Saturday 6 August 2011

mayat lemas terjun sungai dijumpai....

SUNGAI PETANI 6 Ogos – Lima lelaki yang sedang leka berjudi ditemui mati lemas hari ini selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau dekat sini ketika cuba mengelak daripada ditahan polis dalam satu serbuan petang semalam.
Kesemua mereka merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 60 tahun ditemui terapung di sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.
Mayat pertama ditemui pukul 2 petang, diikuti mayat kedua pukul 5.30 petang tidak jauh dari lokasi mereka dikatakan terjun.
Mayat ketiga pula ditemui pukul 7.30 petang manakala dua mayat terakhir ditemui serentak pukul 7.45 petang ini.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pian berkata lelaki yang lemas itu bersama rakan dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung tersebut kira-kira 6 petang semalam.
“Selepas menyedari anggota polis membuat serbuan, dia bersama beberapa lagi rakannya melarikan diri dan terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada diberkas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Pian berkata, kumpulan lelaki itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com