Monday 18 July 2011

warna dan kediaman

merah
Warna yang melambangkan kesan sensual dan mewah.Penggunaan warna merah akan membangkitkan rasa yang lebih bertenaga,optimis,aktif,komunitif,hangat dan bersemangat.Namun,penggunaan terlalu banyak warna merah akan merangsang kemarahan dan agresif.

merah jambu
 membangkitkan suasana yang lebih romantik dan menenangkan.Warna ini bukan sahaja melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta,malahan memberi kesan yang positif terhadap minda dan emosi kanak-kanak.Begitu sinonim digunakan di kamar tidur anak perempuan.

oren
Melambangkan sosialisasi,penuh harapan dan percaya diri.Ia membangkitkan semangat,kreativiti dan tenaga.Warna yang sering diadaptasikan pada ruang makan ini juga dapat menimbulkan perasaan positif,gembira dan optimis.Warna oren juga mampu mengurangkan depresi atau stress.Namun,jika berlebihan akan merangsang perilaku hyperaktif.

coklat
Warna coklat membangkitkan suasana yang nyaman serta menimbulkan kesan anggun dan elegan.Penggunaan warna bumi ini juga bersifat natural,hangat, dan menenagkan.Namun penggunaan secara berlebihan akan menyebabkan ruangan menjadi kaku dan berat.

putih
Sering digunakan bagi menimbulkan suasana yang lebih lapang dan bersih.putih melambangkan kemurnian,perlindungan,ketenteraman,kenyamanan dan memudahkan refleksi.Namun,jika ruangan menggunakan sepenuhnya warna putih akan menimbulkan perasaan dingin,kaku dan steril.

biru
Meminjam eleman air dan udara.Seolah-olah ruangan sedang berinteraksi dengan alam.Menimbulkan kesan yang lapang dan harmoni serta melahirkan perasaan sejuk,tenteram,damai dan terlindung.Warna ini juga sering dikaitkan dengan kesan etnik antik dan country.Namun akan timbul kelesuan jika digunakan secara berlebihan.

kuning
Warna kuning perlu bijak digunakan kerana jika salah percaturan akan menimbulkan kesan yang menakutkan.Warna yang kebiasaannya digunakan di ruang belajar ini mampu membangkitkan tenaga dan mood.Kuning melambangkan semangat,mendorong ekspesi,memberi inspirasi,memudahkan berfikir secara logik dan merangsang kemampuan intelektual.

hitam
Warna yang sering digunakan di kediaman moden ini mempunyai pengaruh yang kuat.Warna hitam melambangkan maskulin,elegan,mewah,dramatik dan misteri.Oleh sebab warna ini juga boleh menimbulkan kesan duka,ia selalu digabungkan dengan warna merah agar susana persekitaran dapat diseimbangkan.

hijau
Hijau sering dikaitkan dengan alam semula jadi kerana mampu membangkitkan suasana persekitaran yang segar,penuh bertenaga,menyejukkan,menenangkan dan menyeimbangkan emosi.Warna ini juga menimbulkan kesan elegan,meredakan stres dan mendorong perasaan empati.

ungu
Menimbulkan kesan sensual,feminin,antik,anggun dan hangat.Ungu juga sering dikaitkan dengan suasana spiritual misteri dan mempunyai daya penarik yang kuat.Warna ungu gelap pula akan memancarkan kekuatan intuisi,fantasi,imaginasi.kreatif,obsesif,inspirasi dan sensitif.

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com