Saturday 20 August 2011

tolong awek aku pontianak


assalamualaikum w.b.t
erm....baru tengok citer ni....memula tu aku bengang sebab aku download boleh tengok part 1 jer...part 2 tu  x boleh tengok....hua...rasa cam...cam apa ya????ntah...hehehehe....habis tu macam mana boleh tengok ya???abang aku la....dia pun macam meroyan jer aku tengok lepas x boleh tengok citer ni sampai habis...so terpaksa la pegi beli dvd...huhuhu...dah tu dvd tu plak wat hal...ni yang wat gua bengang ni...gua???gua baru kapur.....hehehe....lepas abang aku proses serba sedikit kat lp ni...Alhamdulillah...boleh jugak tengok akhirnya....hehehhe
citer tolong awek aku pontianak a.k.a taap..hehehe...best wei....rugi kalau x tengok....citer komedi...memang menarik...aku ngan abang aku gelak terguling2(ayat biasa...hehehe)...eh x...abang aku x terguling...dia steady jer...tunjuk macho la tu....huhuhu....
memang kelakar la citer ni....semua watak menjadi tul....x kering gusi...x rugi beli dvd beb......huhuhuu........bagi korang yang x tengok lagi citer ni mesti tertanya2 citer ni pasal apa???apa yang menariknya pasal citer ni???nah...baca sinopsis ni...


SINOPSIS :Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’


aku suka watak maya yang dilakonkan oleh sazzy falak(ceh,ayat skema)...lembut beb...macam perempuan melayu terakhir versi moden...sebab dia pakai skirt.....hehehe....si bob a.k.a zahiril adzim pun aku suka gak sebab nampak cam blur je...tapi otak berisi beb....huhuuhu.....antara watak lain yang aku suka si ina a.k.a faezah elai.....dia ni awek bob..memang bob sayang la kat dia..sanggup je wat apa2 seja nak penuhi permintaan si ina..tapi ina ni jenis yang mata duitan...huhuhu...sian bob kan....kawan si bob ni pun best gak...pian...lawak r pian tu...bff la konon...best friend forever....tapi makan tanggung berak cangkung...bak kata si ex-awek bob...ina....hehehe....tapi bob ni memang baik la....respect sama u bob...orang suruh buat apa2...ikut jer....huhuhu...tu la serba sedkit review aku...aku suggest la citer ni kat sesaper yang tension2 tu..tengok citer ni...hilang la sikit stress tu nanti...ok.....citer ni aku kasi 4/5 bintang......sebab best...hehehe..tengok taw....peace no war..=)


0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com