Tuesday 9 August 2011

MU vs MC



assalamualaikum w.b.t
waa......sedeynya...x leh tgk MU vs MC....sebab umah aku x dak astro sport...huhuu...skrg ni aku dah jarang sikit amik taw pasal bola sepak luar nih...lebih tengok bola sepak dalam negara..hehehe...kalau berkesempatan tengok la...kalau x...just usha2 result je la...hehehe...apa pun congrat la kat my beloved team...Manchester United sebab berjaya mengalah Manchester City....hehehe...glory...glory...MU...hehehe



LONDON - Pengurus Alex Ferguson yakin kebangkitan dramatik Manchester United ketika menewaskan Manchester City 3-2 pada aksi Perisai Komuniti malam kelmarin membuktikan The Red Devils mampu menyandarkan harapan kepada barisan pemain muda.
Biarpun membariskan pemain-pemain dengan purata usia 22 tahun sepanjang babak kedua, United tetap mampu bangkit membalas tiga gol setelah ketinggalan 0-2 pada babak pertama.
Joleon Lescott dan Edin Dzeko terlebih dahulu meletakkan City berkedudukan selesa tetapi Ferguson bingkas memasukkan Phil Jones, Tom Cleverley dan Jonny Evans bagi menggantikan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Michael Carrick pada babak kedua.
Jones, 19, dan Cleverley, 21, menyertai Chris Smalling, 21, Danny Welbeck, 20, dan David de Gea, 20, untuk mencipta kebang- kitan penuh klasik dengan United berjaya memperoleh tiga gol pada babak kedua me- nerusi Smalling dan dua jaringan Nani.
Ia pasti satu suntikan moral buat United seminggu sebelum saingan Liga Perdana England bermula dengan juara bertahan itu akan bertandang ke West Bromwich pada Ahad ini.
"Bagi kami, ia hanya sekadar mengesah- kan apa yang saya jangkakan terhadap skuad ini. Ramai menganggap ia bukanlah skuad terbaik United tetapi perlu diingat bahawa para pemain muda akan sentiasa meningkat.
"Saya sentiasa mahu beri pendedahan kepada Jones, Cleverley dan Evans untuk menghadapi perlawanan besar seperti ini. Ia suatu cabaran besar dan mereka berjaya melaksanakannya.
"Saya cukup yakin dengan kelompok pemain muda ini. De Gea dan Jones memberi kami gambaran masa depan yang baik. Mereka cukup mengagumkan.
"Ashley Young juga beraksi baik. Dia baru berusia 25 tahun dan mendapat kematangan selepas beraksi bersama Aston Villa. Tetapi dia kini mendapat pengalaman baharu selepas menyertai United," kata Ferguson.
Namun Ferguson tetap berwaspada dan mengetahui bahawa City bakal menjadi antara pencabar utama mereka bagi merebut kejuaraan musim ini.
"Saya yakin dengan para pemain saya dan memiliki keyakinan terhadap kemampuan mereka tetapi kamu tak boleh berasa terlalu yakin dapat bergelar juara.
"Ia pasti satu saingan liga yang cukup sukar dengan enam pasukan mampu mencabar merebut kejuaraan. Kami sudah merasai pengalaman tersebut ketika muncul juara musim lalu," jelas Ferguson. - AFP

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com