haikal.Tak sangka pula orang tu abang."kata Safeya sambil tertunduk.
"Ya Allah..tak sangka.Inilah kekuasaan Allah s.w.t.Abang tak sangka yang tunang abang,Feya dan Ana ni orang yang."kata Adam.Dia mencucapkan syukur apabila melihat Adriana yang dicintainya itu merupakan tunangnya
"Ana pun tak sangka."kata Safeya.Dia masih takjub dengan kekuasaan Allah.Ya,kalau dah jodoh tak ke mana.
"Jadi,nampaknya kita kena la sambung balik hubungan kita."kata Adam sambil tersengih nakal.Namun begitu melihat Adriana yang kelihatan sedih membuatkannya tertanya.
"Kenapa Feya?"soal Adam.Aik,sejak bila Ana dah bertukar Feya ni?Arg,apa-apa ajelah.Asalkan orangnya tetap sama.Safeya Adriana.
"Kita tetap kena berpisah."kata Safeya.Dia menundukkan kepala.Air matanya bergenang.
"La,kenapa pula?Kitakan dah bertunang?Kenapa pula nak kena berpisah?"soal Adam bertalu-talu.
"Feya kena pergi Australia untuk futher study."kata Safeya perlahan.Air matanya bergenang memandangkan dia terpaksa berpisah sekali lagi dengan Adam Haikal yang kini telah menjadi tunangnya.
"La,abang ingatkan apa tadi."kata Adam sambil tersengih.Safeya mengangkat muka.
"Jadi abang tak sedih kalau Feya pergi sana?"soal Safeya.Hatinya yang sudah sedih bertambah sedih.
"mestilah tak."jawapan ringkas dari Adam membuatkan air matanya mengalir.
"Eh,jangan la menangis.Syyyy....eehh...ish,nanti apa pulak orang kata.Nanti orang ingat buat anak dara orang sedih."kata Adam menenangkan Safeya.Namun air matanya tetap mengalir.
"La,manja sungguh tunang abang ni.Bukan abang tak sedih.Abang sedih.Tapi kita kenalah berkorban.Feya pergi sana pun untuk study bukan?Tak akan abang nak halang.Nanti sebulan ke atau dua tiga bulan sekali abang pergi sana ok."pujuk Adam.Safeya mengesat air matanya."Betul?"soal Safeya meminta kepastian.
"Betul."kata Adam beserta anggukan.Safeya tersenyum puas.
"Tapi Feya lama kat sana.Lima tahun.Abang sanggup tunggu ke?"soal Feya cuba menguji.
Adam hanya tersenyum.
"Safeya Adriana,lima tahun tu tak lama sayang.Abang sanggup tunggu sayang walaupun sampai akhir hayat abang."kata Adam lembut membuatkan Safeya terharu.
"Feya pegang janji abang."kata Safeya membalas senyuman Adam.
Nampaknya,Safeya Adriana dan Adam Haikal akhirnya bersatu juga dengan kehendak-Nya.Amin.

5 sayang aku...:

its not me :) said...

awat hanging? mne yg seterusnya?

cemutcute said...

x sempat......

cemutcute said...

alhamdulillah...akhirnya siap jugak.....

Anonymous said...

ada orang baca ke

cemutcute said...

ntah...

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com