Tuesday 16 August 2011

penunggu istana


assalamualaikum w.b.t
huhuhu...rasanya dah lama kot citer ni kuar..tapi aku baru berkesempatan nak tengok...nak download malas...nak g pawagam..tengok cam x best jer citer ni....aku ni memang kureng sikit la nak tengok citer hantu yang spesies2 real ni...aku ni memang kaki movie hantu.....tapi tengok gak ler citer apa kan...kalau nampak cam x menarik tu aku tunggu jer....nanti mesti kuar kat astro citra..cam citer ni la...penunggu istana
mula2 aku tengok citer ni cam bosan giler....tah apa2 jer...tapi kemudiannya tu cam best gak la...ada gak ler keseramannya tu kan.....tapi lepas dah tengok tu memang aku musykil giler la.....persoalan demi persoalan(ceh,ayat skema) berpusing2 dalam otak aku ni....huhuhuhu...iyalah....citer ni real ke???betul ke dyeowang tu kena bunuh???betul ke si amar tu hilang???
ritu aku ada la search serba sedikit sal citer ni kat google...tapi masa tu aku x tengok g citer ni...so aku malas la nak wat review kat blog ni....so,bila aku dah tengok(ketinggalan sikit aku ni)baru la nak buat kan...huhuhu....lepas tengok tu aku search lagi kat tenet....cari punya cari....dapatlah serba sedkit info...ramai dah yang buat review citer ni...ada yang kata real ada yang kata x sebab dyeowang yang mati tu masih hidup...wah,menambahkan lagi kemusykilan aku.....tapi ada jugak yang kata real....aku pun x taw yang mana 1...kalau betul la dyeowang tu meninggal aku sedekahkan Al-Fatihah la....kalau x...erm....grrr...
citer tu agak best la walaupun bosan permulaannya....aku tengok cam citer paranormal activity pun ada gak....memang kisahnya sal paranormal kan.....huhuhu....
tapi kebanyakkannya menyangkal la kesahihan citer tu....ada gak aku tengok tadi kat blog mana ntah...terlupa suda...hehehe....dia chat ngan salah sowang mamat pelakon dalam citer ni...x sure mus ke amar...dan dia ngaku yang citer tu memang x real....hahaha...apa ni???
huhuhu...sekadar nak wat gempak...tu la filem melayu...huhuhu...apa2 pun still menarik la citer tu....walaupun kena kelentongkan...hehehe...
pelakon2
dari apa yang aku baca jugak...korang boleh la g tengok sendiri kat blog uncle seekers tu....pewaris Istana Bilah tu ada menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya(ayat skema lagi).....yelah....kalau aku pun hangin gak...datang umah kita senang2 je nak wat cam tu...dah tu dyeowang plak benda2 yang khurafat la jugak...bakar kemenyan..guna darah haid...ish...dah la melayu...dah tu Islam....patut ke???aik...maaf ye ni pendapat je....bukan apa..dah dyeowg cakap citer tu betul kan....aku paling x suka yg guna darah tu ler...eiiii,,,kotor wei.....huhuhu....memang la benda2 tu suka.....tapi ada gak gambar yang menunjuk wujudnya paranormal tu.....aku ada gak dok sembang2 ngan bapak aku...boleh ke benda tu kita nampak kalau kita tangkap gambar dia....bapak aku cakap kawan dia ada tangkap gambar hantu...x tawlah aku betul ke x.....huhuuhu....berbalik pada citer tadi....pada pendapat aku kalaulah kata citer ni dilakonkan semula apa salahnya gtaw kan...x der salahnya pun....betul x???ni kalau mak tengok ni mesti dia kata.."inilah filem melayu...tah apa2....mohong je lebih...."huhuhu...kalau mak aku tengok ler....hehehe...apa2 pun...waallahualam...hanya Allah dan mereka yang taw...kalau dyeowang bohong....ermmmmm....peace no war....=)


Sinopsis Penunggu Istana:- Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat.
Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
credit to:uncle seekers blog,mygossip.com

0 sayang aku...:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com