Saturday 17 December 2011

Ombak rindu

Assalamualaikum w.b.t
hari ni aku nak citer pasal ombak rindu...tapi bukan pasal novel...kan ombak rindu dah diadaptasikan jadi movie,,,sekarang ni..demam ombak rindu melanda di Malaysia ni...tak taw la dah surut ke belum...dulu Nora elena..sekarang ombak rindu pulak...huuuhuhuh...so macam mana?hampa semua dah p tengok(speaking kedah balik....heheehe...=p) aku dah...hehehehe...macam biasa...aku nak buat review  pasal citer ni...aku taw citer ni dah seminggu...aku jer lambat..huhuuuhu



Sinopsis:
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
 Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin(Izzah) 


ok..dari info yang aku dapat..citer ni dah berjaya mencapai kutipan tiket sebanyak RM10 juta...wow..banyak tu...tapi tak taw la boleh melepasi hasil kutipan filem KL gangster ke tak..huuhuhu.....ramai orang cakap citer ni sedih...even roomate aku sanggup balik rumah dia semata-mata nak tengok citer ni...dan sanggup ikut kami(aku ngan kengkawan yang len)p tengok citer ni balik...kiranya dia tengok 2 kali la...huhuhu..penangan ombak rindu......

aku dah baca novel ni(sangat ajaib kalau aku tak baca lagi)....bagi sesiapa yang p tengok tanpa baca maybe dia tak paham kot...dan mungkin tak banyak komen..yelah..dia tak baca lagi novel tu...so dia tak taw la apa yang jadi...ye tak...dan kalau bagi yang dah baca contohnya aku...ha,,,mungkin banyak la kot komen2 yang keluar dari mulut...huhuhu...tak lah...tak la banyak sangat...cuma aku tak paham...apa la yang sedih sangat...sampai kawan aku meleleh2 air mata menengoknya...huhuhu..aku tak yer...mungkin korang cakap aku tak ada perasaan....alah movie je pun...iya tak..

pada pendapat aku la...watak Izzah tu kurang sesuai la dengan Maya Karin..sebab muka dia bukan muka melayu asli(muka dia kan ala2 pan asian sikit)...so,dari situ aku dah tak dapat feel...ada sesetengah scene tu...sebenarnya memang boleh membuat orang meleleh2 sampai banjir(ceiittt,,tipu.tak lah sampai banjir)...masa si Hariz(Aaron aziz) p melawat Pak Dollah tu...kan yang dia jumpa Izzah and tuduh Izzah ada skandal lain tu...yang tu memang aku rasa tak berapa best...Maya Karin tak mampu buat aku mengalirkan air mata(ceh,ayat tak boleh blah...=p)...aku tak dapat rasa kesedihan si Izzah tu....yelah,pandangan orang lain2 kan..

Aaron Aziz memang berjaya bawa watak Hariz.Aku tak ada apa sangat nak komen pasal dia.Dan yang paling best dah tentu watak Mila yang dipegang oleh Lisa Surihani...aku rasa disebabkan dia je kita orang tergelak2 tak hengat dalam pawagam tu....hehehe....time yang dekat dia sebut "Suprise...suprise" tu yang paling best...dekat dia mengamok...memang hebat ar...time dia marah tu nampak giler..memang dia sangat2 menjiwai...nampak la...betapa marahnya dia masa tu...(amboi,macam pengkritik pro plak kome ye...heehehhe)...aku suka....mesti ada yang cakap...eleh,dah hang minat Lisa sebab tu hang puji dia...huhuhu..tak lah...aku tak minat la Lisa ke,Maya ke...aku suka Yana Samsudin...hehehehe...ok.out of topik dah...huhuhu...

jalan citer juga ada yang telah diubah lain sikit dari asal...anda2 yang dah baca dan juga dah tengok citer ombak rindu ni mesti dah taw kan..apa yang berubah...rasanya dah lama kan novel ni..aku pun ingat2 lupa juga citer ni..so tak boleh nak kasi komen banyak2...yelah..kalau nak buat sebijik macam dalam novel tu..baik buat drama...iya tak????mestilah banyak yang dah dipotong...tu pun dah 2 jam lebih kot..betul tak???movie melayu tak boleh buat panjang2 sangat...sebab nanti jadi boring..lagipun citer ni kita dah taw kan ending dia macam mana....

ermm,,,pasal adegan2 yang 18sx tu aku x taw nak komen apa...yelah...ada yang cakap "apalah sangat benda tu"...ermmm,,,itu pendapat korang la...kalau aku la...aku rasa benda tu kalau tak da pun still tak apa kot...sebab ada je budak2 7 tahun ke bawah yang p tengok citer tu...kalau dah dari awal disajikan dengan adengan2 macam tu.....entah la...semua tu bergantung pada diri masing2 iya tak..mesti ada hati2 yang berbisik "kalau citer melayu jer nak komen lebih2 pulak..tu citer omputih yang masuk dalam malaysia ni macam mana pulak?"...ok...tu omputih ok..budaya depa lain dari kita..kalau boleh memang nak elakkan..tapi kalau citer melayu sendiri buat adengan2 macam tu???ok...pandangan orang lain2...=)

ok rasa tu saja kot yang aku nak citer kat sini pasal filem ni..aku kasi 4/5 bintang untuk filem ni...bagi yang tak p tengok lagi...sila2 lah ke pawagam yang berdekatan dengan anda..hehehe...aku rasa mesti ada yang minta novel tu dicetak balik...betul tak???mesti ada yang tak puas hati punya bila tengok filem tapi tak baca novel...bagus gak...masa baca novel tu boleh bayangkan dah siapa hero dan heroin dia..betul tak???hehehhe...peace no war..=)

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com