Tuesday 9 August 2011

elak jadi mangsa rompakan



Di rumah
Pastikan semua pintu dan tingkap rumah tertutup dan terkunci rapi.Gunalah mangga kunci yang berkualiti dan sukar dibuka.Anda juga perlu menyembunyikan barangan berharga seperti barang kemas,buku akaun bank dan buku cek di tempat yang sukar ditemui oleh penjenayah.Tingkatkan juga tahap keselamatan rumah anda dengan memasang alat penggera keselamatan.Selain itu,elakkan memberi tanda ketiadaan anda di rumah kepada masyarakat.Maklumkan kepada jiran anda sekiranya anda mahu pergi ke mana-mana dalam jangka waktu yang panjang contohnya pulang ke kampung dan sebagai.

Ketika berjalan
Bagi menggelakkan diri anda disamun di jalanan,elakkan membawa barangan berharga.Jika anda membawa barangan berharga atau dokumen peribadi,elakkan meletakkan barangan-barangan tersebut di tempat yang sama bagi menggelakkan kehilangan serentak.Pastikan kad pengenalan,kad kredit disimpan secara berasingan seperti di poket,dompet atau beg.Jaga barangan peribadi sebaik mungkin.Pastikan beg atau dompet yang dibawa tertutup rapi dan tidak dapat dilihat oleh individu lain.Sekiranya anda bru mengeluarkan wang dari bank,lindungi wang tersebut daripada pandangan orang awam.

Di dalam kenderaan
Pastikan semua pintu kenderaan dikunci dan tingkap tertutup rapat terutamanya apabila anda berhenti di lampu isyarat.Berhati-hatilah drngan pengemis,penagih dadah mahupun pencuci tingkap kenderaan kerana mereka juga berpotensi untuk melakukan jenayah.Jika anda meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam,pastikan segala barangan berharga tersimpan rapi dan terlindung daripada pandangan orang awam.


Di premis perniagaan
Utamakan aspek keselamatan dengan memasang alat penggera,cermin,cctv,alat pemadam kebakaran dan hos di premis perniagaan.Biarkan lampu di hadapan kedai anda terpasang ketika ia tidak beroperasi bagi menggelakkan pintu dan kuncinya dikopak serta dipecahkan oleh penjenayah.Pastikan tiada individu di dalam kedai sewaktu kedai ditutup.Selain itu,anda juga perlu memastikan segala informasi mengenai stok barangan dibuat secara rapi bagi memudahkan pengesanan kehilangan barangan serta mengenal pasti jumlah kerugian yang dialami sekiranya berlaku rompakan.Elakkan juga meninggalkan wang tunai di dalam premis sewaktu ia tidak beroperasi.

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com